Photobucket

Click Click Click

Previous Post
The Archives
The Bloggers

Credits

hit counter
Clicky Web Analytics

Photobucket

Photobucket

Saturday, January 31, 2009
Aku Terlalu Rindu

aku rindu..

tersangat rindu.

rindukan mak. rindukan abah. rindukan adik adik.

dulu, lepas keja, tak sabar aku nak balik rumah. sebab, aku tau akan ada yang menunggu. ada adik adik. walaupun tengah kepenatan atau berada dalam kesedihan, bila balik umah, boleh bergelak ketawa sesama. rasa sangat bahagia.

sekarang ni, bila balik umah, aku jadi sayu. sejak adik adik dah gi belajar, aku jadi sunyi. walaupun umah ada banyak barang tapi tetap aku rasa kosong. aku jadi rindu..

rasa macam nak balik kampung tapi cuti tak banyak. keja pun bertimbun. ongkos pun tak berapa mencukupi. duit untuk balik kampung baik aku simpan kasik kat adik adik untuk belajar. aih..

dulu, yes aku adalah sangat mengada. kalau ke TESCO dengan adik adik, tak penah aku tolak troli sendiri. tak penah aku pegang sendiri bungkusan plastik yang aku beli. kat kaunter pun, adik adik yang akan sebuk masukkan all the barangan ke dalam plastik. aku cuma pilih dan bayar. even nak masukkan barangan dalam keta jugak bukan menjadi tugasan aku.

sekarang, ke pasaraya pun aku malas. kalau kena beli apa apa, aku turun je beli kat bawah. penah sekali gi TESCO sensorang, aku rasa pelik. kena buat semuanya sendiri. lastnya aku call mak and nangis kat parking. aku adalah sedih.

missing someone gets easier every day because even though it's one day further from the last time you saw each other, it's one day closer to the next time you will..

*untuk kekasih, thanks sayang sebab sudi nak melayan kerenah i.

Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 9:48 AM   5 cakaran

Thursday, January 29, 2009
Tak Mungkin Kerna Sayang










Tak Mungkin Kerna Sayang
by
Alyah

Setiba di persimpangan,
Langkah kita tak lagi sehaluan
Bermula di saat itu
Tidak senada irama dan lagu

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti

Kau telah jauh, jauh dariku
Tiada ruang di hati buatmu
Namun harusku akui
Ada ketika di minda kau menjelma kembali

Sekali segala ada
Ada rindu yang datang tiba-tiba
Tak mungkin kerana sayang
Cuma terganggu oleh perasaan

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti








song of the week. liriknya memang takde kena mengena dengan idup aku sekarang tapi layan jugak lagu ni. biasalah, nak share ngan korang sume, haruslah letak sini kan. sharing is caring katanya. hiks.

oh, i’m happy. Alhamdulillah.. Photobucket

Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 9:49 AM   0 cakaran

Wednesday, January 28, 2009
High Fever.. Again?

aku adalah demam lagi untuk kali ke berapa ntah.

semalam, kat opis aku dah gigil gigil kesejukan. siap pakai 3 lapis baju pun sama jugak. aih, apa la nasib malang aku ni eh. oh, mungkin Allah sedang mengampunkan dosa dosa kecikku kot. Alhamdulillah..

ok, hari ni aku MC dari ber-blog. demam katanya. mujur jugak hari ni aku cuti. kalau tak, buruk la rekod aku kat opis nun kalau asyik MC je kan? hah, tengoklah ubat yang aku dapat semalam. kalau tak paham jugak, aih. anak cina makan pengat, sendiri mau ingatlah. muehehehehe.


pehni, aku takyah makan nasi. makan ubat yang banyak tu pun dah kenyang. (erk?) doktor suh aku wat medical check-up. tapi, saya takutlah. huhuhu.

Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 1:38 PM   6 cakaran

Tuesday, January 27, 2009
Back To School Day

back to school day kat opis aku - 19th January 2009. sangat besh, meriah dan da'bomb. err.. penah ke aktiviti opis aku tak besh eh? hmm, penah kot. hiks.

aih, malas nak type ah. aku sedang gigil gigil kesejukan ni. dengan stokin putih warna pink. (erk?) dan baju sejuk warna hijau lumut dan suar warna coklat. kombinasi yang hodoh eh. muehehe. ok, pedulik.

jom layan picca. ni suku je. malas eden nak upload bebanyak. bukan korang kenal pun ye tak? hikhik.


jangan banyak komplem. no caption, no penerangan. bukankah gambar itu untuk ditatap bukan untuk dibaca? ngeee..

Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 8:40 PM   6 cakaran

Monday, January 26, 2009
Gerhana Matahari

Subhanallah..

Gerhana Matahari dijangka bakal berlaku pada hari ini, 26 Januari 2009 pada pukul 4.30 petang waktu Malaysia.

Umat Islam digalakkan menunaikan Solat Sunat Gerhana ataupun dipanggil Solat Sunat Kusuf ketika berlakunya gerhana.

Ketika gerhana matahari, orang ramai dilarang melihat ke arah matahari secara langsung kerana ini boleh merosakkan mata dan mengakibatkan buta.

sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Gerhana_matahari

Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 3:49 PM   1 cakaran

Saturday, January 24, 2009
Hidup Tanpa Masalah Adalah..

hidup tanpa masalah adalah hidup yang membosankan. tapi kalau penuh sangat dengan masalah adalah apa plak eh?

aku adalah pening. aku adalah keliru. dan aku adalah aku.

Anda adalah apa yang anda fikirkan. Fikirkan kejayaan, kejayaan akan jadi milik anda. Fikirkan kegagalan, kegagalan juga akan jadi milik anda. Jadi, apa yang ingin anda fikirkan? - Osman Affan
aku? aku penat untuk berpikir jadi aku tidak mahu untuk memikirkan tentang apa apa.

penat.
Ya Allah,
Berikanlah aku ruang. Berikanlah aku petunjuk.
Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 1:13 PM   1 cakaran

Friday, January 23, 2009
Nasi Putih Dan Ayam Goreng Kunyit Sedap Wei!

aku dah baik demam. sihat sepenuhnya. dan lebih miracle, dalam semua peket ubat yang berlambak tu, sebijik butir pun aku tak telan. saje la kononnya. jadikan diri sendiri sebagai bahan uji kaji kekonon nak tahu tahap macho body aku ni kan. wah, katanya.

tapi, lenkali, kalau aku sakit lagi, aku kompem makan ubat ah. sebab ada orang pesan, bahaya kalau tak makan ubat antibiotik tu. err.. baiklah incik. ai ikuti arahan yu. muehehehe..

mekasih pada semua yang mengambil berat. terharu mokcik. hikhik.


Nasi Ayam Goreng Kunyit Lazat

masa demam aritu aku makan ni je. nampak macam kesian eh? tapi sedap weih. nasi putih bersama ayam goreng kunyit. wuuu.. lazatness.

err.. dah lama tak menaip ni dah tak reti eden nak wat entry ape. ok, rest dulu. nanti ada idea baru kita menaip semula. wah, gitu.

Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 4:50 PM   6 cakaran

Tuesday, January 20, 2009
Mak, Angah Demam



mak, angah demam. angah rindu kat mak. kat sini angah sensorang. kalau ada mak, mesti mak dah bancuhkan susu panas untuk angah. kalau ada mak, mesti mak dah masakkan bubur nasi untuk angah. sekarang, takde sapa yang boleh buat apa apa untuk angah. angah sensorang je.

acik, adik, tadi, lepas balik keja, angah gi klinik sensorang. selalu korang ada untuk temankan angah. selalu ada acik untuk pastikan angah makan ubat. selalu ada adik untuk jaga angah kalau angah meracau waktu tedo. angah rindu korang. datang la sini balik.

Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 11:45 PM   10 cakaran

Minuman Berdosa ke Bersoda?



muehehehehe. adeh, pecah perut aku gelak.

alahai.. alahai..

Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 1:32 PM   6 cakaran

Saya Adalah Demam

ke-demam-an.

tekak perit. sakit. mukus pun banyak sampai berlebih lebih.

but one thing for sure, back to school day semalam adalah sangat seronok. yeaaahhaaaa!

Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 8:26 AM   2 cakaran

Sunday, January 18, 2009
Your Love Is Blind

Photobucket

nak dengar? sila tekan mymusicsinimymusic

Song: Your Love Is Blind
Artist: Ramzi feat. Ash King

I see you all the time
Never see you smile
I try to picture what's going on in your mind
He leaves you every night by yourself
He took your love and put it on the shelf
He doesn't really care how you feel
You should be moving on girl what's the deal?
Cause girl you know you're worth much more
I wanna see you out that door

So baby tell me why you stick around
Always lonely and you only wear a frown
He don't treat you good and you know
The only thing left is for you to go
You shouldn't live a lie with someone
When deep inside you know he ain't the one
I don't know what to say no more
I wanna see you out that door

Yah azizi (yo precious) is mahini (listen to me)
I really don't wanna see u cry
Mujko samjho dil peh mat lo (understand me don't take it to heart)
Don't wanna see another tear in your eye
Baby break away
Let him go
I don't know what he's done to you
But I know that it's time to move on
Girl your love is blind

Girl I understand
That you're scared
And you feel that you might never love again
But baby that ain't true
No no no
I know that there is some there for you
Someone that will see
That you are worth
An undiscovered treasure on this earth
Girl you know you're worth so much more
I wanna see you out that door

Yah azizi (yo precious) is mahini (listen to me)
I really don't wanna see u cry
Mujko samjho dil peh mat lo (understand me don't take it to heart)
Don't wanna see another tear in your eye
Baby break away
Let him go
I don't know he's done to you
But I know it's time to move on
Girl your love is blind

Yah azizi (yo precious) is mahini (listen to me)
I really don't wanna see u cry
Mujko samjho dil peh mat lo (understand me don't take it to heart)
Don't wanna see another tear in your eye
Baby break away
Let him go
I don't know he's done to you
But I know it's time to move on

song of the week. sangat layan lah lagu ini. besh.. besh..

lirik dia sangat meaningful. yeah, idup ni kena belajar untuk move on. and to izah bebeh, thanks for the advice. move on babe.. move on..

Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 12:30 PM   5 cakaran

Friday, January 16, 2009
Hari Jumaat Yang Berkat

Alhamdulillah..

kadang kadang, kita tak dapat yang itu, kita dapat plak yang ini. kita tak dapat yang ini, kita dapat plak yang itu. apepun, aku bersyukur. mungkin hari ini adalah salah satu hari Jumaat buat aku dan rakan seopis. Alhamdulillah..

betul kata mak, Allah works in a mysterious way. and, setiap apa yang Allah beri kat kita, sama ada kita rasa perkara tu baik atau buruk, pasti ada hikmahnya. aku sebagai hambaNya, i will never doubt and question it.

eh, korang mesti tak paham apa aku type ni kan? ah, takpelah. abaikan sajork. tapi jangan silap eh. am not talking about bonus ya. hiks.

Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 7:35 PM   0 cakaran

Thursday, January 15, 2009
Thank You For Loving Me




Thank You For Loving Me
by
Bon Jovi

It's hard for me to say the things
I want to say sometimes
There's no one here but you and me
And that broken old street light
Lock the doors
We'll leave the world outside
All I've got to give to you
Are these five words when I

Chorus:
Thank you for loving me
For being my eyes
When I couldn't see
For parting my lips
When I couldn't breathe
Thank you for loving me
Thank you for loving me

I never knew I had a dream
Until that dream was you
When I look into your eyes
The sky's a different blue
Cross my heart
I wear no disguise
If I tried, you'd make believe
That you believed my lies

Chorus:
Thank you for loving me
For being my eyes
When I couldn't see
For parting my lips
When I couldn't breathe
Thank you for loving me

You pick me up when I fall down
You ring the bell before they count me out
If I was drowning you would part the sea
And risk your own life to rescue me

Solo:
Lock the doors
We'll leave the world outside
All I've got to give to you
Are these five words when I

Chorus:
Thank you for loving me
For being my eyes
When I couldn't see
You parted my lips
When I couldn't breathe
Thank you for loving me

When I couldn't fly
Oh, you gave me wings
You parted my lips
When I couldn't breathe
Thank you for loving me


adoi ai.. ensem gila plak aku nengok si Jon Bon Jovi ni eh. maybe zaman ni dia ensem lagi kot kan. dup dap dup dap jantung aku nengok dia nyanyi lagu ni. isk, takleh tedo aku malam ni. opsss, insaf.. insaf..

eh korang kasik la chance kat aku sikit eh. sesekali meroyan tak tentu pasal ni takpe kan? hahaha.

Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 11:48 PM   2 cakaran

Yeay! Parcel Dah Sampai

Photobucket

yeay!

hati sangat happy kerana barang yang ditunggu tunggu dah sampai. terima kasih adik. sangat cantik pembalutnya. very the kalerpul. dan isinya, lagi lah kakak sangat sooooka. masa budak mail room call tadi, rasa macam nak lompat je dalam kereta.

hari ni, sampai opis pun terlebih awal sebab tak sabar nak amik parcel kat mail room opis.
nak tau apa isinya? nanti balik umah japgi baru kita cite citi ok.

hati sangat happy minggu ini dan harapnya hati ni akan terus happy sampai ke hujung tahun. err.. hiks.

Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 8:05 PM   2 cakaran

Bali or Batam?

kalau boleh, memang aku nak pilih kedua duanya tapi memandangkan keadaan eco-no-money sekarang ni, aku hanya boleh pilih antara salah satu je.
Trip ke Batam - end of January. only 4 of us. drive secara jemaah ke Johor Bharu then check in hotel selama semalam dan naik kapal ke Batam. percutian selama 2 hari 1 malam.

Trip ke Bali - early of February. flight tiket dah tempah aritu. so, just perlu bawak duit hotel and makan. percutian selama 3 hari 2 malam.
kalau korang pilih yang mana? boleh mintak advice skit tak?

Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 10:26 AM   4 cakaran

Wednesday, January 14, 2009
Kenapa Kebanyakan Peraduan Kena Ada Slogan?

aku tengah nak masuk satu peraduan ni. soalannya semua senang senang belaka. laju ja aku menjawab. tapi bila sampai part kena buat slogan, itu yang buat eden lomah tu.

sapa tau tips untuk buat slogan yang best? patutkah slogan tu kita kena buat dengan menggunakan ayat ayat yang penuh simbolik, dramatik, plastik dan sekaum dengannya?

errghh.. malas la aku masuk peraduan ni. ponin jo nak mikir slogan apa bagai. eh, tapi kalau sesiapa ada tips, meh kasik sini eh? hiks.

novel untuk minggu ini ialah - eat, pray, love.


Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 3:33 PM   4 cakaran

298 New Messages

semalam, kak Farisya call untuk jemput ke majlis Aqiqah anak beliau pada hujung minggu ni. of course la mek akan pergi sebab dah lama betul tak jumpa dengan kakak aku nan sorang ni. mesti makin cantik bila dah jadi seorang ibu.

masa tengah syok berborak cite ini itu ape segala tu kan, tetiba haaa, hambik ko. sekali aku kena bebel plak pasal malas reply sms. sebab, kak Farisya ni rajin gak la menulis sms kat aku. kenkadang, bila aku call, kalau anak dia tengah tedo, dia ajak je aku main sms sebab kalau cakap tepon kang, bising katanya. takut baby terjaga. kira munasabah la jugak kan? tapi, knowing me yang memang pemalas nak type sms, jangan haraplah nak setuju pun. hiks. sorry kakak.

pehtu, aku pun bitau la kat dia yang sms aku sekarang ada dalam 200 lebih yang blom dibaca. lepas tu, hambik obat. lagi la berbakul bakul bebelan yang aku dapat. hahahaha. tapi sikit pun aku tak heran. seronok tau dengar orang bebel ni. nak plak yang suara lembut gemalai macam kak Farisya ni. paling syok lagi bila dia cakap, kalau aku gi umahnya nanti, dia akan settlekan semua sms sms kat henpon aku tu. hikhik. untung kan?



as of yesterday nite, at 11.23pm, aku ada sebanyak 298 new sms yang belum dibaca. ha, camne tu? kalau sesapa yang send sms kat aku tu, aduhai, mintak sorry sangat eh. memang tak sempat nak baca atau nak reply. pehtu plak, sms ni banyak makan bateri la korang. aku dah la takde charger. dah berbulan ilang ntah ke mana. dulu masa adik Syuhada ada, boleh la aku pinjam charger adik. sekarang ni, kalau nak charge, tunggu aku kat opis je la. pinjam charger bebudak lain. huhuhuhu.

kira alasan semua tu munasabah tak eh? boleh dimaafkan tak? hiks. tapi aku betul ni tau. bukan sekadar alasan je tau. tak tipu ni. hehehehe.

Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 11:20 AM   3 cakaran

Tuesday, January 13, 2009
Lucky 20,777

semalam, lepas balik keja, aku terus gi tengok postbox umah. and, taraaaaaaaaaaaaaa..


actually, aritu Inah ada buat pertandingan tentang lucky number 20, 777. details kat sini. dan aku pun, saje la semangat terlebih nak menang. idup memang kena ada impian tau tak. hahahaha. poyo.

pagi 19 Dec '08, aku bangun awal and terus tercongok kat depan pc. tetiba hati aku semacam berdebar debar and masa aku tengah dok bloghopping, teringat tentang contest Lucky 20,777 kat blog Inah. terus laju je aku klik kat blog Inah.

cumel kan kanggaru tu. siap ada baby lagi dalam poketnya.
kiut tau!


Alhamdulillah, waktu mood tengah wengweng ni, dalam minggu yang penuh berita buruk ni, ada jugak berita baik. thanks Inah.

dunia ni penuh pancaroba kan?

Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 10:42 AM   5 cakaran

Monday, January 12, 2009
Dunia Sedang Membeku

aku sedang sakit perut. memulas mulas macam perut sedang berada dalam mesin basuh. pehtu kejap kejap rasa macam nak muntah plus badan seram sejuk macam nak demam. menggigil gigil ja aku walaupun dah pakai baju sejuk tebal bersama sepasang sarung kaki (stokin) kuning cair belang belang.

aku salah makan ke eh? haish, mengada betul lah. tengah time kena tinggal sensorang ni la semua penyakit nak datang. selalu ok ja.

hish, kalau ada acik kan besh. ada acik, kompem beliau akan jadi jururawat peribadi yang sebuk geledah peti ubat sana sini. alah, mood mengada dah datang plak. tu aku malas cita bab bab syahdu syahdan ni. mula la nak rindu rinduan kenang kenangan kat adik adik yang dah seronok happy lompat kinja sana sini kat kampung nun. eh, aku jeles la. ayat jeles dengan dengki tu tak sama tau. lagipun, jeles dengan adik beradik apa ada hal. sah sah lahir dari makpak yang sama. so wut?

sebenarnya kan, aku sedang mencari kerja dengan gaji minimum RM3.5k sebulan. ada sesiapa tau kot ada memana syarikat yang nak pakai pekerja dalam keadaan ekonomi yang hampreh cam sekarang ni? ada? rerasa cam nan adonya kan? usah la perasan ye tak? pssttt.. tapi kalau ada cecepat bagitau eh? huhuhu, tetap tak putus asa gitu. hiks. takpa, kita kena percaya pada pepatah, berkerat rotan berpatah arang. eh, ye ke? ape ape je la eh. maafkan la aku kalau silap. malas plak nak jumpa pakcik tanya apa maksud peribahasa tu.

oklah, perut makin tak besh. tedo je lah camni. bosan. bye!




Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 8:43 PM   2 cakaran

Jom Nyanyi Sama Sama

Lady
by
Kenny Rogers

Lady, I'm your knight in shining armor and I love you
You have made me what I am and I am yours
My love, there's so many ways I want to say I love you
Let me hold you in my arms forever more

You have gone and made me such a fool
I'm so lost in your love
And oh, we belong together
Won't you believe in my song?

Lady, for so many years I thought I'd never find you
You have come into my life and made me whole
Forever let me wake to see you each and every morning
Let me hear you whisper softly in my ear

In my eyes I see no one else but you
There's no other love like our love
And yes, oh yes, I'll always want you near me
I've waited for you for so long

Lady, your love's the only love I need
And beside me is where I want you to be
'Cause, my love, there's somethin' I want you to know
You're the love of my life, you're my lady!


Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 12:44 PM   2 cakaran

Besday Party Iera

morning all.

mood aku arini light light je. isnin katakan. maybe hari ni akan sambung lagi bz sebab dok sebuk buat proposal ngan action plan for 2009. dah la kepala tengah tingtongteng, entah apa la action plan yang aku akan buat nanti yea? hehehehe.

oh ya, semalam takdak entry langsung. aku malas nak menaip. balik keja, sepantas kilat temankan Idora ke Secret Recipe untuk membeli brownies sempena besday party Iera.

banyak jugak makanan yang disediakan oleh Dieba and bibik. rosak diet aku, uceh. ada mee kari, bihun goreng, bubur kacang, brownies choc walnut, snack and buah mata kucing serta mandarin orange. oyya, ada jugak air kurma mas cotek. aku tak berapa gemar la air kurma mas cotek tu tapi boleh la kalau nak telan seteguk dua. biasa la kan, kalau dah namanya benda benda untuk kesihatan ni, ada je la yang takleh diterima dek tekakku. hiks.

lepak kat besday party Iera sampai pukul 9.30 malam. tu pun sebab asyik masyuk layan filem Titanic kat Star Movies. tapi tak tengok abis sebab mata pun dah kuyu gila. naik atas jap lepak kat bilik Caca ngan Idora dan terus balik.

sampai umah, nengok majlis perkahwinan Mawi-Ekin and terus tertedo. tersedar pun pukul 12 tengah malam. busuk gila perangai. dengan tak mandinya, tak cuci muka apa bagai. hish, buruk sungguh lah.

pagi ni, takyah sesapa kejutkan, pukul 5.03am aku dah bangun. dasat kan?

Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 9:39 AM   2 cakaran

Sunday, January 11, 2009
Jangan Takut Hidup Keseorangan

jangan takut idup kesorangan.

pesanan ni untuk aku. bukan untuk sesapa pun. tapi kalau korang nak baca dan amik sebagai pengajaran, silakan. muahahaha. gila keji ayat perasan. manalah penah blog merapu meraban aku ni nak curahkan bahan ilmiah pun ye tak?

ok, back to the topik. aku ni suka sangat lari topik bila time menulis. tu la susahnya kalau terlebih kreatif. oh, opss, perasan lagi.

dan, sekali lagi. back to the topic.

semalam, sebelum tedo, aku nangis. entah untuk keberapa kali dalam minggu ni. kalau ditadah, mungkin cukup sebaldi.

mula, aku call acik, sambil tahan nangis, aku say goodnite. pehtu, aku call adik Syuhada. pun sambil tahan nangis, aku say goodnite. aku cakap kat derang, aku bosan kena tinggal berdua ja ngan adik lelaki kat sini. aku rindu ngan derang. aku dah takde teman gelak ketawa. aku dah takde orang nak main kutuk mengutuk. aku dah takde teman nak tolong kemas mengemas umah. dan, takde sapa nak makan masakan aku yang belum tentu sedap tu. last sekali, aku paksarelakan derang makan karipap hangit yang aku goreng. sian derang. eh, tapi aku dah pandai goreng karipap tau. tak percaya? sukahatikaulah.

lepas dah call semua adik adik, aku call mak. sambil nangis, aku cakap aku sunyi. aku takut tinggal sensorang. rasa macam ada bendasing ja. siyes takut. aku jugak takut takleh bangun subuh (aku memang liat bangun pagi, mind you). aku takut terlajak tedo sampai tak terbangun nak gi keja. dulu ada acik atau adik Syuhada yang kejutkan. bilik aku pun rasa kosong ja. walaupun perabot dan perkakasan aku banyak tapi tetap nampak kosong.

pehtu mak cakap,
adik adik bukan ke mana pun. semua pergi belajar. untuk masa depan memasing. jangan takut hidup sorang. bila kita lahir, kita tak kenal siapa siapa pun. dan, bila kita mati nanti pun, kita tetap akan sorang sorang jugak. banyakkan buat amal dan ibadat. jangan dipikir sangat hal dunia sebab sampai bila pun kita takkan ke mana mana.

nangis dalam hati. malu dengan diri sendiri. terima kasih mak. haih, macam manalah idup aku kalau tanpa mak dan abah? oh, tak nak pikir. sangat takut.


2 Januari 2009 - kali akhir aku melepak makan Nasi Daun Pisang di Bangsar
dengan acik and adik Syuhada.
*rindu*

hari ni, aku dah kurang menangis. err.. tak nangis langsung rasanya. tapi, selera makan belum kembali pulih macam dulu. tapi dah berjaya menjamah seketul aiskrim Mc Donald yang berharga singgit dua puluh lima sen dan dinner bihun pama yang berharga enam puluh sen sepeket. burrpp, kenyang.

aiskrim Mc Donald yang murah dan sedap.
singgit dua puluh lima sen.

jangan takut tinggal sorang dan jangan takut jadi kesorangan sebab kalau mati pun, kita akan tetap sorang sorang. ok, simpan ayat ni dalam kepalaotak sendiri.

ni la akibatnya kalau dah terlebih tedo tadi. sekarang dah pukul 12.44am tapi mata belum mengantuk. macam mana aku nak bangun pi keja esok pagi? macam mana? cuba terangkan. how?

ok, sekian.


Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 12:45 AM   5 cakaran

Saturday, January 10, 2009
Biggest Full Moon Tonite




bulan malam ini. mengambang penuh. cantik kan?

aku suka merenung bintang dan bulan. bukan kerana angau bercinta ke ape tapi memang sejak sekolah lagi.

masa kekecik, kalau kitaorang nangis waktu malam, atuk mesti akan dukung kitaorang keluar rumah and tunjukkan bulan kat awan sambil main tepuk tepuk mulut dengan tangan sambil cakap, "Bu..Bu.. Bulan. Bu.. Bu.. Bulan!". err, korang tau tak permainan tu? even sampai sekarang pun, aku adik beradik akan gunakan taktik yang sama kat anak buah aku.

sekarang ni, kalau tengah drive, kalau aku nampak bulan besar, aku akan main kejar kejar dengan bulan. seronok tau. dan masa sekolah dulu, aku suka sangat subjek Sains. tentang bintang dan buruj. tapi sekarang dah ingat ingat lupa. yang aku ingat, Buruj Pari, Buruj Bajak, Buruk Biduk, Buruj Belantik. err.. lagi ape eh? ada 88 kot tak silap. aih, nanti tanya angkel google lah.

nak gi nengok cerekarama jap.

cakaran pesanan
pada sesiapa yang nak mengambil gambar bulan ni, sila creditkan sekali kepada tuan punya gambar, encik sibikos. jangan jadi macam kes bulan senyum dalam entry yang lepas, aku tahu ada beberapa pihak yang mengambilnya tanpa meletak kredit kepada empunya gambar. ooo, ingat aku tak tau eh? isk, isk. bukankah itu namanya mencuri? susah ke nak letak kredit kat empunya milik? aduhai, manusia..

Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 10:13 PM   0 cakaran

Friday, January 9, 2009
I Am Not Ok

i am not okay.

seboleh mungkin, aku akan mengelak untuk menaip waktu aku berada dalam keadaan yang beremosi. sangat tidak bagus untuk penulisan dan juga tatapan pengunjung blog (kalau ada?)

tapi, aku memang sangat tidak ok. bukan kerana pengunjung blog. bukan kerana stalker si penjahat (macam aku kisah korang nak stalk aku kan?) dan bukan kerana sesiapa. semuanya kerana salah diri sendiri.

kadang kadang, secara tidak sedar, kita akan melakukan satu tindakan bodoh yang kadang kadang akan merugikan diri sendiri. inilah akibatnya bila kita biarkan perasaan menguasai akal. sangat kesian bukan?

apalah punya malang nasib aku minggu ni. dah la sedang bersedih, ditinggalkan pulak kesorangan kat rumah. adik lelaki dah pergi keja. adik adik perempuan dah balik ke kampung pagi tadi dengan menaiki bas Konsortium (agaknya). aku tak hantar pun mereka ke Puduraya sebab takut berlaku babak air mata kat sana. eh, acah ja. aku tak boleh hantar sebab kereta aku sedang mengalami masalah. merajuk agaknya si Wiwit tu.

untuk adik amy,
thank you so much for your concern. kakak sangat terharu. terima kasih kerana sanggup menjadi 'pembantu' dan 'menjenguk' beliau kat 'sana'. rindu sangat dengan adik. last kita jumpa on 2007 eh? nanti turun KL sila beritahu ok? love you.

aih, hati yang pedih, siapa lah yang tahu..
Align Center



Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 1:27 PM   3 cakaran

Thursday, January 8, 2009
When Love And Hate Collide

Photobucket


When Love And Hate Collide
by
Def Leppard


You could have a change of heart
If you would only change your mind
Instead of slammin' down the phone, girl
For the hundredth time
I got your number on my wall
But I ain't gonna make that call
When divided we stand, baby
United we fall

Got the time, got the chance, gonna make it
Got your hands on my heart, gonna take it
All I know, I can't fight this flame

You could have a change of heart
If you would only change your mind
'Cos I'm crazy 'bout you, baby
Time after time

Without you - one night alone
Is like a year without you, baby
Do you have a heart of stone?
Without you - can't stop the hurt inside
When love & hate collide

I don't wanna fight no more
I don't know what we're fightin' for
When we treat each other, baby
Like an act of war
I could tell a million lies
And it would come as no surprise
When the truth is like a stranger
Hits you right between the eyes

There's a time and a place and a reason
And I know I got a love to believe in
All I know, got to win this time

Without you - one night alone
Is like a year without baby
Do you have a heart of stone?
Without you - can't stop the hurt inside
When love and hate collide

You could have a change of heart
If you would only change your mind
'Cos I'm crazy 'bout you, baby
Crazy, crazy

Without you - one night alone
Is like a year without baby
Do you have a heart of stone?
Without you - one night alone
Is like a year without you, baby
If you have a heart at all
Without you - can't stop the hurt inside
When love and hate collide


Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 11:22 PM   2 cakaran

Wednesday, January 7, 2009
Xing Sui


qin ai de,
wo zhai ni xing li shi te bie de ma?


Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 2:10 AM   3 cakaran

Tuesday, January 6, 2009
Protective Adalah Penyakit Risau Ala Makcik Makcik

protective adalah sifat makcik makcik. betul ke?

being too protective kenkadang memang agak merimaskah pihak yang di-protect. itu aku tahu. tapi, entah kenapa dan sejak bila aku tak pasti plak camna sifat terlalu protective ni wujud dalam diri aku. adakah ini salah satu tanda tanda penuaan eh? uuu.. takut. aku tak nak la tua sebelum usia. uceh.

tapi, salahke kalau aku jadi seorang yang protective dalam keadaan dunia yang semakin tidak selamat macam sekarang ni? kalau dah tiap hari kuar cita samun, rompak, bunuh, rogol and memacam lagi, memang scary lah bukan? cuba bayangkan kalau satu hari, kita tengah sebuk bekerja, tetiba terima satu panggilan mintak kita gi ke hospital untuk mengecam mayat. pehtu siap kena soal siasat cam ala ala CSI tu. hah, apa perasaan kita? aih, Nau'zubillah..

aku penah kena ragut dua kali. satu depan kedai buku and satu lagi depan umah di bulan Ramadhan. kejadian ragut kat kedai buku tu berlaku masa bekas kekasih gi Dubai. kenapa aku perlu mentioned benda ni eh? ntahapeape ja rasanya. ye lah, yang aku nak tekankan kat sini, masa tu adalah zaman aku rajin gi antar dan amik along ulang balik keja. adik yang baik katakan, gi keja aku antarkan, balik keja pun aku jemput. padahal aku nak amik peluang guna motosikal je sebenarnya. biasalah, sambil makan bihun sup, kita kena minum air sirap.hahahaha.

yang kat depan rumah di bulan Ramadhan tu plak, orang yang meragut aku adalah sejenis manusia berjantinakan perempuan. masa tu aku tengah tunggu pakcik sekolah memandu amik aku untuk belajar memandu demi sekeping lesen kereta. memang penjahat betul lah peragut tersebut. kekonon nak suruh aku tunjuk arah jalan tapi rupanya, ada semut dalam air sirap. durjana. sejak dari hari tu, kalau ada orang mintak tolong untuk tunjuk arah jalan, memang jangan harap aku akan layan. maaflah yea kalau sesapa penah tertanya kat aku. aku trauma.

dan, mungkin sejak dari hari tu jugak la aku jadi seorang yang terlalu protective. tiap kali adik adik aku tak balik rumah macam tedo umah kawan contohnya, memang tak sah kalau dalam sehari tu aku tak call lebih dari tiga kali. kepalaotak aku yang rajin berpikir ni akan buat satu andaian sengal dengan mengatakan, "eh, kalau kawan adik aku tu bunuh adik aku memalam masa dia tengah tedo camne yea?" kenkadang, tetengah malam pun aku akan call adik adik aku untuk mem-pastikan derang selamat. over kan? dan, kalau aku lalu kat kawasan yang ada kemalangan, cepat je kepalaotak aku terpikir akan adik adik aku yang dok ulang alik gi keja naik motor tu. pehtu mula la aku call tiap sorang adik adik aku tu untuk tanya keadaan derang.

tiap kali aku terima call dari adik beradik aku atau daripada number number pelik, selalu je la darah aku berderau takut kalau kalau ada bad news ke ape. kalau adik adik aku bitau derang dah ada kekasih pun, aku plak yang lebih over excited nak kenal dan nak tau latar belakang kekasih derang. dah ngalahkan mak ngan abah je. well, takut jugak la kalau derang tersalah pilih pasangan kan. aku selalu percaya pada pendapat nan satu ni, kadang kadang tak salah kalau kita buat silap sekali sebab dengan kesilapan tu la yang akan buatkan kita jadi lebih matang. pengalaman banyak memberi pengajaran. tapi, walau apa sekalipun, kita kena la sentiasa berhati hati. tul tak?

bagi aku, adik adik aku, adalah tanggungjawab aku selepas mak dan abah. korang ingat senang ke jadi kakak? bila adik adik dah datang menetap dengan kita, secara tak langsung, mereka adalah tanggungjawab kita. mak ngan abah pun of course mengharapkan kita yang tua ni untuk tengok adik adik yang muda tu. err.. aku takde la tua sangat pun sebenarnya. cuma, lebih dewasa la kan. huhuhu.

err.. teruk sangat ke penyakit risau aku ni eh? ke biasa je korang rasa? kalau korang, rimas tak kalau dapat kakak cam aku ni? ah, dulik. biar bersusah susah dahulu, bersenang senang kemudian. eh, cam tak kena je pepatah ni kan? belasah..

Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 9:40 AM   3 cakaran

Kat Opis Aku Pun Sama Je
beli la yang ni. elok tau. si nor*** pun beli. katanya berkesan. putih melepak mukanya.
hmm.. takpelah kak. saya takut pakai sebarangan. muka ni sensitif skit. biarlah saya hitam tapi tak berjerawat. orang Malaysia katakan. ehehehe. (gelak gelak nipis)
eh, perfume kau tak nak? cuba kau tenyeh pergelangan tangan kau kat situ. boleh tau bau dia.
err.. saya baru ja beli perfume sampai 3 botol masa warehouse sale aritu. kalau saya beli lagi kang, tamak plak rasanya. tak nak la kak. (aih, kakak ni, beria betul suruh aku beli barang dia nampaknya)
haaa.. ni kau tak nak? orang kata, barangan pakaian dalam produk diorang ni bagus. try la satu.
bagus macam mana tu kak? ada macam Blush tak? ke La Senza ke?
tak tau la akak bagus macam mana. akak tak penah try. orang je cakap kat akak. cuba la beli satu. akak kasik diskaun.
aduh akak. ye la, saya amik yang ni. deal yea? sorry kak, saya kena pergi ni. saya banyak keja tak siap lagi kak.

lastnya, aku beli la jugak sehelai/satu barang dari produk yang kakak tu jual. aduhai, pandai betul orang berniaga ni menjual kan? manis je mulut. produk yang tak penah dicuba pun dikata bagus. lagi aku menolak, lagi la dia mempromote. satu persatu buku produk tu ditunjukkan kat aku. hehehehehe. kelakar pun ada.

err.. korang ingat orang keja gomen je yang suka wat jualan langsung ala ala party tupperware tu? kat tempat keja aku pun ada tau. meriah gitu.

tempat keja korang ada? produk apa yang selalu dijual eh? bagus ke eh? agak agaknya, kalau korang boss, korang kisah tak?


keja gomen best tak?
kasik pendapatan skit boleh?



Sesuatuline sekarang hampeh betul eh? grrr.. very the siput sedut. nak ber-blogging pun stress. err.. syarikat stimik bukan gomen lagi kan? hiks.

Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 12:52 AM   6 cakaran

Monday, January 5, 2009
Adik, Sila Belajar Dengan Rajin Ok?

hola..

bak kata cemut, aku ni bz sungguh. hahahaha. hari ni aku cuti sebenarnya so sebab tu la terbangun lewat arini. semalam pun tedo agak lewat. buat apa pun entah la. hahahah.

pehtu plak, bangun je, banyak benda nak di uruskan. maklumlah, lepas ni, tinggal aku berdua je ngan adik lelaki aku kat KL ni. adik perempuan aku yang berdua lagi memasing akan gi sambung belajar. alahai, sedihnya. sob.. sob..

ok, aku adalah seorang drama queen. jadi, jangan dilayan sangat kalau ada perenggan tangis tangisan atau ayat sob sob yang aku taip. adik pergi belajar dan meninggalkan kakak terkontang kanting menguruskan hidup seorang diri. memang sedih kan bunyinya?

kalau nak kata sedih, memang sedih jugak bila adik adik aku nak gi masuk belajar. secara tak langsung, tinggallah aku seekor sensorang dan sebatang kara kat kota kolumpo ni. tapi, sebenarnya, aku jugak yang suruh derang terima offer belajar tu walaupun aku tau offer tu jauh jauh belaka. aku bukan suruh yang sekadar suruh je tau. tapi, semacam memberi arahan. dan adik adik pun terus bersetuju. bukankah seronok menjadi kakak yang disayangi bila semua arahan kita akan dipatuhi? sanggat bangga kan? hahahaha. ok, riak sikit.

lepas ni siapa lagi nak menteman aku pergi makan makan bila perut tetiba teringin nak dinner kat luar? siapa yang akan membebel dan jaga aku time aku migrain, demam atau sakit? sape nak kejutkan aku tetiap pagi untuk bangun subuh? siapa nak temankan aku blind date? siapa nak teman aku nonton wayang? siapa nak temankan makan steamboat?

sedih seh. sob.. sob..
buat adik adik kesayangan,
tahniah dapat further. aduhai, sorang ke Perak, sorang ke Serawak. jauh kan? hiks. belajar rerajin tau? bukan tempat yang jadi ukuran tapi niat nak menimba ilmu tu yang penting. belajar kat mana mana pun sama asalkan kita ikhlas dalam menerima ilmu tu. Rasulullah pun ada bersabda, tuntutlah ilmu sampai ke negeri China. jadi, kalau setakat masih dalam Malaysia tu dikira dekat lah kan?

take care. cupcup. :*



Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 11:02 PM   0 cakaran

Saturday, January 3, 2009
Azam Aku Cuma Satu

ada banyak cerita yang tak tercerita. bukan mood malas menaip tapi sebab masa yang berlalu tu aku tak terkejar. banyak sangat benda nak kena settlekan. hal kerja, hal study, hal adik adik, dan hal yang macam macam hal.

banyak sangat cerita yang aku nak keluarkan. semuanya tentang aku, dia, kamu, mereka, mereka dan juga mereka. tapi, aku tak boleh menaip waktu aku sedang sibuk camni sebab kompem nanti penulisan aku akan jadik compang camping. ok, sabar. tunggu nanti keadaan dah reda dan sunyi baru aku akan menaip dengan sepenuh hati. uceh ayat sangat tak boleh blah kan? hiks.

sana sini orang bercerita tentang azam. aku? untuk tahun baru ni, aku cuma ada satu azam saja. cuma satu. aku mahu menjadi manusia yang ikhlas.

ikhlas dalam setiap perkara yang aku buat. ikhlas dalam memaafkan orang. ikhlas dalam melakukan ibadah. ikhlas berkawan dengan semua makhluk Allah. ikhlas untuk berubah ke arah kebaikan. ikhlas ketika bershopping. err.. apekah? ok, gurau. memang tak lawak. so wut?

aku tahu, bukan senang nak menjadi manusia yang ikhlas. aku cakap berdasarkan pengalaman aku sendiri. bila aku tak ikhlas, hidup aku tak pernah tenang. mulut kata lain, hati kata lain. dulu, aku pernah kata aku maafkan seseorang. tapi hanya di mulut. dalam hati, aku tetap mendoakan keburukan beliau. sungguh tidak ikhlas kan? dan, hidup aku pun tak penah tenang. saban waktu asyik memikirkan dendam aku pada beliau. sangat merugikan. heh.

sekarang, alhamdulillah. bila aku dah belajar menjadi seorang yang ikhlas, aku jadi semakin tenang menjalani kehidupan. walaupun aku diuji dengan pelbagai dugaan, aku tetap tabah dan redha dengan ujian dariNya.

tahun ni, sebaik mungkin aku akan cuba belajar menjadi seorang yang ikhlas. aku akan belajar memaafkan kesilapan orang tanpa dendam. insyaAllah. dengan kereleaan aku sendiri tanpa paksaan sesiapa. jangan tak tahu, aku adalah seorang perempuan, anak, manusia dan pekerja yang sangat keras kepala. aku takkan mendengar kata sebarangan orang. aku memang degil. semua pun tahu tu. tapi, sekarang, aku tahu aku dah sedikit berubah. mak pun cakap, tahap kedegilan aku dah menurun. Alhamdulillah.

ok, aku rasa entry ni macam sedikit skema. sekarang, aku nak gi tedo. tedo itu sangat syok. satu satunya sifat buruk yang tak penah aku terpikir nak buang walaupun dah brapa kali masuk tahun baru. hiks.

err.. aku suka sangat 2009. kenapa yea? hiks.

Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 6:54 PM   6 cakaran

Friday, January 2, 2009
Happy New Year 2009
Photobucket


Alhamdulillah, aku masih lagi hidup dan merasa nikmat di muka bumi ni.

kalau tahun tahun lepas di mana setiap kali tahun baru, aku akan berjalan secara muhibah dengan adik atau kawan kawan semata mata untuk bermain buih semburan dan menonton bunga api sambil menonton konsert yang diadakan. dan biasanya, tempat pilihan, haruslah di kawasan sekitar The Curve atau Cineleisure, Damansara. dekat dengan rumah katanya.

sambutan kali ini plak agak berlainan sebab aku sambut di kampung bersama keluarga tercinta. sama sama mengaji dan mengkhatam Quran dan diiringan dengan majlis doa selamat secara kecil kecilan. terima kasih mak kerana sanggup bersusah payah dan bertungkus lumus memasak pulut kuning bersama gulai telur dan rendang ayam. i love you forever and ever mak.


pahit manis yang dilalui sepanjang tahun 2008 akan dijadikan sebagai satu pengalaman, iktibar dan pengajaran buat aku. syukur kepadaNya kerana aku menjadi salah seorang hambaNya yang dipilih dan diuji dengan dugaan dugaan yang telah membuatkan aku menjadi seorang yang lebih matang dan tabah.

sedikit pesanan ringkas buat insan insan tertentu yang sentiasa bersama saya di kala susah dan senang sepanjang tahun 2008 yang lepas, thank you for the opportunity, the inspiration and their unwavering support.

Photobucketmak and abah,
thank you so much for all you’ve done for me. the advices you gave me and the things I’ve learned, I’ll never forget. you’re a great parent. thank you so much for been incredibly supportive at every point in my life - both in terms of my career and my personal life.

Photobucketadik adik perempuan yang nakal,
angah sayang korang sesangat. acik and Syuhada, tahniah sebab dapat further study. kompem angah akan miss korang banyak banyak nanti. both of you've been really funny. sangat best. I can’t tell you guys how much you make me smile even when I feel awfully stressed out. sorry sebab kenkadang angah suka melazer kat korang. tapi, selagi angah suka nak bebel, nagging bla bla yada yada kat korang, itu maknanya angah sayangkan korang. and, angah promise akan jadi kakak yang sentiasa menjaga korang sampai ke akhir hayat. insyaAllah.

Photobucketadik adik lelaki cool,
korang ni semua memang sangat cool lah! especially Adi Putra. the best brother that i ever had. and for Asyraf, tahniah untuk PMR yang cemerlang itu. nanti tuntut hadiah ok?

Photobucketbebeh bebehku,
I never imagined we could be this close. I bet you guys know how much of a drama queen I could sometimes be. but what the heck, I just wanted you all to know how much I love you guys. sayang korang sesangat. friends forever bebeh. ingat, 2009 ialah tahun kita. horaaayy!

Photobucketmr boss and seriru opis,
thanks for believing in me. it’s been great to work under your supervision. kak aby and kak wan, you really helped me realize how much I can be needed elsewhere outside the office. and for dieba, I enjoy talking to you. its great to have a worthy debate sometimes. if you ever need me, just text me yea.

Photobucketpara blogger yang dikenali,
thank you coz menjadi sahabat maya yang sangat supportive. its been fun knowing all of you (walaupun just dalam dunia maya). untuk adik amy, adik yonna and adik chika, korang memang sangat comel. you're a true sweetheart. stay nice and cute always. aju and awin, thanks for always be there for me. hope we’ll keep in touch always. kak mya, kakak adalah yang terbaik. thank you kakak. and to the rest, korang semua memang besh. sorry sebab tak mampu nak tulis semua nama. pepaham je la kan. blogger bukan sorang dua ye tak? hiks.

last but not least, thanks for the memories and the wonderful experience that I had as well. it was fun and a very memorable year as I can say. I’m sorry if I have ever hurt anyone’s feelings, I really never meant it.

Happy New Year.


cakaran compang camping


Photobuckettahun ni, satu organizer pun aku takde. berlainan betul dengan tahun tahun lepas, berlambak organizer yang aku dapat sampai siap boleh buat free gift untuk adik adik. oh, rupanya aku bukan lagi seorang kekasih kepada seorang businessman. lupa pulak. hiks.

Photobucketkalau tahun sebelum ni, penuh kalendar untuk digantung di sana sini. bukan setakat organizer, kalendar 2009 pun aku takdak melainkan kalendar poket yang kecik untuk disimpan di dalam purse. itupun free gift dari Rozzane sebab beliau dapat banyak dari Burger King. terima kasih Burger King dan Rozzane. walaupun aku jarang makan Burger King, tapi dapat jugak kalendar dari Burger King. terharu seh. eh, sape ada kalendar lebih? boleh kasik saya tak? huhuhu.. tak malu kan?

Photobucketmasuk hari ni, dah dua hari aku tak makan nasi. err.. rasanya apa makna tersirat dalam ayat ni?

Photobucketaku baru tersedar yang aku belum mandi lagi masa aku menaip entry ni. tapi, kenapa badan aku tak busuk pun? oh, mungkin sebab aku dah mandi selama lebih sejam semalam. hahahaha. mati la kena bayar bil air yang tinggi bulan ni.

ok, sekarang nak pergi mandi. tata.

Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 10:48 AM   4 cakaran

Roti Gardenia Delicia.. Bebetul Sedap!

khas untuk kak lily lotus..


sorry for the delay ye kakak. entah entah, kakak dah jumpa pun roti Gardenia Delicia ni eh? apepun, ni la rupa roti nya. boleh didapati di pasaraya berdekatan dengan harga RM4 sebungkus. thanks to chika kerna memperkenalkan roti ini.

betul betul sedap! hiks.

Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 1:54 AM   4 cakaran

Thursday, January 1, 2009
Horaaayyy.. Saya Kembali

quick update.

kepenatan. tak cukup tedo. dapat merasa nikmat tedo setengah jam je pun tadi. sampai Damansara pukul 5 pagi and now, dah masuk opis. keja morning shift. 7am to 4pm. nama pun minah kilang, apa nak buek. hiks.

cuti di kampung yang sangat wonderful. dan sambutan Maal Hijrah serta Tahun Baru 2009 yang penuh pengisian. Alhamdulillah..

cerita yang lebih detail, akan dicakar kemudian. kepala masih tingtongteng and gambar pun masih blom di-transfer. see ya!

Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 8:56 AM   2 cakaran

Beben

 

Beben, sebuah blog yang baik dan setia. Tak penah menyakiti aku tapi sentiasa rela untuk disakiti. Tidak berjantina dan tidak bernyawa. Sangat pendiam dan sangat memahami. Kalau rasa penulisan aku di sini kurang enak bagi kalian, bolehlah klik butang X belah kanan atas browser anda. Datang tak berjemput, pergi juga tak dihalau. oh yea, did i tell y'all that i hate stalkers? so, please back off. Mekasih.

 

If God wanted us to talk more than listen, He would have given us two mouths rather than two ears.

~Ken Blanchard ~

 

Best viewed with

Photobucket

Cepotet

Photobucket

 

Me, Myself & I

I am just a simple girl with a simple life. I love nobody except my Mak, Abah and my family. Simplicity is the new complex.

Photobucket


email untuk perkara yang penting je. kalau rasa tak penting, sila jangan email. pasti tidak akan dilayan. saya bukan artis mahupun superstar.

Bla.. Bla.. Bla..

Reminder