Photobucket

Click Click Click

Previous Post
The Archives
The Bloggers

Credits

hit counter
Clicky Web Analytics

Photobucket

Photobucket

Saturday, January 3, 2009
Azam Aku Cuma Satu

ada banyak cerita yang tak tercerita. bukan mood malas menaip tapi sebab masa yang berlalu tu aku tak terkejar. banyak sangat benda nak kena settlekan. hal kerja, hal study, hal adik adik, dan hal yang macam macam hal.

banyak sangat cerita yang aku nak keluarkan. semuanya tentang aku, dia, kamu, mereka, mereka dan juga mereka. tapi, aku tak boleh menaip waktu aku sedang sibuk camni sebab kompem nanti penulisan aku akan jadik compang camping. ok, sabar. tunggu nanti keadaan dah reda dan sunyi baru aku akan menaip dengan sepenuh hati. uceh ayat sangat tak boleh blah kan? hiks.

sana sini orang bercerita tentang azam. aku? untuk tahun baru ni, aku cuma ada satu azam saja. cuma satu. aku mahu menjadi manusia yang ikhlas.

ikhlas dalam setiap perkara yang aku buat. ikhlas dalam memaafkan orang. ikhlas dalam melakukan ibadah. ikhlas berkawan dengan semua makhluk Allah. ikhlas untuk berubah ke arah kebaikan. ikhlas ketika bershopping. err.. apekah? ok, gurau. memang tak lawak. so wut?

aku tahu, bukan senang nak menjadi manusia yang ikhlas. aku cakap berdasarkan pengalaman aku sendiri. bila aku tak ikhlas, hidup aku tak pernah tenang. mulut kata lain, hati kata lain. dulu, aku pernah kata aku maafkan seseorang. tapi hanya di mulut. dalam hati, aku tetap mendoakan keburukan beliau. sungguh tidak ikhlas kan? dan, hidup aku pun tak penah tenang. saban waktu asyik memikirkan dendam aku pada beliau. sangat merugikan. heh.

sekarang, alhamdulillah. bila aku dah belajar menjadi seorang yang ikhlas, aku jadi semakin tenang menjalani kehidupan. walaupun aku diuji dengan pelbagai dugaan, aku tetap tabah dan redha dengan ujian dariNya.

tahun ni, sebaik mungkin aku akan cuba belajar menjadi seorang yang ikhlas. aku akan belajar memaafkan kesilapan orang tanpa dendam. insyaAllah. dengan kereleaan aku sendiri tanpa paksaan sesiapa. jangan tak tahu, aku adalah seorang perempuan, anak, manusia dan pekerja yang sangat keras kepala. aku takkan mendengar kata sebarangan orang. aku memang degil. semua pun tahu tu. tapi, sekarang, aku tahu aku dah sedikit berubah. mak pun cakap, tahap kedegilan aku dah menurun. Alhamdulillah.

ok, aku rasa entry ni macam sedikit skema. sekarang, aku nak gi tedo. tedo itu sangat syok. satu satunya sifat buruk yang tak penah aku terpikir nak buang walaupun dah brapa kali masuk tahun baru. hiks.

err.. aku suka sangat 2009. kenapa yea? hiks.

Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 6:54 PM  

6 Comments:
Post a Comment
<< Home
 

Beben

 

Beben, sebuah blog yang baik dan setia. Tak penah menyakiti aku tapi sentiasa rela untuk disakiti. Tidak berjantina dan tidak bernyawa. Sangat pendiam dan sangat memahami. Kalau rasa penulisan aku di sini kurang enak bagi kalian, bolehlah klik butang X belah kanan atas browser anda. Datang tak berjemput, pergi juga tak dihalau. oh yea, did i tell y'all that i hate stalkers? so, please back off. Mekasih.

 

If God wanted us to talk more than listen, He would have given us two mouths rather than two ears.

~Ken Blanchard ~

 

Best viewed with

Photobucket

Cepotet

Photobucket

 

Me, Myself & I

I am just a simple girl with a simple life. I love nobody except my Mak, Abah and my family. Simplicity is the new complex.

Photobucket


email untuk perkara yang penting je. kalau rasa tak penting, sila jangan email. pasti tidak akan dilayan. saya bukan artis mahupun superstar.

Bla.. Bla.. Bla..

Reminder