Photobucket

Click Click Click

Previous Post
The Archives
The Bloggers

Credits

hit counter
Clicky Web Analytics

Photobucket

Photobucket

Saturday, June 27, 2009
I Am Not A Pretender

I was totally exhausted - physically, emotionally and mentally.

It's too hard for me to pretend like nothing happened. I just can't take it and I wouldn't accept an apology from them either. Maybe not now or maybe forever. Am I that bad?

Arghhhhh!

Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 5:53 AM   0 cakaran

Friday, June 26, 2009
Aku Kemengantukan
I can't even begin to explain how sleepy I am right now. Photobucket

I haven't sleep the whole night yesterday coz I'm afraid I couldn't wake up to work this morning. Mati lah kan kalau lewat lagi. Dah la aritu masuk lambat sebab keta wat hal. Harus kena keji plak kang.

Semalam, I just spent the whole night practicing my guitar on my bed while looking up to the glorious stars through the window pane. Suddenly, how I wish if I am still a little girl right now. Mesti sangat seronok kan? Tak payah nak serabut pening kepala bagai tentang semua permasalahan dunia.

Talking about permasalahan dunia, one of my opismate dah kena suspected H1N1 and unfortunately, beliau dengan selambanya telah datang ke opis semalam. Siap boleh borak ape segala ngan kitaorang semua. Mujurlah after kitaorang find out pasal the H1N1 issue yang membabitkan one of her fren and since beliau pun seems looks like cam orang sakit je since last week, I called my boss and terus instruct her gi wat blood test and etc. Harapnya, moga takde ape ape la kan. InsyaAllah..

Aduiii.. ngantuknya. Tapi, abis keja nanti, kalau terus balik, cam rugi plak. I really can't wait for the party tonite. Aku nak tunggu part makan je pehtu aku blah.

Oh, makan.. makan.. makan.. yummy!

Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 2:51 PM   0 cakaran

Wednesday, June 24, 2009
Infiniti Love Untuk Abah

this entry supposed to be published on 21st June 09, tarikh di mana rakyat Malaysia celebrate Father's Day but sila salahkan si management apartment kediaman aku ni kerna tetiba di dingin malam hari boleh plak takde letrik. dah la siangnya, bleh tetiba takde air. nak plak, time takde air tu adalah waktu aku tengah sedap elok mandi. sungguh hampagas dapur gas btol.

opss.. opsss.. later baru cerita pasal isu takde air and letrik. cewah, cam la ade orang kisah ye tak. ok, back to Father's Day punya cerita.

baru ku tahu rupanya Father's Day ni disambut berbeza beza tarikhnya mengikut pada negara tertentu and ianya disambut on every third Sunday of June in 52 of the world's countries termasuklah Malaysia. meaning that, tarikh tarikh untuk Father's Day will be:-
June 21, 2009
June 20, 2010
June 19, 2011
June 17, 2012

if u wanna get further info, you may get it from here.Photobucket

Father's Day lepas, as usual, aku sms je untuk wish kat abah. Tak dapat balik kampung sebab ade teambonding with my team opis. plan nya nak balik jugak after the team bonding tapi mak plak tak kasik sebab kalau balik lewat malam tu, esoknya dah kena balik semula ke KL. very the tak berbaloi dan kompem kepenatan. huhuhu.

Talking about Father's Day ni kan, seriously, for the past few years back, aku cam tatau pun pasal kewujudan hari Bapa ni sebab those days, banyak yang lebih kecohkan hari Ibu for celebration. yang aku perasan, among my frens and termasuk aku sendiri, normally we always appreciate our mother and hardly we appreciate our father. lumrah manusia kot kan. lagipun, aku rasa, most of people tend to be more closer to their mother as we spent most of our times with mak at home.

aku selalu dengar rungutan dari orang sekeliling tentang ayah memasing. ketidakpuasan hati, memberontak dan selalu jugak tindakan ayah menjadi pertikaian. kenapa ayah marah, kenapa ayah nak kita buat camtu bukan camni, kenapa ayah begitu bukan begini. tapi pernah tak kita, sebagai anak, sekurang kurangnya, cuba bertanya pada ayah memasing, apakah harapan beliau sebenarnya pada kita.

aku mengaku, aku sendiri pun tak pernah tanya apa harapan abah pada aku. dan di sudut hati abah, sedikit sebanyak mesti abah kecewa ngan aku sebab aku bukanlah antara anak abah yang berjaya. tapi, abah tak penah tunjuk kekecewaan tu kat aku. abah sentiasa support apa yang aku buat asalkan ianya adalah perkara yang baik.

dedulu, masa kecik, aku selalu pikir or rasa cam abah tak sayangkan aku sangat tapi tapi sejak dah duduk berjauhan, dah pandai berdikari, cari duit sendiri, masa tu, baru la aku realized the hardship yang abah terpaksa gone through to give kitaorang happiness, good education, good life and provide with all our needs. dan sebab itulah jugak abah must always sacrifice his quality times ngan kami adik beradik just for work instead. lagipun, paham sangatlah kan, being a guy, mana lah reti sangat nak tunjuk feeling feeling ni kan. and, I believe all fathers have their own ways showing the love to their children.

To Abah;
Though we may be far apart right now and I may not have always said it often but I am indeed blessed to have you as my abah. Angah sayang abah. I love so much. Infiniti. Uncountable. Selamat Hari Abah.




“ Ya Tuhanku, ampunilah dosaku dan dosa ayah ibuku, sayangilah mereka sebagaimana mereka menyayangiku sewaktu aku masih kecil. Amin. ”



Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 6:24 PM   0 cakaran

Monday, June 22, 2009
Which Will Hurt You The Most?


Which will hurt you the most?
Breaking up with your partner or being cheated by your friends?




Your answer will be.. Photobucket


Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 12:21 AM   3 cakaran

Saturday, June 20, 2009
The Memories

We met, we talked and we ate, ate and ate..



Restoran Murni, SS2




Kedai William, Petaling Jaya



A&W, One Utama



San Francisco Steakhouse, Subang



Photobucket
One of the most memorable dialogue in If Only


Have anyone here ever watched If Only movie?

If Only is such a romantic movie. I simply love this movie. I watched it with my bestfriend few months back, and have been watching it constantly ever since. Besides 'A Walk To Remember', 'If Only' would be one of the best movie i have ever seen. I recommend this to those who haven't seen it.

Ok, i feel hungry now. Chiow!

Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 3:13 PM   2 cakaran

Friday, June 19, 2009
Such A Tiring Day

I'm home. I'm tired. I'm tuckered. I'm sleepy. I'm exhausted.

Gudnite all.

Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 1:00 AM   2 cakaran

Thursday, June 18, 2009
Masalah Menjadikan Hidup Ini Lebih Hidup

masa belia remaja dulu, ustazah aku selalu cakap, "Manusia tanpa masalah, ertinya, Allah tak kasih."

mungkin, masa dulu, aku yang naif ni, akur je dengan apa yang ustazah cakapkan tanpa memahami konteks maksud ayat yang cuba beliau sampaikan. dan mungkin juga, waktu tu, aku anggap apa yang ustazah cuba sampaikan tu agak remeh sebab masa tu aku masih belum mengenal dunia sebenar semacam yang aku lalui sekarang ni.

tapi, bila dah makin dewasa, semakin matang dan berusia, selepas melalui beberapa fasa dalam kehidupan, barulah aku mula memahami apa yang ustazah cuba sampaikan dulu. dan aku yakin, setiap apa yang berlaku, setiap masalah dan dugaan yang Allah berikan, pasti ada hikmahnya. Allah tak pernah kejam pada hamba hambaNya.
Firman Allah dalam ayat yang terakhir surah al-Baqarah:
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya."

Mungkin penah suatu ketika atau tiap kali dilanda masalah, aku mengeluh memikirkan dugaan dugaan yang datang tapi bila suatu ketika, aku terfikir - dengan adanya masalah akan menjadikan hidup ini lebih hidup.

Maksudnya?

Ok, selama ni mungkin kita terlalu asyik memikirkan tentang kisah masa depan yang indah sampai kita tak sedar, dalam perjalanan menempuh hari indah tu, kita akan terpaksa lalui beberapa kesulitan untuk kita mencapainya. Contoh, macam kita mendaki Gunung Kinabalu. ya, aku memang tak penah pun mendaki Gunung Kinabalu malah ke Sabah pun belum pernah. tapi, seperti yang diceritakan oleh para sahabat, sebelum sampai ke puncak, dugaan yang terpaksa ditempuhi, kalau kita tak kuat semangat, tak payah la berangan nak sampai ke puncak tapi bila dah berjaya sampai di atas sana nun, macam macam perasaan yang timbul dan memang takkan tergambar pun walau dalam photo.

macam tu jugak dengan kehidupan. bila semuanya kita perolehi dengan mudah, mungkinkah kita akan mengenal erti menghargai? atau, mungkinkah kita paham maksud berusaha?

Bercakap tentang menghargai, selama ini juga, mungkin secara sedar atau tidak, aku kurang menghargai insan insan yang ada di sekeliling aku. dan, ketika masalah itu datang lah, waktu itu juga baru kita dapat mengenal siapa kawan, siapa lawan.

Alhamdulillah. Selain mempunyai mak dan abah yang memahami, aku bersyukur kerna walaupun tak mempunyai sahabat yang baik dalam kuantiti yang ramai tapi kualiti sahabat yang aku miliki adalah sangat bernilai jauh lebih bagus dari semua harta benda yang aku miliki dalam dunia ni.

Pernah suatu ketika, aku dilanda masalah dan kesedihan yang teramat, tanpa berfikir panjang, aku sms sahabat bebeh bebehku. Jam masa tu pukul 2.08 pagi. Walaupun dalam keadaan mereka yang terpaksa bangun awal pagi untuk bekerja, dalam keadaan mamai, sms aku tetap dilayan dengan baik. Dipujuk dan diberi kata kata semangat yang melegakan. Walaupun mungkin ianya cuma sms, tapi, sokongan, dorongan tu yang aku amat hargai.

Bercakap tentang masalah kewangan, aku bukanlah jenis yang akan meminjam wang dari para sahabat walaupun dalam keadaan kesempitan seteruk mana sekalipun. Tapi, ada satu kejadian yang berlaku yang sangat menginsafkan aku. Aku tak pernah ceritakan tentang perkara ni pada sesiapa walaupun perkara ni dah berlaku bertahun tahun lepas dan terus menjadi ingatan buat aku sampai sekarang.

Sejak mula di company sekarang, aku mula menjalankan tanggungjawab aku sebagai anak dan kakak dengan memberi sedikit wang belanja pada mak dan adik adik. Dan, pada satu bulan tu, seperti biasa, aku akan berikan mak duit belanja macam selalu tapi mak sms aku bertanyakan sama ada aku ada wang lebih sebab mak perlukan wang untuk perkara perkara tertentu.

untuk menjawab sms mak, aku mengambil masa berjam jam untuk membalasnya dan tanpa rasa bersalah dan berfikir panjang, terus menjawab walaupun dengan ayat yang sopan dengan menolak permintaan mak dengan memberi alasan yang aku pun tak cukup belanja untuk bulan tersebut sedangkan pada waktu tu, gaji yang aku dapat agak lumayan memandangkan OT dan elaun lain yang aku terima pada bulan tersebut agak tinggi.

Kejamkan aku? Mak, maafkan Angah..

tapi, Allah itu Maha Adil. walaupun aku tak menerima balasan serta merta, nak dijadikan cerita, beberapa bulan kemudian, aku pulak yang menghadapi masalah kesempitan wang sampaikan aku terpaksa meminta pertolongan dari mak. malu nak minta melalui phone call, aku sms kat mak. tak sampai seminit, mak terus reply sms aku. dan, betul kata orang, seorang mak, hatinya adalah sangat suci. walaupun mak tak memiliki kekayaan yang melimpah ruah, walaupun mak hanyalah seorang surirumah sepenuh masa, mak tetap menjawab, "boleh, nanti mak bank in kan"

betapa hibanya hati aku masa tu, Allah je yang tahu. sebak, sedih, terharu, sayu dan macam macam lagi aku yang aku rasa. masa tu, yang aku fikirkan, bukan masalah kewangan yang aku alami tapi dosa yang aku tanggung sebab tak menolong mak dulu. Aku adalah lupa diri. Aku angkuh. Oleh kerna itu jugak, Allah telah memberi balasannya. Syukur Alhamdulillah sebab Allah tunjukkan kat aku di dunia lagi supaya aku sedar betapa bongkaknya aku dulu. Astaghfirullah al-Azim.

baru baru ini, aku berbual dengan mak tentang macam macam perkara. semua aku ceritakan pada mak. tentang kerja, tentang kehidupan aku yang sekarang dan tentang masalah masalah yang tak henti datang.

Antara pesanan mak;
Jangan mengeluh dengan setiap ujian yang Allah beri. Sentiasa memohon dariNya sebab Allah je yang tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.

Tempat mengadu paling agung ialah Allah dan waktu yang paling bagus untuk mengadu ialah ketika berdoa setiap kali selepas solat. Jangan jadi hamba yang ego dan sombong untuk meminta pertolongan dari Allah.

Anggaplah setiap masalah yang datang tu sebagai ujian hidup. Sama macam ujian dalam dewan peperiksaan. Untuk melayakkan kita ke level seterusnya, kita kena lah lulus ujian peperiksaan dulu. Sama jugak dengan ujian hidup. Bila kita lulus ujian yang ini, itu bermakna kematangan kita juga akan naik satu level. Setiap masalah itu akan lebih mematangkan untuk menempuh hidup yang akan datang. InsyaAllah..

Masih tak jelas? Cuba renungkan dan fikirkan sendiri. Kalau tanpa semua masalah yang penah kita alami dulu, sekarang atau pada masa lampau, adakah kita akan berada di tahap yang kita berdiri sekarang? Renungkan renungkan..




Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 12:27 AM   4 cakaran

Wednesday, June 17, 2009
Sakit Yang Tak Boleh Dirawat

kalau sakit demam, sakit kepala, sakit berpenyakit, boleh lah pergi jumpa doktor, makan ubat, beristirehat macam takde hari esok, hirup sup panas yang sedap terutamanya kalau yang dimasak oleh mak or boleh jugak minum air koko atau susu atau milo yang ala ala panas suam kuku. oh ya, talking about air koko, Ovaltine kat MYDIN bawah rumah ni sumpah sangat murah. apsal eh? pelik pulak. harus aku google info tentang Ovaltine later.

tapi, kalau sakit jiwa, sakit otak atau biol, camne nak rawat eh? aku sendiri tak paham dengan diri aku this lately. apa yang aku fikirkan dan apa yang aku lakukan, tak sync langsung dengan akal aku sekarang ni.

bila otak ke lain, akal ke lain, pikiran ke lain, jiwa dan hati pun entah ke mana mana, banyak lah perkara di luar dugaan dan memalukan akan berlaku.


kejadian pertama

it was happened on few days back. masa tu, around 12.45am and i was driving on my way back home after finished my work. as usual, i will sms mak untuk kejutkan aku untuk bangun subuh. (yes, memandu sambil ber-sms itu sangat tidak bagus. sila jangan ikuti perangai ini)

pehtu aku dapat reply;


ciss.. ciss.. dan ciss lagi. sangatlah ciskek secret recipe btol aku ni boleh tersalah send sms. dah la tersalah send kat bos sendiri. sib baik sms yang berhemah. cuba kalau sms yang tak senonoh ke, sms terkutuk bos ke, camne nak jawab? huhuhu..


kejadian kedua

balik keja semalam, aku sempat mengemas sikit bonet kereta. biasalah kan, knowing me yang sangat rajin mengemas ni, kereta pun dah jadi cam rumah tumpangan kedua. semua benda ada.

masa tengah dok mengemas dan menyusun tu, ada la sepasang couple ni tengah dok berdating kat depan car park nun. sambil dok dating tu, mata dok tengok kat aku. segan kot agaknya. motif segan? aku pun, kemain lagi la kontrol macho cun kat situ. dan motif aku nak kontrol cun situ pun aku tatau nape. kekekek.

elok dah susun segala barang yang nak di angkut, masa nak naik lif, aku senyum kat derang. pehtu aku tengok budak perempuan tu macam nak cakap sesuatu. biasalah aku, nak kata berlagak tu takde la plak cuma kalau tak kenal, nanti aku kekok plak nak bertegur sapa. pemalu kot aku ni. hahahah. makanya, aku terus cecepat kuarkan henpon kekonon bz (ni tiru style kak pamm la ni). hikhikhik.

nak dijadikan cerita, pagi tadi, masa aku turun kat keta, aku nampak ada banyak kertas A4 berterbangan dedekat area keta aku. pehtu, aku nampak ada satu lapisan nipis berwarna biru kat atas bumbung keta aku.

.. and OMG!!!

rupanya, semalam masa aku nak blah masuk lif, aku tertinggal file biru tu kat atas bumbung kereta dan kertas A4 yang berterbangan tu adalah kertas kertas aku. mujurlah ianya cuma kertas biasa dan takde dokumen yang penting. but, still, kertas aku ye tak? dan yang lebih memalukan, masa aku tengah dok mengutip kertas kertas yang berterbangan tu, budak yang berdating berdua semalam tu lalu. derang senyum je pandang aku. ciss.. cisss.. dan ciss lagi.


kejadian ketiga

after i woke up this morning, aku gi jenjalan kat kiara park. lama gila tak gi kiara park. pusing pusing taman sambil menenangkan pikiran. ceh, ye lah sangat tenangkan pikiran. hahaha. statement poyo kena ada beb.

dapat dua kali pusingan, baru aku balik. sampai kat entrance guard house, aku kuarkan access card nak masuk dalam tengok access card aku tak berfungsi.

cuba sekali, tak jalan. cuba dua kali, sama jugak. masuk kali ketiga, aku dah jeling jeling pak guard sambil buat muka ketat.

pehtu, datang la sorang pak guard ni, mintak access card aku tu. entah aku ni kena sampuk ke ape agaknya, terus je hulur access card sambil wat muka ketat cam ayam berak kapur. siap kerek tanak pandang pun muka pak guard tu.

sekali pak guard tu cakap;



huh?!! kad Touch N Go? aku tersalah amik kad? *&^%$#@!


moral of the story:

Photobucket jangan kerek tak tentu pasal
Photobucket jangan jadi bodoh sombong
Photobucket sentiasa fokus dengan apa yang kita buat
Photobucket belajar bergaul dan bertegur sapa dengan neighbour
Photobucket sentiasa bermanis muka atau dalam erti kata senangnya, senyumlah walau apa juga keadaan sekalipun.
Photobucket kalau kita moody or dilanda masalah, tak perlu tunjukkan pada orang lain sebab tak semua orang tahu masalah yang kita hadapi.

cewah, ayat semua nak best je kan? poyo gila ok. hahahaha. argh, wuteva..


Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 12:32 AM   2 cakaran

Tuesday, June 16, 2009
Krabi, Thailand. Anyone?

Mind to share your fabulous trip?
Please email me - akucepotet@gmail.com

Thanks.


Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 3:03 PM   0 cakaran

Adakah Malas Itu Sejenis Penyakit?














betul kata orang, setiap pasangan itu akan saling melengkapi antara satu sama lain. walaupun ada perbezaan, tapi pada dasarnya, ianya tetap sama. same goes to my parent.

dari pandangan aku, mak seorang yang sangat tabah, setia, rajin, penyabar, penyayang, sangat tegas dalam hal tertentu tapi tetap lemah lembut dan pemalu dan mak jugak adalah seorang yang keras hati. aku jarang nampak mak menangis. sepanjang umur aku 26 tahun ni, aku pernah nampak mak nangis 2 kali je. dan kalau boleh, aku tak nak tengok mak menangis lagi. not even once. i love u mak.

and abah plak, sama macam mak. seorang yang tegas tapi adalah lembut hati. well, it's normal lah kan kalau lelaki tak reti nak tunjuk perasaan sayang tapi deep inside aku tahu abah sayangkan anak anaknya. kalau tak, takkan abah sangat ambik berat pasal kami adik beradik. abah pun sangat rajin. kalau balik kampung, aku suka kalau abah ada sebab mesti umah akan jadi sangat bersih. abah seorang yang sangat bercita cita tinggi and, tak dinafikan, abah is a smart guy. dulu, pernah sekali aku tengok abah ajar his staff, an engineer pasal hukum fizik and kimia. walhal, that engineer adalah lulusan universiti terkenal and baru je grad dan abah plak dah abis blajar quite long ago. tu pun takde sampai masuk universiti terkenal cam engineer tu. yes abah, i am really proud to have a father likes u. yes, i really am.

dan, dari sifat mak abah itulah sedikit sebanyak akan turun pada anak anak termasuk aku. tapi, dalam bebanyak kombinasi sifat mak and abah yang aku warisi, besides tak pandai memasak macam mak and tak bercita cita tinggi macam abah, antara salah satu yang tak turun kat aku ialah - aku bukan seorang yang rajin.
aku malas bangun pagi. tapi, mak and abah selalu bangun awal pagi.
aku malas baca sms sampaikan current unread sms kat hp aku sekarang ada 698 new messages. itupun selepas aku dah buang separuh daripadanya sebab sms tu telah membuatkan hp aku jadik sengal.
aku malas mengemas umah melainkan kalau tetiba aku tertelan pil rajin.
aku malas lipat kain baju.
aku juga malas iron baju dan aku adalah sangat bersyukur sebab opis aku boleh pakai baju kasual ke opis - jeans and t-shirt.
dan, err.. cukup lah tu kan.
hmm.. adakah rajin itu satu kelebihan atau malas ini adalah satu penyakit?
aleen cakap, aku spoil brat. fifi cakap aku mengada. rozie cakap, aku manja tak bertempat. am i?

wutever it is, aku adalah tetap aku. walaupun aku tak warisi sepenuhnya sikap mak dan abah tapi i am really glad and proud to be a daughter for my parent. biarlah orang kata apa sekalipun tentang mak and abah, i still heart them so much.

mak and abah, i love you.

aku selalu remind kat adik beradikku - biar jauh beribu batu pun jarak kita, biar tinggi melangit pun tahap kedudukan kita, biar bergunung ganang pun harta kita, tapi sentiasalah ingat pada kedua orang tua kita. hilang kekasih boleh diubati, hilang ibu bapa, tiada pengganti.

salam takziah buat sahabatku, Amir atas pemergian ibubapanya pada hari Ahad lepas. moga roh kedua ibu bapanya ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin.

Al- Fatihah.
Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 4:47 AM   1 cakaran

Sunday, June 14, 2009
Snowqueen Or White Witch?




yeah, maybe I have to be like a snowqueen. being cold towards love. or maybe I have to be like a White Witch from The Narnia. wut say you? cool huh? huhuhu..
dear Lam,
thanks for cheer me up and be my hero tonite. luv ya..

Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 4:31 AM   2 cakaran

Friday, June 12, 2009
Love And Pain










love and pain like music and rhythm.




..and now, the pain is killing me inside.

Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 9:01 PM   0 cakaran

Thursday, June 4, 2009
Doaku

Ya Allah Ya Tuhanku,

Aku memohon kepadaMu agar berikan aku kebijaksanaan untuk memahami hati dan jiwa pasanganku. Aku memohon kesabaran untuk memaafkan dan menerima setiap tindak tanduk dan egonya dan aku memohon ketabahan hati yang tinggi untuk menempuh dugaan sepanjang perhubungan kami.

Janganlah Kau berikan aku kekuatan kerna aku khuatir akan menyalahgunakan kekuatan itu dan memukulnya sehingga mati.

Amin.
Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 1:31 PM   6 cakaran

Monday, June 1, 2009
Surat Kemaafan Untuk Bebeh




Dear bebeh (you know who you are),


Both of us made mistakes for not trying to understand each other, some words did hurt in some way and you know my style rite? Usually, I tend not to speak up when something bothers me, thinking that it is trivial to mention it. Unfortunately, what happens is after repeated times of not speaking up, some small occurrence happens and it ends up being the straw that broke the camel's back. These are some of the things that might break our warm friendship.

My approach towards you on that day was uncalled for. I was not in my usual self and my vituperative comments are certainly out of line. I am vitriolic. Huhuhu..

For now, I know sorry is just a word, but for what it's worth I am very sorry for the things I said, for my harsh and unpleasant words, for being too emotional and too ego sampai sanggup sepikan diri selama few weeks. I'm truly sorry. Maafkan saya..

dan

..untuk bebeh yang lain, thanks a lot kerna menjadi sahabat yang baik dan bersikap matang dan tidak menjadi firestone batu api semasa dalam tempoh merajuk kami. I don't think I could have gotten through the last few years without all of you. Through the break-ups and career changes and home moves you all were always around to lend a hand and tell a joke. Thank you again for being such a great person and wonderful friends.Aku sayang kalian.


Sembunyikan kemarahan anda, jangan mengungkit-ungkit kesalahan yang kecil, tutuplah mata terhadap kenakalan orang lain, maafkanlah kesalahan yang dilakukan atas diri anda, dan kuburkanlah semua celaan itu, nescaya anda akan menjadi orang yang paling dicintai. InsyaAllah..



Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 9:21 PM   5 cakaran

Beben

 

Beben, sebuah blog yang baik dan setia. Tak penah menyakiti aku tapi sentiasa rela untuk disakiti. Tidak berjantina dan tidak bernyawa. Sangat pendiam dan sangat memahami. Kalau rasa penulisan aku di sini kurang enak bagi kalian, bolehlah klik butang X belah kanan atas browser anda. Datang tak berjemput, pergi juga tak dihalau. oh yea, did i tell y'all that i hate stalkers? so, please back off. Mekasih.

 

If God wanted us to talk more than listen, He would have given us two mouths rather than two ears.

~Ken Blanchard ~

 

Best viewed with

Photobucket

Cepotet

Photobucket

 

Me, Myself & I

I am just a simple girl with a simple life. I love nobody except my Mak, Abah and my family. Simplicity is the new complex.

Photobucket


email untuk perkara yang penting je. kalau rasa tak penting, sila jangan email. pasti tidak akan dilayan. saya bukan artis mahupun superstar.

Bla.. Bla.. Bla..

Reminder