Photobucket

Click Click Click

Previous Post
The Archives
The Bloggers

Credits

hit counter
Clicky Web Analytics

Photobucket

Photobucket

Monday, August 31, 2009
Patriotik atau Penakut?

Hmm.. looking at my blog, Beben, I admit that I haven’t been updating it as much as I’ve wanted to. Bukan setakat kurang mentaip entry baru, malah komen dan chatbox pun tak terjawab. Maaf dan thanks to anyone who may actually follow or keep on coming into my blog.

Honestly, I have been reluctant to write because I haven't been doing so well. I'm really tired of the never-ending to-do list. I've been ridiculously tired lately. Workload yang menimbun, dateline assignment study yang nak dikejar plus many other things yang berlaku lately bebetul buatkan aku jadi extremly exhausted.

Ok, better I stop complaining. Kang jadik lain plak. Huhuhu..

Menjadi seorang aku, selain daripada dilabel sebagai seorang Drama Queen, mengada, spoiled brat as wut most of my bebeh claimed, aku juga sebenarnya adalah seorang yang kurang bercita cita tinggi. Yes, I am not an ambitious person.

Few years back, when my ex-boss push me to apply jawatan Exec kat opis, aku siap nangis apa segala bagai sebab sedih nak tinggalkan my midnite team yang best. Very the mengada huh? The next following year, when I got the offer to join Operation Team, aku reject. Sekarang ada rasa sedikit menyesal tapi bak kata pepatah, sesal dahulu takpelah, sesal kemudian, nasib badan. Hiks.

Masa zaman sekolah dedulu, ada la jugak member member aku yang sibuk nak further study kat oversea. Tambahan plak kalau yang ada abang atau kakak yang further study kat luar negara. Siap hafal lagi nama Universiti yang ada kat oversea nun. Aku plak, bukan setakat tatau nama Universiti yang ada kat oversea nun, malahan sikit pun tak penah terlintas nak further study kat luar negara. Sekumis zarah pun aku tak pernah ada rasa teringin nak main salji ataupun berjalan dan tinggal kat tempat orang. Aku lagi rasa seronok dapat berkumpul reramai with my own siblings and bermanja manja dengan mak and abah.

Pernah satu hari, dalam kelas Add Math, bila aku terang terangan mengaku yang aku tak penah ada hati nak sambung study ke negara luar, Cikgu Dan tanya samada aku akan pergi jugak ke luar negara untuk mencari kerja atau sanggup tak aku stay kat sini dan bekerja sebagai penjual nasi lemak kalau dah takde keja lain yang aku boleh buat kat Malaysia ni. And I still remember jawapan aku masa tu - Saya pilih untuk jual laksa cikgu!

On that time, habis satu kelas ketawa. Sejak dari hari tu, ada jugak bebudak lelaki nakal yang ejek aku dengan panggilan 'Laksa'. Oh, sangat benci ok that time bila kena ejek camtu. Tapi, zaman sekolah adalah zaman yang tetap best. Oh ya, aku pilih jual laksa sebab aku sangat in love dengan Laksa Utara. Ngeee..

Bila difikirkan balik, aku sendiri pun takde jawapan kenapa aku tak teringin nak further study ke luar negara. Adakah sebab aku terlalu patriotik dengan negara sendiri atau adakah aku adalah seorang penakut? Camne pulak kalau sekarang tetiba aku rasa macam nak pergi bekerja ke luar negara? Adakah kerana semangat patriotik aku dah hilang atau aku bukan lagi seorang penakut? Hmm..

Apepun, tak kira walau di mana kita berada, apa yang kita buat, biarlah rasa patriotik itu tetap wujud dalam diri memasing. Tak perlu lah nak berarak keliling kampung sambil mengibar bendera Malaysia sambil menjerit jerit di sana sini hanya semata mata nak menunjukkan rasa patriotik tersebut. Moga negara kita akan terus aman dan sentosa dan sentiasa dilindungi oleh rahmatNya. InsyaAllah.

Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia ke-52.

Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 3:31 AM   2 cakaran

Friday, August 28, 2009
Monolog Sebuah Hiasan Hati
Ada berpuluh rasa yang tak terluah.
Ada seribu kata yang tak terucap.
Ada berjuta perkataan yang tak tertulis.

Sejauh mana pun aku cuba memahami dan mendalami, tapi hanya Dia yang Maha Mengetahui. Hanya Dia..


Kebesaran Mu
by
ST 12

Kau tempatku mengadu hati
memberi segala hidup
dunia dan seisinya milik-Mu
mencintai-Mu sejati

ku manusia yang penuh dosa
berharap ampunan-Mu
lihat di langit kesempurnaan hati-Mu
Kau cinta pertama dalam hidup

reff:
Allahu Akbar Maha Besar
memuja-Mu begitu indah
selalu Kau berikan semua
kebesaran-Mu Tuhan

repeat reff [3x]

kebesaran-Mu Tuhan



Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 1:35 AM   0 cakaran

Monday, August 24, 2009
Sepi
Tak seharusnya sepi itu mati..

..kerna sepi juga bisa jadi indah.



Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 8:52 AM   1 cakaran

Saturday, August 22, 2009
Hikmah Sebuah Ramadhan

Dua minggu yang lepas..


Hari Rabu, masuk kerja tengahari dengan Adik Zura. Waktu meal, keluar ke pasar malam konon nak pergi cari makanan padahal mana ada pasar malam bukak pukul 4 petang. Lastnya, pergi jual muka sendiri ja. Huhuhuhu..

Eh, tak.. tak.. bukan jual muka sebab kalau jual muka pun tak laku jugak tapi kerana berjaya buat muka yang kesian, dapatlah jugak membeli sorang seketul kebab yang rasanya bolehtahanjelah. Oih, tak baik. Itu rezeki. Jangan complaint banyak. Syukur dapat makan dan tak kebuluran. Alhamdulillah.

Lepas beli kebab, singgah gerai Mek (aku je pepandai panggil kedai Mek sebab owner dia adalah pompuan cumel dari Kelate tapi masakan dia fuyooo punyalah pedas). Kat gerai Mek, aku beli nasi putih dengan ikan masin goreng campur cili potong. Yes, aku memang suka makan ni je. Takyah banyak soal. Kalau beli perfume memang kena beli yang mahal tapi kalau beli nasi, lauk biarlah sederhana. Uceh! Sape amik aku jadi bini memang senang kan? Muahahahahaha.

Abis membeli, balik opis, makan sampai kenyang. Tapi..
Sejam kemudian - Lapar lagilah..
Sejam setengah kemudian - Laparnya..
Tiga jam kemudian - Aduh, laparnya..
Tak sesudah aku dok mengadu lapar padahal dah makan banyak pun sebelum tu. Aku pun pelik kenapa aku sangat kuat makan pada dua minggu yang lepas. Tapi, hari tu masa aku call Syuhada kat Serawak, beliau pun sama keadaan dengan aku rupanya. Sebab kuat makan punya pasal, sampai sanggup bergaduh dengan kawan sebab kawannya control tak kasik beliau makan. Lagi kronik dari aku rupanya. Hahaha.

Bila dah tak tahan dengan perkataan lapar yang asyik keluar dari mulut aku, Ravinder tetiba bersuara, "Apa kata you cuba sebut Astaghafirullah'azim tiap kali you teringat pasal makanan."

Aku? Huhuhuhu. Terkedu.


Hari ini..

Bangun sahur pukul 4.20am. Terima kasih mak sebab kejutkan Angah walaupun terpaksa call sampai 13 kali. Isk.. isk.. kalau aku dapat anak perangai camni, harus aku simbah ngan air sejuk dari kecik. Hikhik.

Masuk opis, tengok member tengah brekpes nasi lemak sambal sotong. Nampak sedap tapi masih mampu menahan nafsu. Dugaan hari pertama puasa, adatlah..

Waktu lunch plak, nampak member beli Milo Ais bungkus. Fullamak.. memang menggoda dan menggoncang iman. Tapi, syukur, masih jugak kuat dan berjaya menahan nafsu.

Alhamdulillah, sampai ke saat ini, aku masih belum merasa lapar atau dahaga. Yes, walaupun puasa bukanlah hanya dengan menahan lapar dan dahaga tapi mungkin inilah hikmahnya di sebalik kuat makan aku pada 2 minggu lepas. Moga puasa hari pertama aku ni bertahan hingga sampai waktunya dan begitu juga pada hari hari seterusnya. InsyaAllah.

Moga Ramadhan kali ini membawa satu perubahan dan anjakan paradigma buat kita semua. May this Ramadan bring us the utmost in peace and prosperity. May the light that we celebrate at Ramadan show us the way and lead us together on the path of peace and social harmony. Amin.

Salam Ramadhan Al Mubarak
(image courtesy from here)


Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 5:18 PM   3 cakaran

Tuesday, August 18, 2009
Online From Home

Alhamdulillah.

Finally, aku dah boleh online kembali kat umah. Dah boleh ber-yahoo-messenger, buat assignment, main red alert, check email opis dari umah, bla.. bla.. bla.. and etc.

Zura bebeh, ailebiu. Thank you so much bebeh. Bukan senang tau nak dapat sahabat cam gini. Satu set pc percuma bersama meja computer yang hanya berharga RM3.28 tunai. Kau ado? Huhuhu..

Tak lupa jugak, thanks a lot untuk Kamil (husband Mala) kerna pinjamkan CD Windows Installer. Japgi kita pulangkan yea. And, of course untuk Lok yang sangat penyabar dan sanggup melayan ke-sengal-an aku semasa dalam proses memformat pc. Kalau aku la kan, dalam tempoh 5 minit, sampai 3 kali call, annoying jugak la kot tapi Lok sabar je. Mekasih Lok. Nanti daku blanje eh? Ngeee..

Banyak cerita nak update tapi kemalasan sedang melanda. Layan foto je la dulu kan.

Event: Pertunangan Nana bebeh
Date: 25hb July 2009
Location: Kempas, Johor Bharu

Tahniah Nana!


Bebehs

All of us looks happy dengan aksi sengal memasing. Nana bebeh tengah berdebaran, kita dok sebuk berfoto-mania. Huhuhu. Paling best aksi mencuri masuk buah langsat ke dalam bilik. Hakhakhakhak.


Pelamin and Hantaran Pertunangan


Majlis Cukur Jambul



Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 11:51 AM   2 cakaran

Friday, August 7, 2009
It's All About Life


Life can be really suck sometimes. Shit happens half of the time. Same goes to mine.

It's sad when people you know become people you knew.
When you can walk right past someone like they were never a big part of your life, how you used to be able to talk for hours and how now you can barely even look at then.

But, no matter how bad it seems at the time, how much it hurts, how much you want it all to end, trust me, you will get through.

Yea, as I always said, it's all about life..

Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 9:13 PM   0 cakaran

Thursday, August 6, 2009
PC Ku Kaput


PC kat rumah dah nazak dan tunggu masa je nak menemui ajal je. Susah hidup aku. Patah kaki dibuatnya. Nak buat assignment susah, nak ber-blogging pun susah (tu yang penting sebenarnya). Hiks.

Mujur Zura Bebeh kasik PC lama beliau. Tapi, kena repair dulu baru boleh guna. Kalau nak beli PC baru, haruslah kena kuar duit lagi kan. Duit.. duit.. duit..

Errr.. ada sesiapa tahu katne boleh buat part time tak?

Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 1:53 AM   2 cakaran

Beben

 

Beben, sebuah blog yang baik dan setia. Tak penah menyakiti aku tapi sentiasa rela untuk disakiti. Tidak berjantina dan tidak bernyawa. Sangat pendiam dan sangat memahami. Kalau rasa penulisan aku di sini kurang enak bagi kalian, bolehlah klik butang X belah kanan atas browser anda. Datang tak berjemput, pergi juga tak dihalau. oh yea, did i tell y'all that i hate stalkers? so, please back off. Mekasih.

 

If God wanted us to talk more than listen, He would have given us two mouths rather than two ears.

~Ken Blanchard ~

 

Best viewed with

Photobucket

Cepotet

Photobucket

 

Me, Myself & I

I am just a simple girl with a simple life. I love nobody except my Mak, Abah and my family. Simplicity is the new complex.

Photobucket


email untuk perkara yang penting je. kalau rasa tak penting, sila jangan email. pasti tidak akan dilayan. saya bukan artis mahupun superstar.

Bla.. Bla.. Bla..

Reminder