Last week, aku keluar nonton filem Papadom dengan Along. Papadom memang superb. Apa yang boleh aku katakan;
Papadom is a great movie from Afdlin Shauki. It's an wonderful film about love, relationships, family, friendship, maturity and growing up. Sangat best. Congratulations and keep up the good work bro!
On the way balik from cinema, kitaorang singgah kejap kat Shell untuk isi minyak. Sebelum nak isi minyak, aku ajak Along ke tandas kejap. Maklumlah, perempuan. Huhuhu..
Sampai kat toilet, Along terjerit sebab terkejut tengok ada orang lelaki tengah buang air berdiri. Kebetulan plak, mamat tu tak kunci pun. Aku pun cecepat lari tengok signboard kat pintu nak confirmkan tu toilet perempuan atau lelaki. Mujurlah kitaorang masuk toilet yang betul. Aku ngan Along pun keluar la dulu tunggu kat depan pintu sampai mamat tu selesai urusan beliau.
Kesian jugak kat mamat tu. Tersipu sipu je dia keluar dari toilet. Langsung tak angkat muka. Haih, takut jugak kalau kena kat aku satu hari nanti. Isk.. malu tau!
Aku pun kenkadang, selalu memalukan diri aku sendiri di tempat awam.
Antara kejadian memalukan yang aku ingat;
Kejadian #1
Opis aku memang membenarkan staffnya untuk berpakaian kasual ke pejabat. So, memang dah jadik peberet aku untuk pakai jeans je selalunya ke opis kecuali pada bulan Ramadan sebab sepanjang bulan Ramadan, aku hanya akan berbaju kurung.
Satu pagi tu, aku brenti kat stesen minyak area umah aku. Memang biasanya aku akan isi minyak kat situ and almost semua pekerja kat situ aku dah kenal. Maklumlah, aku ni kan ramah tamah berhemah orangnya. Hahaha. Gurau je lah.
Masa aku nak gi bayar duit petrol kat kaunter, aku perasan, ada sorang pekerja baru tengah jaga cashier. Pengkid. Dari mula aku masuk pintu, sampailah aku jalan ke kaunter, dia usyar aku semacam. Mujurlah aku bukan jenis kontrol cun pehtu nak gelabah syoksendirikononlawa semua tu. Tapi, perasan lah jugak kan. Dok pikir lah jugak dalam hati, apehal plak pengkid ni tengok aku semacam.
Sampai kat kaunter;
"Pam No 9, RM50 yea, " aku cakap sambil wat muka macho konon konon.
"RM50, ok. Psstt.. eh awak, saya nak cakap sikit boleh?", cashier tu tanya aku ala ala nada berbisik.
"Err.. boleh. Ape dia?" cuak juga aku bila dia tanya camtu tapi jawab je lah kan. Mana tau kot dia nak tanya aku nak petrol free ke ape ke, aku jugak untung ye tak?
Pehtu, pengkid cashier tu cakap lagi sambil ala ala bisik, "Zip seluar jeans awak terbuka. Dari tadi lagi saya nak tegur."
Errkk?!!!!! Gullppp???!!!!
Malu aku siottttttttttttt! Cecepat aku say thanks kat pengkid cashier tu pehtu aku blah jalan lelaju sambil bertindak pantas tarik jeans seluar aku. Sib baik awal pagi camtu tak ramai orang. Kalau tidak? *&^%$#@!!!
Kejadian #2
Kes ni jadik masa nak gi Majlis Nana Bebeh bertunang dulu. Agak lama jugak dah tapi, pada lokasi dan dengan orang yang sama jugak. Hampeh btol.
Oh ya, nama pengkid cashier tu Ray. Nama timangan dia je lah. Nama betul, takyah la aku letak kat sini kot. Bukan korang kenal pun kan? Huhuhu..
Awal pagi, lepas dah bersiap siap kuar dari umah, sebelum gi amik Suraya Bebeh, singgah kejap isi petrol kat Stesen Minyak biasa yang selalu aku pergi.
Dari rumah, kitaorang plan untuk pakai baju kurung terus. Senang nanti takyah nak tukar baju ape semua bila dah sampai JB, umah Nana Bebeh. Aku plak, kebetulan aritu, gedik nak pakai baju kurung putih. Konon suci la gitu. Katanya..
Masuk je kat pintu, aku tengok, Ray tengah jaga kaunter. Aku senyum je macam biasa. Tapi, dia usyar aku semacam plak. Pelik jugak aku. Nak kata aku tak tutup zip seluar jeans, aku tengah pakai baju kurung kot kan? So, aku wat bodo je lah. Siap pusing pusing jap dalam tu cari junk food nak buat bekal.
Sampai kat kaunter;
"Saya nak isi penuh tapi camne yea? Atau saya isi RM50 dulu kot kan?" aku cakap kat Ray.
"Nak jalan jauh ke? Oklah, isi RM50 dulu yea. Eh awak, lepas ni terus pergi ke? Saya nak cakap sikit ni," Ray tundukkan sikit kepala sambil cakap separuh berbisik kat aku.
"Hahahaha. Nak kata zip seluar tak tutup lah tu. Saya tak pakai jeans tau hari ni," aku jawab sambil gedik gedik show off baju kurung putih aku.
Sambil senyum, Ray beritahu, "I know. Bukan zip seluar tapi, saya rasa awak bocor lah. Baju awak dah la putih, nampak jelas tau!"
Hah? OMG! Omaigod! Oh My! Arrghhhhh!!!!!!!!!!
Kejadian #3
Knowing me, aku sangat tak suka kalau benda yang aku buat betul, tapi orang kata salah. Especially, perkara yang melibatkan kerja.
Last week, aku check, ada error alert yang dihantar untuk kes yang aku penah handle walhal kes tu dah settle tapi ada kes baru masuk yang di-handle oleh orang lain. Makanya, meletuplah aku kan.
Dalam keadaan marah tu, laju je aku karang email siap print screen segala bahan bukti apa semualah untuk dihantar pada pihak yang berkenaan. Tapi, takde lah tulis secara formal pun. Cuma nak menegakkan keadilan je konsepnya. Wah, gitu..
Selesai je aku send email tu, 10 minit later, ada reply;
Salam,
Rasanya adik ni da salah org kot…. :)
Nama sama tapi ayah kami berbeza.
Huwaaaa.. memang aku salah orang pun. Apsal la aku tak tengok bebetul sebelum aku send email tu. Nama sama tapi nama ayahnya berbeza.
Aku reply balik the email;
Wsalam,
Opss.. Maaf.. Maaf..
Aiyok, salah orang. Aduh, malunya. Huhuhu..
Korang pernah tak rasa dimalukan di khalayak ramai? Apa perasaan bila dimalukan camtu? Malu? Muka jadi merah padam macam tomato masak? Ada rasa nak lari menyorok bawah meja tak? Hikhikhik..
Anyway, aku sangat percaya pada kata kata ini;
A life spent making mistakes is not only honorable, but more useful than a life spent doing nothing. Mistakes are lesson of wisdom. The past cannot be changed. The future is yet in your power.
Beben, sebuah blog yang baik dan setia. Tak penah menyakiti aku tapi sentiasa rela untuk disakiti. Tidak berjantina dan tidak bernyawa. Sangat pendiam dan sangat memahami. Kalau rasa penulisan aku di sini kurang enak bagi kalian, bolehlah klik butang
X belah kanan atas browser anda.
Datang tak
berjemput, pergi juga tak dihalau. oh yea, did i tell y'all that i
hate
stalkers? so, please back off. Mekasih.
If God wanted us to
talk more than listen, He would have given us two mouths rather than two
ears.
~Ken
Blanchard ~
Best viewed
with
Cepotet
Me, Myself & I
I am just a simple girl with a simple life. I love nobody except my Mak, Abah and my family.
Simplicity is the new complex.
email untuk perkara
yang penting
je. kalau rasa tak penting, sila jangan
email. pasti tidak akan dilayan.
saya bukan artis mahupun
superstar.
1) Kemaluan terserlah sebab tak taruk zip.
2) Kemaluan besar sebab bleh nampak dari luar baju kurung.
bublers
http://bublers.bub.my