sangat rajin mengemas. kalau time beliau ada, memang semuanya nampak sangat teratur. kemas dan tersusun rapi.
seorang yang hardworking dan pandai menyusun strategi dalam bisnes. kagum gila aku weih.
genius and smart. walaupun takde kelulusan yang tinggi melangit dalam bidang engineering tapi, genius gila bila mengajar hal hal berkaitan kimia dan fizik. mamat yang ada ijazah engineering pun terpaksa menuntut ilmu dari beliau.
tegas tapi lembut hati. definitely aku tahu ni sebab kami selalu nonton movie sesama and beliau kenkadang bisa mengalirkan air mata bila ada part sedih especially cerita kekeluargaan.
sporting untuk beberapa perkara tertentu dan sangat memahami.
tataraaaaa..
siap. aku saje letak 5 ja sebab aku malas nak type pepanjang. banyak lagi sebab sebabnya kenapa aku sayang beliau dan sebab yang paling utama, of course la sebab beliau adalah abah aku sendiri. takde galang ganti dah. garang ke, baik ke, skema ke, ensem ke, tak ensem ke, manis ke, busuk ke, beliau tetap abah aku.
dulu, masa aku baru dapat lesen, abah kasik green light untuk aku bawak keta Honda kesayangan abah. pehtu, aku pernah ter-eksidenkan kereta beliau secara tak sengaja. punya lah takut abah marah sampai men-tikus je dalam bilik. tapi, akhirnya abah tak marah pun. mekasih jugak untuk mak sebab menjadi penyelamat. hiks.
banyak kali jugak aku nyusahkan abah dengan hal hal yang berkaitan dengan keta. ingat lagi aku penah call abah masa abah tengah sebuk meeting semata mata sebab keta aku mati kat tengah jalan. lepas abis meeting ja, abah balik umah untuk bawak aku gi tengok keta yang tersadai tu. siap dah panggil mekanik apa bagai rupanya keta tu tak rosak tapi aku yang sengal tak perasan minyak keta dah abis. huhuhu.. mujurlah abah tak marah.
dulu, kalau repair keta ke, servis keta ke, sampailah kalau tayar pancit, semuanya di-sponsor oleh abah. aku cuma tau pergi je ke mekanik dan blah. sebab tiap bulan, aku tau abah akan kuarkan untuk payment semua tu. tapi, sekarang tak lagi. dah keja ni, semuanya kena la tanggung sendiri. tapi, aku pun still tak mampu nak buat macam yang abah buat tu untuk mak dan abah. nak tanggung diri sendiri pun still kelam kabut.
kenapa aku tetiba wat entry ni? sebab semalam aku mimpi abah. aku jadi rindu. dan, aku rasa tak salah kalau aku cakap aku sayang sangat kat abah. even kenkadang pun aku akan tetiba send sms kat mak ngan abah tulis,
angah sayang mak ngan abah sesangat..
and, kompem dan tu jugak mak abah akan reply. aku tak nak la jadi salah seorang yang menyesal. bila derang dah takde nanti, baru nak meroyan sana sini sebab tak sempat nak bitau yang aku sayangkan derang. eh ok ah, tetiba plak boleh terlahirkan entry tarching gini di pagi nan syahdu ni kan. hiks.
abah..
cakaran celah gigi sorry sebab tak reply komen dari kalian. kesebukan melanda sekarang ni. nanti akan di-reply kemudian yea.
untuk kak lily lotus, nanti saya snap pic roti Gardenia Delicia tu yea.
Beben, sebuah blog yang baik dan setia. Tak penah menyakiti aku tapi sentiasa rela untuk disakiti. Tidak berjantina dan tidak bernyawa. Sangat pendiam dan sangat memahami. Kalau rasa penulisan aku di sini kurang enak bagi kalian, bolehlah klik butang
X belah kanan atas browser anda.
Datang tak
berjemput, pergi juga tak dihalau. oh yea, did i tell y'all that i
hate
stalkers? so, please back off. Mekasih.
If God wanted us to
talk more than listen, He would have given us two mouths rather than two
ears.
~Ken
Blanchard ~
Best viewed
with
Cepotet
Me, Myself & I
I am just a simple girl with a simple life. I love nobody except my Mak, Abah and my family.
Simplicity is the new complex.
email untuk perkara
yang penting
je. kalau rasa tak penting, sila jangan
email. pasti tidak akan dilayan.
saya bukan artis mahupun
superstar.
jasa parents tinggi menggunung.. =)