Photobucket

Click Click Click

Previous Post
The Archives
The Bloggers

Credits

hit counter
Clicky Web Analytics

Photobucket

Photobucket

Sunday, September 20, 2009
Salam Aidilfitri


Mak Limah masak rendang,
Selamat Hari Raya Aidilfitri.

;p


Aku memang tak pandai berpantun. Jadi, harap maklum saja lah yea. Apepun, ampun dan maaf kalau ada salah silap dan harap dimaafkan yea.

Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 7:15 PM   1 cakaran

Monday, September 14, 2009
Let's Get Laugh!


Saya Jumpa Hantu?
atau
Hantu Jumpa Saya?


This karangan really makes me laugh out loud. Pecah perut aku gelak.
Aduhai..


Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 6:16 PM   1 cakaran

Sunday, September 13, 2009
Surat Amaran Dari Tuan Rumah


Beb,

Lama dah aku nak cakap benda ni. Selama ni aku pendam je dulu sebab aku blom ada masa lapang yang terluang nak luahkan semuanya kat sini. Tapi, kali ni aku bebetul dah tak tahan. Lu bebetul buat gua naik hangin tau tak!

Beb,

Untuk makluman kau, sejak dari dulu lagi aku tak penah takut dengan kau. Langsung tak pernah. Nak kata kita bermusuh, takde lah pulak kan? Tapi, takdelah jugak aku rasa macam nak berbaik dengan kau. So, aku harap apa aku cakap ni, kau tak kecik hati lah kan.

Beb,

Kejadian pertama yang buat aku naik angin ngan kau adalah masa kau abiskan semua makanan aku padahal aku punyalah mengidam nak makan makanan tu. Pandai plak tu, yang sedap je kau bantai. Yang tak sedap, kau tinggalkan je kat situ. Hampeh. Tapi aku sabar lagi. Malas aku nak panjang panjangkan cerita, aku redha je walaupun aku kebulur tahap gaban aritu. Mungkin sebab kau tak pernah puasa jadi kau tak paham apa erti kebulur kan?

Tapi, kejadian semalam bebetul buat aku tak boleh blah. Memang panas btol hati aku. Kalau letak air kat hati aku ni, mungkin boleh mendidih agaknya. Disebabkan kau, separuh botol perfume kesayangan aku abis. Semuanya semata mata nak halau kau supaya jangan ganggu aku. Aku sangkakan, aku sembur kau dengan Ridsect tapi rupanya aku ter capai botol perfume Ferragamo aku. Semua kau punya pasal. Siapa suruh kau kacau aku tengah malam waktu aku sedap lena tedo? Kau memang jahat!

Beb,

Aku nak tahu, apsal kau jaki sangat ngan aku? Sejak management apartment aku buat fogging semburan asap nyamuk kelmarin, sejak tu lah kau dah pandai melawat umah aku. Yang diorang sembur asap tu nak halau nyamuk bukan nak halau kau tapi yang kau terasa kenapa? Ko bermaustatin lah bebaik kat tempat kau behirbenasi selama ni. Janganlah datang rumah aku suka suki.

Err.. atau kau nak balas dendam sebab aku penah operate sedara mara moyang kau masa kelas Biologi kat sekolah dulu ke? Itu untuk pembelajaran beb. Kau tak boleh nak salahkan aku. Aku takde niat langsung nak membunuh. Tapi, maklumlah, aku bukan ada kemahiran tangan seorang doktor. Akibatnya, aku tersalah operate dan menyebabkan kematian sedara kau. Tapi, itu kan belajar namanya. Aih..

Beb,

Ramai kengkawan aku yang takutkan kau akan kejar kau dengan batang penyapu. Lepas tu, silap silap kau kena penyek sesedap rasa. Aku penah ke buat kat ko camtu? Tak penah kan? Biasanya, kalau aku nampak kau, aku selamba yaya je akan kejar kau, tangkap kau dan buangkan kau kat luar window. So, kau renung renungkanlah. Patut ke kau mengganggu aku lagi?

Pulanglah beb ke pangkuan asal kau. Tempat lipas bukan di sini. Bukan di rumah aku. Raya nak dekat dah ni. Aku pun mungkin akan pulang ke kampung. Kau pun, pulanglah berhari raya. Pulanglah..

Hei Lipas,
kau ingat ensem dok atas sofa pink camtu?
Nyah kau dari rumahku!!!



Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 11:05 AM   5 cakaran

Wednesday, September 9, 2009
Opss,. Sorry!






Jutaan maaf pada pengunjung dan para peserta kerana pada malam ini, sepatutnya, keputusan pemenang untuk Kuiz Suka Suki Riang Hati akan di umumkan.

Bukan kerana takdir tapi ini tadbir dari saya sendiri, keputusan itu terpaksa ditangguhkan dahulu kerana saya ada urusan penting yang perlu diselesaikan segera. Don't worry, nama pemenang pun dah elok tersemat dalam poket jeans seluar aku ni *kerling skit kat poket jeans lapuk itu*

Saya akan selesaikan urusan ini dengan kadar segera supaya apa yang dijanjikan tidak tertangguh begitu lama. InsyaAllah..

Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 9:09 PM   1 cakaran

Tuesday, September 8, 2009
The Song, The Movie and The Book
You’re the song I love to play over and over..
You’re the movie I never get tired of..
You’re the book I can never put down..
You’re the one that I always remember..


Semoga panjang umur dalam kebaikan, murah rezeki lagi diberkati dan semoga hari hari yang mendatang akan penuh dengan kebahagiaan yang tak hilang. May this birthday be just the beginning of a year filled with happy memories, wonderful moments and shining dreams. Moga pertambahan usia ini akan seiring dengan pertambahan iman di dada dan terus mendapat keredhaan dariNya. Amin.

Happy Birthday




Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 12:53 AM   0 cakaran

Thursday, September 3, 2009
Teka Teki Teka Tekuk, Ada Kuiz Mari Masuk

Sempena bulan yang mulia ini, aku nak wat pertandingan sikitlah. Pertandingan ini dinamakan Kuiz Suka Suki Riang Hati. Wah, gitu..

Syarat-syarat pertandingan:
  • Pertandingan ini terbuka kepada semua tak kira blogger ataupun tidak.
  • Tiada paksaan mahupun sebarang ugutan untuk menyertai pertandingan ini dan ianya haruslah dengan rela hati. Hiks.
  • Peluang maksimum untuk jawapan bagi seorang peserta adalah sebanyak 3 kali. Kalau ada jawapan yang melebihi had maksimum tidak akan dikira.
  • Pemenang adalah berdasarkan jawapan tepat yang paling AWAL TERTERA di kotak comment maka oleh itu, Comment Moderation akan di-turn-on sepanjang tempoh pertandingan.

Soalannya:-
Berdasarkan pada entry ini, melalui gambarajah yang dipamerkan, korang rasa, siapakah pemanggil yang menghubungi aku sampai 38 missed calls tersebut?


Hint: Total untuk 38 missed calls itu adalah daripada seorang pemanggil sahaja.

Jawapan tidak memerlukan nama pemanggil. Takde lah aku kejam sangat kan. Takkanlah nama kengkawan, bos opis, client mahupun kaum kerabat family aku abis suma korang tahu ye tak? Hikhik.

Tapi, jawapan yang diberikan haruslah spesifik. Contoh, kalau kata kawan - sila nyatakan ianya adalah kawan opis? kawan bebeh? atau kawan blogger? dan sebagainya mengikut pada jawapan masing-masing.


Tarikh tutup pertandingan:
19 Ramadan 1430 bersamaan dengan 9/9/09 pada pukul 9 pagi

Tarikh pengumuman pemenang:
19 Ramadan 1430 bersamaan dengan 9/9 /09 pada pukul 9 malam

Hadiah yang ditawarkan:
Aku ni takde lah kaya pun. Berharta, jauh sekali. Jadi, hanya akan ada SATU pemenang sahaja. Hadiah adalah MISTERI. Jangan plak korang ingat kot nak dapat hadiah rumah siap dengan kereta sebijik ke ape plak. Tapi, aku akan pastikan hadiah itu tidaklah menghampakan. InsyaAllah.


Selamat men-teka!




* PLEASE SCROLL DOWN FOR THE NEW ENTRY


Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 4:00 PM   0 cakaran

Iklan Percuma Dan Dedikasi

Hola semua..

For those yang rajin menjenguk, mengintai, melayari hatta membaca penulisan, contengan, cakaran, merapu meraban aku dalam blog aku ni, di sini ada sedikit iklan.

Ceeewaaahhh.. intro tak nak kalah. Hikhik.

Ok, straight to the point.

My good fren ada membuka sebuah booth di Dataran Remaja Stadium Bukit Jalil. Pada sesiapa yang ada menjual / membuat / berniaga biskut @ kuih raya, jika berminat untuk menjadi supplier ataupun menjual product anda atau apa apa saja yang berkaitan dengannya, bolehlah menghubungi beliau. Details as per shown below:-

Contact Number: 0176558084 - Sila call dan beritahu nak cakap dengan Mr Lok. (Mr lah sangat) Hehehehe. Please take note that kalau nak cakap dengan Mr Tan atau Mr yang lain selain dari itu, maaf, mungkin anda salah number.

Lokasi: Walaupun dah mentioned kat atas, tapi, aku ulangi sekali lagi, lokasinya bertempat di Dataran Remaja Stadium Bukit Jalil, Selangor.

Tarikh: 1st September 2009 - 19 September 2009

Apa yang anda perlu tahu?
Barang jualan diambil on consignment based on percentage. Kalau tak abis, akan dipulangkan semula.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi no yang tertera di atas (aku malas nak men-taip banyak kali) atau untuk sedikit info tambahan, bolehlah melayari ke http://ramadhankarnival.blogspot.com

Kalau malas nak copy and paste, just click click click.

Sekian.


Dedikasi

Untuk Sis Red and Bro Sirman sekeluarga,

I am so sorry to hear about your son, Abang. As difficult as it is to watch a loved-one go through something like that and when it's your child, it's unimaginable. I can't imagine how heart breaking it is for you to watch your son go through this.

Moga Abang cepat sembuh dan sentiasa diperlihara dan dilindungi oleh Allah SWT. InsyaAllah. My thoughts and prayers are with you and your family.

Pada kalian yang mungkin belum mengetahuinya, Abang telah disahkan positif H1N1. Bersama samalah kita doakan moga Abang cepat sembuh dan sihat seperti sediakala. Untuk lebih info, boleh layari ke blog Sis Red @ Redmummy.

Happy fasting to everyone. I off to my hometown.
See ya!


Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 3:07 PM   0 cakaran

Wednesday, September 2, 2009
Lu Pikir Lah Sendiri!
Oh dunia, if at any point of time, I did not pick up your call or responding to your sms, sila maafkan saya kerana..

..lu pikir lah sendiri. Huhuhu.
Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 3:52 PM   6 cakaran

Beben

 

Beben, sebuah blog yang baik dan setia. Tak penah menyakiti aku tapi sentiasa rela untuk disakiti. Tidak berjantina dan tidak bernyawa. Sangat pendiam dan sangat memahami. Kalau rasa penulisan aku di sini kurang enak bagi kalian, bolehlah klik butang X belah kanan atas browser anda. Datang tak berjemput, pergi juga tak dihalau. oh yea, did i tell y'all that i hate stalkers? so, please back off. Mekasih.

 

If God wanted us to talk more than listen, He would have given us two mouths rather than two ears.

~Ken Blanchard ~

 

Best viewed with

Photobucket

Cepotet

Photobucket

 

Me, Myself & I

I am just a simple girl with a simple life. I love nobody except my Mak, Abah and my family. Simplicity is the new complex.

Photobucket


email untuk perkara yang penting je. kalau rasa tak penting, sila jangan email. pasti tidak akan dilayan. saya bukan artis mahupun superstar.

Bla.. Bla.. Bla..

Reminder