Photobucket

Click Click Click

Previous Post
The Archives
The Bloggers

Credits

hit counter
Clicky Web Analytics

Photobucket

Photobucket

Friday, January 25, 2008
..Ku Impikan Bintang..

entry kali ni mungkin akan sedikit panjang. jadik, kalian bleh la sediakan karipap ke, milo panas ke sebagai kudapan sambil dok melangut baca cakaran merapu kali ni. tapi kalau rasa malas nak membaca sambil makan, boleh juga membaca sambil baring atau apa apa je la yang kalian suka. hak korang, suka hati la kan.. *sengih*



KETEGANGAN EMOSI

sejak akhir akhir ni, air mata aku memang sangat murah. senang sungguh nak menangis. seperti yang kalian tengok kat entry aku yang lepas. memang aku berada dalam satu kondisi yang sangat tegang.

aku sedih. sedih bila kengkawan dok jemput pi kenduri kawin derang. aku rasa hiba tau dak. jeles pun ada, sedih pun ada. syahdu lagi la ada. tapi aku nak salahkan sapa? bila orang ajak kawin, aku yang gatai kata tak ready. sekarang sapa nak jawab? aku la jugak kan? padan muka aku. padan muka!

aku rasa marah. marah sangat pada orang yang tak paham paham ngan emosi aku ketika ni. kalau aku dah tak layan melalui sms mahupun kat ym tu, pepaham je la. boleh plak lagik nak buzz aku berkali kali. marah sungguh aku!

aku kecik ati. sensitip gila aku bila mereka mereka yang beria ia nak borak ngan aku kat ym pehtu bila aku semangat nak borak, derang sign out atau invisible camtu je dan biarkan aku terpinga pinga cam nyetmo (baca : monyet) kena belacan. aku kecik ati tau korang wat camtu! benci ai..

ah, lantak la ngan sume sume perasaan tu. korang nak kata apa pun kata la. aku manusia. normal la kalau aku berperasaan camtu kan? nak suruh aku jadik barbie doll? barbie doll pun pandai pakai baju tau. maknanya dia ade perasaan malu la tu. huhuhu..


WORKLOADS

kerja aku makin hari makin banyak. syukurlah OT approval yang aku dok pening pening tu aku dah settlekan separuh. untuk claim new year and awal muharam, dah settle. tinggal claim untuk thaipusam je aku lom sentuh lagi. ahkak penat dik..

tapi don't worry, selagi aku mampu nak approve and selagi aku mampu nak edit mana yang korang silap tu, aku akan buat sebaik mungkin. melainkan kalau melampau sangat, jangan marah le kalau kena rejek yea.

selain OT approval, aku sekarang kena liaise ngan Quality Dept untuk improvekan call handling bebudak baru. soft skills derang, ya Allah, teruk gila! tatau la kalau manager Aby setuju nak wat Cute Q campaign cam 2 tahun lepas. kalau sume dah sepakat nak buat, lega sikit kot nanti. doa doakan je la..

sekarang ni, aku ade tugas baru kat opis. iaitu jadik dr love. masa kat SS2, ade sorang staff ni dok merengek rengek nak mintak pendapat aku pasal kekasihnya yang curang. pehtu, kat HQ pun sama. mintak pandangan dari aku sebab dia terjatuh chenta ngan suami orang. jawapan aku senang je, ko nak merengek ape segala, sorry la kan. first, aku tak suka orang merengek. kedua, kalau aku ni dah bagus sangat tentang love ape sume tu, dah lama aku ade kekasih. so, silap orang la kalau tanya aku ni. mintak maap je la yea dik.

aku bukan tanak kasik nasihat. tapi, aku rasa cam tak sesuai kalau nak borak pasal personal derang ni time aku keja. kalau aku dok melayan tentang kisah cinta derang, sape plak nak melayan keja aku yang bertimbun tu? ade ke dr kerja plak? sorry guys!

alah, malas la nak cite pasal keje yang banyak tu. sume orang pun banyak keja. and kalau dok cite pasal keja ni, sampai bila pun tak abis. yang penting, aku hepi ngan keja aku sekarang. dengan ke'bz'an yang melampau ni, takde la aku rasa lonely sangat. kan beben kan?


HOLIDAY

bila dah berada dalam emosi yang terganggu cam sekarang ni, perkara yang paling aku nak buat ialah dok kat tepi pantai sambil termenung sendirian. and yeap! aku tak sabar nak tunggu hari sabtu nanti.

semalam, aku apply 1/2 day leave from my bos. aku bitau dia yang aku bebetul perlukan rehat. jiwa aku terganggu and aku kalau boleh tanak amik MC. and syukur, pagi tadik, bos aku reply email bitau yang annual leave aku dah approved. mekasih bos! ai lebiu very banyak! *sengih jelir lidah*

makanya, sabtu ni, aku akan gi bercuti with all my bebeh. izah, mala, cik su, zura and nana, can't wait to see u gals! kami akan berholiday ke bagan lalang. dan akan bermalam di hotel seri malaysia selama satu hari. beshnya dapat jalan jalan sekitar pantai. oh, indahnya..

kenapa bagan lalang? satu, sebab dekat. cuma dalam 1 jam lebih je perjalanan. kedua, sebab ade pantai. walaupun pantai nelayan tapi aku tetap suka. janji ade pantai, itu memang dah cukup membahagiakan aku. yeaaahhhaaaaaaaaaaa!


MOVIE

aku ni pelik kan? kata bz ngan keja tapi sempat lagi wat marathon movie.

mana taknya. selain dari bershopping sebagai terapi minda, menonton movie juga salah satu terapi bagi mengawal emosi aku yang kucar kacir lately ni.

semalam, bila aku balik umah, aku rasa sepi. and bila aku sepi, mula la aku rasa nak nangis. tapi, ayaq mata payah sangat nak kuar. dan demi nak memuaskan diri aku, aku nonton hampir semua koleksi DVD tentan cinta yang aku gila-gilakan.

antaranya :-

A Walk To Remember
besh gila cita ni. filem ni diadaptasi dari sebuah novel and aku ade novel tersebut (hadiah dari Mr F). dah beratus ratus kali aku nonton cita ni tapi tetap tak bosan. aku suka Mandy Moore nye lakonan. memang marbeles!


Ada Apa Dengan Cinta
ni pun sama. filem yang aku sanggup tengok sepuluh kali sehari tanpa rasa bosan. sungguh! aku suka amat sama ini filem.


Tentang Dia
first time aku nonton filem ni masa preview kat Akademi Seni Kebangsaan wif all my bebeh. and sampai sekarang aku tak jemu jemu untuk nonton cita ni. sebab utamanya, aku sangat sukakan lagu CINTA nyanyian Melly Goeslaw feat. Krisdayanti tu. Mr F penah kasik lagu ni kat aku.

Filem ni adalah hasil cerpen karya Melly Goeslaw dalam salah satu novel cinta beliau. Dialog peberet aku dalam cite ni,

“Gue emang sayang ama elo. Buat gue, elo itu pengganti adik gue yang udah meninggal. Gue.. gue cuma pengen jadi kakak yang benar, sebelum gue mati. Itu aja, Dis..!”

memang layan sungguh cite ni. siyes tau!


Just Like Heaven
cite ni suwitttttttttttt and sedikt kelakar. and aku sangat bersetuju ngan izah bila izah kata aku adalah gadis yang sukakan cerita yang berunsur komedi romantik. aku memang perlukan cerita cerita begini untuk membahagiakan aku. take note ya bakal suamiku! (sapa sapa jelah!)


The Lake House
huwaaaaaa.. cite ni sangat sedih tau. meleleh leleh air mata aku masa tengok cita ni. Keanu Reeves, ailebiu! first time aku gi nonton movie ni kat cinema, aku gi nonton sensorang. pehtu, tetiba ade sorang laki yang datang sorang gak dok sebelah aku. pehtu aku serik dah nak gi nonton movie seekor diri. harharhar..


Ogy and The Cockroach
last sekali, aku layan kartun. sebab dulu ada seseorang ni tolong donlodkan untuk aku cite kartun peberet aku ni. kartun ni kelakar. ntah ape ape and merapu je lebih. aku suka muzik dia je. selain dari sailormoon S and sinchan, kartun ni pun besh tau. tapi, separuh je aku sempat tengok semalam. lebihnya, kartun tu yang tengok aku. aku tertedo!

Wow! dah pukul 2.41am. aku masih kat opis HQ ni. aku datang sini lepas abis keja kat SS2 kul 12 tadik. and now aku dah nak balik. dah penat.

ok beben..
aku cau dulu. banyak dah aku cakar ni. kang muntah plak kengkawan aku ni nak baca. esok, mungkin aku tak apdet sampai la hari ahad nanti. tengoklah, bebila aku rajin, aku apdet.

take care sume.
sayang kalian.
mekasih untuk semua nasihat nasihat tu.
yang tak kasik nasihat pun, mekasih gak.
hikhik.
*ciom*

Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 2:48 AM  

13 Comments:
  • At January 25, 2008 at 3:44 AM, Anonymous Hannan said…

    babe,
    how r u doin?
    u ni dah kire wajib masuk rancangan cari menantu ni... eh, silap , rancangan cari jodoh!.. ermm nanti I buat kat blog i tu ek? kite carikan bf yang alim2 utk awak ek.. so die bole doakan kebahagiaan dan kejayaan awak nanti :) amin..
    lepas masuk rancangan cari jodoh kat blog saya tu, bole la u pergi masuk rancangan cari menantu tu,
    lepas tu, biler dah kawin, boler masuk rancangan cari hantu :P

    babe, i cant wait for saturday too, my final paper... :)
    have a good rest occay dear!

     
  • At January 25, 2008 at 4:47 AM, Anonymous cepotet said…

    hannan,
    err.. ruangan cari jodoh? err.. err.. takpelah. i leh sabar lagi ni. ngeee.. :p

    oh, ur final paper will be on this coming saturday eh? gudluck then. wish u all the besh. lepas tu, kompem leh enjoy. syok kan!

     
  • At January 25, 2008 at 11:05 AM, Anonymous :: Cikgu Wiween :: said…

    Angah..jgn sedih2..huhu x beshnye tgk ko sedih.:(

    Antara movie tu..aku pun ske sgt tgk citer A Walk To Remember.Tp sgt x beshnya bile mandy mati! woooowwwooo.. Just like heaven pun besh gak.encem giler mark ruffalo itu.hehe. AADC tu aku suke tp sbb org itu yg bagi jd aku da mcm x suke plak.nyampah.huhu

     
  • At January 25, 2008 at 11:56 AM, Anonymous DaRk AnGeL said…

    in your condition here... you are doing just the right thing for yourself..
    enjoy!! bestnyeh dapat pergi pantai...

     
  • At January 25, 2008 at 12:20 PM, Anonymous eLLy said…

    Wahdu wahdu.. banyak tul idea untuk di cakarkan kat beben dia nie

    wah erni mesti tengah menghitung hari untuk bercuti nie..
    nak ikut ...

     
  • At January 25, 2008 at 1:20 PM, Anonymous Heartless Devilish said…

    i like orgy sajer dalam byk2 itu.
    yg lelaen tuh..akak kenot watch..
    nanti leleh air mata..
    uhuks...

     
  • At January 25, 2008 at 5:18 PM, Anonymous cepotet said…

    -wiween-,
    awin, aku dah pulih skit. tapi aku ok. don't worry k. *senyum*

    movie sume tu mmg aku suka. kalau ade orang kata tak besh pun, aku tetap suka. hikhik.

    dark angel,
    a'a, gi pantai besh kan kak. syokkkkkkkk!

    ct elly,
    ehehe.. kalau idea dah datang, mmg susah nak stop la kak. :p

    nak ikut? jom lah. besh tau!

    heartless devilish,
    ehehe. time sedih la kena lelehkan air mata kak. tapi sesekali bleh la. kalau selalu sangat, parah plak kan.

     
  • At January 25, 2008 at 5:39 PM, Anonymous sheilazrien said…

    hye erni..
    salam kenal~

    cite "tentang dia" tue kan..tahun bile nye..
    *kal0 xde 0rang promote kat cni.. mmg xtau la cite2 ind0n yg best

    notakaki: kEne carik sumbEr nie.. :p

     
  • At January 25, 2008 at 5:57 PM, Anonymous cepotet said…

    sheilazrienramli,
    hye sheila. *senyum*

    Tentang Dia tu tahun 2005. memang besh la cite ni. mulanya cam agak slow tapi besh. ade rasanya kat kedai kedai DVD. try carik k.

     
  • At January 25, 2008 at 11:02 PM, Anonymous Lily.Lulu said…

    wahhhh ...

    muvi marathon ... bagus jugak tuh .. sekali sekala nak kasi release tension kan

    sume dah oke x nih???

     
  • At January 25, 2008 at 11:23 PM, Anonymous cepotet said…

    lily.lulu,
    alhamdulillah.. rasa dah lega sikit. esok nak gi holiday plus arini bonus masuk. sangat syok! :p

     
  • At January 25, 2008 at 11:59 PM, Anonymous eL said…

    wah wah cepotet!

    rasanya mcm penah dengo topik filem peberet nehh kan kan? dimana yach? bluek

    owh mai peberett AADC! dah lama tau hasrat TERpendam nak wat entri pasal filem neh! dia lajuu lagik rupanya!

    suka banget ngan pelakon2 dalam filem neh. gue suka banget ama dian banding nicholas *lesbian kah?* hakhak

    jalan cerita dia comel dan agak syahdu jugak. sangat romantis filem neh. lagian lagu2 nya sangat enak skali.

    mai peberet song dalam AADC fes skali ialah Denting! pastu Tentang Seseorang! pastu Bimbang! pastu Hanya! pastu Suara Hati Seorang Kekasih! oihhh semua lagu laa.. owh ai luv melly!

    ahahaha giler TERuja cite pasal neh.

    /me menari lagu Ku Bahagia bersama2 cinta, alya, maura, milly n carmen!

    banyak kenangan lah filem neh. adehs! :/

    oishhhhhhh..! nak wat entri la camneh! nGee :D

     
  • At January 26, 2008 at 12:38 AM, Anonymous cepotet said…

    lindosh,
    ahahaha.. kan baru smlm kita borak, teruih mai idea nak tulis entry movie neh.

    yeap! AADC memang sangat besh. tambah plak lagu lagunya yang sangat da bomb tu. memang meletop!

    nak wat entry? err.. komen ni pun dah cam entry je. :p

     
Post a Comment
<< Home
 

Beben

 

Beben, sebuah blog yang baik dan setia. Tak penah menyakiti aku tapi sentiasa rela untuk disakiti. Tidak berjantina dan tidak bernyawa. Sangat pendiam dan sangat memahami. Kalau rasa penulisan aku di sini kurang enak bagi kalian, bolehlah klik butang X belah kanan atas browser anda. Datang tak berjemput, pergi juga tak dihalau. oh yea, did i tell y'all that i hate stalkers? so, please back off. Mekasih.

 

If God wanted us to talk more than listen, He would have given us two mouths rather than two ears.

~Ken Blanchard ~

 

Best viewed with

Photobucket

Cepotet

Photobucket

 

Me, Myself & I

I am just a simple girl with a simple life. I love nobody except my Mak, Abah and my family. Simplicity is the new complex.

Photobucket


email untuk perkara yang penting je. kalau rasa tak penting, sila jangan email. pasti tidak akan dilayan. saya bukan artis mahupun superstar.

Bla.. Bla.. Bla..

Reminder