Photobucket

Click Click Click

Previous Post
The Archives
The Bloggers

Credits

hit counter
Clicky Web Analytics

Photobucket

Photobucket

Monday, December 29, 2008
Puisi Kesyukuran

Segala puja dan pujian
Selayaknya buat Tuhan
Oleh kerana takdir dan kerahmatan
Hingga kini aku masih lagi rasakan
Nikmat secebis kehidupan
Selalu kuharapkan
Sentiasa dihiasi dengan Islam serta Iman
Sebagai petunjuk sepanjang perjalanan
Sehingga akhir kalam sebuah kehidupan
Peneman setia disaat kematian
Itulah dihari ini yang aku doakan
Diulang tahun sebuah kelahiran

(credit to : seruling senja)


puisi ini sesuai untuk menyambut kelahiran tapi aku suka sangat dengan kata kata dari puisi ni. penuh kesyukuran.

Salam Maal Hijrah untuk semua. moga tahun baru ini, hidup kita akan lebih dirahmati dan sentiasa berada di landasan yang benar yang diredhari oleh Allah SWT. amin.


Doa Akhir Tahun

Bismillahhirrahmanirahhim

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Doa Awal Tahun
Bismillahhirrahmanirahhim

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.


credit to: http://www.darulnuman.com/mhikmah/muharam.html

Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 12:23 AM   1 cakaran

Friday, December 26, 2008
Balik Kampung.. Horaayyy!

i'll be leaving KL today to my hometown around 4pm. sonoknya. I am already in the holiday mood since last week, my mind just can’t focus on work, kept imagining myself lying on the bed most of the time, watching TV non-stop and enjoying my mum's cooking of course. yeehuuuuu!

insyaAllah, akan pulang semula ke Malaysia Damansara pada tahun hadapan. horaaayyyy!

don't miss me yea. hahahaha, perasan skit la kan kot ada yang nak merindu. uceh. i will still updating my beben masa kat kampung nanti. insyaAllah. macam la ada orang nak peduli ye tak? hiks.

take care all!



Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 8:46 AM   2 cakaran

Wednesday, December 24, 2008
Kenapa Aku Sayang Beliau?

5 sebab kenapa aku sangat sayangkan beliau :-

  • sangat rajin mengemas. kalau time beliau ada, memang semuanya nampak sangat teratur. kemas dan tersusun rapi.
  • seorang yang hardworking dan pandai menyusun strategi dalam bisnes. kagum gila aku weih.
  • genius and smart. walaupun takde kelulusan yang tinggi melangit dalam bidang engineering tapi, genius gila bila mengajar hal hal berkaitan kimia dan fizik. mamat yang ada ijazah engineering pun terpaksa menuntut ilmu dari beliau.
  • tegas tapi lembut hati. definitely aku tahu ni sebab kami selalu nonton movie sesama and beliau kenkadang bisa mengalirkan air mata bila ada part sedih especially cerita kekeluargaan.
  • sporting untuk beberapa perkara tertentu dan sangat memahami.

tataraaaaa..

siap. aku saje letak 5 ja sebab aku malas nak type pepanjang. banyak lagi sebab sebabnya kenapa aku sayang beliau dan sebab yang paling utama, of course la sebab beliau adalah abah aku sendiri. takde galang ganti dah. garang ke, baik ke, skema ke, ensem ke, tak ensem ke, manis ke, busuk ke, beliau tetap abah aku.

dulu, masa aku baru dapat lesen, abah kasik green light untuk aku bawak keta Honda kesayangan abah. pehtu, aku pernah ter-eksidenkan kereta beliau secara tak sengaja. punya lah takut abah marah sampai men-tikus je dalam bilik. tapi, akhirnya abah tak marah pun. mekasih jugak untuk mak sebab menjadi penyelamat. hiks.

banyak kali jugak aku nyusahkan abah dengan hal hal yang berkaitan dengan keta. ingat lagi aku penah call abah masa abah tengah sebuk meeting semata mata sebab keta aku mati kat tengah jalan. lepas abis meeting ja, abah balik umah untuk bawak aku gi tengok keta yang tersadai tu. siap dah panggil mekanik apa bagai rupanya keta tu tak rosak tapi aku yang sengal tak perasan minyak keta dah abis. huhuhu.. mujurlah abah tak marah.

dulu, kalau repair keta ke, servis keta ke, sampailah kalau tayar pancit, semuanya di-sponsor oleh abah. aku cuma tau pergi je ke mekanik dan blah. sebab tiap bulan, aku tau abah akan kuarkan untuk payment semua tu. tapi, sekarang tak lagi. dah keja ni, semuanya kena la tanggung sendiri. tapi, aku pun still tak mampu nak buat macam yang abah buat tu untuk mak dan abah. nak tanggung diri sendiri pun still kelam kabut.

kenapa aku tetiba wat entry ni? sebab semalam aku mimpi abah. aku jadi rindu. dan, aku rasa tak salah kalau aku cakap aku sayang sangat kat abah. even kenkadang pun aku akan tetiba send sms kat mak ngan abah tulis,
angah sayang mak ngan abah sesangat..
and, kompem dan tu jugak mak abah akan reply. aku tak nak la jadi salah seorang yang menyesal. bila derang dah takde nanti, baru nak meroyan sana sini sebab tak sempat nak bitau yang aku sayangkan derang. eh ok ah, tetiba plak boleh terlahirkan entry tarching gini di pagi nan syahdu ni kan. hiks.



abah..
Photobucket

cakaran celah gigi
sorry sebab tak reply komen dari kalian. kesebukan melanda sekarang ni. nanti akan di-reply kemudian yea.

untuk kak lily lotus, nanti saya snap pic roti Gardenia Delicia tu yea.


Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 1:51 PM   2 cakaran

Tuesday, December 23, 2008
Kaki Terseliuh. Sakit Oh..

kerana pulut, santan binasa, kerana mulut, badan binasa.

semalam, aku cakap dekat boss, "bos, kasik la i kerja banyak sikit. bosan lah takde kerja. rasa kurang produktif tau"

"oh, u mau kerja banyak ke? ok, baik. u tunggu. nanti i kasik," bos aku jawab.

dan sekarang, rasakan. bukan setakat banyak sikit dah tapi memang banyak gila. tapi, bukan aku merungut tau. aku soka bila kena buat banyak keja. takde la tumpu kat satu tugas ja. banyak benda baru aku belajar. banyak orang aku kena jumpa. turun naik aku ke sana sini. fuh, eksasais katanya. konon..

tapi, tadik, masa sebuk terkejar ke sana ke mari, kaki aku terseliuh. praaakkkkkkkkkk.. gitu bunyinya. memang sakit oh.

camne ni? nak jalan pun susah ni. camne? sob.. sob.. sob.. menangis air mata darah satu tempayan. sakitnya. hukhuk.






Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 6:29 PM   3 cakaran

Mari Makan Roti

Photobucket

alhamdulillah.

murah rezeki aku hari ni. pepagi lagi kak wan dah call untuk pesan jangan beli breakfast sebab beliau ada masakkan nasi goreng special untuk aku.

beruntungnya sapa dapat kak wan ni tau. sanggup bangun seawal 5.30am untuk gorengkan nasi. dah la rajin memasak. setiap masakannya tak penah tak menjadi. semuanya sedap sedap belaka. orang johor memang besh lah!

oyya, hari tu adik chika ada buat promosi tentang roti Gardenia Delicia Butterscotch kat blog beliau. dan, aku pun bersungguh sungguh carik roti tersebut di seluruh pelusuk alam. ok, tipu. aku cuma singgah di beberapa kedai sahaja yang aku memang akan singgah.

antara kedai yang aku singgah ialah 7 Eleven di sebelah Kedai AYC, Kedai Runcit Bala, My Mydin Pelangi Damansara dan Kedai Runcit Rufaqa. sedihnya, semua kedai tersebut takda menjual roti yang dimaksudkan. eh bukan, di 7 Eleven ada cuma dah kehabisan stok. yang tinggal cuma Gardenia Delicia Choco Raisin. aku pun beli la sekadar nak merasa. perghhh, memang sedap. tiada tandingan sedapnya. sangat ke-coklat-an dan yummy.

dan semalam, akhirnya dapat jugak aku merasa roti Gardenia Delicia Butterscotch tersebut. pun sedap jugak. sama setanding dengan roti Gardenia Delicia Choco Raisin. murah saja. RM4 sebungkus dan boleh bertahan selama 2 hari kalau anda makan secara sorok sorok. sedap katakan, kalau berkongsi tak cukup plak nanti. kira baik apa. tak nak berkongsi roti tapi dapat jugak berkongsi info. mekasih adik chika untuk informasi ini. memang tak rugi beli. lepas ni, dah bolehlah aku lupakan nasi kerana aku dah ada peberet roti yang enak.

uish, azam tahun depan ialah makan roti Gardenia Delicia bebanyak dan kurangkan makan nasi. yes.. moga berjaya untuk diri sendiri.

korang dah breakfast? gi la beramai ramai cari roti Gardenia Delicia Butterscotch dan Choco Raisin di kedai kedai yang berhampiran. sedap woooo..
Photobucket



Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 8:01 AM   3 cakaran

The Guardian: Sedih Lah Movie Ni

Never Let Go

by
Bryan Adams

Can you lay your life down, so a stranger can live?
Can you take what you need, but take less than you give?
Could you close every day, without the glory and fame?
Could you hold your head high, when no one knows your name?
That's how legends are made, at least that's what they say

We say goodbye, but never let go.
We live, we die, cause you can't save every soul.
Gotta take every chance to, show that you're the kinda man who;
Will never look back, never look down,
and never let go

Can you lose everything, you ever had planned?
Can you sit down again, and play another hand?
Could you risk everything, for the chance of being alone?
Under pressure find the grace, or would you come undone?
That's how legends are made, at least that's what they say

We say goodbye, but never let go.
We live, we die, cause you can't save every soul.
Gotta take every chance to, show that you're the kinda man who;
Will never look back, never look down,
and never let go

Never let go, Never let go, Never let go

Gotta take every chance to, show that you're the kinda man who;
Will never look back, never look down,
and never let go

We say goodbye, but never let go
We live, we die, 'but you can't save every soul.
Gotta take every chance to, show that you're the kinda man who;
Will never look back, never look down,
and never let go

Will never look back, never look down,
and never let go

Never let go [x3]

hahahaha. emosi seh aku ni. meleleh leleh airmata aku nangis nengok part akhir cita ni masa Kevin Costner tu terjun ke dalam laut.

sedih seh. sampai sekarang pun still ada rasa sayu sayuan lagik. gedik kan? padahal tu lakonan ja. aih, lakonan beliau memang besh betul lah. ai loikeeeeee!

ok, tedo time. gudnite dunia. Photobucket

Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 12:20 AM   0 cakaran

Monday, December 22, 2008
Kes Eksiden Berlanggar



semalam, ada kes langgar lari bebetul kat area depan apartment aku. eksiden antara kereta Satria GTi dengan pejalan kaki.

kesian betul lah dengan mangsa tu. dah la kena langgar, kemudian penjahat tu blah camtu je. kalau lah jadi kat ahli keluarga kita, camne?

aih..

Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 11:21 PM   1 cakaran

Mereka Juga Ingin Berubah

bila kita baik, orang kata kita berpura pura. bila kita buat jahat, orang akan ingat sampai bila bila. kenkadang, manusia lagi cepat menghukum mengalahkan Dia. tak baik wooo perangai cam gitu. huhuhu.

dulu aku ada penah cita pasal kawan aku nan sorang ni. dari seorang pengkid yang sangat dikenali, menjadi seorang perempuan ayu yang lemah lembut. ingat lagi tak?

sebelah tu, tetap nak interframe jugak.
hiks.


dulu kan aku cakap beliau ada kekasih yang jugak sama sama berubah dari songsang menjadi seorang yang lurus kan? malangnya, kekasih beliau telah kembali semula dengan keadaan yang dulu. iaitu menjadi songsang semula. dan, dah break off pun mereka. sedih kan?


sebagai sahabat, aku selalu kasik dorongan kat beliau supaya tabah dan teruskan dengan niat suci beliau untuk berubah. jangan kerana cinta semata mata. walaupun kenkadang beliau akan mengeluh sebab rindukan bekas kekasih beliau tapi aku yakin, beliau mampu teruskan dengan niat yang baik tu. amin.


siapa kata mereka ini tak boleh berubah? ternyata kamu silap. kitaorang yang berkawan dengan mereka ni pun selalu kena tempias kutukan orang orang yang suka jadi mak nam, kiah, bedah segala. tapi, aku peduli apa ye tak? yang penting, sama sama la kita doakan moga beliau berjumpa dengan pasangan yang bebetul boleh menjaga beliau dengan baik.

sebelum aku nak tulis ni kan, aku siap mintak kebenaran beliau lagi tau. ingat senang ke? entry ni bukan untuk tujuan publisiti murahan atau apa apa yang sewaktu dengannya. cuma, aku nak berkongsi dengan kalian, bahwa golongan seperti mereka juga mampu berubah. renung renungkanlah..

Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 12:43 AM   3 cakaran

Sunday, December 21, 2008
Not In The Mood

hari ini, mood tak berapa bagus. sedih + marah - senyum + kecewa - ketawa = airmata.

keja banyak kat opis. sangat bertimbun timbun macam kain baju aku yang belum dilipat. semua orang pun suka mengarah tapi keja tak nak buat. entah apa apa. ok, tak baik bersungut. cuba belajar ikhlas bak pesan mak.

hari ni juga, semua orang sangat membencikan. eh bukan semua, separuh dari orang yang ada dalam hati. sedih. nak marah, tak sampai hati. tapi, rasa sangat benci lah sekarang.

si pacak jeff plak baik hari ni. tetiba belanja coklat snickers. kemudian, takde menyakat banyak banyak macam selalu. atas sebab apa pun tak tau. sempena krismas agaknya. ieta bintang pun baik. kasik sebatang pensil idaman warna ijau. tapi, tetap tak cukup. kalau boleh nak satu set. err.. ok, tak baik jugak. bersyukur ja apa yang ada bak pesan mak.

balik keja, dah la kepenatan. tayar keta plak pancit. mujur ada kekasih adik untuk tolong betulkan. apa lah malang diri sendiri ni. tau bawak kereta ja. tayar pancit pun kena mintak belas ihsan orang. sangat kesian kan?

ah, semua orang dalam hati memang sangat membencikan lah hari ni.

arjuna,
da dian hua yi xia hui hen nan ma? ru guo ren jia da dian hua de shi hou, ni jiu shi shui aa, chi fan aa, zhuo gong a. wo hen ni, ni mei tian dou hen mang. wo zhen de hen ni keshi wo ye hen xiang ni. shang xing.




Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 6:51 PM   2 cakaran

Saturday, December 20, 2008
Kalau Ada Pembantu Peribadi Kan Besh

adoi, hari ini memang bz betul. terkejar ke sana ke mari. hey, kenapakah rakyat Malaysia ni kaya raya sangat eh? kereta sorang satu sampai sesak jalanraya. shopping tak abis abis sampai penuh parking sana sini. eh, tak baik merungut. syukurlah negaraku aman. Alhamdulillah..

tapi, indahnya kalau aku ada sebuah seorang pembantu peribadi. bukannya nak suruh buat benda yang susah pun. cuma perlu buat perkara perkara di bawah ni sahaja.
  • baca semua sms yang belum dibaca kat henpon aku yang dah berjumlah sebanyak 63 tu. kemudian, delete semua sms yang tak penting sebab, jumlah sms terkumpul dalam peti masuk aku sekarang adalah sebanyak 2237. aku pun tatau camne leh jadik sebanyak tu. beranak sms ke pun henpon aku ni?
  • jadi pemandu peribadi supaya senang aku nak ke sana sini. sense of direction aku ni dah la sangat teruk pehtu pulak, aku senang naik angin kalau aku disuruh memandu ke sana sini tanpa arah jalan yang betul. masa tu, memang seisi kereta akan semacam men-tikus bila nampak aku dah marah. bayangkan, dengan bekalan GPS pun aku boleh sesat. dan, bila dah sesat tu, suara kat GPS tu pun boleh buat aku rasa annoyed. mula je rasa nak hempuk benda alah tu. keji eh perangai? sian acik ngan adik tadi sebab cam takut ja bila aku dah mula memanaskan diri nak mengeluarkan aura amarah. sib baik arjuna ku call. semuanya gara gara nak ke jalan Klang Lama yang sangat entah hapa hapa tu. mujur berbaloi. kalau tidak.. ahahahah.
  • tolong mengangkut barang barang yang aku dah shopping sebab, aku memang tak suka pegang barang yang aku beli. dan, oleh kerana itulah, time nak membeli belah, aku prefer keluar dengan adik beradik kerna mereka sahaja yang memahami perangai aku yang mengada ni. adik adik, i love you so much. hiks. oh, sebut shopping, aku jadi sedikit pilu sebab orang lain seronok boleh bershopping sana sini dengan duit bonus tapi aku belum boleh. semuanya kena pendam dulu. tak aci tau. bonus kitaorang dapat lambat. sob.. sob..

haa, senang kan kalau jadik pembantu peribadi aku? haih.. kalaulah harga untuk membayar seorang pembantu peribadi seumpama membayar harga roti Gardenia Delicia Choco Raisin, dah lama aku ambik pembantu peribadi untuk diri sendiri.

berangan tak salah kan? kan beben kan? Photobucket


thanks Kiki for the lovely gift
*senyum*

Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 11:55 PM   2 cakaran

Friday, December 19, 2008
Pagi Jumaat Yang Indah

senyum.

pagi Jumaat yang sangat indah. bak kata orang zaman dedulu, inilah yang dikatakan kalau bangun pagi, murah rezeki. alhamdulillah.

dalam hati pun semacam ada taman bunga yang kalerful. hiks.


Photobucket

Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 8:49 AM   5 cakaran

Thursday, December 18, 2008
Hadiah Perkahwinan

sana sini sebuk orang bercerita pasal kahwin. tahun depan, banyak jugak majlis kahwin kengkawan yang nak di-attend. dan bagi aku, kalau gi wedding kawin biasanya, aku lebih prefer bagi hadiah daripada duit seluk. err.. korang tau kan ape maksud duit seluk? alah, kalau gi wedding mesti sebuk nak cari sampul sebab nak letakkan duit seluk masa bersalam dengan tuan umah. tempat aku panggil duit seluk. tatau la plak tempat korang panggil ape.



dalam keadaaan ekonomi yang ala ala ni, aku takde la berkemampuan sangat nak kasik hadiah mahal mahal. tapi, aku tetap tak suka kalau nak hadiahkan set gelas ke dengan jug air apa segala sebagai hadiah perkahwinan seperti tradisi zaman dedulu. oh please..

memandangkan ramai yang bakal berkahwin pada tahun depan, korang rasa, hadiah apa yang sesuai untuk kasik sebagai hadiah perkahwinan eh?

aku malas nak berpikir sekarang. nak layan kartun Kiko's Smile jap.

Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 4:16 PM   4 cakaran

Aku Tak Suka SMS


aku ada 36 sms yang belum dibaca. sebabnya? sebab aku malas.

aku tau, ada dikalangan kamu, kamu dan kamu yang menghantar sms kat aku tapi mintak sorry, memang aku tak bukak semua sms sms yang masuk. aku dah pesan sesiap kat ahli keluarga dan orang orang penting, kalau ada hal kecemasan, sila call je aku. takyah nak kedekut kredit sangat. tariff call sekarang tak macam dulu. dah murah sesangat bagi aku. semua syarikat telekomunikasi sekarang sedang berlumba lumba untuk turunkan tariff call untuk tarik hati pelanggan.

so, kalau rasa urgent tu, pepaham je la yea.

seminggu lepas, aku dapat sms ni:-
jejaka ini baru membunuh diri kerana putus cinta dengan kekasih beliau. beliau ingin hebohkan kepada dunia tentang kecurangan kekasihnya dengan menghantar sms ini ke seberapa ramai orang yang boleh. sila forwardkan sms ini kepada 10 orang yang lain. jika anda tidak fowardkan sms ini kepada 10 orang yang lain, hantu jejaka ini akan datang memburu anda.
ya rite!

dah seminggu aku tak fowardkan sms tu, apsal hantu jejaka tu tak datang memburu aku eh? nak tengok sikit hensem ke tak jejaka tu. nyeh..

fuhh, sangat pentipu ok. kalau adik bradik aku yang send sms berupa sebegitu kat aku, dah lama agaknya derang makan sup selipar masakan aku.

Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 10:06 AM   3 cakaran

Wednesday, December 17, 2008
Siapa Kau Untuk Aku Ambil Peduli?

sebelah crocs tanpa pasangan seumpama seorang sri kandi tanpa arjuna.
hiks.


apa yang akan kau lakukan kalau ada orang datang dekat kau sambil memberitakan semua perkara yang sedang dilakukan oleh bekas kekasih hati kau?

pilih salah satu jawapan di bawah:-
Photobucketberdiam diri sambil mendengar sahaja cerita yang ingin disampaikan umpama masuk telinga kanan, keluar telinga kiri
Photobucketmendengar dengan tekun dan mengorek lebih banyak lagi cerita dari si penyampai
Photobucketsuruh si penyampai berhenti bercerita dengan serta merta
Photobucketberedar dari tempat perbualan sebagai tanda tak berminat

bagi aku la kan, kalau kau bukan lagi arjuna di hati aku, memang tak hingin aku nak dengar tentang update terkini tentang kau lagi. bukan kerana cemburu atau sedih tapi lebih kepada, eh, sape kau aku nak ambik peduli?

aku kagum pada sesetengah orang yang masih boleh berkawan dengan bekas kekasih memasing selepas berpisah. bukan senang ok. feeling dari hubungan cinta dan bertukar kepada hubungan persahabatan. senangkah?

tapi, camne plak kalau sebuah persahabatan tiba tiba bertukar menjadi sebuah hubungan cinta? senang tak? err.. macam tak senang jugak tau. huhuhu.

Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 2:15 AM   8 cakaran

Tuesday, December 16, 2008
Apa Relevannya Cuci Kaki Sebelum Tedo Untuk Elakkan Mimpi Buruk?



mimpi.

dulu masa kekecik, selain cuci muka, gosok gigi dan amik wudhu', mak suka pesan suruh basuh kaki sebelum tedo. mak kata, kalau tak cuci kaki, nanti dapat mimpi buruk buruk ja. dan, aku yang tak tau apa apa ni, ikut je la pesanan mak tu. even dah masuk asrama pun aku still amalkan cuci kaki sebelum tedo. dan sampai sekarang pun aku tetap ikut cuma aku tak tau apa relevannya cuci kaki dan dapat mimpi buruk tu. padahal, kalau dah amik wudhu' tu pun dah kira kita cuci kaki jugak apa. kan?

kenkadang, bila aku dapat mimpi besh, bangun tedo je, selalu harap sangat mimpi tu akan jadi kenyataan. tapi bila dapat mimpi yang menakutkan, tengah tedo pun aku boleh menangis nangis konon macam mimpi tu betul ja.

beberapa malam ni, aku asyik mimpi yang tak besh je.

mimpi pertama, aku mimpi tengah baca Al-Quran dalam keadaan tergagap gagap. sampai tajwid sume pun aku tatau. punyalah sedih aku masa tu. dah tu pulak, orang yang menegur tajwid aku apa semua adalah orang yang aku tak sangka. masa aku tersedar dari tedo tu, terus aku nangis nangis. sedihnya kalau jadi kenyataan. takut sangat.

mimpi kedua, aku kena cekik hantu masa dalam lif tapi takde sorang pun tolong. ada lebih kurang 3 orang dalam lif tu tapi semua tengok je aku kena cekik. sampai sekarang pun aku terbayangkan lagi rupa hantu tu. scary btol. kenapa semua orang tak nak tolong aku eh? adakah sebab aku ni stranger dan aku pun selalu tanak tolong orang yang aku tak kenal?

mimpi ketiga, pasal sang arjuna aku gi kawin dengan orang lain. pehtu, dengan selamba kodok datang ke rumah bawak album perkahwinan untuk tunjukkan kat aku. baik betul aku dalam mimpi tu. siap senyum sengih ucah tahniah lagi. muka pun agak teruja nak tengok album tu. hampeh betul. kalau dalam dunia realiti, jangan haraplah..

orang kata mimpi tu mainan tedo tapi, tetap gak aku tertanya. kenapa asyik dapat mimpi buruk je padahal aku memang basuh kaki sebelum tedo. nampak sangat tak relevannya basuh kaki sebelum tu adalah untuk elakkan mimpi buruk kan? aih..

Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 11:39 AM   4 cakaran

Love Is In The Air
Cinta..
dapat mengubah debu beralih emas

keruh menjadi bening

sakit menjadi sembuh

derita menjadi nikmat

dan kemarahan menjadi rahmat

Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 3:12 AM   4 cakaran

Monday, December 15, 2008
Demam Tapi Tetap Makan Kek Lapis Serawak

demam.

sakit kepala. tangan seram sejuk. nak menaip pun gigil gigil je (alasan untuk tidak memblog pada hari ini). hiks.

ok, serius aku rasa tak sihat. kepala sakit. semacam mau migrain. mungkin sebab belum lunch kot. nanti tengoklah kalau dah makan jadi macam mana pulak.

ada few things yang aku nak update tapi belum berkebolehan. sebab, mak pesan, waktu kerja kena buat kerja. tak boleh makan gaji buta. iyolah sangat mak pesan camtu. kalau mak tau aku memang makan gaji buta, memang men-nahas la jawabnya. huhu.

oyya, tujuan aku menghasilkan entry ini ialah kerana nak mem-promote Kek Lapis Serawak yang amat sedap dan da bomb hasil tangan dari kak mila. serius tak tipu. memang sedap tau sebab aku baru je merasa tadi. very the lazatness.

takyah sesusah nak tunggu gi Serawak baru dapat makan. order atau walk in je dah boleh. senang kan? ada pelbagai perisa dan pelbagai warna lagi tau. nak lebih details, klik kat sini.

gambar cilok from here


iklan percuma khas di bawa oleh cepotet. hiks.
oh, ada kerja. ketemu lagi nanti.

aku suka gado-gado..
kamu suka kerabu manggo..

Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 2:30 PM   4 cakaran

Saturday, December 13, 2008
Ikan Kembung Dengan Sambal Belacan Memang Sedap


Photobucket

hari ini hari gembira.

keluar makan makan. senyum senyum. renung sikit sikit (tak boleh renung banyak banyak, ada syaitan di sini sana. hahaha) dan jalan jalan. kemudian, balik rumah.

err.. kenapa takda sessi shopping eh tadi? pelik.. pelik..

susah jugak sebenarnya bila nak mulakan suatu perkara yang dah lama tak bermula. paham tak? tak paham? ok, takpe. takyah peningkan kepala untuk paham.


Photobucket


confirm berat badan naik berkilo kilo hari ni.

salahkan si dia. tiap kali borak, mesti asyik cerita pasal makan nasi bersama ikan kembung dan sambal belacan. buat aku terliur ja.

dinner malam ni, aku wat ikan kembong bakar dan tumbuk sambal belacan. berkali kali aku tambah nasi. perghhh.. lazatness!

Alhamdulillah.

along cakap,
nampak sangat angah dilamun cinta. sambal belacan ni pun sedap. sedap sangat.

acik cakap,
itulah namanya masak bersama kasih sayang. angah kan selalu cakap macam tu. memang sedap betul. rugi sape yang tak nak makan (merujuk pada adik yang sedang tedo tedo ayam)

along cakap lagi,
eh, memang sedap betul lah sambal belacan ni. memang sangat sedap.

aku? senyum malu malu dan berbunga bunga kembang dalam hati. hiks. ok, aku gedik.


Photobucket


temubual bersama Que Haidar dan Linda Jasmin di Astro Awani tadi sangat suwitlah. siapa tengok? aku doakan mereka kekal bahagia sampai ke jinjang pelamin dan ke akhir hayat. amin.

Linda Jasmin nampak malu malu dan, bagi aku, itu yang harus ada pada seorang wanita. sangat lovely tau. dan, masa Que cakap, "cantik sangat.." memang nampak sangat keikhlasan beliau.

ah, nak kawin lah. sayang, jom..


Photobucket
Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 11:45 PM   6 cakaran

Design Your Own Shoes

sticky mode

*please scroll down for new entry*

your idea + brush and paint + canvas shoes = design your own shoes!

teringin nak memiliki kasut yang penuh kelainan dan penuh gaya tersendiri? silalah kunjungi Boonga Art Shoes untuk lebih lanjut. klik klik klik.

aku sendiri pun dah tempah dua pasang for me and my sister. tak sabar nak tunggu kasut tu siap. yeay, hati sangat happy.

dengan harga yang sangat berbaloi dan design yang sangat unik dan cantik, tak salah rasanya kita menyokong produk anak tempatan kan? teringat plak dengan iklan kasut gombak dedulu.

antara contoh kasut dari Boonga Art Shoes:-

Photobucket


entry ini bukan atas paksaan sesiapa dan tiada sebarang bayaran pun yang dikenakan untuk iklan ini. pdaoz, i did this for free tau. hiks.

cumanya, aku rasa sangat berbaloi kalau dapat berkongsi informasi ini dengan korang semua dan secara tak langsung dapat memperkenalkan dan memperluaskan lagi produk dari Boonga Art Shoes ni. sayang betul kalau produk yang bagus sebegini tak diambil kisah. so, marilah ramai ramai membeli kasut dari Boonga Art Shoes.


Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 4:19 PM   5 cakaran

Kenapakah Dengan Aku Ini?

aku ni dah kenapa agaknya? apa yang aku pikir pun tak tau. kepala pikir ke lain, mulut kuar lain, hati plak ingat ke JB lain.

bangun tedo, aku nampak adikku ngah lepak layan tv. aku tanya;

adik, ko tak keja eh arini?

tak, hari ni Sabtu. cuti.

ohhh..

aku duduk menung jap depan TV pehtu aku gi mandi. kuar dari bilik air, aku nampak along plak ngah layan TV. laju je mulut aku cakap;

along, bukak Melodi boleh? layan gossip jom.

Melodi tv brape?

TV3 la. cam biasa.

hari ni Sabtu. mana ada Melodi.

eh, ye eh? oh, silap. ingatkan Ahad. huhuhu.

ngah lepak layan cite Awan Dania ngan along, abang Bai call. tanya aku pasal borang KWSP yang patut aku hantar.

adik amik brape percent? dah antar ke blom?

blom la bang. dah agak dah mesti abang call nak tanya kan? jangan risau, Sabtu nanti saya confirm antar. last antar Selasa kan?

dik, hari ni bukan hari Sabtu ke? nak tunggu Sabtu minggu depan ke?

eh, arini Sabtu. lupa. hiks.


aku ni dah kenapa sebenarnya ni? oh..

Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 2:46 PM   0 cakaran

Thursday, December 11, 2008
Kepochi Di Dunia Blogging


amaran kecil untuk cik cepotet
*click image to enlarge*


aku adalah si sombong yang tak laku
*click image to enlarge*


apa yang korang akan buat kalau dua perkara di atas berlaku dekat korang?

aku bosan dengan ayat ayat semacam ini;
oh, i tak tahu macam mana id u boleh ada dalam list i tapi rasanya macam kita penah chat dulu.
elo, that is such a lame reason yang dah tak boleh digunanapakai lagik untuk zaman teknologi canggih sekarang ni. so, please la. and for those yang suka suki nak antar email nak kepochi about my writings, my blog or watsoever, mekasih la bebanyak. ko kata ko peminat ke, ko tak minat ke, amaran kecik ke, amaran besar ke, selagi aku tak kaco idup ko, please jangan nak kepochi sangat dengan idup aku. sekian terima kasih.

aih, bosan lah dengan manusia cam gini. pathetic.


Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 6:29 PM   5 cakaran

Waktu Berniaga



my colleague send me this email. aku pun tak sure lokasi kedai ni kat mana tapi boleh eh letak waktu perniagaan cam gini. adoiii, pecah perut eden gelak.

oh, hari ni Selangor cuti sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor. opis aku pun sunyi sepi je. aman dan makmur gitu. syiok!

Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 3:16 PM   3 cakaran

Wednesday, December 10, 2008
Hidup Ni Kena Sentiasa Bersyukur



comei tak? kenapa la masa aku baby dulu takde benda alah ni. kalau tak, harus aku meroyan suh mak abah belikan. uceh. tapi, aku tetap bersyukur jadi anak mak dan abah. yes, sangat bersyukur.

ekceli, ni adalah hadiah yang aku belikan untuk my lovely sista, Farisya sempena kelahiran baby sulung beliau. hope beliau suka la ek ngan hadiah ni.

penat woh aku memilih adiah ni tadi. sampai naik kejung kaki aku ke sana sini cari hadiah ni. al-maklumlah, bajet ciput tapi nak barang besh, haaa.. merasalah kejung kaki apa segala. mujur ada acik temankan aku. kalau tak, kompem nangis la aku sensorang tadik. err.. atau mungkin aku tak pergi langsung. hiks.


Photobucket


tadi, masa on the way balik umah, aku ter-mengeluh pasal gaji aku yang agak ciput tu. aku cakap kat acik, kengkawan aku sume gaji dah naik. tinggi tinggi plak tu. aku? keja je bertambah tapi gaji sama jugak.

pehtu, se-tempek acik kasik terus melekat kat dalam otak aku sampai sekarang.

kalau kita naik kereta, jangan pandang orang yang naik helikopter. cuba pandang orang yang naik motosikal.
kalau kita naik motosikal, jangan pandang orang yang naik kereta. cuba pandang orang yang naik basikal.
kalau kita naik basikal, jangan pandang orang yang naik motosikal. cuba pandang orang yang berjalan kaki.
kalau kita berjalan kaki, jangan pandang orang yang naik basikal. cuba pandang orang yang takde kaki.
dan itulah caranya untuk kita sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada.

dulu, aku yang penah cakap benda ni kat acik and hari ni, acik plak mengingatkan aku pasal perkara ni. kenkadang, tak salah kalau yang muda menegur yang tua asalkan benda tu betul. kan beben kan?

dan, aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang. Alhamdulillah.

Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 9:54 PM   5 cakaran

Kawan Atau Lawan?

Sept 2008 dunia digemparkan dengan isu Melamine dalam makanan yang di-import dari China. boleh rujuk dengan lebih details kat sini. dan, sejak dari hari tu, tiap kali aku nak gi membeli belah, mesti aku bawak sekali senarai produk makanan yang dicemari dengan Melamine.

tapi, bukan isu Melamine yang aku nak cerita sebenarnya tapi tentang seorang kawan yang aku rasa tak layak untuk aku panggil kawan telah memberi aku makanan yang katanya, kemungkinan besar mengandungi Melamine.

kawan: my niece just came back from China.
aku: wah, bestnya. (aku suka wat ala ala teruja padahal takde la kisah sangat pun. muahahahah)
kawan: she bought me all this. (sambil tunjukkan kat aku semua benda yang niece beliau belikan)
aku: eh, kenapa tak makan?
kawan: i takut nak kasik my son makan. u tahu lah kan tentang kes Melamine tu. so, i decided to give it to you. sebab, u kan dah besar, kalau ada Melamine pun, maybe tak mati kot kan? lagipun, mana tahu u nak rasa sikit ke?
aku: hah? tak nak lah i. u buang je lah. thank you so much anyway.


cuba korang bayangkan. dia ingat aku ni robot ke apa? kot ye pun ko nak buat baik kasik aku merasa makanan tu sume tapi jangan la sampai ko nak kasik makanan yang ada Melamine. ini ke kategori yang layak dipanggil kawan? patut tak kalau aku bunuh je orang cenggini?

sebab tu lah, jangan ingat orang yang baik ngan kita tu adalah kawan kita dan jangan ingat orang yang selalu kasik teguran kat kita tu adalah musuh kita. kenkadang, buat baik pun dibalas jahat tau. kesimpulannya, beringat ingatlah sebelum terkena. uceh.

Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 12:55 PM   5 cakaran

Ukur Baju Di Badan Sendiri
Photobucket

ku berjalan serata dunia
cari pengertian, cari cinta
ku meniti titian bahaya
jatuh tersungkur bangun semula
airmata..

selaut cucuranNya
cari pengampunan, cari bahagia
ku lewati lorongan alpa
gelap seketika terang semula..

Photobucket


kawan along baru balik dari Jakarta and beliau kasik along t-shirt ni. tapi, sebab aku berkenan, along kasik kat aku. yeay, mekasih along!

macam besar kan t-shirt ni?
itulah orang selalu pesan,
ukurlah baju di badan sendiri.


Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 12:28 PM   2 cakaran

Tuesday, December 9, 2008
Tulisan Tanganku Adalah Handwritingku

ada few tags yang aku blom langsaikan lagi. so malam ni, aku decided nak settlekan tag daripada adik comel ni, adik lily.

tag lelain nanti aku settlekan kemudian k? don't worry, aku akan tetap buat cuma cepat atau lambat ajo. maklumlah, busybody memang gini. hiks.

Syarat syarat tag nie ialah:
  • Jawab je soalan yang dikehendaki (aku ada ubah sesikit. hiks)
  • Sila tulis dengan tulian asli tangan anda
  • Amik gambar pastu paste kat blog anda
  • Tag utk 6 org yg lain plak

Photobucket Your name / username

aku tatau kenapa aku mesti akan tulis muka gadis ayu tu.
dah jadik cam trademark gitu. uceh!


PhotobucketLeft-handed or right-handed

aku tangan kanan. tapi, aku kagum ngan orang yang menulis ngan tangan kiri. sesetengah orang kata, sape yang menulis guna tangan kiri ni kreatif. ya ka? hmm.. nanti aku check ngan acik. dia kan left-handed. tapi, kreatifkah beliau eh? macam tak je. ahahaha.


PhotobucketFavourite letter word to write

aku ubah dari letter ke word sebab aku tatau huruf apa yang aku suka tulis tapi right now, at this moment and i wish it will be forever, aku memang sangat suka tulis nama ni. oh..


PhotobucketLeast Most favourite letter word to write

aku pun tatau huruf apa aku kureng suka tulis tapi aku memang suka tulis word ni.
cumel cam aku. hiks.


PhotobucketWrite ‘the quick brown fox jumps over the lazy dogs’

kenapa kena tulis ayat ni ek?
oh, suka hati mereka la kan.
huhuhu.

PhotobucketTag 6 people:-

nama yang tersenarai kat atas tu, rerajinkan lah buat ek?
saje nak tengok handwriting korang.
kalau nak tengok soklan asal, jenguk kat blog adik lily yea.
i punya dah edit sikit.
*senyum*


handwriting aku banyak jenis sebenarnya and it depends pada perkara yang aku nak tulis. kalau untuk perkara rasmi, haruslah ala ala skema sikit kan. kalau untuk tulis kat buku, lain pulak rupanya and, most of them time, untuk conteng conteng, gini je la rupa handwriting aku. tak kisah la camne pun janji orang paham sudah. ye tak?

ok, i'm done!


Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 8:41 PM   7 cakaran

Beben

 

Beben, sebuah blog yang baik dan setia. Tak penah menyakiti aku tapi sentiasa rela untuk disakiti. Tidak berjantina dan tidak bernyawa. Sangat pendiam dan sangat memahami. Kalau rasa penulisan aku di sini kurang enak bagi kalian, bolehlah klik butang X belah kanan atas browser anda. Datang tak berjemput, pergi juga tak dihalau. oh yea, did i tell y'all that i hate stalkers? so, please back off. Mekasih.

 

If God wanted us to talk more than listen, He would have given us two mouths rather than two ears.

~Ken Blanchard ~

 

Best viewed with

Photobucket

Cepotet

Photobucket

 

Me, Myself & I

I am just a simple girl with a simple life. I love nobody except my Mak, Abah and my family. Simplicity is the new complex.

Photobucket


email untuk perkara yang penting je. kalau rasa tak penting, sila jangan email. pasti tidak akan dilayan. saya bukan artis mahupun superstar.

Bla.. Bla.. Bla..

Reminder