Photobucket

Click Click Click

Previous Post
The Archives
The Bloggers

Credits

hit counter
Clicky Web Analytics

Photobucket

Photobucket

Tuesday, December 16, 2008
Apa Relevannya Cuci Kaki Sebelum Tedo Untuk Elakkan Mimpi Buruk?



mimpi.

dulu masa kekecik, selain cuci muka, gosok gigi dan amik wudhu', mak suka pesan suruh basuh kaki sebelum tedo. mak kata, kalau tak cuci kaki, nanti dapat mimpi buruk buruk ja. dan, aku yang tak tau apa apa ni, ikut je la pesanan mak tu. even dah masuk asrama pun aku still amalkan cuci kaki sebelum tedo. dan sampai sekarang pun aku tetap ikut cuma aku tak tau apa relevannya cuci kaki dan dapat mimpi buruk tu. padahal, kalau dah amik wudhu' tu pun dah kira kita cuci kaki jugak apa. kan?

kenkadang, bila aku dapat mimpi besh, bangun tedo je, selalu harap sangat mimpi tu akan jadi kenyataan. tapi bila dapat mimpi yang menakutkan, tengah tedo pun aku boleh menangis nangis konon macam mimpi tu betul ja.

beberapa malam ni, aku asyik mimpi yang tak besh je.

mimpi pertama, aku mimpi tengah baca Al-Quran dalam keadaan tergagap gagap. sampai tajwid sume pun aku tatau. punyalah sedih aku masa tu. dah tu pulak, orang yang menegur tajwid aku apa semua adalah orang yang aku tak sangka. masa aku tersedar dari tedo tu, terus aku nangis nangis. sedihnya kalau jadi kenyataan. takut sangat.

mimpi kedua, aku kena cekik hantu masa dalam lif tapi takde sorang pun tolong. ada lebih kurang 3 orang dalam lif tu tapi semua tengok je aku kena cekik. sampai sekarang pun aku terbayangkan lagi rupa hantu tu. scary btol. kenapa semua orang tak nak tolong aku eh? adakah sebab aku ni stranger dan aku pun selalu tanak tolong orang yang aku tak kenal?

mimpi ketiga, pasal sang arjuna aku gi kawin dengan orang lain. pehtu, dengan selamba kodok datang ke rumah bawak album perkahwinan untuk tunjukkan kat aku. baik betul aku dalam mimpi tu. siap senyum sengih ucah tahniah lagi. muka pun agak teruja nak tengok album tu. hampeh betul. kalau dalam dunia realiti, jangan haraplah..

orang kata mimpi tu mainan tedo tapi, tetap gak aku tertanya. kenapa asyik dapat mimpi buruk je padahal aku memang basuh kaki sebelum tedo. nampak sangat tak relevannya basuh kaki sebelum tu adalah untuk elakkan mimpi buruk kan? aih..

Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 11:39 AM  

4 Comments:
Post a Comment
<< Home
 

Beben

 

Beben, sebuah blog yang baik dan setia. Tak penah menyakiti aku tapi sentiasa rela untuk disakiti. Tidak berjantina dan tidak bernyawa. Sangat pendiam dan sangat memahami. Kalau rasa penulisan aku di sini kurang enak bagi kalian, bolehlah klik butang X belah kanan atas browser anda. Datang tak berjemput, pergi juga tak dihalau. oh yea, did i tell y'all that i hate stalkers? so, please back off. Mekasih.

 

If God wanted us to talk more than listen, He would have given us two mouths rather than two ears.

~Ken Blanchard ~

 

Best viewed with

Photobucket

Cepotet

Photobucket

 

Me, Myself & I

I am just a simple girl with a simple life. I love nobody except my Mak, Abah and my family. Simplicity is the new complex.

Photobucket


email untuk perkara yang penting je. kalau rasa tak penting, sila jangan email. pasti tidak akan dilayan. saya bukan artis mahupun superstar.

Bla.. Bla.. Bla..

Reminder