murah rezeki aku hari ni. pepagi lagi kak wan dah call untuk pesan jangan beli breakfast sebab beliau ada masakkan nasi goreng special untuk aku.
beruntungnya sapa dapat kak wan ni tau. sanggup bangun seawal 5.30am untuk gorengkan nasi. dah la rajin memasak. setiap masakannya tak penah tak menjadi. semuanya sedap sedap belaka. orang johor memang besh lah!
oyya, hari tu adik chika ada buat promosi tentang roti Gardenia Delicia Butterscotch kat blog beliau. dan, aku pun bersungguh sungguh carik roti tersebut di seluruh pelusuk alam. ok, tipu. aku cuma singgah di beberapa kedai sahaja yang aku memang akan singgah.
antara kedai yang aku singgah ialah 7 Eleven di sebelah Kedai AYC, Kedai Runcit Bala, My Mydin Pelangi Damansara dan Kedai Runcit Rufaqa. sedihnya, semua kedai tersebut takda menjual roti yang dimaksudkan. eh bukan, di 7 Eleven ada cuma dah kehabisan stok. yang tinggal cuma Gardenia Delicia Choco Raisin. aku pun beli la sekadar nak merasa. perghhh, memang sedap. tiada tandingan sedapnya. sangat ke-coklat-an dan yummy.
dan semalam, akhirnya dapat jugak aku merasa roti Gardenia Delicia Butterscotch tersebut. pun sedap jugak. sama setanding dengan roti Gardenia Delicia Choco Raisin. murah saja. RM4 sebungkus dan boleh bertahan selama 2 hari kalau anda makan secara sorok sorok. sedap katakan, kalau berkongsi tak cukup plak nanti. kira baik apa. tak nak berkongsi roti tapi dapat jugak berkongsi info. mekasih adik chika untuk informasi ini. memang tak rugi beli. lepas ni, dah bolehlah aku lupakan nasi kerana aku dah ada peberet roti yang enak.
uish, azam tahun depan ialah makan roti Gardenia Delicia bebanyak dan kurangkan makan nasi. yes.. moga berjaya untuk diri sendiri.
korang dah breakfast? gi la beramai ramai cari roti Gardenia Delicia Butterscotch dan Choco Raisin di kedai kedai yang berhampiran. sedap woooo..
Beben, sebuah blog yang baik dan setia. Tak penah menyakiti aku tapi sentiasa rela untuk disakiti. Tidak berjantina dan tidak bernyawa. Sangat pendiam dan sangat memahami. Kalau rasa penulisan aku di sini kurang enak bagi kalian, bolehlah klik butang
X belah kanan atas browser anda.
Datang tak
berjemput, pergi juga tak dihalau. oh yea, did i tell y'all that i
hate
stalkers? so, please back off. Mekasih.
If God wanted us to
talk more than listen, He would have given us two mouths rather than two
ears.
~Ken
Blanchard ~
Best viewed
with
Cepotet
Me, Myself & I
I am just a simple girl with a simple life. I love nobody except my Mak, Abah and my family.
Simplicity is the new complex.
email untuk perkara
yang penting
je. kalau rasa tak penting, sila jangan
email. pasti tidak akan dilayan.
saya bukan artis mahupun
superstar.
dear! bleh tak tunjuk camne rupa paras gardenia delicia tu..hik hikk