Photobucket

Click Click Click

Previous Post
The Archives
The Bloggers

Credits

hit counter
Clicky Web Analytics

Photobucket

Photobucket

Sunday, November 30, 2008
Adakah Hari Ini Hari Ahad?



hari ni hari Ahad. aku malas nak keluar ke mana mana. semalam dah kuar dengan mak bonda dan adik adik untuk gi membeli barang keperluan dapur. duit gaji pun dah separuh melayang untuk membayar segala hutang piutang keliling pinggang. sangat kesian kan? sekarang ni, aku dah mula belajar berjimat cermat. tak boros lagi macam dedulu. bila orang tanya kenapa aku kurang bershopping, jawapan aku cuma satu, "aku tanak jadi kawan syaitannirrojim."

padahal duit tak berapa nak cukup. haks. oh, malam ni plak ada orang offer nak belanja dinner. ok, terima kasih atas pelawaan. jangan terkejut kalau aku makan banyak ok?

pc lemau. slow gilos cam hape je. dah berat sangat la kot kan. manjang je donlod lagu aku ni. tunggulah bonus nanti. aku nak beli external harddisk baru. tu pun kalau aku dapat bonus. kalau tak dapat, tunggu belas ihsan dari orang orang tertentu je la. hint.. hint..

huwaarrghhh. mata aku ngantuk lah. cuaca pun seakan memahami je keadaan mata aku. mendung je. ayuh bobok yuh.

Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 5:38 PM   5 cakaran

Airmata Di Syurga

Tears In Heaven

by
Eric Clapton

Would you know my name
if I saw you in heaven?
Would it be the same
if I saw you in heaven?
I must be strong and carry on
'Cause I know I don't belong here in heaven..

Would you hold my hand
if I saw you in heaven?
Would you help me stand
if I saw you in heaven?
I'll find my way through night and day
'Cause I know I just can't stay here in heaven..

Time can bring you down, time can bend your knees
Time can break your heart, have you begging please..
begging please..

Beyond the door there's peace I'm sure
And I know there'll be no more tears in heaven..

Would you know my name
if I saw you in heaven?
Would you be the same
if I saw you in heaven?
I must be strong and carry on
'Cause I know I don't belong here in heaven..


dah berapa malam beliau suruh aku try dengar lagu ni tapi aku asyik lupa. malam ni, baru la ingatan aku macam bagus sikit. boleh la aku nak dengar lagu ni. tu pun sebab dia call tadi dan terus buat aku teringat nak dengar lagu ni. oh, mintak mintak dia tak baca apa aku tulis ni. hiks.

korang mesti setuju dengan apa yang aku cakap ni. bila kita suka seseorang tu, apa pun yang dia minat atau dia suruh, kita akan sedaya upaya akan cuba laksanakan sebaik mungkin asalkan benda tu tak memudaratkan dan menyalahi hukum hakam agama. contohnya, walaupun koneksyen aku sekarang lembab cam cipanzi (harap maklum ye, sekarang ni aku tengah online kat dalam bilik ni dengan menggunakan belas ihsan konsyeksyen diginet sebab adik aku tengah main game kat pc luar), tapi tetap aku gigih jugak cuba nak donlod lagu ni. sebabnya, boleh la buat aku layan perasaan sikit di kala kerinduan. dah katanya dia yang suruh aku dengar, lagi la gedik aku nak donlod lagu ni. kot la boleh bua aku layan karaoke ke nanti. ptuih. sebenarnya dia suruh aku dengar pun sebab nak ajar aku main gitar untuk lagu ni. kesian aku. kalau main gitar, satu lagu je aku tau. More Than Words. sebab tu la dia suruh aku try belajar lagu ni pulak.

ah, kalau korang tak setuju pun dengan statement kat atas tu, aku takdak kisah pun. tapi, aku memang camtu. tengoklah ni ha. sekarang dah pukul 3.36am tapi aku tetap gigih nak donlod lagu ni. dah la tu, baru 26% yang terdonlod dan aku kena tunggu lagi 6 minutes sebelum abis donlod. gila tak? tapi aku suka, so, takleh la nak banyak bunyi kan? kan beben kan?

eh, tapi aku suka la lagu ni. ikhlas aku cakap, walaupun lagu ni macam mendayu dayu tapi aku suka. syahdu ja. cam layan jugak la kalau nak dengar tetengah malam buta macam sekarang ni. hahaha.. poyo.

eh, ko kenapa? sukahatiginjalusus aku lah kalau aku nak jiwang. ada kaco ko? takdak kan? ok, kalau takdak. dok senyap sana. <-- ni untuk semua balaci, lalat ngan cacing cacing yang rajin mengendap aku kat blog beben ni.

oklah. aku dah malas nak menaip lagi dah. cadangnya aku nak upload lagu Tears In Heaven tu kat sini kasik korang dengar tapi aku dah abis menulis pun lagu tu lom abis didonlod. baru 57% dan masih ada 5 minutes sebelum abis donlod. siput sedut btol. makanya, korang kalau nak dengar, gi cari je kat sini occay?

aku nak tedo dah.

Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 3:43 AM   0 cakaran

Bernanah Telingaku

diet.. diet.. diet..

along cakap aku dah semakin gemok. acik pun cakap muka aku makin mem'bengkak'. syuhada kata aku memang dah kena diet semula. dan aku pun semakin risau bila dagu aku dah mula berlapis. huhuhu.. scary movie ok.

ha, ko cuba kira. tu baru adik beradik aku yang cakap. kengkawan kat opis aku plak, entah berapa ramai dah yang tegur. siap nak jadi pakar pemakanan aku plak tetiap hari. memang la bagus dapat kengkawan camni kan?

tapi, masalahnya, bila aku tanak makan, jenuh pulak derang ni dok membebel bebel kat tepi telinga aku. konon takut aku gastrik la, migrain la, perut masuk angin lah. memacam lagi penyakit watsoever yang derang sebutkan tapi aku malas nak ingat sebab aku malas nak amik kisah.

paling besh, Jumaat lepas, aku cuma brekpes air susu kocak. pehtu, waktu lunch, aku bedal sepotong buah betik. disebabkan itu, tak pepasal aku kena bebel secara percuma dengan orang orang kesayangan aku kat opis nun. aduhai. ni dah ape ke hal nye pulak kan. kejap suruh diet tapi bila tak nampak aku pegang makanan, dah kecoh kecoh cam aku dah nak mati esok. aku pun kompius. derang ni nak suruh aku diet ke tak ni?

ok, katakan engkau risau aku tak makan nasi kat opis. tapi korang takde pun tanya aku makan nasi tak kat rumah nanti? yes, saya makan nasi malam tu pada pukul 6 petang bersama acik. korang takde tanya pulak kot aku ada ke tak duit nak makan? walaupun la korang tak penah nampak aku sengkek gila sampai tahap tak mampu nak beli makanan tapi for the sake of asking, tanya je la kan. kot la aku saje tanak makan sebab nak bajet duit ke apa. tapi tak. tetap la bebel bebel bebel bebel. sampai nak pecah gegendang telinga aku. haih.

eh, tapi aku bukan marah pun. aku tau korang concern. aku suka orang concern kat aku tapi aku tak suka orang bebel kat aku. lenkali, instead of nak bebel bebel sebab aku tanak makan, baik korang belikan je aku makanan yang lazat lazat kasik aku makan. kalau setakat bebel kosong, buat abis air liur je. bukan perut aku yang kenyang tapi telinga aku yang bernanah.

ok, sekian terima kasih.

psstt.. sebenarnyakan, beberapa minit sebelum aku menaip kat blog beben ni, aku baru je lepas melantak sepinggan nasik bersama sambal belacan disertakan dengan kicap dan telur dadar. fuh, meletops! haks.

Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 12:49 AM   0 cakaran

Saturday, November 29, 2008
Bulan Bintang Berwarna Pink

kawan lama saya


bebaru ni, seorang rakan lama menghubungi aku. dah lama sangat tak dengar berita dari beliau. agak terkejut jugak. kenapa setelah sekian lama baru sekarang nak telefon? lepas mendirikan rumahtangga, terus sunyi sepi. rupanya, beliau mengalami masalah yang agak kritikal. mungkin panggilan itu dibuat kerana beliau memerlukan sepasang telinga untuk mendengar keluh kesahnya. kasihan beliau. beliau baru sahaja berpisah dengan bekas suaminya. dan lebih kasihan bila hak penjagaan anak menjadi isu antara beliau dan suami.

eh, kenapa pihak lelaki kena berebut dengan para isteri tentang hak anak ni yea? bagi aku, selagi keadaan si isteri masih waras dan tidak mendatangkan kemudaratan pada si anak, apa la salahnya kalau si suami beralah. tak pikir ke betapa teruknya si isteri mengandungkan anak tu selama 9 bulan? kendong ke sana ke mari. tak cukup dengan tu, masa nak bersalin plak, lagi lah seksa. tu pun tak boleh nak consider ke? kalau setakat alasan takut rindu sebab tak boleh nak jumpa anak selalu, huh, boleh blah.


jangan cepat kesian
angah, henpon acik ni rosak lah. sms takde masuk.

alahai, ye ke? nah, amik henpon angah ni try sms kat henpon acik. tengok boleh ke tak.

kahkahkahkah. angah.. angah. acik memain je la. sebenarnya henpon acik tak rosak tapi memang takde orang hantar sms pun.

kau memang penjahat. bunguks. aku benci sama kau!

pengajaran: jangan cepat kesian dengan orang nanti diri sendiri yang rugi. aku benci sama kau acik. jangan tegur sampai esok pagi kecuali temankan angah ke pasar. tapi, tetap sayang acik macam selalu. mekasih.


mood berterabur

mood aku sejak akhir akhir ni sangat berterabur. kejap aku akan sedih, kejap aku akan gembira dan kejap aku akan rasa nak marah.

bila sedih tu, biasalah, kompem air mata akan keluar punya. tapi semua ni aku dah berjaya atasi sikit demi sikit. ye la kan, dah besar ni, kena la belajar kurangkan nangis. esok lusa bila dah kawin, kalau ada masalah sikit, takkan nak nangis je kat umah mentua. err.. saya tanak la menetap umah mak mertua plak kalau dah kawin nanti. opsss..

tapi pelik. bila tengah sedih, terselit jugak sikit rasa gembira. rasa ala ala bunga bunga di hati. err.. macam rama rama terbang di taman tu. riang ria je. hiks. ayat gatal sungguh.

rasa nak marah? hmm.. takde la marah apa. cuma tak suka orang busy body. semua benda pun nak amik tahu. paling menyampah bila semua benda nak ditunjuk pandai. tak perlu nak membebel kalau benda dah nak jadik. bak kata omputih, what past is past. if a problem can be solve, no need to worry about it. but if a problem cannot be solved, what is the use of worrying? argh, saje je la ko suka nak kepochi. besh agaknya kot kan? huhuhu.


pelat budak kecik

masa aku bukak blog chika tadi, anak buahku, Danial pun sebuk nak tengok jugak. tetiba beliau cakap,

ngah, men caca awan. men caca awan. - Danial cakap
err.. ape tu Danial? men caca awan tu ape? - aku blur sebab tak paham
ultraman lawan raksasa la tu - acik menyampuk.

terus gelak kitaorang satu umah. sebab, memang chika ada letak pasal ultraman lapan ringgit beliau dalam latest entry tu. cumanya, susah betul nak paham apa Danial cakap. construct ayatnya tak betul.

antara ayat ayat yang menggelikan hati.
Ju kai Nil - Baju pakai Nil. patutnya, Nil pakai baju.

Nil asik akan - Nil nasik makan. patutnya, Nil makan nasik.

Lan gi jom - Jalan gi jom. Jom gi jalan.

camne nak ajar tu ek? any idea? oh, umur beliau adalah almost 2 years.



Photobucket


eh, dah kenapakah dengan badan aku ni? gatal kaki tangan abis segala. dah merah sana sini aku menggaru. nak kata tak mandi, baru petang tadi aku mandi lepas balik keja. isk, tedo lagi bagus. tunggu orang tu call, takde pun. nyampah!

Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 12:40 AM   2 cakaran

Friday, November 28, 2008
Senyuman Seindah Suria

Senyum seindah suria
Yang membawa cahya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri
Senyum umpama titian
Dalam kehidupan
Kau tersenyum ku tersenyum
Kemesraan menguntum
Senyum..
kepada semua
Senyumanmu amatlah berharga
Senyum..
membahagiakan
Dengan senyuman terjalinlah
Ikatan..


mulakan hari ini dengan senyuman walaupun kita mungkin tak tedo semalaman. ehems.. *sesengih*

Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 9:01 AM   2 cakaran

Thursday, November 27, 2008
Otromen Lawan Raksasa

plan hari ni, beriya ia aku nak menaip pepanjang. maklumlah, mood menaip tetiba datang. sekali, migrain pun datang sama. gegar gegar kepala aku tahan sakit. ciskek, cikedis, cipanzi betul lah.

apapun, Alhamdulillah. bila sakit macam ni maknanya Allah ampunkan dosa dosa kecikku. selain daripada tu, boleh jugak aku curik tulang pi tedo. takyah tolong mak memasak kat dapur. oh mak, ampunkanlah anak mak yang pemalas ni. dan, doakanlah anak mak ni kurang sikit dapat migrain supaya dapat tolong mak kat dapur selalu. hikhik.

oklah, migrain ni. kena tedo kejap kasi lega. sambung kemudian.

Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 6:04 PM   2 cakaran

Mari Mengira

Dapat foward email dari Abang Din. Bila try, aku rasa, ianya sangat fun. Jom aku nak berkongsi ngan kalian jugak.

Aneh. Disini ada satu pengiraan matematik mudah untuk latihan anda, ia akan memberikan kejutan. Ia cuma mengambil masa lebih kurang 30 saat. Tapi, anda perlu mengikut setiap arahan yang diberikan di bawah.

• Ikut arahan pada setiap nombor
• Jangan pergi ke nombor terakhir sebelum anda siapkan kesemua kiraan.
• Bersedia dengan mesin kira anda.


1. Mula-mula, tetapkan dalam seminggu berapa kali anda ingin makan malam di restoran.

2. Darabkan dengan 2

3. Tambah 5

4. Darabkan dengan 50 .

5. Jika tarikh lahir anda tahun ini sudah lepas tambah 1758 sebaliknya tambah 1757 jika ianya belum lepas.

6. Kiraan terakhir: Tolak tahun anda dilahirkan. (contoh.: 1941, 1973, dsb.).

7. Jumlah anda sekarang dalam tiga digit nombor.

8. Digit pertama dari 3 digit tersebut adalah jumlah nombor yang anda ingin makan malam di restoran dalam seminggu.

9. Sekarang yang paling cool ialah 2 digit terakhir memberitahu anda.. Umur Anda Sendiri.


Tahun 2008 adalah satu satunya tahun di mana pengiraan ini berhasil. Selamat mengira.

Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 9:51 AM   2 cakaran

Wednesday, November 26, 2008
Belajar Sampai Ke Negeri China

Alhamdulillah.

dua orang adikku dapat sambung belajar lagi. acik dapat masuk Kolej Kejururawatan di Perak. memang itu yang beliau idam idamkan dari dulu lagi. harapnya, berbekalkan pengalaman kerja sebagai nurse selama 5 tahun tu akan memberi peluang yang lebih cerah untuk acik. insyaAllah.

Syuhada plak dapat sambung belajar di Politeknik Mukah, Serawak dalam Jurusan Mekanikal Engineering. tapi, beliau macam tanak pergi je. jauh katanya. hmm.. aku dah puas memujuk. nanti aku akan pujuk lagi. bukannya lama pun kalau nak gi belajar. pejam celik, pejam celik, dah abis. kan beben kan?

aih, tetiba aku pun rasa nak gi belajar. dapat gi belajar jejauh kan besh. sedih jugak kalau acik ngan Syuhada takde. nanti takde la peneman aku bergelak ketawa kat umah. aish, sebak plak rasanya..

Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 11:34 PM   2 cakaran

I wish..

i wish i can turn back the time..

percaya pada Allah. tiap apa yang berlaku, pasti ada hikmahNya. insyaAllah, berkat doa mak, abah, along, adik dan para sahabat, pasti semuanya akan selesai dengan baik. amin.

Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 3:24 PM   0 cakaran

Tuesday, November 25, 2008
Friends

Dear Izah, Suraya, Mala, Zura;


A best friend
is always there,
whether you need advice,
or a pep talk,
or even a shoulder to cry on.

A best friend
listens with her heart
and is always honest with you,
even though the truth may not be
what you want to hear.

A best friend
knows all your secrets,
understands your fears
shares your dreams.

A best friend
never stops believing in you
even if you give up on yourself.
you are that kind of friend to me.

And no matter what happens,
you always will be.
You are my best friend
my forever friend.

By: Renee Duvall



tanpa kalian, mungkin aku takkan setabah ini.
Thank you for always being there for me.

Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 9:52 PM   0 cakaran

Monday, November 24, 2008
Tin Susu Karamel

bila kita pertama kali belajar memasak, memang memacam dugaan yang kita akan tempuhi. contohnya, kena minyak panas, melecur dan sebagainya. and, ini adalah tragedi semasa pertama kali aku membuat apple karamel.

warning: jangan jadikan ini sebagai bahan ejekan semacam yang aku terpaksa tanggung berbulan bulan dahulu. terima kasih. tapi, kalau ejek jugak, siap. hiks.


July 24, 2007
Selasa


pertama kali dalam tahun ni aku mengaku sendiri kebodohan yang ada dalam diri aku ni. mana taknya, kelmarin, aku dengan bangganya telah berjaya membuat kek batik dengan yummy sekali. dan arini, aku nak cuba buat apple karamel yang aku belajar dari izzah.

masa balik dari bandar tadi, aku bawak wiwit singgah ke gerai buah. dengan rakusnya, aku hangkut beberapa biji bual epal hijau dan merah serta setandan pisang. mak kata, aku beli ngalahkan orang nak wat kenduri walhal aku nak try masak je kali ni. cam biasa, aku sengih je la. kalau menjawab nanti, berdarah lagik telinga aku kena bebel. ahaks!

sampai umah, lepak kejap pehtu aku siap la bahan bahan nak wat karamel tu. carik periuk yang sesuai, rebus tin susu selama 4 jam. pehtu kuar kejap gi buah durian ngan mak. balik tu, aku tengok tin tu tak lembut pun. jadik, aku terus call izah.
izah, aku ngah wat karamel ni
eh ye ke? ko katne?
kat kampung lagik. maybe malam ni balik. insyaAllah..
laaa ye ke? aku kat rumah. cuti arini.
cuti? besh la ko. hmm.. aku nak tanye, wat karamel ni kan, aku kena rebus sekali ngan tin dia kan?
a'a. ko rebus ngan tin sekali tapi make sure tak bukak tin tu and kena jaga air jangan kasik kering.
oooo.. oke. paham! thanks.
pehtu aku gi dapur.
along, apsal tin ni tak lembut pun?
hmmm.. entah. betul ke cara kita buat ni?
betul. angah dah call izah kompemkan tadik.
takpelah, kita tunggu je. blom 4 hours lagik ni.
isk.. tak puas ati la. betul ke eh? hmm.. takpelah! (sambil melayan keraguan)
3 jam berlalu.
aku amik keputusan untuk call izah semula. segan gak nak tanye lagi tapi selamba je la.
izah, aku nak kompemkan ngan ko, after 4 hours, tin tu akan lembik sekali ngan susu ke?
hah? bila masa lak tin tu akan lembik? huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.. nape ko ni.. huwaaaaaaaaaa..
ahahahahaha.. abistu? dah 4 hours, aku tengok tin tu menten je camtu. tak lembik pun. ke tak menjadik eh?
huwaaaaaaaaaa.. bukanlah tet, memang dia takkan lembik. karamel tu just susu kat dalam tu je. ko kena la tebuk tin tu lepas dah 4 jam. huwaaaaaaaaaaa...
wakakakakaakakaka.. mana la aku tau. adoi, aku silap paham la
ahahahahahahah.. ko gile ke? nak makan aluminium? tin susu tu ntah ntah dari bahan kimia ke, barang recycle ke.. adoi laa..
ahahahaha.. ok, ok. aku dah paham.
oklah, kalau tak paham lagi, call je tau
AHAHAHAHAHAHAHAHA *lepuk diri sendiri*
ok. ini aku penah cerita dalam blog lama dulu. dan, sabtu ni, aku dah plan nak buat apple karamel sekali lagi. harapnya, aku belajarlah dari kesilapan ini kan. hiks.

Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 11:55 PM   4 cakaran

When A Strangers Call

aku mentari tapi tak menghangatkanmu
aku pelangi tak memberi warna di hidupmu
aku sang bulan tak menerangi malammu
aku lah bintang yg hilang ditelan kegelapan
(lirik Kekasih Tak Dianggap - Kertas)


penah tak korang berada di dalam dilema di antara nak memilih antara nak atau tak nak. ah, mesti la semua orang penah kot kan? huh, abaikan. malas nak cerita pasal tu.

ok, kali ni, aku nak kasik tips untuk menggelakkan diri dari diganggu oleh panggilan dari orang yang tak dikenali. kira cam ala ala silap number gitu. konon. macamlah kita ni baru setahun lahir ke dunia ye tak? huh.

kalau aku, selalunya, aku wat camni.

tips #1
hai, Lydia ada?
Lydia? silap number la. ini bukan henpon Lydia.
oh, salah number. sorry ya.
ok.

esoknya..
hello.
hello. hai, saya yang silap number semalam. boleh kenal?
oh, tak boleh. sorry. nanti suami saya marah.

pehtu, aku pass la henpon kat memana lelaki yang ada berdekatan ngan aku time tu. biasanya, adik lakiku, Adi Putra yang akan jadi mangsa.

dan, percayalah. selepas tu, takkan ada lagi panggilan dari mereka.

tips #2

kenkadang dapat call dari strangers tetengah malam buta. memang sangat menggangu. tambah plak kalau tengah syok tedo. biasanya, aku memang susah nak dengar henpon berbunyi tapi kalau aku tersedar, aku akan cakap;
adik ni siapa? call akak memalam buta, sian anak akak ni. terkejut dia dengar bunyi henpon.
sambil aku cakap tu, aku akan gerak gerakkan anak buah aku kasik dia merengek rengek sikit. kekonon kasik bukti la.

pehtu, mesti stranger tu akan cakap;
oh, sorry makcik. salah number. saya takkan kacau makcik dah.

makcik? huhuhuhu. tak kisah la kan. janji tak dikacau lagi. hiks.

Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 11:07 PM   5 cakaran

Monday Mood



Happy Working!

Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 9:06 AM   2 cakaran

Sunday, November 23, 2008
Tips Hilangkan Bosan

aku sakit sakit di sana sini. ni kompem sebab aku gi massage aritu.

3 hari lepas, department opis aku upah tukang urut dari Spa Bali mana ntah datang ke opis untuk massage secara percuma kepada semua staff. aku pun, apa lagik, haruslah tak lepaskan peluang. masa memula aku tengok kengkawan aku kena urut, wuu.. cam takut je. krak sana.. krak sini. tapi, bila aku buat, phew, sedap gila.

tapi, lepas sehari aku berurut tu, terus sakit sakit badan aku wei. rasa macam baru lepas kena rotan. nak galas handbag pun sakit. nak usung beg laptop pun seksa. haaa, bayangkan. adeh, bila la nak baik sengal segala ni ek?

eh, korang perasan tak? tiap kali kita nak menulis, apa yang kita plan nak tulis tu kenkadang mesti jadi cite lain. contohnya, macam aku. aku takde pun plan nak tulis pasal kisah massage tu tapi tetiba kuar plak cite pasal massage. ke korang takde jadi camtu?

oh, ok, sebenarnya, aku nak cite pasal ni. aritu kan, aku bosan. kak wan ajak dinner kat umah beliau. makan nasik bersama ikan terubuk masak assam pedas. puh, yummy abis.

sementara nak nunggu kak wan memasak tu, aku dok la layan cite Mean Girl. aku aku tak tolong pun. kak wan tak kasik. rimas katanya kalau aku pun dok nyebuk kat dapur. bagus la pun. aku memang malas pun masa tu. hahahaha.

memula aku nengok cite Mean Girl ni cam bosan je, so aku pun main la game kat henpon. PSP aku entah ke mana ntah aku letak. so, henpon pun jadilah. tapi, tengah aku syok main, tetiba abang Bai dok main missed call kat henpon aku. bila aku call balik, beliau tanak angkat.

kalau korang, marah tak? ok, aku takde la marah sangat sebab aku tau tujuan derang ni sebab nak dengar caller tunes dalam henpon tu. tapi, aku tetap balas dendam. aku send aku sms kat Idora, Ieta, Hasnor, Azmer, Ananda, Amee, Addie, Rizal, Adeline, Jack ngan Winnie.

aku tulis - abang Bai suruh call. urgent!

dan, sejam lepas tu, abang Bai call aku balik,

oooo.. tet kenakan abang ek? jaga esok ko datang opis. (sambil gegelak)

muahahahaha. akhirnya, aku berjaya. lepas aku send sms tu kan, semua orang yang dapat sms aku tu pakat call abang Bai. dia pun terpinga pinga sebab nape ramai orang call beliau.

esoknya, bila aku sampai opis, abang Bai cite kat aku.

memula. Ieta call.
abang kenapa?
kenapa apa?
abang suruh saya call kenapa?
bila masa pulak? siapa cakap?
cepotet send sms kata abang suruh call.
ahahahaha. setan budak tu.

pehtu, Idora.
yea abang, kenapa yea?
kenapa ape yea?
abang pesan kat cepotet suruh saya call. kenapa yea?
ahahahha. awak pun dapat sms tu? dia saja nak kenakan abang la kot.

kemudian Hasnor call. Hasnor lagi kelakar. beliau call abang Bai tapi tak dapat pehtu beliau call aku. aku gegelak dah masa tu tanya nape. dia tanya balik kenapa abang Bai suruh dia call. aku cakap la tatau. pehtu, lepas dah beliau cakap ngan abang Bai, beliau send aku sms kata nak remove TS22 aku. muahahahahahaha.
wei, pehal bro?
takde ape. cepotet kenakan aku.
cis, bertuah punya budak.

*TS22 - tagging dalam profile sistem yang membolehkan pengguna untuk menghantar sms.

oh, memang kelakar jugak la masa abang Bai cita tu. sakit perut aku gelak. haaa.. tu la. sapa suh memain ngan aku lagi. ekkekekeke. sib baik abang Bai ni sporting. dan mujur jugak aku adalah antara adik kesayangan busuk masyam derang. ceyy.. perasan.

alah, aku ni pun sebab call ngan sms free yang buat aku bleh nak memain cam gini. kalau kena bayar, kirim salam je la. hikhik.

dan..

tadi aku bosan teramat, aku buat plak kat yonna. aku send sms kat awin, chika, cemut, nemo ngan hummy. tapi, tak berapa menjadik plak. boleh semua pakat sms aku plak tanya apsal. tapi, tetap besh jugak. gelabah yonna dibuatnya. miahahahaha.

sorry adik yonna. sorry korang semua eh? hiks.

Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 8:52 PM   5 cakaran

Layan Tag Di Hari Ahad Yang Bosan

bosan lah hari Ahad ni. nak suruh tedo, aku dah banyak tedo semalam. nak suruh aku kuar, gaji lom masuk lagi.

jom layan tag lah. aku tatau tajuk tag ni tapi aku telah di tagged oleh Nad ngan Sis Mya.

Name: kena letak nama sebenar ke ek? panggil je Cepotet.

Sisters: 4 orang. 1 kakak 4 adik

Brothers: 4 orang jugak. takde abang, semua adik.

Shoe size: kenkadang 8, kenkadang 9, kenkadang 10, kenkadang 11, kenkadang 12, kenkadang 13. entah mana yang bukan kenkadang pun tatau. ngeee..

Height: 154cm. aku pendek je lah.

Where do you live: Damansara.

Have you ever been on a plane: Pernah. Memula kan, macam jakun woo aku. Sib baik Izah bebeh duduk sebelah. Dah macam seorang kakak je Izah melayan dan mententeramkan aku. Hiks.

Swam in the ocean: Aku takut mandi laut sebenarnya tapi aku suka main kat tepi pantai. Tapi ala ala berenang manja tu ada la. Masa gi Pulau Redang dengan bebeh bebehku dulu.

Fallen asleep at school: Kekekekeke. Mustahil la tak penah. Aku kan Ratu Tedo. Masa sekolah SMKASAS dulu, tersengguk sengguk dalam kelas tu perkara biasa. Kalau tanak kasik ngantuk, aku akan nengok gelagat orang lain plak tersengguk sengguk. Kompem ilang ngantuk sebab gelihati. Itu pasal lah aku tak masuk apa yang cikgu ajar kat depan. Hikhik.

Broken someone’s heart: Penah. Do u believe in karma? Wut you give, u get back. Huhuhu..

Fell off your chair: Hmm.. macam tak penah je. A'ah, tak penah.

Sat by the phone all night waiting for someone to call: Penah. Sampai termimpi mimpi. Ah, itu suatu ketika dulu lah.

Saved e-mails: Penah. Siap aku ada folder khas email dari beliau.

What is your room like: Tengoklah gambarajah yang disediakan.

bulan lepas


bulan ni


What’s right beside you:
Lihat gambarajah di bawah.


What is the last thing you ate: Kerepek pisang. Ada orang berkenan kat adik aku pehtu dia belanja kerepek pisang. Ada gak orang mengorat belanja kerepek pisang ek?

Chicken pox: Penah. Standard 3. Mula Along kena. Pehtu Adi kena. Pehtu aku plak kena jangkit. Sian woo mak. Jenuh nak jaga kitaorang yang sakit ni pehtu nak jaga lagi adik adik aku yang kecik kecik tu. Lastnya kitaorang berkampung kat umah Opah je. Tokwan la sebuk ke sana sini naik beskal gi carik daun semambu ngan air kelapa. Oh, aku beruntung ada mak abah and opah dan tok wan yang besh. Alhamdulillah. Eh, aku ada parut tau satu kat muka. Cis.

Sore throat: Penah.

Stitches: Kalau operate gigi bongsu pehtu kena jahit tu dikira jugak tak? Ha, tu penah sekali. Pehtu sekali masa kejadian hari cuti buruh sedunia sekali. Oh, sedih.

Broken nose: Tak penah.

Do you Believe in love at first sight: Entah. Tak penah alami. Uceh.

Like picnics: Sooooooookaaaaaaaaaa sangat.

The last person you danced with: Acik. Dok paksa paksa aku nyanyi lagu Cinta Hello Kitty dari awal sampai akhir. Sambil nari nari plak tu. Pehtu, sambung lak main Ola Oli. Korang tau? Ola Oli, diberi nama, saudari saudari, cikkebom, cikkebom.

Last made you smile: Acik jugak. Dia hangin bila aku dok tanya soklan tag ni kat beliau. Acik cakap, "tu semua tentang angah apsal plak acik yang kena jawab?" Hahahaha.

You last yelled at: Kat diri sendiri. Aku memang suka jerit kat atas katil kalau tengah kebosanan. Mental ek? Kikiki.

Today did you…to someone you like: Ni ape soklan tak abis ni? Kalau exam, dah dapat markah bonus dah.

Kissed anyone: Alah, selalu. Mak aku of course. Adik bradik pompuan aku. Kenkadang, kat shopping mall, kuar reramai pun aku kiss derang. So wut?

Get sick: Of course lah!

Talk to an ex: Oh, ada. Tapi lama dah takde cakap. Semalam beliau sms saya beritahu beliau dapat anak sedara baru yang ke-9. Aku baca sms tersebut and delete.

Miss someone: Hmm.. ada la sisa sisa rindu tu lagi.

Who do you really hate: Oh, of course penyebuk, kaki bodek, lalat, cacing kerawit, cacing tanah yang suka masuk blog ni pehtu printkan segala apa yang ada dalam ni pehtu gi spread rumours bebukan pehtu rosakkan family orang. Oh, aku tau korang dok datang baca lagi kan? kan? kan? Hahahaha.

Do you like your hand-writing: Kenkadang aku rasa suka. Kenkadang aku rasa menyampah. Apakah?

Are your toe nails painted: Nak mampus? Kot rasa nak makan sup penampar ngan mak, boleh la..

Whose bed other than yours would you rather sleep in: Entah. Kalau aku ngantuk, aku belasah je tedo memana. Tapi, kena la bersih. Kalau dah cam sarang *tut*, tak nak la.

What color shirt are you wearing now: White.

Are you a friendly person: Dah kenal ye kot. Kalau lom kenal, jangan harap. I'm not an approachable person i tell you.

Do you have any pets: Ada. Ular, Itik, Beruang, Monyet. Semut. Tengok la gambarajah kat bawah ni.

diri sendiri tak terbela mana leh bela pets.
sian derang nanti. hiks.


Do you sleep with the TV on: Kenkadang. Suatu masa dulu la. Sekarang aku dah tau betapa tak bagusnya membazir, jadik tak buat dah. Korang ingat senang ka nak carik duit bayar bil api?

What are you doing right now: Dok buat tag ni la. Tak sabar tunggu bila nak abis. Aih, panjang btol.

Can you handle the truth: Aku prefer orang bitau terus terang atau tanya dedepan dari cakap belakang. Kalau nak mengata kat belakang, pehtu aku tau dari mulut orang lain, mampus la ko situ. Ko mintak maaf pun aku lom tentu maafkan ko. So, janganlah carik pasal sama aku. Bagi aku, senang je. Ko nak tau, ko datang terus tanya. Ko tak puas ati, ko datang terus cakap. Menipu seseorang bagi aku sama semacam ko anggap orang tu bodoh. Tak tau apa apa. Dan aku bukan orang bodoh ko nak tipu. Oh, did i tell u that my ex always said that I am a smart person? Eh? Tetiba. Hiks.

Are you closer to your mother or father: Mak ngan Abah. Love them soooooooo much!

Do you eat healthy: Hahahaha. Tak.

Do you still have pictures of you & your ex: Ada. Saja simpan. Nak tengok collection banyak mana aku ada. Ptuiihhh! Kalau break secara baik dan dia pun takde kaco idup aku lepas tu, aku simpanlah. Kalau break secara kejam pehtu ada cita citi buruk pasal aku, bukan aku bawak gi bomoh gambo derang, tapi aku akan bakar sekali siap dengan semua hadiah pemberian derang. Puas ati!

If you’re having a bad day, who are you most likely to go to: Masuk bilik. Nangis sensorang atas katil. Kalau adik bradik aku perasan, derang mesti datang pujuk. Kalau tak, aku meroyan la situ. Biasanya, Acik yang rajin pujuk aku.

Are you loud or quiet most of the time: Depends. Kenal dulu baru tau kot. Susah nak explain.

Are you confident: Tengok keadaan gak.

5 things I was doing 10 years ago: Umur 15 tahun. Dok pulun study nak PMR. Stay up memalam kat depan bilik sakit (kat situ yang ada lampu pun) pehtu curi curi makan Maggi. Ngadap muka warden sebab rosakkan public phone hostel (ingat tak Jat?). Masuk sukan rejam lembing wakil sekolah untuk Majlis Sukan Sekolah Antara Daerah (MSSD) tapi kalah. Hiks.

5 things I would do if i were a billionaire: Settlekan hutang. Kasik kat mak, abah and adik beradik. Belanja kengkawan. Beli segala keperluan yang aku nak. Bukak kedai kek.

5 of my bad habits: Kuat nangis. Kuat gelak. Kuat makan. Kuat Tedo. Kuat berbelanja.

5 places I’ve lived/living: Parit Buntar. Taiping. Bota. Taman Tun Dr Ismail. Damansara.

5 things I feel grateful: Aku adalah aku. Ada mak dan abah. Ada adik dan kakak. Ada pekerjaan. Ada sahabat susah senang.

5 people I would like to tag: takde sape. sebab aku tau tag ni dah lama dan ramai blogger dah buat.


Fuh. siap jugak akhirnya. Buat tag ni je, terus ilang bosan. Malas plak yang datang. Tag yang lain tu, nanti aku buat ek?

Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 6:00 PM   2 cakaran

Cinta Hello Kitty
pukul 11.36 malam, aku baru bangun tedo.

bayangkan, aku balik keja je, aku terus tedo. bangun kejap sebab acik kejutkan untuk maghrib. tu pun aku dah macam bangun untuk solat subuh je rupanya. nak amik wudhu' pun aku leh menung dulu. lepas maghrib, aku boleh tertedo lagi sekali. whoaaaaaaaaaaa.. dasat.

sekarang ni, saya sangat kelaparan. starving gila coz aku lupa nak makan dari pagi tadi. err.. ekceli bukan lupa tapi keja menimbun sampai aku nak kuar gi beli makanan pun tak sempat. fuh, cantik betul alasan kali ni. hiks. balik umah, ingatkan nak masak meggi tapi stock meggi plak dah abis. dan sebab itulah aku terus masuk tedo dan terlajak sampai ke malam tu.

oh, kita lupakan kejap cerita pasal makanan tu. japgi baru aku ajak along ngan acik gi makan kat kedai mamak bawah ni. jom aku nak cite pasal Hello Kitty plak.

tadi, lepas bangun tedo, aku nengok along, acik ngan Syuhada dok bergelak ketawa kat hall sambil acik dok menyanyi,

Hello Kitty tolong aku
Katakan aku ok?

pehtu, lepas dah nyanyi nyanyi penuh aksi, semua pakat terburai gelak. aku yang mamai mamai ni pun terpinga pinga kejap tanya ape kebenda lagu yang acik nyanyi tu. rupanya, lagu tu memang selalu dipasang dalam bas RapidKL. pada korang yang selalu naik bas RapidKL, mesti tau lagu ni kan?

nak dengar? klik kat mymusicsini.mymusic


Cinta Hello Kitty
by
Karen Kong

Mengapa kau membutakan telingaku
Mengapa engkau membutakan hatiku
Sehinggaku tak peduli
Semua insan berbintiku

Hinggaku sanggup melarikan diri
Tinggalkan ibu ayah dan Hello Kitty
Bersamamu ku temui
Yang kukenal sehari

Korus:
Ku tahu ibu ayah terguris hati
Siang dan malam gelisahkan aku
Hello Kitty tolong aku
Katakan aku ok?

Esok aku meraih hari jadiku
Air mata berlinang dipipiku
Hello Kitty tolong aku
Tiupkan lilin yang buta ini

Setelah kepalsuan mencelikkanku
Setelah penyesalan menginsafkanku
Hello Kitty tolong aku
Aku mahu pulang?


actually not bad jugak lagu ni cuma kelakar la jugak kan? kalau chika selalu cerita pasal Power Rangers dan Ultraman penyelamat tapi tak sangka sekarang Hello Kitty pun dah boleh jadi penyelamat. dasat kan?

ok, now nak gi makan jap. lapar..
Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 3:03 AM   4 cakaran

Saturday, November 22, 2008
Makan Semut

hola peeps..

masih tedo ke semua? aiseh, jeles btol aku. sib baik esok aku cuti. tahu la aku nak bangun kul brape. hahahahaha.

ok, sebagai rakyat Malaysia, and melayu especially, makanan ruji kita of course la nasik kan? tapi, aku rasa aku tak. makanan ruji aku sejak akhir ni ialah semut. sebab ape? sebab aku asyik pelupa je sejak dua menjak ni. tensen btol. dan disebabkan kes kelupaan aku yang terlampau tu, sebelum aku cakar lelebih, better aku list down dulu apa yang aku kena settlekan hari ni.

  • appraisal. ni aku memang kena siapkan hari ni jugak. dateline-nya hari isnin.
  • siapkan label untuk floor plan level 1. kena submit by Monday jugak.
  • survey. ini aku boleh tunggu dulu. due date sampai 1st Dec.
  • approve OT staff.

oh, takde la banyak sangat aku kena siapkan sebenarnya. cuma, untuk setiap satu tugas tu, banyaaaaaaaaak jugak halnya.

ok, nak gi wat keja jap. kang aku ngantuk, aku mencakar lagi.

Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 9:18 AM   2 cakaran

Entry Berpassword

untuk awin, yonna and hummy..

really sorry sebab lambat membuat entry ni. ekceli, aku tatau camne nak ajar sebab masa tengah belajar buat benda ni, my super duper bestfriend yang ajarkan. so, aku macam nganga mulut je la nunggu orang suap nasi. eh, ape kena mengena ek? hihihi. aku kenyang sangat. tu yang masuk bab makan suap ape bagai tu.

ok, kembali ke cerita asal, disebabkan ke-slow-an aku nak catch up balik cara cara nak buat benda ni, makanya, gigih la minggu ni aku dok cari balik forum on how to encrypt your posts using blogspot.

jadi, untuk rakan rakan yang berminat nak tahu tentang cara caranya, bolehlah dapatkan ilmu tersebut dari forum tersebut. nak tau di mana? sila klik sini.

pepandai la korang belajar ek? aku bab bab nak mengajar ni memang fail sikit. sebab tu aku tak penah apply nak jadik cikgu. hiks. sonang aja nak paham sebenarnya cuma ye la, kenkadang sonok gak gegedik manja ngan kawan baik. ye tak?

ok, selamat mencuba. kalau tak paham, boleh la tinggalkan pesanan. insyaAllah den akan menjawab selagi terdaya.

omak oii.. den dah kena tedo dah ni. almost 1am oredi. esok eden keja pagi plak tu. oh, tidak..
hikhik. drama queen. tata. cupcup.

Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 12:52 AM   2 cakaran

Friday, November 21, 2008
Demi Matahari

baru balik dating. gi dinner kat Restoran Murni, SS2. makan Spagheti Carbonara yang sangat yummy bersama kiwi special. burrppp, kenyang!

oh, saya nak share lagu ni. sedap. nak dengar? klik Photobucket youtube


Demi Matahari
by
Snada

Demi matahari dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan apabila ia mengiringi
Demi siang hari bila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi

Demi langit beserta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada di hamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya

Allah, Subhanallah.. Allah, Subhanallah
Allah, Subhanallah.. Allah, Subahanallah

Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan
Beruntung bagi yang mensucikan-Nya
Merugi bagi yang mengotori-Nya.. Subhanallah



suraya aka cik su bebeh, thank you so much dear sebab blanje dinner tadik. love you..

Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 11:33 PM   0 cakaran

Bulan Bintang Di Angkasawan

hola..

masuk kerja pukul 7 pagi dan habis kerja pukul 4 petang tapi pukul 11.33 malam baru sampai rumah. itu maknanya apa?
  • aku seorang anak gadis yang suka berpeleseran tak tentu hala sampai balik lewat ke rumah
  • jalan jammed dari Shah Alam ke Damansara akibat hujan lebat petang tadi
  • membuat OT di opis sebagai tanda tunjuk rajin. hey, hujung tahun. bonus is coming. hiks.
  • buat je apa apa assumption yang kalian rasa suka. furthermore, blog ni memang ramai lalat suka nak bertenggek pun. opsss..

ok, migrain sedang menyerang secara laju. nak makan ubat kejap and get some rest. will update later.

cupcup.

Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 12:23 AM   2 cakaran

Thursday, November 20, 2008
Lawak Pagi Khamis


Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 7:51 AM   1 cakaran

Wednesday, November 19, 2008
Connection Semput

ah.. menyampah la aku connection kat opis ni. kejap good, kejap excellent, kejap very good. kejap takde terus. semput ke hape?

nak blog-lompat pun takleh, nak reply komen takleh, nak meng-komen pun takleh. nak bercanda canda di kotak jerit orang pun takleh. ada aku meroyan jugak kang ni. err.. macam berani ja. kang aku plak dihamunnya.

ok, keja.. keja!

Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 12:53 PM   0 cakaran

Tuesday, November 18, 2008
Classic Cheese Cake

petang tadi kan, aku kuar ngan acik gi amik kek kat Secret Recipe. nyum.. nyum..

korang ingat tak promotion dari Secret Recipe pasal buy 1 cake free 1 cake tu kan? masa tu, kitaorang adik beradik tak amik 2 cake sekaligus tapi kitaorang amik 1 cake dan 1 voucher. and, voucher tu valid sampai 18th Nov je.

taraaaaaaa..


aritu dah amik Choc Indulgence so kali ni, kitaorang amik kek peberet aku plak. Classic Cheese Cake. sedap wooo. tapi takleh makan banyak. aku makan satu slice pun dah kenyang. burrppp!

pehtu, masa adikku, Adi Putra balik keja, dia bawak balik coklat plak. sekarang ni, Secret Recipe ngah wat promotion, kalau makan lebih dari RM50, dapat free sekotak coklat Toblerone.


model iklan tak berbayar

ekceli, aku bukan penggemar coklat sangat. aku memang agak memilih sikit la kalau bab bab coklat ni. tapi tatau la. kalau benda F R double E ni kan, rasa dia cam lain skit. perasa sedap dia tu lebih sikit. hikhik.

tengah sengkek camni, masih ada jugak benda free yang sedap dan boleh dimakan. Alhamdulillah, rezeki Allah.


Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 11:57 PM   3 cakaran

Mari Membuat Snowman

entry ni khas untuk kak retna. disebabkan kak retna dah tanya dan aku pun sangat berhati mulia hari ni, maka, aku buatkan satu entry khas untuk kak retna tentang cara cara membuat snowman.

ok, adik adik. eh, kakak kakak juga, hari ini, mari kita belajar cara membuat snowman yea.

antara barangan yang diperlukan:-


beg plastik. tak kisah la nak guna beg plastik jusco ke, tesco ke, mydin ke atau apa apa je la yang bernama beg plastik asalkan kena ada dua saiz. satu besar dan satu kecik.

bekas toilet roll. sila rujuk gambarajah untuk pemahaman yang lebih mendalam.

cotton wool yang boleh didapati di Guardian berhampiran. harga RM3.90 setiap satu. dua bungkus sudah memadai.

poster kaler warna brown. gam. wrappers. berus lukisan. gunting. suratkhabar lama atau kertas contengan yang tidak digunakan.


step pertama:-


gumpalkan kertas / suratkhabar lama seperti dalam gambarajah ini, kemudian masukkan ke dalam beg plastik tersebut (seperti dalam gambar di bawah).


masukkan mengikut kepuasan hati memasing. kalau boleh, biarlah mampat dan padat. masukkan untuk kedua dua beg plastik sekali yea.


step kedua:-

selesai memasukkan kertas / suratkhabar lama ke dalam beg plastik tersebut, cantumkan kedua dua plastik tersebut menjadi kepala dan badan snowman. yang kecik jadi kepala dan yang besar sebagai badannya. err.. rasanya ni kalau tak bitau pun leh agak kan? hiks.

kemudian, keluarkan kapas tadik dan lekatkan pada beg plastik tadik sebagai badan snowman.



step ketiga:-

gunakan poster color tadik dan warnakan bekas toilet roll tersebut. ini adalah untuk membuat pagar tempat snowman. hidung snowman tu, boleh la gunakan manila kad berwarna oren. untuk mata snowman, gunakan yang berwarna hitam. dan mafla tu, boleh gunakan wrappers yang bersesuaian.

untuk topi snowman tu, boleh didapati di Living Cabin dengan harga RM2 sehelai. untuk pokok krimas tersebut, pun boleh didapati di Living Cabin dengan harga RM49.90 sahaja. err.. tapi saya beli kat kedai buku di Taman Tun Dr Ismail je.

yeay, dah siap! sila tengok gambar hasilnya dalam entry di bawah.

sorry sebab penerangannya kurang menarik sebab gambarajah agak terhad. kalau tak paham, boleh bertanya. free je. tak dikenakan bayaran. hiks.

Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 10:25 PM   2 cakaran

Mr Snowman



semangat tak kitaorang? krismas punya la lambat lagi tapi beria ia buat snowman apa bagai. cam kekanak tadika plak rasanya. tapi, besh tau.

bila la nak rasa main salji bebetul ek?

Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 2:34 PM   4 cakaran

Gitarku Gonjeng

Betapa

by
Sheila On 7

Seminggu setelah kau pergi
Teman silih berganti menghiburku
Berkata semua teratasi
Dan terus sembunyi di balik senyum palsu

Ku dengar dirimu
Tak sendiri lagi

Aaah betapa hancurnya ah..
Aaah hati dan jiwaku
Aaah.. aahh.. aahh..

Setahun setelah kau pergi
Ku masih sembunyi di balik senyum palsu
Ku dengar dirimu
Tak sendiri lagi

Aaah betapa hancurnya ah..
Aaah hati dan jiwaku
Aaah betapa hancurnya… aaaa

Tolong bantu aku
Melewati semua


lepas abis exam ni, selain dari keja, satu benda yang aku nak pulun buat ialah belajar main gitar semula. oh, korang tau tak nama gitar aku ape? aku kasik nama 'gonjeng' kat beliau.


gitarku gonjeng


aku start slow main gitar bila sekali tu, prektis melampau sangat, abis jari jemari aku keras dan luka luka. biasalah, awal awal belajar, memang la camtu kan. so, tiap kali nak wat keja dapur, cam sakit jugak la bila kena sabun. sekali, mak sound, "kalau dah teruk sangat jari tu sebab main gitar, baik hentikan je la prektis tu sebelum mak buang gitar tu".

ayoyoyoyoyo, mak dah start tunjuk sedikit kuasa, makanya, aku stop la kejap. sebab, mak memang jenis tak garang tapi kalau mak dah bersuara tu, haruslah takut. hiks. tapi, bukan kejap dah. sampai sekarang aku tak berani nak kuarkan gitar tu. muahahahah.

dulu kan, masa aku tengah dok gila belajar men gitar, tiap petang before gi keja, aku akan lepak ngan Ifer and Lam kat Sunway Pyramid. belajar main gitar ngan derang. masa tu kitaorang semua dalam midnite team. so, memang pepetang takde ape nak buat, belajar main gitar je la. pehtu, kalau time ngah cuti, memalam, kitaorang lepak kat McD kat seksyen 15 sambil prektis main gitar. oh, besh btol la zaman tu. aih, kenangan..


Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 1:57 AM   1 cakaran

Cermin Keretaku Dipecahkan

sepatutnya aku join team opis gi Stampede pagi ni. punyalah gila semangat aku hari ni sampai bangun seawal 5 pagi untuk nak bersiap.

pukul 7 pagi lebih kurang, turun bawah je, nengok cermin keta aku dah kena pecah. maybe ada orang baling barang dari atas kot. aku nampak cam ada botol air mineral je pun tu.



aduhai, dugaan btol bila time ngah sengkek ni. sob.. sob.. mala suruh aku nangis sepuas puasnya tapi pelik plak. sikit pun aku takde rasa nak nangis kali ni. maybe dah immune kot dengan dugaan dugaan yang datang. cewah.

aih.. *pasrah*


Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 1:43 AM   3 cakaran

Beben

 

Beben, sebuah blog yang baik dan setia. Tak penah menyakiti aku tapi sentiasa rela untuk disakiti. Tidak berjantina dan tidak bernyawa. Sangat pendiam dan sangat memahami. Kalau rasa penulisan aku di sini kurang enak bagi kalian, bolehlah klik butang X belah kanan atas browser anda. Datang tak berjemput, pergi juga tak dihalau. oh yea, did i tell y'all that i hate stalkers? so, please back off. Mekasih.

 

If God wanted us to talk more than listen, He would have given us two mouths rather than two ears.

~Ken Blanchard ~

 

Best viewed with

Photobucket

Cepotet

Photobucket

 

Me, Myself & I

I am just a simple girl with a simple life. I love nobody except my Mak, Abah and my family. Simplicity is the new complex.

Photobucket


email untuk perkara yang penting je. kalau rasa tak penting, sila jangan email. pasti tidak akan dilayan. saya bukan artis mahupun superstar.

Bla.. Bla.. Bla..

Reminder