Photobucket

Click Click Click

Previous Post
The Archives
The Bloggers

Credits

hit counter
Clicky Web Analytics

Photobucket

Photobucket

Sunday, May 31, 2009
Today Is A Cartoon Day

jom tengok kartun.


aku rindu kat budak berdua ni. Daniel and Danish, anak kak Asni. sangat genius and smart. baru 1st time jumpa tapi dah boleh ngam. pic ni masa besday celebration kak Aby kat Putra Heights pada hari Sabtu minggu lepas. photo kartun kat atas tu pun, si Danish yang snap. cute kan?

Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 1:52 PM   1 cakaran

Saturday, May 30, 2009
Kesakitan Perut

sangat tak suka.

perut ni memang dah nak jahanam agaknya. asyik nak memerut je. semalam pun sama. hari ni pun sama. semalam lagi dasyat. makanan sedap sedap belaka je yang masuk ke perut. rugi je lepas makan pehtu buang. tak reti bersyukur betul perut aku ni tau. yang teruknya aku lah. jenuh nak berulang alik ke tandas. hampeh. hampagas. huh!

eh, lagi baik ada perut camni daripada takde perut kan? isk, insaf.. insaf..

bangun tedo lewat pagi tadi (yea, aku bangun lewat pagi sebab aku hanya tedo selepas subuh, jadi boleh dimaafkan di situ), aku rebus 3 ketul sosej, letak sos cili skit campur dengan blackpepper konon nak kasik sedap and letak dalam bekas siap dengan garfu apa segala pehtu makan lah aku sepanjang jalan masa on the way ke opis.

buruk ke eh perangai makan dalam kereta ni? dari rumah ke opis, aku akan berhenti di 2 traffic light. jadi, dia kedua dua traffic light tu lah aku amik kesempatan untuk makan sosej yang aku bawak tu. untuk traffic light pertama, layan je aku makan sosej sementara nak menunggu lampu merah bertukar hijau. kereta pun tak banyak masa tu, so, dapatlah aku makan dengan tenang.

... tapi, masa hentian kat traffic light kedua, tengah syok menyumbat sosej dalam mulut, baru aku terperasan driver keta sebelah tengah dok perhatikan aku sambil buat muka senyum kambing busuk tak mandi sepuluh hari. cis, sungguh memalukan siot. aku tau rupa paras aku adalah sangat hodoh waktu aku mensuap sosej tu ke mulut. eii.. benci! benci! sib baik lampu cepat tukar hijau lepas tu. kalau tak, sumpah aku tak tau nak bawak kereta dah lepas tu. hahaha.

dan, sosej ketiga telah berjaya aku makan masa kat parking keta.
burrpp.. Alhamdulillah.

eh, tadi aku cite pasal perut yang sakit kan? kenapa boleh jadi cerita makanan plak? isk, ape ape je lah.

gambarajah makanan yang aku sumbatkan ke perut semalam.
motif letak gambar ni? saje letak nak kasi terliur pehtu timbul rasa menyesal sebab tak makan donut sampai abis semalam siap boleh gado dengan ika and zura sape nak bawak balik donut untuk dihabiskan. huhuhu...


Kuih Koci
RM3.50 untuk sepuluh ketul


Donut Big Apple


gemok.. gemok.. gemok..

Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 10:04 PM   0 cakaran

Selamat Untuk Semua

yea, selamat untuk semua. poyo je tajuk. huhuhuhu..

uiii.. syoknya bangun lewat di hari sabtu nan indah ni. nikmat betul tedo tu kan. hehehe. sementara bujang ni, kena la appreciate sepuas puasnya. cuba kalau ko dah kawin nanti. merasa la nak bangun lewat. nak plak kalau dapat suami yang jenis suka bangun awal pagi siap nak brekpes ape segala. tapi, kalau dah tanggungjawab, takleh la nak kata apa kan. cewah, cakap cam dah kawin je. poyo. hahaha.

ekceli, aku bukan malas nak mentaip atau bukannye takde cerita baru untuk entry baru. tapi, kabel kamera ni buat hal plak. so, tak dapek lah eden nak meng-upload gambar gambar untuk entry yang baru. hampeh kecempreh btol.


ini adalah kapkek masa besday party kak aby yang lepas. kek ni untuk adik yonna dan adik nad yang menyambut hari jadi mereka pada hari ini, 30th May.
hepi besday untuk yonna and nad. moga panjang umur, murah rezeki, sentiasa dilindungi Allah SWT dari segala kejahatan dunia dan akhirat dan dikurniakan kesihatan yang baik hingga ke penghujung usia. amin.


selamat kembali ke tanah air buat Iera yang telah selamat sampai ke Malaysia selepas menunaikan ibadah umrah pada 17 May lepas.

hati ada sedikit rasa tak best. apakah?
hmm.. nak sambung baring baring jap.

Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 11:37 AM   0 cakaran

Tuesday, May 26, 2009
Pijad Dearie and Adi Harris

Lokasi:
Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7, Shah Alam.
Tarikh: 24 Mei 2009
Masa: Pukul 8 malam hingga 9.30 malam.


Pijad Dearie's Day!

After balik dari wedding Zura bebeh, bersiap ke wedding Pijad plak. Ini adalah majlis kedua yang aku pergi pada Ahad lepas.

Pijad ialah kawan kepada Izzah bebeh. Satu sekolah masa kat Sekolah Tun Fatimah, Johor. err.. ok, cukuplah info ni kan. Bukan sessi berkenalan pun. Hehehehe.

Wedding Pijad ni adalah lain daripada yang lain. Sangat unik sebab digabungkan dengan dua adat daripada dua negeri. Adat negeri Selangor dan Johor. Negeri kelahiran parent Pijad, Dato' Amir Sharifuddin and Datin Latiffah Endot. I really enjoyed the wedding because it was so unique compared to the normal one. Best!

Sekali lagi, silalah terima sorry saya sebab bukan setakat setting kamera yang ntah apa apa, malah aku pun boleh tetiba cam diserang penyakit Parkinson di mana semua gambar adalah agak bergegar dan bergoyang di sana sini. Mahunya tak, ramai orang kenamaan di sana sini. I segan you..


Ketibaan Pengantin Perempuan.
Cantik, simple and nice.

Pijad, you sangat lawa.
Sumpah, sangat lawa.


Cantik kan susunan mereka?
Tengoklah aku punya segan. Tak berani aku nak bergerak dari tempat duduk aku tu.
Snap dari jauh je. Motif aku nak segan? Entah. Hehehehe.


Ketibaan Pengantin Lelaki.
Very the gagah perkasa semuanya.


Ini sessi tol.
Haa.. ingat senang nak dapatkan anak dara orang? Sila lepasi sini dulu. Cewah..
First time aku tengok. Syok oh dapat angpow. Hiks.
Belakang tu pengantin lelaki, Adi bersama diiringi oleh ibubapa beliau, Dato' Adnan and wife.


Sorang duduk bersila, sorang duduk bersimpuh.
Sangat gagah dan ayu gitu.
I like!


Again, korang layankan je la semua pic ala ala Parkinson yang bergegar ni yea. Hiks.


Sessi Menepung Tawar


Ni masa sessi Ambo Ambo.
err, betul ke ek? please correct me if I'm wrong.
Dia cam baling duit syiling pehtu reramai pakat kutip.
Bebudak syok le. Kitaorang yang dah tua bangka ni, harus kontrol ayu.
Hahahaha. Takde maknanya ayu!


Makan Time


Masa ni, dah berani skit, terus gi dedepan snap pic pengantin. Puas hati aku. Bangga oh kerna berjaya melawan rasa keseganan yang melampau tu. Huhuhu..

Ololololo.. manjanya muka pengantin perempuan.
Nak ape la tu kan.
Hiks.

Pijad, congratulations dear. You guys look great together.
May you'll be blessed in all your future endeavors together.

The Gang.
Walaupun mostly ini adalah baru pertama kali jumpa face to face, mereka semua adalah best.
Superb. Sangat friendly.
I like them. I heart them.




cakaran cebisan
Untuk kedua dua majlis, gambar aku takde pun. Eh ada kot. Kat wedding Zura maybe ada kat kamera Izzah tapi kat wedding PIjad, adalah beberapa keping dan gambar aku adalah buruk. Hehehe. Alah, lagipun, sape nak snapkan pun pic aku bebanyak pun kan sebab semua sebuk nak snap pic pengantin je. Kang kalo sebuk snap pic aku, pelik pulak jadinya. Hahahaha.


Ok, bye. Aku mengantuk. Dah dua kali aku tersengguk depan PC ni. Sebelum masuk kali ketiga, better aku tedo sekarang. Hiks.

Selamat Malam Dunia

Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 10:34 PM   1 cakaran

Monday, May 25, 2009
Zura Bebeh and Nik Irwan

Lokasi:
Rumah Ibubapa Zura di Senawang, Negeri Sembilan
Tarikh: 24 Mei 2009
Masa: Antara pukul 1pm - 3pm


Zura Bebeh's Day

Sila sorrykan saya sebab banyak gambar agak blur dan kurang pencahayaan. Ni kes salah setting kamera la ni. Baru belajar katakan. Cewaahhh.. Pehtu plak, bateri kamera telah kehabisan semasa separuh jalan asyik masyuk men-snap picca. Gambar ni sume pun campur aduk yang diambil ngan kamera dan jugak from henpon.

More great photos snapped by Izzie @ Izzah bebeh. I wish sangat kalau my kamera boleh guna batery Enegizer. Confirm akan ada battery spare dalam handbag untuk ke sana sini. Huhuhu..


Puan Zura bersama bakal puan puan 2009, Mala, Izzah and Nana.
Ikut turutan nampak? Hiks.

Masa kitaorang sampai, pengantin tengah makan beradap. Takde malu segan terus gi peluk cium rindu dendam ucap tahniah apa bagai kat Zura bebeh.
Bebeh sume, aku rasa kan, sedara mara Nik yang ada kat situ pun mesti tahan sabar je ngan kita. Nak feel makan lauk pengantin pun susah. Hahaha. Opss..

The Hadirin and The Food
Aku pun tatau nape aku letak pic ni. Saje lah nak feel sikit makan nasi kawin. Hikhik.
Tapi rugi plak tak gi kat bahagian teh tarik, dadih and kuih muih tu. Cam best je..


Next, acara memotong kek. Banyak pic candid je.
Syok oh, pelbagai memek muka ada kat pengantin tapi tetap beautiful and graceful.

snap.. snap.. snap..


seterusnya..
bersanding time dan disertai sessi melenguhkan mulut dengan senyuman. hahahaha.

Aku tau masa ni pengantin dah super duper penat. Tengok adik yang tukang kipas tu pun. Dia pun penat dah. Gile ramai orang nak snap picca. Naik juling mata pandang kamera sana sini dengan flash ape bagai. Lenkali dah tau dah. Bakal pengantin, please take note. Rasa nak jimat, takyah upah photographer. Tunggu je orang snap pic bebanyak. Free plak tu. Hahahaha.
Sabar ye pengantin. Sekali seumur hidup je. Ceh, pepoyo je aku nasihatkan pengantin. Hiks.

The Hantaran
credit to mala bebeh and cik su bebeh.
pic hasil cilok from facebook mala.
cik su yang snap masa nikah aritu. ngeee..


Bilik Pengantin
Simple and nice. Sejuk plak tu. ngeh ngeh ngeh..

Ok, cukuplah tu kan. Aku dah kecapetan nak memilih pic yang menjadi dan menarik. Kalau nak lagi, cuba check kat facebook or tunggu Izzah bebeh upload plak yea.

Yang tak dapat hadir - Aleen bebeh and Suraya bebeh. Memasing bz dengan tugas. Aleen kepenatan sebab workload yang banyak tahap dewa dewi kat opis beliau sampai balik lewat pagi hari sebelumnya. Suraya dah fly.fm fly away ke Bandung, Indonesia. Ada presentation untuk conference for her Master. Beliau wakil UM rasanya. Err.. tatau le kalau salah tapi gi dengan incik lecturer. Btol la tu kot. Thehehehe.

Kejumpaan - Bobol and husband, Mancit. Sorry Bol, sempat jumpa kejap je kan? Kita jumpa lagi June nanti k. Hiks.

Pertanyaan ringkas - Yam and Ajai, apsal aku tak jumpe korang? June ni muncul tak?

Congrats to Zura bebeh. Wishing you a fabulous and blessed married life and may you have a lifetime of happiness with Nik. Cupcup.

Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 8:41 PM   2 cakaran

Congratulations Zura and Pijad

two weddings in a day. damn kepenatan tapi super duper happy.
tahniah for my dearest bebeh.


Zura and Nik Irwan


Pijad and Adi

more pics will be upload soon..

Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 2:28 PM   0 cakaran

Friday, May 22, 2009
Silence Is Golden

aku memang sensitif. tapi aku jarang tunjuk kat orang bila aku kecik ati. aku lebih suka pendamkan je dan pujuk diri aku sendiri sensorang. tapi bila lama lama, bila aku rasa macam orang tak reti nak menghargai dan menjaga perasaan aku, adalah lebih baik aku blah je.

aku jarang nak sensitif tak tentu pasal especially kalau bukan dengan orang dari golongan ahli keluarga aku tapi aku sangat tak boleh bila orang nak tinggikan suara kat aku padahal aku takde buat salah pun. salah ke aku bertanya? salah ke aku amik berat? bila kita tak amik tahu, cakap kita tak amik peduli. bila kita amik berat, cakap kita suka banyak tanya. apa kau nak sebenarnya? aku sendiri pun pening tau tak.

aku sangat tak boleh terima manusia ego. yes, aku akui semua orang ada ego. aku sendiri pun ada ego aku tersendiri. tapi kalau ego sampai memakan diri, itu maknanya apa?

mungkin aku pendamkan je apa yang aku rasa tapi aku bukan jenis manusia yang boleh berpura pura kononnya takda apa yang berlaku. kalau kau boleh baca apa yang ada dalam hati aku sekarang ni, mesti kau takkan buat macam tu kan?

kadang kadang, bila kita dah terlalu penat, bukan setakat yang dikendong akan berciciran, malah yang digenggam pun rasa macam tak berguna lagi. seboleh mungkin, aku tak mahu perasaan ini bertukar benci. aih..

ya, silence is golden. mungkin itu yang terbaik..

Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 6:47 PM   1 cakaran

Perut Saya Meragam. Anda Pilih MAS atau Air Asia?

salam Jumaat.

ok, tajuk adalah hodoh. tapi takpe. abaikan. apa ada pada tajuk. uceh.

semalam ada kenduri doa selamat di rumah Pete di Bukit Subang. tak ramai pun opismate yang dijemput. cuma kami-kami yang rapat je. mama beria nak kami semua datang. happy je mama tengok semua berkumpul. tu pun Shahrul and Nonie tak dapat datang sebab kena keja malam. tapi, apepun,syukur mama dah sembuh dari penyakit misterinya tu. Alhamdulillah..

semalam, adalah hari makan banyak untuk aku. kemain seronok lagi perut aku dapat isi macam macam. bubur gandum mama yang sedap, bihun goreng pedas dan menu utama, soto lagenda hasil masakan Putra aka cikpit. memang marbelos!

Soto Lagenda
*gambar di ambil masa aku gi makan kat gerai Putra*


oh ya, kalau ada sesapa teringin nak makan Soto ni, Putra ada bukak gerai di Foodcourt Dataran Sunway, Kota Damansara. sila silalah ke sana yea.

balik dari kenduri, lepak rumah Dieba, pekena pulak sambal ikan bilis petai cicah dengan roti. fuh, very the buncit aku sekarang ni. dah la weekend ni and minggu depan banyak kenduri kendara nak kena attend. ayoyoyoyoyoyo!

perut aku ni, takleh isi memacam sangat sekarang, nanti mula lah dia buat hal. sekarang ni, dok ulang alik jumpa cik tan je. hampeh betol.



MAS
(click picture to enlarge)



Air Asia
(click picture to enlarge)


kalau berdasarkan dua gambarajah di atas, mana satu pilihan anda?
MAS atau Air Asia?


bak kata kak Pamm, lu pikirlah sendiri..

Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 9:44 AM   3 cakaran

Tuesday, May 19, 2009
Angan Angan Cepotet

sebab angan angan lah, Mat Jenin jadi pemes. dan aku pun berangan..

aku kononnya aritu berangan angan lah nak jadi pentulis blog yang tegar. kononnya lah kan, aku bajet, everyday at least, ada la satu update sekurang kurangnya. tapi, hampeh. semalam, tak sempat pun nak mentulis apa apa.

minggu ni, memang tak mungkin angan angan aku tu berjaya. it's gonna be a very busy week for me. keja menimbun, undangan suka ria di sana sini, dan memacam lagi. memang ianya adalah sangat memenatkan. phew..

Monthly Planner 2009

i bought this from BJX.Store. handmades monthly planner for 2009. nice kan? it cost me only RM22 including postage. berbaloi sangat. it’s really cute, colorful, cheerful and the illustration are really warmly evocative. i really love it.

and, start from now on, aku harus mula menyusun jadual untuk aktiviti aktiviti yang perlu aku lakukan. bolehlah dicatit dalam monthly planner ni. dulu cam sayang je nak guna tapi now, semangat plak rasanya nak mencatit memacam dalam ni. ye lah, angan angan harus dijadikan kenyataan ye tak? ngeee..

nak tahu ape lagi yang boleh di beli from BJX.Store? just click click click.

..I could stay awake just to hear you breathing
Watch you smile while you are sleeping
While youre far away dreaming
I could spend my life in this sweet surrender
I could stay lost in this moment forever
Every moment spent with you is a moment I treasure
( I Don't Wanna Miss A Thing by Aerosmith )


Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 10:21 AM   5 cakaran

Sunday, May 17, 2009
Sleepless and Restless

I really had a sleepless night since last few days and now, saya memang sangat kepenatan. I am having the worst headache ever. aih..

do I need a treatment? Photobucket

sekarang ni, saya sedang memakai Migrain Ice di dahi untuk cuba melegakan migrain ni. mekasih pada kakak mya kerna memperkenalkan Migrain Ice ni pada saya. kejap saya, kejap aku. apeapentah. hiks.

boleh didapati di Guardian yang berdekatan dengan harga, err.. lupa plak. tapi, murah dan berbaloi. iklan tak berbayar ikhlas dari cepotet. ngee..


oh ya, hari tu masa terlebih rajin, aku mengemas bilik kan? pelbagai khazanah yang aku dah lupa aku beli, aku jumpa balik. banyak jugak aku membazir rupanya.

The Card.
beli je bebanyak tapi tak penah bertulis dan tak terhantar.
very the attitude..

The Mask.
sangat banyak dan cantik.
Million thanks to Ifer Kaima for give it to me for free.
Love ya!

ok, sekian. sangat tak mampu mentaip lagi. kepala berdenyut macam cacing kepanasan sekarang ni. erk? pepatah ke ini? sorry Puan Fauziah. Happy Teacher's Day. (cikgu Fauziah adalah guru yang mengajar subjek Bahasa Melayu sekolah menengah dulu). huhuhu..

ops, tambahan sikit..

Alhamdulillah, akhirnya permohonan pertukaran adik yang sekarang berada di Mukah, Serawak nun untuk bertukar ke Politeknik di Semananjung tercapai jugak. dapat jugak kembali ke Politeknik Ungku Omar kan dik. syukur.. syukur..

Allah itu Maha Mengasihani. selepas kita berusaha, berdoa, walaupun terpaksa menunggu hampir 6 bulan tapi Allah tetap makbulkan permintaan adik tu kan. dan kami semua tak sabar nak menunggu adik balik ke sini. we miss you so much. aih, jenuh la aku nak nunggu dia kat KLIA nanti untuk mengangkut barangan beliau yang berlambak tu. opss, ikhlas.. ikhlas.. tak dapat ole ole Serawak plak kang. eh silap. bukan ole ole, pahala. hehehe.

ok, bye.

Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 5:55 PM   4 cakaran

Wednesday, May 13, 2009
Beautiful, Fabulous and Wonderful
Photobucketcerita ke-Satu

mymusicTiada puisi atau lagu
Tiada potret tiada ragu
Yang dapat ku ilham seindahmu
Nyata kau satu dalam berjuta
Wahai jelita kau istimewa.. mymusic
( Istimewa by Indigo )


tahniah buat bebehku yang tersayang, Nurul Izzah Bt Dr Abd Nasir yang telah selamat bertunang dengan pasangan beliau, incik Juan. Photobucket
Izah bebeh,
Please accept my sincere apology for not being present on your sweet day due to my job commitment. You look so stunning on that day. I can see how happy you are - your eyes are just shining. Whatever it is, I just want you to know that I am really happy for you my dear. May Allah bless you and your fiance (oh, me like this word so much nowadays. hiks) till the end of your life. Amin.

thanks to mala bebeh and aleen bebeh for the update and the picca. terharu sangat sebab korang sanggup susah payah nak ber3g lagi. tapi, apakan daya. orang kuning lom launch 3g. sob.. sob..



Photobucketcerita ke-Dua

effective 1st May 2009, opis saya yang baik hati telah mengisytiharkan cuti umum pada setiap hari Jumaat sekiranya cuti umum tertentu jatuh pada hari Sabtu. makanya, opis saya akan bercuti 3 hari in the row. Jumaat, Sabtu dan Ahad. woweeee.. beshnya.

unfortunately, bagi kami yang terpaksa bekerja mengikut syif tak serupa orang ni, tak dapek la den nak nolong. haruslah bekerja dengan gigih mengikut jadual ye tak. cumanya, kami boleh meng-claim OT pada hari yang dimaksudkan tersebut. brape sangat kalau nak claim OT pun dengan basic yang dah begini? oh, apepun, Alhamdulillah.

eh, bukan ini cerita kedua. cerita keduanya ialah, saya baru pulang dari kampung halaman. bercuti sejak Ahad lepas hingga semalam, Selasa. rasa sangat lega. tenang. aman dan damai. hilang sekejap semua stress bila di kampung bersama mak, abah dan adik adik.

kat kampung, takde aktiviti menarik pun selain dari makan, tidur, makan, tidur, makan dan tidur. tidur seawal 10 malam. bangun selewat 2 petang. isk.. isk.. isk.. selain tidur, seperti biasa, seronok dapat makan masakan mak yang pelbagai. oh, gagal sudah edisi mengkuruskan badan. pipi sudah tembam semula. sob.. sob..

bawa mak dan adik adik ke Focus Point. tempah cermin mata. adik adikku bertiga tu pun dah rabun macam kakaknya. kesian mak, melayan beratus ratus sebab tempahkan cermin mata untuk anak anak. tapi mak tak penah bersungut. aih, kasih ibu. aku pun tumpang check tahap ke-rabun-an aku. anybody here tahu camne nak hilangkan rabun tak? any idea?

Photobucket
teruk kan ke-rabun-an saya..

sebelah malamnya, pergi ke pasar minggu. membeli siput belitung. mak masakkan sambal taucu. oh, sungguh lazatness. nyum.. nyum..

10 Mei - Hari Ibu. celebrate hari ibu secara ala kadar. sebuah ciuman. sepotong kek bersama sejuta kasih sayang. setiap hari pun adalah hari untuk mak. tak pernah sesaat pun saya akan melupakan mak. mak, i love you. infiniti. Photobucket

mak bekalkan ini untuk dibawak balik ke KL.
kerepek pisang seguni. hiks, seguni katanya.
tapi peket besar tau. macam yang dijual kat pasar malam.
rasa sayang nak makan. tak nak share dengan sesiapa pun.
rindu dekat mak.

sebelum bertolak balik ke KL;

mak, maaf sebab tak mampu nak kasik mak duit belanja yang banyak bulan ni. gaji bulan ni ciput.
takpe. yang penting, niat nak balik menjenguk mak kat sini.
*angguk angguk kepala sambil tahan sebak dalam hati*
Photobucket

mymusicYou raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up... To more than I can be.. mymusic
( You Raise Me Up by Josh Groban )


muka sedih sebab kena balik ke KL dan kena drive sendiri.
pakai selendang sebab tak tahan muka kena panas. panas api neraka lagi dasyat
ah, bencilah tengok muka sendiri. hodoh!




Photobucketcerita ke-Tiga

mymusicCaramu Mencintaiku
Menjauhkan kecurangan
Seperti bintang
Yang setia pada bulan.. mymusic
( Makin Aku Cinta by Anang feat. Kris Dayanti )

hye b.
hye. u dah gi klinik?
i kat klinik sekarang ni. number giliran i, 480.
wah, ramainya?
sekarang number 475.
oh, lagi 5 orang. hmm, oklah. suruh doktor check bebetul k. i nak bersiap nak keluar dengan mak.
one hour later..
dah check ke? doktor cakap ape? teruk tak?
doktor cakap, i kena kawin cepat-cepat.
hah? ye ke? doktor cakap camtu? kenapa pulak? *blur*
entah. dia cakap, kawin cepat cepat skit dengan cik ....
cisss.. mentipu lah tu. memain lah u. opismate i sebab batuk berhari hari sekarang dah hospitalized.
kekeke. takde ape lah. doktor kasi ubat je. nothing serious. Alhamdulillah. muka merah la tu kan?
err.. i dengan mak and auntie. nanti borak lagi k. bye.
hahahaha. *ketawa jahat* bye.
isk, nakal betul lah dia ni. kekasih siapa lah agaknya? lalalala. Photobucket



5.10 pagi waktu Malaysia.

macam biasa, mak akan call untuk kejutkan aku bangun subuh sekaligus kejutkan aku untuk bangun pergi keja.

tapi, masalahnya, aku sampai sekarang pun belum tedo lagi. sejak dari aku sampai dari kampung lebih kurang pukul 6.25 petang tadi, sampai sekarang, aku masih belum berjaya membenamkan kepala aku kat katil kesayangan aku tu. hish, ni la akibatnya kalau dah asyik sangat main Red Alert. i hate u Red Alert!

bila dah macam ni, mula lah aku rasa nak pi cari Doraemon mintak pinjam mesin masa beliau. dapat la bagi aku chance untuk tedo buat sejam dua. mampus aku hari ni kalau aku ngantuk kat opis. dah la semalam bebudak opis pakat kena bambu dengan big boss pasal semuaperkaradanmacammacamhal.

ah, dari aku mengarut tak berfaedah, baik aku pi mandi, solat subuh dan bersiap ke opis. oh, mesin masa, di mana kau?

Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 5:16 AM   2 cakaran

Beben

 

Beben, sebuah blog yang baik dan setia. Tak penah menyakiti aku tapi sentiasa rela untuk disakiti. Tidak berjantina dan tidak bernyawa. Sangat pendiam dan sangat memahami. Kalau rasa penulisan aku di sini kurang enak bagi kalian, bolehlah klik butang X belah kanan atas browser anda. Datang tak berjemput, pergi juga tak dihalau. oh yea, did i tell y'all that i hate stalkers? so, please back off. Mekasih.

 

If God wanted us to talk more than listen, He would have given us two mouths rather than two ears.

~Ken Blanchard ~

 

Best viewed with

Photobucket

Cepotet

Photobucket

 

Me, Myself & I

I am just a simple girl with a simple life. I love nobody except my Mak, Abah and my family. Simplicity is the new complex.

Photobucket


email untuk perkara yang penting je. kalau rasa tak penting, sila jangan email. pasti tidak akan dilayan. saya bukan artis mahupun superstar.

Bla.. Bla.. Bla..

Reminder