Photobucket

Click Click Click

Previous Post
The Archives
The Bloggers

Credits

hit counter
Clicky Web Analytics

Photobucket

Photobucket

Monday, January 28, 2008
Takziah

Takziah buat keluarga Hazrul Fiza Bin Taib
yang telah meninggal dunia pagi tadi kerana sakit jantung.
Moga rohnya dicucuri rahmat dan berada dibawah lembayung kerahmatan Allah S.W.T
Al-Fatihah..

Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 1:39 PM   0 cakaran

Amazed - Lonestar

Song : Amazed
Artist : Lonestar


Every time our eyes meet
This feeling inside me
Is almost more than I can take
Baby when you touch me
I can feel how much you love me
And it just blows me away
I've never been this close to anyone or anything
I can hear your thoughts
I can see your dreams

Chorus:
I don't know how you do what you do
I'm so in love with you
It just keeps getting better
I wanna spend the rest of my life
With you by my side
Forever and ever
Every little thing that you do
Baby I'm amazed by you

The smell of your skin
The taste of your kiss
The way you whisper in the dark
Your hair all around me
Baby you surround me
You touch every place in my heart
Oh it feels like the first time every time
I wanna spend the whole night in your eyes



Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 11:05 AM   0 cakaran

Holiday To Bagan Lalang

marbeles!

percutian selama 2 hari 1 malam yang cukup simple tapi membahagiakan. selain dapat menenangkan pikiran yang gundah gulana, dapat jugak berkencan dan berlibur bersama para sahabat yang besh dan da'bomb. memang terbaik!



Sabtu, 26 Jan'08

bangun awal pagi (memang sungguh awal pagi), kumpul semua pakaian kotor untuk dibasuh pehtu mandi. kul 9 tepat, aku dah ada kat opis. tapi, keja cam malas keja je. tengah time keja tu, aku boleh pi antar keta pi cuci kejap pehtu sempat plak singgah shopping kat Guardian ngan Elle. alaaa, ari sabtu biasanya tak bz sangat. lagipun, aku amik half day leave. kiranya datang keja tu wat syarat je la. ngeee..

tepat pukul 1 tepat juga, aku dah sampai kat depan pintu opis. tak sabaq nak balik rumah. punya la excited aku kali ni. sampai umah, mandi manda kejap. pehtu kemas beg, kemas bilik (cam nak gi bercuti lama sangat je) and gerak ke Sri Kembangan, ke umah izah and mala.

sepanjang jalan dari Damansara - Sri Kembangan tu, hati aku dok menyanyi nyanyi syok. jalan jammed pun aku rilek ja. memang ajaib sungguh. kalau hari biasa, keta banyak sikit je kat jalan, aku dah menyampah. tapi kali ni, memang aku baik sungguh.

sampai Sri Kembangan, mala ngan alin lom sampai. masih kat area sunway. izah pun baru on the way back from MidValley. so, aku pusing pusing dulu kat area taman tu. dasat sungguh aku punya over excited kali ni. tuan umah lom ada, aku dah terpacak depan pintu umah derang. dasyat kan? hikhik.

after 45 mins, izah sampai. dan izah telah mengupah aku Iced Cafe Latte from San Francisco kerna menjadi mak guard kat depan umah selama hampir sejam. thanks bebeh. *kenyit*

few minutes later, mala and alin pun sampai. dan kami telah membaham J-Co donut secara berjemaah. memang lapaq gila wei. dari pagi aku tak makan. aku lupa sebab over-excited sangat nak pi Bagan Lalang. ahahahaha. mekasih mala and alin for the donut. sangat yummy!

and tak sampai setengah jam, zura and cik su sampai. dan yang terakhir, nana pun sampai bersama ____ (sila isi tempat kosong). *sengih kat nana*

lepas maghrib, kami bertolak ke bagan lalang menaiki wiwit (kenari putihku) and abe TAM (MyVi oren cik su). sebelum bertolak, singgah secret recipe Taman Equine kejap. beli kek utk surprisekan Nana and Cik su sempena besday derang pada 18 & 19 Januari lepas.

untuk wiwit, izah jadik driver. sebab dia mahir tentang jalan ke Bagan Lalang. dan beliau juga seorang adik kepada pelumba kereta (suatu masa dulu). maka, bakat memandu laju abangnya telah turun kepada adiknya ini. dan sepanjang jalan, hujan turun dengan sangat lebat dan menjadikan perjalanan kami sedikit perlahan.

sampai Hotel Seri Malaysia dalam pukul 8.32pm, check in bilik kejap then terus gerak ke Pantai Bagan Lalang untuk sessi melantak. tapi, seperti yang dijangkakan, malam minggu, ofkos la penuh dan ramai kan. jadik, kami kena daftarkan nama dan tinggalkan no phone dulu kat kaunter dan balik ke hotel semula. masuk bilik, plan nak wat surprise untuk cik su and nana kat pool tapi nana tak sihat. so, surprise terpaksa dibuat kat dalam bilik hotel je. walaupun simple tapi kami harap cik su and nana hepi. sorry eh kalau tak brape surprise. yang penting, kita bahagia kan?

thanks untuk izah and nana untuk adiah besday yang tak disangka tu. nana belikan kerongsang untuk izah, mala and cik su dan teddy bear comel kaler pink untuk aku. sangat cumel!

dan izah belikan kami sorang sebuah buku untuk aku, mala, cik su and nana. cik su dapat buku Magnet Cinta (sesuai untuk cik su yang masih mencari cintanya), Nana dapat buku Dear Diary (sesuai untuk seorang cikgu seperti nana ni) and buku aku dan mala adalah buku motivasi on Losing Weight (sesuai sangat untuk kami yang semakin menggemok ni) mekasih bebeh!

lebih kurang kul 10 malam, tokey kedai tu call sebab meja untuk kitaorang dah dapat. sampai sana, dimulakan dengan sessi pilih memilih lauk, disusuli dengan sessi bergambar sambil menunggu makanan siap. perut masa tu, toksah cakap la kan. pakat dok berkeroncong lagu untuk ana la time tu.

lapar! malam tu, kami bukan boleh dikategorikan sebagai menjamu selera dah. kami gelarkan kami ni, buruk lantak. tapi, buruk lantak yang comel oke. antara lauk pauk yang kami order, ikan pari & ikan terubuk bakar, ikan kerapu masak 3 rasa, siput pepahat masak sambal, udang masak masam manis, ketam masak cili, lala masak sup serai, sotong goreng tepung, tom yam campur, sayur kailan ikan masin, sayur campur, jus tembikai satu jag, jus oren satu jag and air suam satu jag. dan jumlah makanan malam itu ialah RM317.00 untuk 6 orang makan. semuanya 7 orang tapi nana kurang sihat dan tedo je dalam keta. sian nana. next time kita gi lagi k?

abis makan, dalam kul 12 lebih camtu. (agaknya lah. aku dah malas nak tengok jam dah) selesai sessi membayar, gerak balik ke hotel. perut memasing dah penuh cam ikan kembung. sangat kenyang.

sampai hotel, salin pakaian and memasing dah mula nak melelapkan mata. nana, mala and cik su layan baca buku. izah layan main puzzle sambil layan aku dengar lagu dari iPod. alin, camerawoman, layan snap gambar. and zura, aku tak sure wat ape. kamu watpe eh zura? gayut eh? tak perasan plak. *musykil*

kul 1 lebih, semua dah terlelap. zZzZZzZzzz..


Ahad, 27 Jan'08

bangun pukul 7 pagi. sambung tedo tedo ayam jap and bangun bersiap untuk gi swimming pool.

izah, mala, cik su, zura and alin gi mandi manda and sambil makan kek choc indulgence kat pool. nana ngan aku plak gi brekpes kat cafe. dan selepas 2 bulan tak makan nasi lemak, kali ni, aku makan nasi lemak sebagai brekpes. abis makan, kitaorang gerak ke pantai beramai ramai sebab swimming pool dah penuh ngan kanak kanak serta ibubapa mereka.

sampai pantai, singgah beli nasi lemak and teh tarik untuk bebeh yang blom brekpes. buat satu bulatan dalam kumpulan and brekpes beramai ramai kat tepi pantai berlantaikan pasir pantai yang sangat besh sambil borak.. borak.. dan borak. dan seperti biasa, alin meneruskan tugasan beliau sebagai camerawoman yang berkakilebar berkaliber. credit to alin untuk sume gambar gambar tu.

dalam kul 10 pagi, gerak balik ke hotel. tunggu turn untuk mandi and berkemas untuk balik. sambil tunggu turn, sempat lagi berposing dan bergambar dengan aksi aksi yang sangat lawa. paling besh, klip video untuk lagu Pagi Yang Gelap. memang sangat da'bomb tau!

tepat kul 12 tengahari, check out dari hotel and gerak ke Kedai Kekabu. memasing pakat pulun beli bantal kekabu. memang banyak gak. penuh keta memasing ngan bantal kekabu. and aku beli satu bolster kecik and satu bantal tedo. pasti lena tedo aku malam ni. (macam la selama ni tak lena) huhuhu..

lepas tu, gerak ke Kerepek House plak. memasing telah berjaya meng'kaya'kan brader kedai tu dengan memborong kerepek dengan banyak sekali. err.. aku rasa aku yang paling banyak beli kan? ihiks!

selesai memborong kerepek, terus gerak balik ke Sri Kembangan. sepanjang perjalanan, nampak banyak ladang ladang dragon fruit kat tepi tepi jalan. syok sangat tengok. and singgah kat satu ladang ni untuk beli buah dragon fruitnya. aku takde la gilakan sangat buah ni tapi aku sangat teruja sebab kaler pink dragon fruit tu sangat cantik. jadik, aku telah membeli dua bijik buah dragon fruit tersebut sebagai kenang kenangan. bleh gitu? *sengih jelir lidah*

sampai LEP dalam lebih kurang pukul 2. aku, nana and zura gi ke Jaya Jusco Taman Equine jap sebab Nana nak beli beberapa barangan pesanan from her sister in law sementara izah and mala memasak kat umah. cik su and alin, korang tolong ke memasak tu. *peace*

pukul 3 petang, lunch beramai ramai hasil air tangan izah and mala. ikan selar goreng, telur dadar, ikan bawal masak stim and sambal sotong. sangat sedap! then, izah and mala gi antar nana ke komuter. nana nak balik jb naik bas kul 5 petang.

aku, lepas makan, terus terlelap depan tv sampai kul 6 petang. zura and cik su dah balik taman tun.

trip kali ni sama seperti percutian yang lepas lepas. mungkin sesetengah orang akan anggap ini hanyalah percutian yang biasa tapi peduli apa aku dengan semua orang tu. bagi aku, percutian bersama bebeh sentiasa besh. tak penah tak besh. aku sayangkan bebehku semua. sungguh!

sekian kisah holiday singkat saya. apapun yang berlaku sepanjang holiday bebaru ni, sedikit sebanyak telah menenangkan jiwa aku. walaupun aku punya banyak kisah duka lara yang belum pulih, tapi aku tetap bahagia ngan sahabat aku sekalian. aku bangga sebab aku tak menipu diri aku sendiri. kalau aku bahagia, memang aku akan kelihatan bahagia. begitu jugak dengan tiap cakaran aku. tapi, kalau tetiba ada cakaran yang ala ala melankolik tu, maknanya memang aku tengah berduka lara la namanya tu. aku takkan pretend untuk jadik sebaliknya. never!

maaf, tiada gambar dalam percutian kali ni kerna semua gambar ada pada kamera izah. aku blom beli kamera baru. masih dalam pengiraan sama ada nak beli atau tidak. hikhik. lagipun, watpe publishkan gambar kami bebanyak dalam ni. hanya kami je yang tahu aksi buruk lantak dan tak perlu nak lontarkan semua aksi aksi cumel kami dalam ni. kang ramai plak jatuh cinta. har har har.. *perasan*

insyaAllah, next trip, kami akan ke Terengganu plak. moga, tahun 2008 ni hanya akan dipenuhi dengan percutian yang indah indah sahaja.

March - Langkawi wif Family
May - Melaka wif officemate and Terengganu wif bebeh
July - Bandung wif bebeh (insyaAllah eh korang..)

sekarang semua boleh masuk tedo kerna aku pun sudah mau masuk tedo. selamat malam.

selingan : tadik tengok AJL. tengok kat umah je with acik. pagi tadik, kak wan call. dia offer aku tiket VIP untuk AJL. dia suruh aku ajak partner. tapi, aku malas. memikirkan nak kena jalan ala ala gadis ayu kat red carpet tu dan mengenangkan nak kena cari baju ala ala glamor semata mata untuk AJL, memang kirim salam je la kan. jadik, aku telah menolak perlawaan kak wan itu dengan baik. lenkali, kalau sapa sapa suka nak gi tempat tempat camtu, bitau aku awal awal eh. kalau ada tiket terjun camtu, leh la aku pass kat korang. huhuhuhu..

masa tengok AJL tadik, aku tetiba rasa syahdu bila lagu Faizal Tahir orang lain yang nyanyikan. lagu Mahakarya Cinta tu adalah salah satu lagu yang Mr F kasik kat aku masa akhir akhir hubungan kami. dan walaupun aku takde la minat sangat kat Faizal Tahir tu, tapi aku rasa cam tak adil gak la orang nak hukum dia sampai camtu. punyalah ramai lagi artis hampeh kat Malaysia ni, nape nak hentam dia sampai camtu sekali? cam la derang tak penah wat salah. www.sungguhtakpaham.com.my.

ok, stop! kang aku komen lelebih kang, aku plak yang kena banned. hakhakhak.

aku mau tedo.

dulu, tiap malam, sebelum tedo, Mr F selalu sebut ayat ni before letak phone..

sweet dream, sleep tight.
dun let the bed bug bite you, only me can bite you.
oh, i miss him!

Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 1:00 AM   3 cakaran

Saturday, January 26, 2008
Puisi

Lagu : Puisi
Artis : Jikustik

aku yang pernah
engkau kuatkan
aku yang pernah
kau bangkitkan
aku yang pernah
kau beri rasa

saat ku terjaga hingga ku terlelap nanti
selama itu aku akan selalu mengingatmu..

kapan lagi kutulis untukmu
tulisan tulisan daku yang dulu
warna warnai dunia
puisi terindahku hanya untuk mu
mungkinkah kaukan kembali lagi
menemaniku menulis lagi
kita arungi bersama
puisi terindah hanya untukmu

kapan lagi kutulis untukmu
tulisan tulisan daku yang dulu
warna warnai dunia..
puisi terindahku hanya untuk mu

mungkinkah kaukan kembali lagi
menemaniku menulis lagi
kita arungi bersama
puisi terindah hanya untukmu




Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 10:17 AM   5 cakaran

Friday, January 25, 2008
..Ku Impikan Bintang..

entry kali ni mungkin akan sedikit panjang. jadik, kalian bleh la sediakan karipap ke, milo panas ke sebagai kudapan sambil dok melangut baca cakaran merapu kali ni. tapi kalau rasa malas nak membaca sambil makan, boleh juga membaca sambil baring atau apa apa je la yang kalian suka. hak korang, suka hati la kan.. *sengih*



KETEGANGAN EMOSI

sejak akhir akhir ni, air mata aku memang sangat murah. senang sungguh nak menangis. seperti yang kalian tengok kat entry aku yang lepas. memang aku berada dalam satu kondisi yang sangat tegang.

aku sedih. sedih bila kengkawan dok jemput pi kenduri kawin derang. aku rasa hiba tau dak. jeles pun ada, sedih pun ada. syahdu lagi la ada. tapi aku nak salahkan sapa? bila orang ajak kawin, aku yang gatai kata tak ready. sekarang sapa nak jawab? aku la jugak kan? padan muka aku. padan muka!

aku rasa marah. marah sangat pada orang yang tak paham paham ngan emosi aku ketika ni. kalau aku dah tak layan melalui sms mahupun kat ym tu, pepaham je la. boleh plak lagik nak buzz aku berkali kali. marah sungguh aku!

aku kecik ati. sensitip gila aku bila mereka mereka yang beria ia nak borak ngan aku kat ym pehtu bila aku semangat nak borak, derang sign out atau invisible camtu je dan biarkan aku terpinga pinga cam nyetmo (baca : monyet) kena belacan. aku kecik ati tau korang wat camtu! benci ai..

ah, lantak la ngan sume sume perasaan tu. korang nak kata apa pun kata la. aku manusia. normal la kalau aku berperasaan camtu kan? nak suruh aku jadik barbie doll? barbie doll pun pandai pakai baju tau. maknanya dia ade perasaan malu la tu. huhuhu..


WORKLOADS

kerja aku makin hari makin banyak. syukurlah OT approval yang aku dok pening pening tu aku dah settlekan separuh. untuk claim new year and awal muharam, dah settle. tinggal claim untuk thaipusam je aku lom sentuh lagi. ahkak penat dik..

tapi don't worry, selagi aku mampu nak approve and selagi aku mampu nak edit mana yang korang silap tu, aku akan buat sebaik mungkin. melainkan kalau melampau sangat, jangan marah le kalau kena rejek yea.

selain OT approval, aku sekarang kena liaise ngan Quality Dept untuk improvekan call handling bebudak baru. soft skills derang, ya Allah, teruk gila! tatau la kalau manager Aby setuju nak wat Cute Q campaign cam 2 tahun lepas. kalau sume dah sepakat nak buat, lega sikit kot nanti. doa doakan je la..

sekarang ni, aku ade tugas baru kat opis. iaitu jadik dr love. masa kat SS2, ade sorang staff ni dok merengek rengek nak mintak pendapat aku pasal kekasihnya yang curang. pehtu, kat HQ pun sama. mintak pandangan dari aku sebab dia terjatuh chenta ngan suami orang. jawapan aku senang je, ko nak merengek ape segala, sorry la kan. first, aku tak suka orang merengek. kedua, kalau aku ni dah bagus sangat tentang love ape sume tu, dah lama aku ade kekasih. so, silap orang la kalau tanya aku ni. mintak maap je la yea dik.

aku bukan tanak kasik nasihat. tapi, aku rasa cam tak sesuai kalau nak borak pasal personal derang ni time aku keja. kalau aku dok melayan tentang kisah cinta derang, sape plak nak melayan keja aku yang bertimbun tu? ade ke dr kerja plak? sorry guys!

alah, malas la nak cite pasal keje yang banyak tu. sume orang pun banyak keja. and kalau dok cite pasal keja ni, sampai bila pun tak abis. yang penting, aku hepi ngan keja aku sekarang. dengan ke'bz'an yang melampau ni, takde la aku rasa lonely sangat. kan beben kan?


HOLIDAY

bila dah berada dalam emosi yang terganggu cam sekarang ni, perkara yang paling aku nak buat ialah dok kat tepi pantai sambil termenung sendirian. and yeap! aku tak sabar nak tunggu hari sabtu nanti.

semalam, aku apply 1/2 day leave from my bos. aku bitau dia yang aku bebetul perlukan rehat. jiwa aku terganggu and aku kalau boleh tanak amik MC. and syukur, pagi tadik, bos aku reply email bitau yang annual leave aku dah approved. mekasih bos! ai lebiu very banyak! *sengih jelir lidah*

makanya, sabtu ni, aku akan gi bercuti with all my bebeh. izah, mala, cik su, zura and nana, can't wait to see u gals! kami akan berholiday ke bagan lalang. dan akan bermalam di hotel seri malaysia selama satu hari. beshnya dapat jalan jalan sekitar pantai. oh, indahnya..

kenapa bagan lalang? satu, sebab dekat. cuma dalam 1 jam lebih je perjalanan. kedua, sebab ade pantai. walaupun pantai nelayan tapi aku tetap suka. janji ade pantai, itu memang dah cukup membahagiakan aku. yeaaahhhaaaaaaaaaaa!


MOVIE

aku ni pelik kan? kata bz ngan keja tapi sempat lagi wat marathon movie.

mana taknya. selain dari bershopping sebagai terapi minda, menonton movie juga salah satu terapi bagi mengawal emosi aku yang kucar kacir lately ni.

semalam, bila aku balik umah, aku rasa sepi. and bila aku sepi, mula la aku rasa nak nangis. tapi, ayaq mata payah sangat nak kuar. dan demi nak memuaskan diri aku, aku nonton hampir semua koleksi DVD tentan cinta yang aku gila-gilakan.

antaranya :-

A Walk To Remember
besh gila cita ni. filem ni diadaptasi dari sebuah novel and aku ade novel tersebut (hadiah dari Mr F). dah beratus ratus kali aku nonton cita ni tapi tetap tak bosan. aku suka Mandy Moore nye lakonan. memang marbeles!


Ada Apa Dengan Cinta
ni pun sama. filem yang aku sanggup tengok sepuluh kali sehari tanpa rasa bosan. sungguh! aku suka amat sama ini filem.


Tentang Dia
first time aku nonton filem ni masa preview kat Akademi Seni Kebangsaan wif all my bebeh. and sampai sekarang aku tak jemu jemu untuk nonton cita ni. sebab utamanya, aku sangat sukakan lagu CINTA nyanyian Melly Goeslaw feat. Krisdayanti tu. Mr F penah kasik lagu ni kat aku.

Filem ni adalah hasil cerpen karya Melly Goeslaw dalam salah satu novel cinta beliau. Dialog peberet aku dalam cite ni,

“Gue emang sayang ama elo. Buat gue, elo itu pengganti adik gue yang udah meninggal. Gue.. gue cuma pengen jadi kakak yang benar, sebelum gue mati. Itu aja, Dis..!”

memang layan sungguh cite ni. siyes tau!


Just Like Heaven
cite ni suwitttttttttttt and sedikt kelakar. and aku sangat bersetuju ngan izah bila izah kata aku adalah gadis yang sukakan cerita yang berunsur komedi romantik. aku memang perlukan cerita cerita begini untuk membahagiakan aku. take note ya bakal suamiku! (sapa sapa jelah!)


The Lake House
huwaaaaaa.. cite ni sangat sedih tau. meleleh leleh air mata aku masa tengok cita ni. Keanu Reeves, ailebiu! first time aku gi nonton movie ni kat cinema, aku gi nonton sensorang. pehtu, tetiba ade sorang laki yang datang sorang gak dok sebelah aku. pehtu aku serik dah nak gi nonton movie seekor diri. harharhar..


Ogy and The Cockroach
last sekali, aku layan kartun. sebab dulu ada seseorang ni tolong donlodkan untuk aku cite kartun peberet aku ni. kartun ni kelakar. ntah ape ape and merapu je lebih. aku suka muzik dia je. selain dari sailormoon S and sinchan, kartun ni pun besh tau. tapi, separuh je aku sempat tengok semalam. lebihnya, kartun tu yang tengok aku. aku tertedo!

Wow! dah pukul 2.41am. aku masih kat opis HQ ni. aku datang sini lepas abis keja kat SS2 kul 12 tadik. and now aku dah nak balik. dah penat.

ok beben..
aku cau dulu. banyak dah aku cakar ni. kang muntah plak kengkawan aku ni nak baca. esok, mungkin aku tak apdet sampai la hari ahad nanti. tengoklah, bebila aku rajin, aku apdet.

take care sume.
sayang kalian.
mekasih untuk semua nasihat nasihat tu.
yang tak kasik nasihat pun, mekasih gak.
hikhik.
*ciom*

Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 2:48 AM   13 cakaran

Wednesday, January 23, 2008
Choice or Chance?

aku penah post entry ni tahun lepas. tapi, hari ni, ade special request from my long lost buddy yang mintak aku publishkan sekali lagi topic ni. dia malas nak carik dalam archive katanya.


jadik, aku harap dia puas ati la yea.

LOVE,
CHOICE OR CHANCE?

when we meet the right person to love when we're at the right place at the right time, that's chance.

when you meet someone you're attracted to, that's not a choice. that's chance.

being caught up in a moment (and there's a lot of couples who get together because of this) is not a choice. that's also a chance.

the difference is what happens afterwards. when will you take that infatuation, that crush, that mind-blowing attraction to the next level? that's when all sanity goes back, you sit down and contemplate whether you want to make this into a concrete relationship or just a fling.

if you decide to love a person, even with his faults, that's not a chance. that's choice. when you choose to be with a person, no matter what, that's choice. even if you know there are many people out there who are more attractive, smarter, and richer than your mate, and yet, you decide to love your mate just the same, that's choice.

infatuation, crushes, attraction comes to us by chance. but true love that lasts is truly a choice. a choice that we make. regarding soul mates, there's a beautiful movie quote that I believe is so true about this - Fate brings you together, but it's still up to you to make it happen.

I do believe that soul mates do exist. that there is truly someone made for you. but it's still up to you to make the choice if you're going to do something about it or not.

we may meet our soul mates by chance, but loving and staying with our soul mate is still a choice we have to make. we came to the world not by finding someone perfect to love BUT to learn how to love an imperfect person perfectly..

nota tambahan : for me, it's so simple. things will get complicated when you want it to be. guy and girls are the same. are you willing to keep it simple? that's your choice.


aku sekarang berada dalam satu kondisi yang sangat susah nak ditafsirkan. satu perasaan yang tak mampu aku nak ungkapkan dengan kata kata mahupun penulisan. mungkin aku memang perlukan rehat tika ini. aku dah jadi over sensitif. senang rasa nak nangis. senang nak marah. and tetiba juga aku akan rasa nak ketawa.

walau camnapun aku cuba untuk bergembira, tapi aku tetap tak berjaya untuk menipu hati aku. walau berjuta juta bakul nasihat yang aku terima pun, perasaan tu tetap ada.

tadi, sambil chat ngan ima and mala kat ym, meleleh leleh air mata aku turun dengan lajunya. air mata aku dah jadi air mata murahan yang senang didapati di mana mana pasar malam sekarang ni.

takde sape pun yang paham apa yang aku alami sekarang ni. dan memang aku tak ingin sesapa pun untuk cuba paham.

aku memang perlukan rehat. i need a break. i need a rest. and sekarang aku bebetul rindukan mak and abah. rasa cam nak lari balik kampung. mungkin aku akan sedikit lega bila dapat peluk mak and abah.

mak, abah, angah rindu..
*cry*

Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 11:24 AM   7 cakaran

Tuesday, January 22, 2008
Panggilan Si Gila

kepala aku masih dok berdenyut denyut tapi aku tetap gagahkan diri ke opis. sebolehnya, aku tanak la MC pada awal tahun ni. lagipun, migrain aku pun dah kurang. so, takyah la nak ngengada sangat kan.


hari ni, keje cam biasa je. aku masuk petang. so, sementara Jo Chan and Addie ade kat opis untuk tengokkan staff, aku lak sambung wat OT approval. dari pagi tadik sampai petang tadik, punya la ramai staff call henpon aku tanya bila OT derang nak approve. adoi, sabar la dik non sekalian. bukannye aku tanak approve. aku pasti akan approve punya. sabar skit yea..

cakap pasal call, lately ni ade beberapa number yang dok antar sms and main main missed call kat number aku dengan alasan kekonon nak berkenalan. bila aku call tanya mana dapat number, ada yang kata dari public phone la, dari member la, and banyak lagi la jawapan derang. aku rasa aku dapat agak orang yang kasik number tu. so, kalau kalian rasa nak teringin nak kenai dengan manusia manusia gatai ni, meh aku advertisekan number mereka kat sini. kalau rajin, koling koling la yea.

0192417680 - dia ni kata dapat from public phone. bila aku desak tanya public phone mana, dia kata area shah alam. bila aku desak lagi tanya area shah alam katne, dia dah gagap tatau nak jawab. pehtu baru dia ngaku kawannye kasik. tak hingin aku nak berkenalan style camtu. pehtu degil lak tu. bila aku tak layan, dok la send sms ape segala bagai. eii.. pelik aku manusia cam gini. huh!

0195230233 - dia ni plak, orang yang dok lelong no phone aku. bila aku call dia, takut plak nak jawab. aku syak dia sebab beberapa bulan lepas pun, dia yang kasik number aku kat kengkawan dia. kali ni, buat lagi. memang melampau!

0173214111 - haa, dia ni budak lagi. baru umo 19 tahun. katanya, dia dapat number phone aku masa aku call Cathay nak booking tiket beberapa bulan lepas. entah la ye ke idak. dah lama rasanya aku tak gi nonton wayang. tapi, jenuh gak la aku menasihat 'adik' ni tadi. lepas dah kena ceramah ngan aku, terus tak call dah. insaf la tu kot. huhuhu..

ade lagi dua tiga number tapi aku malas nak save. kalau melampau sangat dema ni nanti, aku wat police report je la kot. senang cita. huh!

oh, ade keje plak. tengoklah, kalau rajin, aku apdet lagi. bye!

*edited*

aku totally pissed off malam ni. dah la isu pasal call dari all the segala orang gila tadik tak abis lagi, ni aku kena handle satu kastemer yang aku kategorikan sebagai stupido mother fu*ker tahap dewa!

1st, she request to speak to the manager. case nye kecik je. pasal MMS issue. ok, fine. aku handle. 2nd, she called again sebab tak puas ati dengan cara staff handle dia nye kes. aku handle lagi. and 3rd time she called in again, and req utk cakap with manager untuk komplen pasal all the service provided from my company. so wut? kalau tak suka, blah la ke kompeni lain. apsal nak hegeh hegeh guna service from my company? dah tu plak, dok begging suruh aku waived kan all the charges untuk bulan ni due to all the unsatisfaction yang dia alami. gi la mampus. jangan harap aku nak sogok ko ngan duit camtu je. ko nak komplen pasal aku, silakan..

ah, sorry, i'm not really in a good mood tonite. after work ni, aku nak gi lepak minum jap wif pat and lizs. mana tau kot mood aku akan ok after that.

cau!
Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 9:47 PM   10 cakaran

migrain

demam dah kurang. tapi migrain makin teruk.


tadi, aku gagahkan gak diri gi HQ. bos marah sbb aku datang time cuti. takde life katanya. ahahaha. lepas settlekan beberapa hal ngan bos, terus balik umah. memang tak larat sangat dah.

on the way balik, sempat singgah beli sup. aku baru teringat yang aku tak makan lagi sehari suntuk ni. no wonder la aku rasa cam nak muntah je. perut dah masuk angin agaknya. nak beli makanan lain, rasa cam takde selera. then aku belikan nasi ayam untuk acik. hurrmm, camne aku boleh tak rasa lapar eh? maybe sebab dah biasa kot. huhuhu..

sampai umah, terus mandi. masa nak kuar umah tadik, aku lupa nak tutup tingkap and pintu hall. akibatnya, petang tadi ujan sangat lebat and hampir 'membanjirkan' umah. sib baik tak teruk sangat. kalau tak, jenuh aku nak mengemas.

after makan sup, nonton cite House and tedo. mana tau kot tedo nanti migrain aku ok. sebolehnya, aku malas nak makan ubat. acik jenuh paksa aku makan ubat migrain tapi aku kasik alasan ubat abis. ahaahaha..

and now, pukul 4.56am. aku terjaga. migrain makin teruk. tapi, mata plak takleh nak lelap dah. segar bugar. apa aku nak buat yea? oh, dah lama aku tak 'menyanyi'.

oklah, nak gi amik wudhu' and 'menyanyi' jap.

nota tambahan : baru pas check email tadi. someone antar pic dia. hakhakhak.. cumei! lama tak jumpa. ghindu kan zaman dedolu. *kenyit*

Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 5:03 AM   6 cakaran

Monday, January 21, 2008
Demam

aku demam


maybe sebab semalam lama sangat aku dok kat opis. mana taknya, dari kul 9 pagi sampai kul 6 petang, aku keja kat opis SS2.

petangnya plak, aku gi ke HQ sampai la kul 3.30am. balik umah, mandi apa segala bagai, kul 4 lebih aku tertedo.

sesedar, dah pukul 8am. subuh dah melayang ntah ke mana. hina btol diri aku neh. pehtu, aku bangun, buat apa yang patut then ingat nak bawak acik gi Sunway Medical Centre. sekali acik dah takde. rupanya dia dah gi sendiri naik motor.

aku sambung tedo balik and now, aku dah bangun tapi badan rasa nak demam. migrain pun ala ala nak datang ni.

aku nak gi bersiap kejap. walaupun aku cuti arini tapi aku kena gi opis kejap. nak jumpa bos. aku apdet kemudian.
Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 1:09 PM   5 cakaran

Sunday, January 20, 2008
In Da Opis..
i'm still in da opis.

balik keja pukul 6 petang tadik. terus gi shah alam. ingat nak singgah SACC Mall sebab ade Sleep Studio Bedding Fair. bila dah sampai sana, aku malas nak brenti. mikirkan laptop ape segala aku nak kena usung, terus patah balik.

tapi tak patah balik umah, aku terus gi singgah opis kat HQ. ade keje aku yang blom siap.

ade dua kerja yang aku lom settlekan. satu, approvekan OT staff. masih banyak lagi yang lom settle. sian plak kat staff kalau aku tak siapkan before end of the month. camne la gaji derang nanti kan. keduanya, untuk bulan ni, aku ingat nak achieve KPI la. kena handle kastemer nye kes sebanyak 150 kes. so, malam ni aku nak pulun wat kedua duanya sebab esok aku cuti. insyaAllah..

esok pagi, nak bawak acik gi Sunway Medical Centre. nak tunjukkan dia jalan and teach her how to go there dengan public transport. sementara aku keje kat SS2 ni, leh la aku antar dia gi keje and balik keja. tapi lepas April nanti susah la sikit kalau aku dah transfer semula ke HQ.

petangnye plak, aku kena gi opis HQ lagi. kena jumpa big boss. then, terus jumpa abg aizar. aku tumpang pinjam keta Avanzanye. nak mengangkut barang from Bukit Beruntung ke Damansara. ada beberapa kelengkapan yang kak rahmah sedekahkan kat aku. mekasih bebanyak yea kak. katil takde? ngee.. *sengih jelir lidah*

aih, penat la wat keja ni. naik juling mata aku nengok OT staff yang beratus ratus ni. jom kita rehat.

meh layan ni..



tere kan budak ni? saya sangat kagum and sangat jeles.
dengan pasir je dia leh lukis memacam. beshnya..
kalau ade lelaki yang tere wat camni, sila kenalkan pada saya yea?
mana tau kot dia akan lukiskan camni masa jenjalan di tepi pantai.
*berangan*

ok, mau sambung wat keja. tata. *senyum*

Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 11:49 PM   6 cakaran

Kembali PadaMu
aaaachummm! *bersin*

sejuk la sini. sekarang kul 1.57am. aku baru tersedar dari tedo. amik blanket, bungkus diri and terus terpacak depan pc. kuikuikui..

ikutkan ati, malas gak nak bangun. tapi mengingatkan janji aku kat acik nak tolong dia wat surat resignation letter, aku gagahkan gak diri ni bangun. oh ya, acik @ Erni Suhaila dapat offer keja kat Sunway Medical Centre.

awalnya, acik cam nak tolak offer tu. alasannya sebab jauh. puas aku pujuk, nasihat, marah ape segala bagai, baru la dia setuju nak accept the offer. masuk kali ni, ini adalah kali ketiga Sunway Medical Centre panggil dia untuk offer keja. hangin aku kalau dia rejek offer kali ni. aku siap cakap lagi, kalau dia rejek gak offer kali ni, jangan harap lepas ni aku nak dengar sume cite cite pasal all the hindraf kat klinik dia sekarang tu. sakit hati tau!

aku bukan marah acik. just, bila dia cita perangai all the hindraf kat klinik dia sekarang, aku jadi sakit hati. aku pantang kalau orang sentuh my family. mula la telinga ni berasap je. tapi, apa sangat yang aku boleh buat pun kan. as a sister, aku kasik nasihat je la. tapi kalau dah selalu sangat adik aku kena buli, aku pun naik hangin. kalau aku jadi acik, mmg dah lama aku blah. dah le gaji ciput. huh!

bayangkan, kat medical centre yang acik keja sekarang, apa yang dia dapat? antaranya..

  • keje shift tapi takde elaun shift. kalau pagi, masuk kul 7 pagi, balik kul 2 petang. kalau keje petang, masuk kul 2 petang, balik kul 9 malam. and, sejak bulan 10 tahun lepas, acik dipaksa keja petang untuk selama lamanya. sebab, ada sorang nurse tinted yang sorang tu rekues nak keja pagi sepanjang hari sebab petang dia ade amik kelas bakery. pehtu, yang management bleh pi approve plak. lagi plak. minah tinted tu b4 this dah penah resign. pehtu, mintak keje balik. gila btoi!
  • disebabkan medical centre tu dimiliki sepenuhnya oleh semua geng tinted, maka geng geng tinted jugalah yang akan boleh naik pangkat. baru baru ni, ada sorang sister resign, so sepatutnya ade la sorang chinese girl ni yang patut replace tempat sister tu. tapi, management gi replacekan ngan sorang lagi minah tinted yang takde pengalaman like the chinese lady tu. ada ka patut?
  • baru baru ni, acik apply annual leave sebab nak ikut aku balik kampung. tapi, management rejek dengan alasan, dema tak cukup orang untuk sementara waktu ni. ok, acik paham. pehtu, untuk Feb punya, acik apply lagik. pun rejek gak dengan alasan yang sama. tapi, the other nurse yang tinted ni apply, approve la plak. bila acik tanya, alasannya, minah tinted tu mmg urgently need to go for annual leave. and kalau acik insisted nak gak gi annual leave untuk balik kampung, acik kena kasik bukti resit perjalanan balik. cth: resit tol or tiket bas. gile ke ape? kalau balik ngan aku, memang takde la tiket bas sebab kitaorang akan balik naik keta. resit tol segala pun takkan ade nye. zaman orang dah guna smart tag lagi nak suruh bayar tol guna resit ape segala. ngok ngek nye klinik!

tapi kalau kat sunway medical centre, antara beberapa kelebihannya,
  • keje opis hour. cuti sabtu and ahad. aku tau acik tak suka sebab dia prefer keja shift and cuti kalau boleh, dia suka cuti yang tak menentu cam aku sekarang ni. tapi, yang bagusnya, ada elaun untuk perjalanan and basic kat sini pun lebih tinggi.
  • actually, isu kaler kaler kulit ni, semua company pun ada. cumanya, semua orang tahu tentang sunway medical centre ni. jadik, kalau ade kaler kaler pun, takde la seteruk tu kot.
  • tentang annual leave segala bagai, aku takleh nak komen la kan. sebab acik pun blom start keja situ lagi. tapi, harapnya takyah la dema ni kasik alasan bongok bongok kalau nak apply annual leave. sungguh tak ada logika tau dak!
oklah tu. malas aku nak komen banyak sangat (rasanya dah banyak gak la tu aku komen kan?) tempat keja acik aku plak yang lelebih. hehehe..


KATIL OH KATIL


balik kerja tadik, aku terus pi ronda ronda kat kedai perabot yang ada kat area damansara ni. saje nak survey dulu. ade la satu set katil ni yang aku berkenan. tapi, dalam banyak banyak kedai, ada satu kedai je yang aku rasa murah. pehtu, penghantaran percuma. lagi la wallah kan?

korang rasa, ok tak kalau aku amik katil jenis camni? dah le kaler pink. ai laik!

KAMERA

cakap pasal duit bonus, memang banyak gak benda yang aku plan nak beli. lagipun, aku ni punyai satu perangai buruk. perangai tak sabar.

kalau aku nak satu benda tu, terkinja kinja la aku nak beli time tu gak. kalau kata aku terjaga tengah malam pehtu aku rasa cam nak beli kamera, time tu gak aku rasa nak gi kedai untuk beli kamera. sib baik One Utama atau The Curve tu tutup pukul 11 malam. kalau kat 7-11 nun ada jual kamera apa segala bagai pun, silap silap aku sanggup gi beli tetengah malam buta. camna nak ilangkan perangai buruk camni eh? ada petua ke?

sebut isu kamera, aku sekarang kan takde kamera. so, demi nak buang perasaan hina yang ada sekarang ni, aku dok sebuk buat perkiraan nak beli kamera dengan duit bonus kali ni. sebelum ni, aku penah mintak nasihat dari incik ni pasal kamera. and dia suruh aku beli IXUS.

aku tanya pendapat incik ini dan gadis ini pun, mereka cadangkan IXUS. oh ya, mereka berdua ini adalah ex-schoolmate saya. *peace to muaz & ima*

tapi, korang tau la kan. aku ni jenis degil nak mampus. kalau sume pakat dok kata IXUS bagus, aku ni tetap gak dok pandang kat kamera lain. lastnya, aku jatuh chenta ngan kamera ini.

dan sebab utama aku berminat dengan kamera tu adalah kerna kaler pinknya. sungguh menggugat jiwa ok.

apa pendapatan kalian? kasik la seberapa sikit idea untuk gadis yang belum mumayiz seperti aku ini.

apa? nak hadiahkan aku? oh, mekasih! *perasan*


I'm going to oversea for my business trip. I'll be back at the end of Feb. Sorry, can't celebrate your birthday as what I’ve plan. Maybe we can meet up after that ya. Take care and gonna miss u.

ngah menaip entry ni, received sms di atas from my fren. oh, alahai.. *sigh*

ya udah deh. malas mahu melayan perasaan jimba jimba ini. mari layan ini lagu. sangat besh. suka dengar suara pongky. walaupun beliau ngak ensem tapi suaranya syok. ahaks!




Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 1:57 AM   16 cakaran

Saturday, January 19, 2008
Selamat Hari Asyura

10 Muharram 1429

Selamat Hari Asyura!


tertarik btol hati aku bila baca tentang hari asyura ni. kalau kalian nak baca gak, boleh la jenguk ke sini.

hari ni, aku lewat ke opis. bangun tedo je, sesedar dah pukul 8.30 pagi. bapak gile lambat aku bangun. yang aku tau, aku sedar masa acik kejutkan aku bangun subuh. selebihnya, aku tak sedar apa apa dah. eiiii.. tak beshnya tedo tanpa katil. ada sesapa nak belikan aku katil tak? (sian katil, asyik dia je dipersalahkan akibat tedo aku yang terganggu sejak akhir akhir ni)

aih, bukan salah sapa sapa pun sebenarnya. aku yang malas bangun pagi. bila malam, kemain besar lagik jibik bijik mata aku ni. tapi bila dah time kena bangun pagi, memang sengsara la kalau nak suruh aku bangun. apa jenis anak gadis la aku ni eh?

huh! cukup cukuplah tu. rasa sungguh tak besh bila men'kondem'kan diri sendiri. lantak la aku nak bangun lambat ke, cepat ke. janji keje aku jalan. kan beben kan? *sesengih*

ok, nak gi sambung wat keja. later apdet lagi.
Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 10:55 AM   4 cakaran

Thursday, January 17, 2008
Hari Yang Baik


hari ini aku hepi sangat.
(walaupun tadi pagi aku mengantuk cam nak mampos kat opis nun!)


ok anak anak. semua sila duduk diam diam. cakaran kali ni, mungkin panjang, mungkin juga pendek je. semuanya bergantung kepada kepantasan jari aku mencakar serta bergantung kepada memori kepala otak aku sama ada masih ingat lagi ayat ayat yang ingin ditaip.

dan demi untuk mengelakkan memori kepala aku menjadik semakin lemah seperti sailormoon yang kehabisan bateri enegizer, marilah kita teruskan cakaran kita ke topik yang sebenar.

lai.. lai..

KAMI DAH BAIK

yeay! akhirnya aku ngan eric dah baik. nak tau camne boleh baik? sebab aku la kami baik. al maklumlah, aku kan baik. huhuhu.. *perasan*

tadik, lepas abis kerja, aku gi singgah secret recipe. dari semalam sebenarnya aku dah plan untuk belikan iera and kelvin tiap sorang one slice kek from secret recipe sebagai adiah besday derang yang lepas. sorry geng, itu je yang aku mampu setakat ni.

ntah camne, kepala otak aku yang sungguh bergeliga ni pun laju je berfikir supaya aku beli lagi another one slice untuk eric sebagai tanda minta maaf. memang kalau ikutkan hati, bukan aku yang salah pun. but, kalau sorang tak beralah, mesti kami akan terus terusan bermasam muka. dah la kitaorang sama sama exec. pehtu, kerja dia, aku kena buat. kerja aku, dia kena buat. so, demi kerjasama sejagat, niat aku untuk berbaik baik tu pun terus meluap luap.

abis kerja kat SS2, terus aku meredah jammed ke HQ di Shah Alam. sampai kat opis, i rasa seperti artis tau! ramai staff kerumun tanya mana aku pergi. alahai, derang takkan tatau lagi yang aku dah transfer ke SS2. masa ni, baru la rasa cam dihargai. terharu mak! (aih, tak abish abish perasan aku neh kan) ahaks!

sampai kat area TC Console, aku pass kan kek kat iera. malangnya, kelvin dah balik after the badminton tournament. so, aku tinggal je kek tu kat situ. sesapa nak makan, makan je la. lenkali baru aku kasik kat Kelvin.

after that, aku gi kat eric.

eric, nah kek. i mintak maaf.
huh, takmolah. i tak makan kek.
tipu! u marah lagi ke? i mintak maaf k?
hurrmm, tak payah mintak maaf sekarang. tunggu je sampai hari raya tahun depan.
ok, kalau camtu, tunggu tahun depan je la i cakap ngan u.

pehtu aku blah. gi lepak kat luar ngan staff staff lain. after that, masuk opis kejap, settlekan satu kes ngan kastemer and aku kuar gi lepak minum ngan sis thahrah and prem.

masa on the way nak balik semula ke opis, pat call aku. cat ajak gi makan steamboat. pat cakap, eric yang suruh ajak aku. dia pun rasa bersalah gak sebenarnya. oh, itu petanda baik la kan.

sampai kat Yuen, sambil makan, sambil borak. and secara tak langsung, kitaorang dah boleh bual cam selalu. walaupun cam janggal sikit. but, ok la. at least, ianya merupakan satu permulaan baru yang baik. syukur.. *senyum*


BONUS

ini adalah saat saat yang ditunggu oleh semua staff. termasuklah aku. sebab, ujung bulan ni, memasing akan terima habuan bonus berdasarkan pencapaian memasing.

alhamdulillah, tahun ni, aku dapat bonus sebanyak 5 bulan gaji. harapnya, boleh la aku nak simpan wat perkara perkara yang sepatutnya. (ye la sangat tu. kang, kejap je abis)

insyaAllah, kali ni, aku terus nak simpan dalam ASB. tanak simpan dalam bank. nanti aku gi cucuk cucuk. sesedar, dah abis. pehtu nak nyesal pun tak guna. tul tak beben? *kenyit*

tapi, yang tak beshnya, kenaikan gaji untuk tahun ni mungkin antara 5% hingga 10% sahaja. sungguh sikit kan? tapi, syukurlah dari takde. kalau bebanyak kang, jenuh plak aku nak bayar income tax. sekarang ni pun derang dok sebuk tolak from gaji aku tiap bulan. tensi sungguh tau dak!

and pasal PS3 or PSP yang derang warwarkan tu, blom dengar apa cerita. and kemungkinan besar, ia hanyalah omongan kosong belaka. so, silalah jangan berangan ye wahai cik cepotet. (aku tak hingin pun menda alah tu. bukan aku guna sangat pun)

tapi, akan ade surprise untuk bulan Feb nanti. jadik, tunggu..


BAGAN LALANG & LANGKAWI


dalam cakaran ini, aku ada wat pengumuman untuk ajak semua bebeh bebehku wat BBQ party kat umah Taman Tun. tapi, party tu terpaksa dibatalkan atas sebab sebab tertentu. (malas masak adalah sebab utama kot) ngee.. *sengih kat tukang masak*

jadik, demi untuk membahagiakan hati memasing, kami dengan penuh sepakat akan gi bercuti beramai ramai ke Bagan Lalang. nak gi makan seafood. aku teruja ngan cita sis mya and abglong aritu. dan kali ini, kami juga akan menyewa di Hotel Sri Malaysia selama 1 hari, 3 malam. eh, silap. selama 1 hari, 1 malam.

jadik, pada semua bebeh bebehku, harap semua setuju.

Tarikh : 26hb Jan'08
Tempat Berkumpul : LEP (umah izah & mala)
Time : need a confirmation with Nana 1st. kalau Nana join, sesapa kena gi amik Nana kat Puduraya at 7pm maybe. so, pasal time ni, will discuss later k.

kalau bebeh sume ada ape ape bantahan, or need further enquiries, just call or sms me. aku akan call korang balik dengan kadar segera. tentang tarikh, sebolehnya takleh nak ubah coz aku dah set bebetul schedule keja aku sampai 17th Feb. so, harap korang paham la eh?

and for the next trip..

memandangkan duit bonus tahun ni agak memberangsangkan, jadik, aku harap sangat percutian ke Langkawi bersama family terchenta pada bulan Mac nanti menjadik seperti yang diharapkan, insyaAllah..

just aku need some opinion and nasihat tentang hotel hotel yang besh serta berpatutan untuk kami (aku & family) stay kat langkawi nanti. and, kalau boleh, nak dekat ngan laut. sebab, aku dan pantai ibarat muzik dan irama. memang amatlah sukar untuk dipisahkan. (see, aku dah mula melalut) *sengih*

so, sesapa yang amat familiar ngan Langkawi, sila la beri pendapatan pendapat kalian eh. aku sangatlah menghargainya! and kalau nak kasik duit belanja untuk trip tu nanti pun, amatlah digalakkan. kalian boleh emailkan kat aku. hakhakhak.


ok, cukup aku mencakar untuk hari ni. aku nak gi try tedo. dah 3 malam aku tedo tanpa katil. rasa seperti seniman jalanan je. huhuhuhu..

nak katil.. nak katil.. nak katil..
*sengal*

Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 11:11 PM   7 cakaran

Saya Mengantuk!
saya mengantuk. teramat mengantuk!

semalam, lepas mencakar, kekonon aku nak gi tedo la kan. tapi, lastnya, aku dok tercangak depan tv nonton Just For Laugh ngan acik. mengekek kitaorang gelak masa tengok cite tu. terus ilang ngantuk aku.

pukul 12 tengah malam camtu, acik dah masuk tedo. tinggal la aku dok terkebil kebil sensorang kat hall. baring atas sofa, tak besh. baring kat bawah, lagi la tak besh. pusing sana, pusing sini, golek kiri, golek kanan, mata tetap takmo lelap. lastnya aku gi jelajah blog rerakan.

dalam kul 2 lebih, aku try gi tedo sekali lagi. and, ternyata gagal. sungguh haru sekali. tapi, korang takleh la salahkan aku. aku kan takde katil sekarang ni. so, badan pun jadik mengada la sikit. hakhak..

almost 3am, try pejam mata, terlelap la kejap. tapi, terjaga balik kul 4.15am. kalau dedulu, bila terjaga tengah malam camtu, mesti call Mr F. tapi sekarang nak call sapa. selain dari Mr F, sorang lagi yang sanggup layan kerenah aku tetengah malam camtu ialah my super duper best fren, my mak. so, semalam, aku call mak. tetengah pagi buta. mujur mak blom tedo. borak borak kejap pehtu terus aku paksakan diri untuk tedo gak.

sesedar, acik kejutkan untuk subuh. pehtu, aku sambung tego sampai kul 8 pagi. mandi manda, and terus gi keje. sib baik keje kat SS2. 15 minit dah sampai opis.

arghhh! itu suma tak penting. yang penting sekarang ni, AKU SANGAT MENGANTUKS! (ada S sebab plural)

camne nak ilangkan ngantuk haaa?
Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 11:29 AM   3 cakaran

Wednesday, January 16, 2008
Melawan Kesepian

Song :
Melawan Kesepian
Artis : Siti Nurhaliza

Apapun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti
Air mata yang tertahan
Waktunya tuk di jatuhkan

Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apapun ini
Pelajaran yang berarti

Reff:
Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga bisa kulawan
Kesepianku...

Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apapun itu
Pelajaran yang berarti


Kembali ke: Reff

Reff II:
Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga bisa kulawan
Kesepianku...

Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga bisa kulawan
Kesepianku...






*senyum*


ok, stop!

aku tau pasti akan ada komen komen yang akan kata aku jiwang. pasti yang akan kata aku ni sangat melankolik. and dah pastinya ramai yang akan kata, "hek eleh minah ni, emosi tak abis abis."

tapi, sebenarnya, aku bukan dalam keadaan yang camtu sekarang ni. aku just terpikat ngan lirik lagu ni je. tapi, musicnya dan nyanyiannya, aku kureng sikit. satu, maybe sebab aku tak minat ngan penyanyinya (ampun wahai peminat ct). and kedua, aku rimas dengan suara pompuan yang ala ala nyaring camtu. membosankan! opss.. ampun lagi wahai peminat ct. hahahaha! ampun korokmu. ni blog aku, suka hati aku la. huhuhuhu.. *rasa diri sangat jahat bila type camni*

hmm, hari ni, takde apa yang luar biasa pun kat opis. kerja.. kerja.. kerja.. just tadik teruk gak aku digelakkan ngan staff sebab terpaksa berpakaian formal ke opis. selalunya, derang akan nampak aku dok pakai jeans and t-shirt je. tapi, arini lain plak. ah, dulik ape aku. janji kerja aku selesai. kan beben kan? *kenyit*

oh ya, selepas hampir 2 bulan lebih aku tak bertegur sapa ngan eric, tadik, aku beranikan diri untuk call beliau. tapi bukan sebab nak berbaik baik atau apa. just aku nak tanya pasal OT approval staff yang aku kena buat tu. and, aku call pun bukan guna henpon aku. aku guna line opis. mujurlah dia pun cam profesional. sudi gak nak melayan soklan aku tu. tapi, sedih gak la bila ingat balik. cara dia cakap tadik pun, keras semacam je. tak cam dedulu dah. kalau dedulu, selalu kuar makan sesama. gi memana pun sesama. sampaikan satu opis ingat kitaorang kaple. walhal derang sume tatau yang mamat tu gay. aih, lantak la.. sampai masa nak baik nanti, baik la kitaorang. just wait and see je la kan.

esok, ada tournament badminton kat HQ. tapi, maybe aku tak sempat gi tengok kot. sebab tournament tu start awal. pehtu, aku malas nak beria ia sangat nak pi tengok tournament tu sebab incik engineer pun ade masuk bertanding. kang, makin hangat plak gossip antara kitaorang. bukannya apa, just aku tak suka betul kalau dikaitkan ngan gossip gossip liar cam gini. dah la satu opis. nak plak, apa apa masalah kat dept aku, aku kena liaise ngan team engineer ni. kan tak besh camtu. tadik masa nak report pasal network issue ngan incik engineer ni pun aku cam segan segan. alahai, tak beshnya rasa..

hurrmm.. apa lagi aku nak cakar eh? oh ya, korang ingat lagi tak pasal Perempuan Gila dari Neraka tu? disebabkan aku malas nak kotorkan beben ngan cite Pompuan Gila tu, jadik, kalau kalian masih berminat nak membaca, bolehlah lawati blog sahabatku ini. walaupun citanya tak brape detail tapi at least korang akan paham gak sesikit. kalau tak paham, abaikan je la yea.. *kenyit mata kat sume*

oklah. aku dah takde ape nak apdet. tekak aku rasa tak selesa. aku nak pergi muntah la. sekarang ni, aku takleh nak makan apa langsung. kalau ade je makanan yang masuk dalam mulut ni, mesti akan rasa nak terkeluar balik. parah.. parah.. nak kata aku makin kurus, tak plak. siap katil boleh patah lagi malam semalam. dah la tu, ada ka patut incik ini suruh aku beli katil batu bata. sampai hati. huh, keji btol!

tapi, kalau aku selalu muntah balik lepas makan, adakah body aku akan slim seperti body J.Lo? uiiii.. jauhnya berangan. hakhakhak!

ok, tata sume. aku nak tedo awal malam ni. untung untung mimpi dapat body cam J.Lo. kOhkOhkOh..
Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 9:33 PM   6 cakaran

Visitor Dah Balik!
phewww! *lap peluh kat dahi*

visitor dah balik. yeay.. yeay! lega rasanya ati aku neh. tak sesia aku siapkan proposal pasal plan baru tu. heharap derang ok la ngan proposal tu.

masa memula minah salleh tu call aku, seram sejuk gak aku dibuatnya. englishnya dah la pekat gila. jenuh aku nak paham bijik butir apa yang dia cakap. tapi, syukur semuanya berjalan dengan lancar. alhamdulillah..

kenkadang aku ni pelik ngan keja aku. aku yang kena run operation. aku yang kena handle management nye issue. aku gak yang kena jaga staff. aku gak kena jaga segala mala sistem. dan aku jugaklah yang jadik tourist guide kalau ada memana visitor nak datang melawat. rerasanya, kalau aku mintak derang naikkan gaji aku 50% boleh dapat tak ha?

berangan la kau cepotet!hakhakhak..

ok, udah. aku nak sambung wat keja. kang bebudak ni kata aku curik tulang plak.

daaa~!!!
Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 2:48 PM   3 cakaran

Katilku Patah

selamat pagi dunia
*senyum*

hari ni aku keja pagi. sampai end of this week kot. next week, aku nak mintak tukar ngan Jo Chan. sian plak kat dia. selalu tolong aku. apa salahnya kali ni aku tolong dia plak kan?

semalam aku tedo tak berapa nyenyak. kejap kejap aku terjaga. maybe sebab aku terpaksa tedo kat hall kot. sob.. sob..

nape tedo kat hall? sebabnya, katil aku dah patah. huwaaaaaa.. berat sangat ke aku ni sampai dia leh patah? sungguh keji sekali rasanya bila tengok katil tu patah semalam. padan muka aku, gedik sangat nak lekat poster. selamba je aku lompat lompat atas katil tu. sekali, praaappp! haaa, hambik ko!

ngan hati yang remuk rendam, terpaksala aku usung bantal ngan comforter aku untuk gi tedo kat hall. sensorang plak tu. mulanya acik nak temankan tapi sian plak kat dia. aku suka bukak kipas kekuat tapi acik plak tak suka bukak kipas. lastnya, aku tedo bertemankan astro yang terpasang sampai pagi. sungguh kesian kat diri sendiri.

tak kira, dapat bonus ujung bulan ni, aku nak beli katil. nak katil bebesar. takmo katil single lagi dah. huhuhuhu..

ok, ni cita lain plak. aku kan cuti lama. 5 hari. sekali masuk opis, cam biasa, bertimbun timbun la email nak baca. semuanya ada dalam 619 unread email. bayangkan..

tapi, tak semua aku baca pun. aku baca mana yang penting je. cumanya, satu yang wat aku meluat sikit bila ade jugak orang yang dok sebuk send kat aku email email pasal artis segala bagai. eeiii.. tolonglah! aku tak perlukan email email kau orang tu. wat nyemak email aku je.

kalau setakat send sekali camtu takpe la. ini siap kutuk, ngumpat, mengata segala bagai. dah la tu, siap bersambung sambung plak ngan geng geng yang lain. dah jadik cam chatbox plak. bukan la aku nak kata aku ni baik sangat. kenkadang, aku pun bergossip gak pasal orang keliling. nak plak bila masuk bab artis. lagilah banyak benda nak di pot pet kan. tapi, bila dapat email camtu, rasa meluat pun ada.

jadik pada sesapa yang suka nak menghantar email bebukan camtu kat aku, renti rentikanlah..

bak kata kak mas dalam email balasan dia kat si penghantar, Jangan lupa sekali sekali, nilai lah diri kita sendiri juga.... Kadang2 kita lupa, siapa kita dan hanya menunding jari akan aibnya orang.

korang rasa, apa agaknya reaksi si penghantar lepas dapat reply camtu eh? hakhakhak.

*peace dunia*

Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 9:15 AM   7 cakaran

Tuesday, January 15, 2008
Sms Cemburu Buta

hello there. I never had your number. how are you? still cheerful as ever i hope. don't miss me too much ok. ha ha.


sms tu aku received from one of the engineer kat opis aku on 10th Jan'08 lepas. and sampai sekarang pun kami still berbalas balas sms lagik. ni semua angkara boss dan colleague aku la ni yang pepandai nak kaplekan kitaorang berdua masa kat TGI Friday aritu. hmmm, tapi ok je kot. kitaorang pun dah mula rapat gak la. tapi masalahnya sekarang, dia bukan lelaki melayu. and non-muslim for sure. err.. camne ni eh?

isk, alahai. aku memang sentiasa dicemburui. sungguh kesian dengan diri aku ni. aku baru nak cakar banyak banyak arini. tup tup.. dapat sms ni plak.

tomorrow we have CS Flexibility Vendor coming for a site visit to SS2. it's at 2pm. you will need to bring them and have a look at 1st & 2nd floor for an office tour around 10-15 mins only. easy job. don't worry. read email sent by Yuszreen. - sms from Jo Chan.

erni, i've passed ur contact number to the vendor. please pass together the proposal and brief them about our new plan. appreciate ur help. thank you. - sms from incik boss.

aku baru nak bergolek golek. aku baru nak wat facial muka. aku baru nak bergumbira dan bersenang lenang. sekali, bila baca sms ni, terus tak jadik nak wat apa apa. apsal la vendor ni nak datang melawat kat SS2 plak. dah la tu, kena brief derang pasal proposal baru tu lagik. alahai..

ok, semua boleh bersurai. sambung esok. esok aku keja pagi. aku nak gi iron baju. pehtu nak tedo.

selamat malam dunia..
Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 9:29 PM   6 cakaran

I'm Back..
ello semua warga kota!
tataraaaaaaaaaaa..

tengok ni..
aku dah pulang.
aku dah kembali ke pangkal jalan.

I'M BACK!

aku sampai tepat kul 3.42am tadik. and sekarang, aku nak gi mandi & tedo. banyak cerita nak apdet tapi aku masih keletihan. memandu sensorang di tengah malam buta camni, memang memenatkan. kalau aku punyai lebihan masa esok, aku akan apdet semua cerita. banyakkkkkkkk sangat cerita. moga esok kepala otak aku akan ingat lagi apa yang aku nak ceritakan. insyaAlllah..

ZzZzZzZzZzZz


*edited*

cadangnya, nak balik KL malam ni. tapi memandangkan ade beberapa perkara yang belum diselesaikan, serta memikirkan kerja aku yang bertimbun kat opis nun, terpaksalah aku batalkan je niat suci murniku itu. maklumlah, kerja makan gaji. kena la jaga rice bowl sendiri. ye dak?

balik kampung kali ni, biasa biasa je. maklumlah, musim hujan je kat taiping nun. plus, aku balik sensorang tanpa geng riuhku, si acik. so, takde aktiviti menarik pun yang aku lakukan kali ni. cumanya, aku nak cite pasal perjalanan balik aku yang sepatutnya mengambil masa 3 jam telah menjadik 6 jam. lama btol!

10th & 11th Jan'08 - abis kerja kul 12 tengah malam. kiranya, dah masuk 11th Jan'08 la tu kan. balik umah Damansara, kemas barang sesikit then baring jap atas sofa sambil nonton tv. ntah camne, leh aku terlelap kejap. sesedar, jam dah pukul 3.32am. kelam kabut sms mak bitau tak jadik balik malam tu. aku penat sangat. ingat nak bertolak esok je. sekali mak kata, mak dah tunggu aku. alahai.. sian la plak. tapi mak tak kasik aku balik. mak suruh aku tunggu esok je.

well, aku yang sangat degil ni pun terus segar bugar jadiknya. aku bitau kat mak, aku dah segar. aku takut kalau balik waktu siang, migrain aku datang (alasan je tu). tapi, mak tak reply dah. mak pun penat nak layan pe'el aku ni kot gamaknya. hikhik.

bedebuk bedebak, lepas solat subuh, dalam kul 5.45am baru aku kuar dari umah. acik ngan ad pun tak sedar masa aku balik tu. aku just tinggalkan note je untuk derang.

sepanjang jalan balik, mata aku ni tersangatlah mengantuknya. sampai tanjung malim, jam dah pukul 6 lebih nak dekat kul 7 camtu. aku brenti keta tepi jalan, pehtu tedo jap. sesedar, jam dah pukul 7.45 pagi. mak ai, lama gak aku tedo. kelam kabut start keta, pehtu blah.

dalam perjalanan, mata dok ngantuk lagi. terus aku teringat pesan mak, biar lambat asalkan sampai. nak tak nak, terpaksalah aku brenti untuk kali kedua. kali ni, brenti kat R & R Tapah plak. aku kunci jam henpon pehtu aku layan tedo. sesedar, dah pukul 9.45 pagi. humak aiii.. dah cerah gila rupanya. turun jap pi cuci muka, pehtu terus gerak balik.

dalam kul 10.42 pagi camtu, aku dah selamat sampai kat umah. masa tu, semua orang takde kat umah. aku masuk bilik, tak cuci muka, tanpa tukar pakaian, terus membongkang sampai kul 2 petang. dasyat kan?

bangun tedo, selesaikan apa yang patut, then borak borak ngan mak tentang mcm mcm cita. pehtu, gi umah opah plak, layan borak lagi sampailah ke petang. malamnye, kuar gi pasar malam berdua ngan mak.


12th Jan'08 - gi wedding sis farisya kat Ipoh. geng geng digizen from KL pun turun konvoi beramai ramai. sangat meriah! sis farisya nampak sangat cantik. cam barbie doll je. malangnya, takde gambar yang boleh aku upload. (rasa sangat hina tanpa kamera). sob.. sob..

malam, gi pasar minggu ngan mak. tapi pasar minggu sekarang dah tak semeriah dulu. tak besh! maybe sebab aku takde kot. hahahaha. *perasan*

13th Jan'08 - takde aktiviti spesel. just gi tempah baju kurung kat tempat biasa. kekonon persediaan untuk hadiri majlis kawin kengkawan. padahal, aku memang suka nak membazir.

then, gi jenjalan sensorang kat tempat tempat lama yang dah lama aku tak jenguk. and ayat yang paling pemes akan kuar dari mulut pakcik makcik kat situ adalah, "lama tak datang sini. seronok ke jadik warga kota?"

alahai makcik, pakcik. takde apa yang seronok sangat pun. Taiping tetap besh! percayalah..

14th Jan'08 - kuar gi cuci keta and gi wat balancing tayar. malam, kul 1am, bertolak balik ke KL sensorang diri. sampai KL, kul 3.42am. mandi dan tedo!

tamat cite balik kampung. insyaAllah, 2hb Feb sampai 5hb Feb ni, aku balik kampung lagi.

ok abish!


Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 4:00 AM   8 cakaran

Thursday, January 10, 2008
Merapu Meraban
01 - Meeting and Lunch @ TGi Friday, Subang Parade

semalam ada meeting and lunch kat TGi Friday, Subang Parade with all the SMC. dan ianya sangat best! walaupun pada awalnya, aku cam malas nak pergi tapi bila memikirkan alasan alasan yang aku kena menjawab ngan bos nanti, terpaksalah aku merajinkan diriku ini. and, Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.


02 - Balik Kampung

malam ni, aku akan balik kampung seekor diri. acik tak dapat cuti. sedih btol!

lepas aku habis kerja pukul 12 malam karang, balik umah kejap kat Damansara, angkut barang and terus gerak balik .

balik kampung adalah perkara rutin bagi aku. sejak aku beli kereta 2 tahun lepas, aku memang dah tekad untuk balik kampung sebulan sekali. itu memang wajib. selain rasa tanggungjawab pada mak, abah dan adik adik, ini juga adalah cara untuk aku memenangkan fikiran. walaupun aku tak ramai kengkawan kat Taiping nun, tapi aku tetap rasa bahagia. balik kampung adalah perkara yang sangat menyeronokkan. *senyum bahagia*

03 - SS2 Yang Memenatkan

Kerja di SS2 memang sangat memenatkan!

maybe lepas ni, aku akan kurang mengapdet blog. dan aku juga mungkin akan jarang melawat blog rerakan yang lain. tapi kalau ada lebihan masa, pasti aku akan melawat blog kalian. pomis!

pertamanya, bila dah kena transfer ke SS2 ni, kerja aku dah makin bertambah. exec kat sini tak cukup. cuma 3 orang aja yang tinggal. Sheila dah gi Maternity Leave selama 4 bulan, Nizam dah demoted balik to the floor (atas sebab sebab tertentu), Wai Phik dah ditransfer semula ke HQ and Bro Halimi dah brenti sebab bukak bisnes sendiri. sepatutnya, Zalia akan datang untuk menggantikan tempat Wai Phik tapi, atas alasan yang ntah apa apa tu, bulan Feb nanti baru dia akan ke sini. dan Jason pun akan ditransfer ke SS2 jugak but kena tunggu after chinese new year. dan dengan 3 orang exec yang ada sekarang, tiap satu shift, akan ade sorang exec je. kebetulan plak, sekarang ni, ramai staff baru on the floor (yang tak tahu satu apa langsung!) yang memang amat memerlukan perhatian dari kitaorang.

kedua, nampak gayanya, aku akan lebih kerap kena kerja shift petang memandangkan Jo Chan and Yvonne lebih prefer kerja pagi. dan dalam tempoh aku kerja petang tu nanti, memang jenuhlah aku nak kena turun naik dari tingkat dua ke tingkat 3 untuk tengok staff aku wat kerja. memang kurus la aku lepas ni.

ketiga, mulai tahun 2008 ni, aku dapat satu lagi tugas tambahan. aku ditugaskan untuk menyemak dan meng'approve'kan OT staff. bukan hanya staff yang ada di SS2 tapi sekali ngan staff yang berada di HQ.

setakat ni, OT Claims Public Holiday untuk Tahun Baru yang lepas, ada sebanyak 249 orang staff lagi aku blom approvekan. itu belum masuk OT Claim untuk hari ni. kompem la akan bertambah lagi beberapa ratus kan? huhuhu.. sungguh kesian kat diri aku ni. apa nak buat, kerja.. *pasrah*

ah, lantak la semua OT yang perlu aku approvekan tu. lepas balik kampung nanti, baru aku pikirkan camne nak selesaikannya. sekarang ni, yang aku tahu, aku nak balik kampung dengan senang hati. tak mau pikir apa apa kecuali nak bergembira. bila aku happy, muka pun akan nampak cantik je. hikhikhik.

aku tekad, tahun 2008 adalah tahun kecantikan untuk aku. well, as i said, i believe in beauty. and untuk tahun 2009, ia adalah tahun untuk aku bertemu jodoh. kalau dah jumpa nanti, aku mau terus kawin. dah bosan bercinta lama lama. tak bawak keuntungan apa apa pun bagi aku. kalau kenangan tu boleh dijual beli kat pasaran saham, kompem aku dah boleh kalahlah Bill Gates sekarang ni. tapi, itu hanyalah kalau.. (apa aku dah melalut ni?)

04 - Aku Yang Kacau Bilau

err.. kerja di SS2 juga wat jiwa raga aku agak kacau bilau. hakhak.. statement takleh blah btol!

ok, citanya camni. masa aku dipromoted as an exec, aku kena transfer ke SS2. but, after few months, bos request aku balik ke HQ atas sebab sebab tertentu (takyah la aku cite sebabnya). and, suddenly, aku kena transfer semula ke SS2 untuk gantikan sheila yang bercuti selama 4 bulan (maternity leave).

permasalahannya sekarang ialah, masa awal awal aku kat SS2 dulu, aku baik ngan this guy. baik as a fren je la. kebetulan, dia pun kerja kat sini gak. tapi dept bawah. aku memang jenis yang agak susah nak baik ngan orang yang baru kenal but once aku dah kenal rapat, aku senang nak bergaul ngan orang tu.

nak dijadikan cerita, masa aku dah transfer balik ke HQ, aku just terus blah camtu je. aku tak inform sesapa pun time tu. after few months aku kat HQ, bulan September lepas, aku datang ke SS2 untuk amik barang. and, aku terserempak with this guy. so, kami borak borak kejap, cita tentang perkembangan memasing, pasal kerjaya, pasal kedai makan, pasal shift and so on. masa dah nak balik tu, he asked for my phone number. as usual, kitaorang pun bertukar tukar name card.

start from that day, this guy rajin gak la sms aku. and, aku memang sangatlah tak suka sms. jadik, kenkadang je la aku reply. lebihnya tu, aku baca and delete. entah camne, ada satu malam tu, dia hantar sms yang agak aneh. he wants us to be more than a fren. isi kandungan sms tu sangatlah menakutkan aku. and since that day, aku terus tak reply langsung all his sms. lama kelamaan, dia pun senyap.

few weeks later, dia call aku. tapi, bila aku angkat, dia letak. kerap gak dia wat camtu. at last, aku ceritakan perkara ni kat Kelvin (sebab Kelvin pun kenal this guy and Kelvin adalah antara kawan rapat aku kat opis). Kelvin terus ambik telefon aku, and call this guy. kekonon menyamar yang dia tu adalah bf aku. kononnye la.. and that guy pun stop call aku since that day.

TAPI sekarang ni, aku dah berada kat SS2. tiap hari aku nak kena bersemuka ngan this guy. kalau time aku sampai opis, mesti this guy akan ada depan pintu entrance. kalau time aku duduk kat pantry, tengah makan or sebagainya, mesti this guy pun akan ada sekali. sometimes, dia akan duduk makan semeja ngan aku. huhuhu.. memang kacau bilau jadiknya aku time tu.

aduhai.. cepatlah 4 bulan ni berlalu. tak tenteram aku dibuatnya u olls! camne nak buat ni eh?


oklah, cukup aku merapu untuk hari ni. tengoklah kalau aku rajin nak merapu lagi, aku akan sambung esok, lusa atau tahun hadapan mungkin.


lalalalalala..
Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 6:07 PM   12 cakaran

Salam Maal Hijrah 1429

Salam Maal Hijrah 1429

Salam Perjuangan dan Salam Ukhuwwah buat semua rakan blogger serta para pembaca.
May this year brings us more barakah and rahmat from Allah (SWT) Subhanawa Ta'ala.
Amin


Balik Kampung
10hb Jan'08 - 14hb Jan'08
*peace*

Photobucket

Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 3:14 AM   7 cakaran

Wednesday, January 9, 2008
Aku Bukan Untukmu

Lagu :
Aku Bukan Untukmu
Artis : Rossa

Dahulu kau mencintaiku
Dahulu kau menginginkanku
Meskipun tak pernah ada jawabku
Tak berniat kau tinggalkan aku

Sekarang kau pergi menjauh
Sekarang kau tinggalkan aku
Disaat ku mulai mengharapkanmu
Dan kumohon maafkan aku

Aku menyesal tlah membuatmu menangis
Dan biarkan memilih yang lain
Tapi jangan pernah kau dustai takdirmu
Pasti itu terbaik untukmu

Janganlah lagi kau mengingatku kembali
Aku bukanlah untukmu
Meski ku memohon dan meminta hatimu
Jangan pernah tinggalkan dirinya
Untuk diriku

Sekarang kau pergi menjauh
Sekarang kau tinggalkan aku

Disaat ku mulai mengharapkanmu
Dan kumohon maafkan aku

Aku menyesal tlah membuatmu menangis
Dan biarkan memilih yang lain
Tapi jangan pernah kau dustai takdirmu
Pasti itu terbaik untukmu

Janganlah lagi kau mengingatku kembali
Aku bukanlah untukmu
Meski ku memohon dan meminta hatimu
Jangan pernah tinggalkan dirinya

Meski ku memohon dan meminta hatimu
Jangan pernah tinggalkan dirinya
Untuk diriku

kadang kadang, manusia lupa erti menghargai. lumrah manusia, hanya akan mula menghargai selepas kehilangan.
hurrmm..

mungkin benar tatkala kita kehilangan barulah kita menyedari. mungkin benar saat kita terluka barulah kita mengerti dan mungkin juga benar bahwa bila kita rasakan rindu yang sangat dalam barulah kita tahu seberapa besar makna dan erti seseorang bagi kita.

Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 2:03 AM   7 cakaran

Tuesday, January 8, 2008
Hari Yang Penat
hari ni cuti. tapi tak rasa cam cuti pun. seperti yang aku nyatakan sebelum ni. pepagi lagi, aku dah kena gi UiTM. sebab kena settlekan pasal pendaftaran untuk sem baru. ingatkan, leh la nak bayar terus duit yuran. sekali derang kata takleh sebab aku kena tunggu pengesahan lecturer dulu. huh, banyak hal la plak.

sampai opis, terus call Tuan Syed untuk suruh dia approvekan sume subjek yang aku register. ingatkan leh la aku nak gi bayar esok kat Bank Islam. sekali, tengok kena tunggu bill statement upload kat system dulu. cait, tak up to date langsung! makin melambatkan keje orang je.

lepas settle pasal UiTM, petang tu, ade meeting plak kat opis. huh! ingatkan ramai yang datang. sekali tengok, beberapa kerat je. huh sekali lagik! buang masa btoi. dah la meetingnye dua jam je. memang bebetul buang masa! sib baik la aku ade few things yang nak kena settle kat opis tu. at least, ade la jugak aktiviti yang berfaedah bleh aku buat. kalau tak, memang aku akan rasa sangat sia sia. walaupun bleh claim, tapi berapa sen sangat berbanding ngan masa aku yang terbuang tu. tak berbaloi langsung!

after meeting, siapkan keje yang perlu disettlekan then terus gerak balik umah. singgah ke umah Taman Tun. jumpa izah, cik su & zura. borak borak kejap pasal cite memasing, borak tentang pompuan gila from neraka yang tak abis abis mengganggu tu and kuar makan beramai ramai kat pantai dalam.

masa lepak makan tu, macam macam benda yang kitaorang bualkan. dah mengalahkan ahli politik yang suka berkempen kat kedai kopi ja. hmmm, ini sudah bagus. bebeh sume, kita dah boleh jadik ahli politik la. kita boleh lepak kat kedai kopi lama lama sambil berkempen. satu perubahan yang bagus tu. hakhakhak.

tu je cita untuk arini. tak sempat nak pi shopping ke memana pun. malam ni, kena tedo awal. esok ade meeting lagi kat TGi Friday. tadik, dah bitau bos yang aku cam malas nak pegi esok tapi dia suh kasik reason lak kenapa aku malas. hmm, nak tak nak, terpaksalah aku pergi. alahai.. malasnya!

oh ya, Salam Maal Hijrah untuk semua. aku punya seketul azam untuk Maal Hijrah ni. tapi, lenkali je sambung. aku dah ngantuk. hari ini aku sangat penat.

tata~!
Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 11:22 PM   5 cakaran

Ubat Memang Tak Sedap!
tadi aku dah tedo. now, aku dah bangun balik. jam baru pukul 1.19am. aku tetiba terjaga sebab teringat yang malam ni aku blom makan ubat. siot btol kepala otak aku ni. camne la dia bleh teringat eh?

lepas makan ubat, aku jadik segar bugar plak. ingat nak gi tengok tv tapi bosan plak. takde cita yang menarik langsung. rugi je pasang astro memahal. huh!

cakap pasal ubat, aku benci btol bila kena makan ubat. sangat tak suka! tiap kali nak makan ubat, mesti rasa nak nangis je. dan tiap kali telan ubat tu, aku rasa cam jibik jibik bijik bijik ubat tu melekat kat anak tekak. dah separuh botol air mineral aku telan pun, aku cam bleh rasa ubat tu melekat kat anak tekak aku. eeeeiiiiiiiii yucksss! aku menyampah la ngan ubat ni weiii. camne nak buat ha?

coklat pun aku tak suka makan. tapi, kalau aku makan, takde plak aku rasa nak muntah cam makan ubat ubatan tu. pelik sungguh aku ni. kenapa la ubat tu tak dibuat dengan perasa yang sedap sedap eh? takyah buat perasa susah susah. buat je la perasa Vanilla. aku suka Vanilla. sangat yummy! aku suka sangat. nyum.. nyum.. nyum..

sape tengok cite House tadik? pasal ibu yang tengah preknen pehtu sakit sebab janin bebi dalam perutnya tak berfungsi ngan baik. meleleh leleh air mata aku masa tengok bebi tu pegang tangan Dr House masa derang operate untuk check paru paru bebi tu. syahdu btoi rasanya. patutlah acik selalu nangis tiap kali standby jaga orang bersalin kat hospitalnya. dia kata, dia takleh tengok ibu ibu bersalin. bila aku tanya kenapa, dia mesti jawab, "terbayang camne susahnya mak lahirkan kita 9 beradik. pehtu, rasa tak sabar nak ada bebi sendiri.." adoii, aku pun teringin nak ade bebi. err.. ade sesapa nak kasik aku bebi tak? huhuhu.

aih, bosan la cakar kat beben ni. aku nak gi main sudoku la. rugi ja beli buku sudoku tebal tebal tapi mainnye tak setara mana. mahal plak tu.

oklah, bye!
Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 1:21 AM   12 cakaran

Monday, January 7, 2008
SukaHatiDotComDotMy
arini, 1st day aku kat tempat baru. err.. opis baru i mean. bukan company baru yea adik adik. aku still sayang and berminat untuk bekerja ngan company kuning aku neh. huhuhu.

bekerja kat SS2 ni, takde beza sangat pun. sebelum ni pun memang aku dah penah keja kat SS2, jadik kebanyakan staff yang ada di SS2, semua aku dah kenal kecuali ada beberapa orang staff baru yang memang bebetul menguji kesabaran aku dan juga beberapa orang executive yang lain. memang bebetul teruji tau!

aku kalau boleh, bukan nak salahkan mereka pun. aku pun tahu, mereka tu staff baru. jadik, banyak benda yang nak kena catch up. aku dulu pun penah jadik staff baru. semua orang pun penah jadik staff baru. tapi sebelum mereka diletakkan ke floor, staff ni sume akan masuk training dulu selama sebulan dan diajar tentang semua product yang berkaitan serta diajar menggunakan sistem supaya mereka tahu nak gunakannya. yang bagusnya, mereka tetap dibayar gaji penuh walaupun mereka hanya datang untuk training semata mata.

TAPI, aku tatau la apa yang mereka belajar masa training tersebut. sama ada mereka main main dalam kelas atau trainer yang tak pandai nak mengajar. satu apa pun mereka tak tahu. bukan sekadar tak tahu tentang product malah nak guna sistem pun mereka tak tahu. sungguh menguji kesabaran btol. huwaaaaa.. kalau camni la tiap hari, memang gugur la rambut aku nampaknya.

ya Allah, terima kasih kerna kurniakan aku kesabaran yang tinggi untuk hari ini. moga kesabaran itu akan lebih meninggi dan terus membukit untuk hari hari yang mendatang.
Amin.

mungkin dalam minggu depan, aku kena wat training semula untuk budak budak baru ni. adoi laaaa.. kena siapkan paperwork lagi, kena set time lagi. kena carik back up lagi. sungguh kesiannya kat aku ni kan. ni baru 50 orang staff. minggu depan, masuk lagi 75 orang. kompem aku akan mati cepat kalau camni. huhuhu..


MINGGU YANG BZ


lepas ni, mungkin aku akan jarang mengapdet blog. minggu ni, aku agak bz ngan kerja ditambah plak ngan keadaan opis yang masih tunggang langgang. kalau dulu, SS2 adalah tempat untuk bermalas malasan, tapi sekarang jangan harap la. banyak btol tugas yang menanti. lepas satu, dua. lepas dua, tiga. lepas tiga, lima belas. memang tak penah abish.

esok, aku cuti. tapi, pepagi lagi aku dah kena gi UiTM Shah Alam. nak uruskan pembayaran yuran untuk semester ni. aku nyaris nyaris terlupa tentang tarikh pendaftaran aritu. sib baik la Liza call ingatkan aku. isk, apa la nak jadik ngan aku ni. perkara penting camni pun bleh lupa. tak bagus btol!

petangnya pulak, ade meeting ngan bos serta beberapa exec lain kat HQ. nak discuss tentang agihan tugas untuk tahun 2008. lepas meeting, kena gi Digital Mall kejap. ade benda penting yang perlu dibeli. dan malamnya, kalau takde apa apa aral, aku nak gi jumpa izah jap. insyaAllah.. *kenyit mata kat Izah*

hari rabu keesokannya, ada lunch dengan bebudak engineer from SOC dept kat TGI Friday, Subang Parade. aku pun tak pasti apa tujuan lunch tu dibuat. tapi, memang aku akui yang hubungan kami (merujuk kepada semua exec) dan juga bebudak engineer ni agak tegang sejak akhir akhir ni. maybe sebab komplen komplen yang kami berikan kat bos derang kot. nasib la kan.. sape suh wat keje memain. yang kena hentam, bukan derang. kitaorang gak. rasakan!

lepas lunch tu nanti, kena bergegas gi opis lak. aku kena keja petang sampai kul 12 malam. dan pastinya keadaan akan jadi lebih bz sebab aku kena kerja seekor diri aritu. uuiii.. sangat tak besh!

hari khamis, takde apa apa perkara penting yang perlu dibuat. lagipun, hari tu adalah public holiday. aku kena keja petang jugak. from 3pm to 12am. lepas tu, aku akan terus memandu pulang ke Taiping coz aku cuti selama 5 hari sampai hari selasa minggu depannya. so, hepi holiday to me. jangan jeles! *kenyit mata*


SHOPPING

beberapa ari lepas, aku ada terima satu email. dari seseorang yang kekononnya SUKA BACA BLOG AKU. silent reader la kononnya. dia tanya, kenapa aku suka bershopping. dia pelik sebab tiap bulan, aku mesti akan ade barang baru yang dibawak, dipakai atau diguna. mana dia tau eh? pelik.. pelik..

yeap! memang tiap bulan aku wajib belikan something utk diri aku sendiri. at least, kalau tak beli barangan mahal mahal pun, sehelai t-shirt pun dah memadai. atau sebuah novel. tu pun dah cukup. tapi, itu bukan shopping namanya. itu adalah hadiah penghargaan. sape lagi yang nak menghargai diri kita kalau bukan kita sendiri. tol tak?

aku pepenat keja. balik lewat malam pehtu kena marah ngan kastemer, tensen ngan staff lagi, stress ngan manager plak lagi. tak sian ke? jadik, cukup bulan, aku kena la hadiahkan something untuk diri aku. bila dah hadiahkan something, baru la semangat nak kerja tu akan ada. alah, kalau duit tu simpan berketul ketul pun, bukan boleh bawak mati. setakat duit ringgit tu, apa la sangat. bukan boleh beli kebahagiaan pun. kan beben kan?

lagipun, sementara tengah single ni la masa untuk aku nak merasa semua tu. kalau dah kawin nanti, kena pikir tanggungjawab lain pulak. bila dah ada anak anak, lagi la banyak perbelanjaannya. harus aku akan berkorban untuk anak anak plak nanti. masa tu, mana boleh nak boros boros atau shopping tak tentu pasal. kena pikir tentang insuran pendidikan anak anak, tentang insurans kesihatan mereka, tentang keluarga, nak kena beli baju anak anak plak lagi. uiii.. banyak tau kena berkorban. tak salah la kalau aku nak merasa semuanya sekarang kan?

yang penting, aku tak lupa tanggungjawab aku untuk mak, abah dan adik adik. dan yang paling utama, aku shopping guna duit hinggit aku. aku tak mintak kat orang. so, takde masalah kan? kalau rasa ade tak puas ati, sila email. mekasih.

ok. aku dah puas bebel. aku malas nak mencakar lagi. aku dah mengantuk. nak masuk tedo dah.

caaa cin cau..~!
Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 11:09 PM   4 cakaran

Beben

 

Beben, sebuah blog yang baik dan setia. Tak penah menyakiti aku tapi sentiasa rela untuk disakiti. Tidak berjantina dan tidak bernyawa. Sangat pendiam dan sangat memahami. Kalau rasa penulisan aku di sini kurang enak bagi kalian, bolehlah klik butang X belah kanan atas browser anda. Datang tak berjemput, pergi juga tak dihalau. oh yea, did i tell y'all that i hate stalkers? so, please back off. Mekasih.

 

If God wanted us to talk more than listen, He would have given us two mouths rather than two ears.

~Ken Blanchard ~

 

Best viewed with

Photobucket

Cepotet

Photobucket

 

Me, Myself & I

I am just a simple girl with a simple life. I love nobody except my Mak, Abah and my family. Simplicity is the new complex.

Photobucket


email untuk perkara yang penting je. kalau rasa tak penting, sila jangan email. pasti tidak akan dilayan. saya bukan artis mahupun superstar.

Bla.. Bla.. Bla..

Reminder