bak kata cemut, aku ni bz sungguh. hahahaha. hari ni aku cuti sebenarnya so sebab tu la terbangun lewat arini. semalam pun tedo agak lewat. buat apa pun entah la. hahahah.
pehtu plak, bangun je, banyak benda nak di uruskan. maklumlah, lepas ni, tinggal aku berdua je ngan adik lelaki aku kat KL ni. adik perempuan aku yang berdua lagi memasing akan gi sambung belajar. alahai, sedihnya. sob.. sob..
ok, aku adalah seorang drama queen. jadi, jangan dilayan sangat kalau ada perenggan tangis tangisan atau ayat sob sob yang aku taip. adik pergi belajar dan meninggalkan kakak terkontang kanting menguruskan hidup seorang diri. memang sedih kan bunyinya?
kalau nak kata sedih, memang sedih jugak bila adik adik aku nak gi masuk belajar. secara tak langsung, tinggallah aku seekor sensorang dan sebatang kara kat kota kolumpo ni. tapi, sebenarnya, aku jugak yang suruh derang terima offer belajar tu walaupun aku tau offer tu jauh jauh belaka. aku bukan suruh yang sekadar suruh je tau. tapi, semacam memberi arahan. dan adik adik pun terus bersetuju. bukankah seronok menjadi kakak yang disayangi bila semua arahan kita akan dipatuhi? sanggat bangga kan? hahahaha. ok, riak sikit.
lepas ni siapa lagi nak menteman aku pergi makan makan bila perut tetiba teringin nak dinner kat luar? siapa yang akan membebel dan jaga aku time aku migrain, demam atau sakit? sape nak kejutkan aku tetiap pagi untuk bangun subuh? siapa nak temankan aku blind date? siapa nak teman aku nonton wayang? siapa nak temankan makan steamboat?
sedih seh. sob.. sob..
buat adik adik kesayangan, tahniah dapat further. aduhai, sorang ke Perak, sorang ke Serawak. jauh kan? hiks. belajar rerajin tau? bukan tempat yang jadi ukuran tapi niat nak menimba ilmu tu yang penting. belajar kat mana mana pun sama asalkan kita ikhlas dalam menerima ilmu tu. Rasulullah pun ada bersabda, tuntutlah ilmu sampai ke negeri China. jadi, kalau setakat masih dalam Malaysia tu dikira dekat lah kan?
Beben, sebuah blog yang baik dan setia. Tak penah menyakiti aku tapi sentiasa rela untuk disakiti. Tidak berjantina dan tidak bernyawa. Sangat pendiam dan sangat memahami. Kalau rasa penulisan aku di sini kurang enak bagi kalian, bolehlah klik butang
X belah kanan atas browser anda.
Datang tak
berjemput, pergi juga tak dihalau. oh yea, did i tell y'all that i
hate
stalkers? so, please back off. Mekasih.
If God wanted us to
talk more than listen, He would have given us two mouths rather than two
ears.
~Ken
Blanchard ~
Best viewed
with
Cepotet
Me, Myself & I
I am just a simple girl with a simple life. I love nobody except my Mak, Abah and my family.
Simplicity is the new complex.
email untuk perkara
yang penting
je. kalau rasa tak penting, sila jangan
email. pasti tidak akan dilayan.
saya bukan artis mahupun
superstar.