Protective Adalah Penyakit Risau Ala Makcik Makcik
protective adalah sifat makcik makcik. betul ke?
being too protective kenkadang memang agak merimaskah pihak yang di-protect. itu aku tahu. tapi, entah kenapa dan sejak bila aku tak pasti plak camna sifat terlalu protective ni wujud dalam diri aku. adakah ini salah satu tanda tanda penuaan eh? uuu.. takut. aku tak nak la tua sebelum usia. uceh.
tapi, salahke kalau aku jadi seorang yang protective dalam keadaan dunia yang semakin tidak selamat macam sekarang ni? kalau dah tiap hari kuar cita samun, rompak, bunuh, rogol and memacam lagi, memang scary lah bukan? cuba bayangkan kalau satu hari, kita tengah sebuk bekerja, tetiba terima satu panggilan mintak kita gi ke hospital untuk mengecam mayat. pehtu siap kena soal siasat cam ala ala CSI tu. hah, apa perasaan kita? aih, Nau'zubillah..
aku penah kena ragut dua kali. satu depan kedai buku and satu lagi depan umah di bulan Ramadhan. kejadian ragut kat kedai buku tu berlaku masa bekas kekasih gi Dubai. kenapa aku perlu mentioned benda ni eh? ntahapeape ja rasanya. ye lah, yang aku nak tekankan kat sini, masa tu adalah zaman aku rajin gi antar dan amik along ulang balik keja. adik yang baik katakan, gi keja aku antarkan, balik keja pun aku jemput. padahal aku nak amik peluang guna motosikal je sebenarnya. biasalah,sambil makan bihun sup, kita kena minum air sirap.hahahaha.
yang kat depan rumah di bulan Ramadhan tu plak, orang yang meragut aku adalah sejenis manusia berjantinakan perempuan. masa tu aku tengah tunggu pakcik sekolah memandu amik aku untuk belajar memandu demi sekeping lesen kereta. memang penjahat betul lah peragut tersebut. kekonon nak suruh aku tunjuk arah jalan tapi rupanya, ada semut dalam air sirap. durjana. sejak dari hari tu, kalau ada orang mintak tolong untuk tunjuk arah jalan, memang jangan harap aku akan layan. maaflah yea kalau sesapa penah tertanya kat aku. aku trauma.
dan, mungkin sejak dari hari tu jugak la aku jadi seorang yang terlalu protective. tiap kali adik adik aku tak balik rumah macam tedo umah kawan contohnya, memang tak sah kalau dalam sehari tu aku tak call lebih dari tiga kali. kepalaotak aku yang rajin berpikir ni akan buat satu andaian sengal dengan mengatakan, "eh, kalau kawan adik aku tu bunuh adik aku memalam masa dia tengah tedo camne yea?" kenkadang, tetengah malam pun aku akan call adik adik aku untuk mem-pastikan derang selamat. over kan? dan, kalau aku lalu kat kawasan yang ada kemalangan, cepat je kepalaotak aku terpikir akan adik adik aku yang dok ulang alik gi keja naik motor tu. pehtu mula la aku call tiap sorang adik adik aku tu untuk tanya keadaan derang.
tiap kali aku terima call dari adik beradik aku atau daripada number number pelik, selalu je la darah aku berderau takut kalau kalau ada bad news ke ape. kalau adik adik aku bitau derang dah ada kekasih pun, aku plak yang lebih over excited nak kenal dan nak tau latar belakang kekasih derang. dah ngalahkan mak ngan abah je. well, takut jugak la kalau derang tersalah pilih pasangan kan. aku selalu percaya pada pendapat nan satu ni, kadang kadang tak salah kalau kita buat silap sekali sebab dengan kesilapan tu la yang akan buatkan kita jadi lebih matang. pengalaman banyak memberi pengajaran. tapi, walau apa sekalipun, kita kena la sentiasa berhati hati. tul tak?
bagi aku, adik adik aku, adalah tanggungjawab aku selepas mak dan abah. korang ingat senang ke jadi kakak? bila adik adik dah datang menetap dengan kita, secara tak langsung, mereka adalah tanggungjawab kita. mak ngan abah pun of course mengharapkan kita yang tua ni untuk tengok adik adik yang muda tu. err.. aku takde la tua sangat pun sebenarnya. cuma, lebih dewasa la kan. huhuhu.
err.. teruk sangat ke penyakit risau aku ni eh? ke biasa je korang rasa? kalau korang, rimas tak kalau dapat kakak cam aku ni? ah, dulik. biar bersusah susah dahulu, bersenang senang kemudian. eh, cam tak kena je pepatah ni kan? belasah..
Beben, sebuah blog yang baik dan setia. Tak penah menyakiti aku tapi sentiasa rela untuk disakiti. Tidak berjantina dan tidak bernyawa. Sangat pendiam dan sangat memahami. Kalau rasa penulisan aku di sini kurang enak bagi kalian, bolehlah klik butang
X belah kanan atas browser anda.
Datang tak
berjemput, pergi juga tak dihalau. oh yea, did i tell y'all that i
hate
stalkers? so, please back off. Mekasih.
If God wanted us to
talk more than listen, He would have given us two mouths rather than two
ears.
~Ken
Blanchard ~
Best viewed
with
Cepotet
Me, Myself & I
I am just a simple girl with a simple life. I love nobody except my Mak, Abah and my family.
Simplicity is the new complex.
email untuk perkara
yang penting
je. kalau rasa tak penting, sila jangan
email. pasti tidak akan dilayan.
saya bukan artis mahupun
superstar.
bebeh, biase laa tuh..kakak yg baik mmg cmtu :p
btul ke "sambil mkn bihun sup kna mnum air sirap" ..? hahaha mcm tak jek (kembung prut bru tau)