pesanan ni untuk aku. bukan untuk sesapa pun. tapi kalau korang nak baca dan amik sebagai pengajaran, silakan. muahahaha. gila keji ayat perasan. manalah penah blog merapu meraban aku ni nak curahkan bahan ilmiah pun ye tak?
ok, back to the topik. aku ni suka sangat lari topik bila time menulis. tu la susahnya kalau terlebih kreatif. oh, opss, perasan lagi.
dan, sekali lagi. back to the topic.
semalam, sebelum tedo, aku nangis. entah untuk keberapa kali dalam minggu ni. kalau ditadah, mungkin cukup sebaldi.
mula, aku call acik, sambil tahan nangis, aku say goodnite. pehtu, aku call adik Syuhada. pun sambil tahan nangis, aku say goodnite. aku cakap kat derang, aku bosan kena tinggal berdua ja ngan adik lelaki kat sini. aku rindu ngan derang. aku dah takde teman gelak ketawa. aku dah takde orang nak main kutuk mengutuk. aku dah takde teman nak tolong kemas mengemas umah. dan, takde sapa nak makan masakan aku yang belum tentu sedap tu. last sekali, aku paksarelakan derang makan karipap hangit yang aku goreng. sian derang. eh, tapi aku dah pandai goreng karipap tau. tak percaya? sukahatikaulah.
lepas dah call semua adik adik, aku call mak. sambil nangis, aku cakap aku sunyi. aku takut tinggal sensorang. rasa macam ada bendasing ja. siyes takut. aku jugak takut takleh bangun subuh (aku memang liat bangun pagi, mind you). aku takut terlajak tedo sampai tak terbangun nak gi keja. dulu ada acik atau adik Syuhada yang kejutkan. bilik aku pun rasa kosong ja. walaupun perabot dan perkakasan aku banyak tapi tetap nampak kosong.
pehtu mak cakap,
adik adik bukan ke mana pun. semua pergi belajar. untuk masa depan memasing. jangan takut hidup sorang. bila kita lahir, kita tak kenal siapa siapa pun. dan, bila kita mati nanti pun, kita tetap akan sorang sorang jugak. banyakkan buat amal dan ibadat. jangan dipikir sangat hal dunia sebab sampai bila pun kita takkan ke mana mana.
nangis dalam hati. malu dengan diri sendiri. terima kasih mak. haih, macam manalah idup aku kalau tanpa mak dan abah? oh, tak nak pikir. sangat takut.
2 Januari 2009 - kali akhir aku melepak makan Nasi Daun Pisang di Bangsar dengan acik and adik Syuhada. *rindu*
hari ni, aku dah kurang menangis. err.. tak nangis langsung rasanya. tapi, selera makan belum kembali pulih macam dulu. tapi dah berjaya menjamah seketul aiskrim Mc Donald yang berharga singgit dua puluh lima sen dan dinner bihun pama yang berharga enam puluh sen sepeket. burrpp, kenyang.
aiskrim Mc Donald yang murah dan sedap. singgit dua puluh lima sen.
jangan takut tinggal sorang dan jangan takut jadi kesorangan sebab kalau mati pun, kita akan tetap sorang sorang. ok, simpan ayat ni dalam kepalaotak sendiri.
ni la akibatnya kalau dah terlebih tedo tadi. sekarang dah pukul 12.44am tapi mata belum mengantuk. macam mana aku nak bangun pi keja esok pagi? macam mana? cuba terangkan. how?
Beben, sebuah blog yang baik dan setia. Tak penah menyakiti aku tapi sentiasa rela untuk disakiti. Tidak berjantina dan tidak bernyawa. Sangat pendiam dan sangat memahami. Kalau rasa penulisan aku di sini kurang enak bagi kalian, bolehlah klik butang
X belah kanan atas browser anda.
Datang tak
berjemput, pergi juga tak dihalau. oh yea, did i tell y'all that i
hate
stalkers? so, please back off. Mekasih.
If God wanted us to
talk more than listen, He would have given us two mouths rather than two
ears.
~Ken
Blanchard ~
Best viewed
with
Cepotet
Me, Myself & I
I am just a simple girl with a simple life. I love nobody except my Mak, Abah and my family.
Simplicity is the new complex.
email untuk perkara
yang penting
je. kalau rasa tak penting, sila jangan
email. pasti tidak akan dilayan.
saya bukan artis mahupun
superstar.
bad weekend for me jugak akak :(
i'be been crying 7 hari berturut2!!
rasa mcm hati ni dah takde dalam badan ni..
sedih kan :(
err tp yonna makan maintain je kakak hehe