marbeles! percutian selama 2 hari 1 malam yang cukup simple tapi membahagiakan. selain dapat menenangkan pikiran yang gundah gulana, dapat jugak berkencan dan berlibur bersama para sahabat yang besh dan da'bomb. memang terbaik!
Sabtu, 26 Jan'08
bangun awal pagi (memang sungguh awal pagi), kumpul semua pakaian kotor untuk dibasuh pehtu mandi. kul 9 tepat, aku dah ada kat opis. tapi, keja cam malas keja je. tengah time keja tu, aku boleh pi antar keta pi cuci kejap pehtu sempat plak singgah shopping kat Guardian ngan Elle. alaaa, ari sabtu biasanya tak bz sangat. lagipun, aku amik half day leave. kiranya datang keja tu wat syarat je la. ngeee..
tepat pukul 1 tepat juga, aku dah sampai kat depan pintu opis. tak sabaq nak balik rumah. punya la excited aku kali ni. sampai umah, mandi manda kejap. pehtu kemas beg, kemas bilik (cam nak gi bercuti lama sangat je) and gerak ke Sri Kembangan, ke umah izah and mala.
sepanjang jalan dari Damansara - Sri Kembangan tu, hati aku dok menyanyi nyanyi syok. jalan jammed pun aku rilek ja. memang ajaib sungguh. kalau hari biasa, keta banyak sikit je kat jalan, aku dah menyampah. tapi kali ni, memang aku baik sungguh.
sampai Sri Kembangan, mala ngan alin lom sampai. masih kat area sunway. izah pun baru on the way back from MidValley. so, aku pusing pusing dulu kat area taman tu. dasat sungguh aku punya over excited kali ni. tuan umah lom ada, aku dah terpacak depan pintu umah derang. dasyat kan? hikhik.
after 45 mins, izah sampai. dan izah telah mengupah aku Iced Cafe Latte from San Francisco kerna menjadi mak guard kat depan umah selama hampir sejam. thanks bebeh. *kenyit*
few minutes later, mala and alin pun sampai. dan kami telah membaham J-Co donut secara berjemaah. memang lapaq gila wei. dari pagi aku tak makan. aku lupa sebab over-excited sangat nak pi Bagan Lalang. ahahahaha. mekasih mala and alin for the donut. sangat yummy!
and tak sampai setengah jam, zura and cik su sampai. dan yang terakhir, nana pun sampai bersama ____ (sila isi tempat kosong). *sengih kat nana*
lepas maghrib, kami bertolak ke bagan lalang menaiki wiwit (kenari putihku) and abe TAM (MyVi oren cik su). sebelum bertolak, singgah secret recipe Taman Equine kejap. beli kek utk surprisekan Nana and Cik su sempena besday derang pada 18 & 19 Januari lepas.
untuk wiwit, izah jadik driver. sebab dia mahir tentang jalan ke Bagan Lalang. dan beliau juga seorang adik kepada pelumba kereta (suatu masa dulu). maka, bakat memandu laju abangnya telah turun kepada adiknya ini. dan sepanjang jalan, hujan turun dengan sangat lebat dan menjadikan perjalanan kami sedikit perlahan.
sampai Hotel Seri Malaysia dalam pukul 8.32pm, check in bilik kejap then terus gerak ke Pantai Bagan Lalang untuk sessi melantak. tapi, seperti yang dijangkakan, malam minggu, ofkos la penuh dan ramai kan. jadik, kami kena daftarkan nama dan tinggalkan no phone dulu kat kaunter dan balik ke hotel semula. masuk bilik, plan nak wat surprise untuk cik su and nana kat pool tapi nana tak sihat. so, surprise terpaksa dibuat kat dalam bilik hotel je. walaupun simple tapi kami harap cik su and nana hepi. sorry eh kalau tak brape surprise. yang penting, kita bahagia kan?
thanks untuk izah and nana untuk adiah besday yang tak disangka tu. nana belikan kerongsang untuk izah, mala and cik su dan teddy bear comel kaler pink untuk aku. sangat cumel!
dan izah belikan kami sorang sebuah bukuuntuk aku, mala, cik su and nana. cik su dapat buku Magnet Cinta(sesuai untuk cik su yang masih mencari cintanya), Nana dapat buku Dear Diary(sesuai untuk seorang cikgu seperti nana ni) and buku aku dan mala adalah buku motivasi on Losing Weight(sesuai sangat untuk kami yang semakin menggemok ni) mekasih bebeh!
lebih kurang kul 10 malam, tokey kedai tu call sebab meja untuk kitaorang dah dapat. sampai sana, dimulakan dengan sessi pilih memilih lauk, disusuli dengan sessi bergambar sambil menunggu makanan siap. perut masa tu, toksah cakap la kan. pakat dok berkeroncong lagu untuk ana la time tu.
lapar! malam tu, kami bukan boleh dikategorikan sebagai menjamu selera dah. kami gelarkan kami ni, buruk lantak. tapi, buruk lantak yang comel oke. antara lauk pauk yang kami order, ikan pari & ikan terubuk bakar, ikan kerapu masak 3 rasa, siput pepahat masak sambal, udang masak masam manis, ketam masak cili, lala masak sup serai, sotong goreng tepung, tom yam campur, sayur kailan ikan masin, sayur campur, jus tembikai satu jag, jus oren satu jag and air suam satu jag. dan jumlah makanan malam itu ialah RM317.00 untuk 6 orang makan. semuanya 7 orang tapi nana kurang sihat dan tedo je dalam keta. sian nana. next time kita gi lagi k?
abis makan, dalam kul 12 lebih camtu. (agaknya lah. aku dah malas nak tengok jam dah) selesai sessi membayar, gerak balik ke hotel. perut memasing dah penuh cam ikan kembung. sangat kenyang.
sampai hotel, salin pakaian and memasing dah mula nak melelapkan mata. nana, mala and cik su layan baca buku. izah layan main puzzle sambil layan aku dengar lagu dari iPod. alin, camerawoman, layan snap gambar. and zura, aku tak sure wat ape. kamu watpe eh zura? gayut eh? tak perasan plak. *musykil*
kul 1 lebih, semua dah terlelap. zZzZZzZzzz..
Ahad, 27 Jan'08
bangun pukul 7 pagi. sambung tedo tedo ayam jap and bangun bersiap untuk gi swimming pool.
izah, mala, cik su, zura and alin gi mandi manda and sambil makan kek choc indulgence kat pool. nana ngan aku plak gi brekpes kat cafe. dan selepas 2 bulan tak makan nasi lemak, kali ni, aku makan nasi lemak sebagai brekpes. abis makan, kitaorang gerak ke pantai beramai ramai sebab swimming pool dah penuh ngan kanak kanak serta ibubapa mereka.
sampai pantai, singgah beli nasi lemak and teh tarik untuk bebeh yang blom brekpes. buat satu bulatan dalam kumpulan and brekpes beramai ramai kat tepi pantai berlantaikan pasir pantai yang sangat besh sambil borak.. borak.. dan borak. dan seperti biasa, alin meneruskan tugasan beliau sebagai camerawoman yang berkakilebar berkaliber. credit to alin untuk sume gambar gambar tu.
dalam kul 10 pagi, gerak balik ke hotel. tunggu turn untuk mandi and berkemas untuk balik. sambil tunggu turn, sempat lagi berposing dan bergambar dengan aksi aksi yang sangat lawa. paling besh, klip video untuk lagu Pagi Yang Gelap. memang sangat da'bomb tau!
tepat kul 12 tengahari, check out dari hotel and gerak ke Kedai Kekabu. memasing pakat pulun beli bantal kekabu. memang banyak gak. penuh keta memasing ngan bantal kekabu. and aku beli satu bolster kecik and satu bantal tedo. pasti lena tedo aku malam ni. (macam la selama ni tak lena) huhuhu..
lepas tu, gerak ke Kerepek House plak. memasing telah berjaya meng'kaya'kan brader kedai tu dengan memborong kerepek dengan banyak sekali. err.. aku rasa aku yang paling banyak beli kan? ihiks!
selesai memborong kerepek, terus gerak balik ke Sri Kembangan. sepanjang perjalanan, nampak banyak ladang ladang dragon fruit kat tepi tepi jalan. syok sangat tengok. and singgah kat satu ladang ni untuk beli buah dragon fruitnya. aku takde la gilakan sangat buah ni tapi aku sangat teruja sebab kaler pink dragon fruit tu sangat cantik. jadik, aku telah membeli dua bijik buah dragon fruit tersebut sebagai kenang kenangan. bleh gitu? *sengih jelir lidah*
sampai LEP dalam lebih kurang pukul 2. aku, nana and zura gi ke Jaya Jusco Taman Equine jap sebab Nana nak beli beberapa barangan pesanan from her sister in law sementara izah and mala memasak kat umah. cik su and alin, korang tolong ke memasak tu. *peace*
pukul 3 petang, lunch beramai ramai hasil air tangan izah and mala. ikan selar goreng, telur dadar, ikan bawal masak stim and sambal sotong. sangat sedap! then, izah and mala gi antar nana ke komuter. nana nak balik jb naik bas kul 5 petang.
aku, lepas makan, terus terlelap depan tv sampai kul 6 petang. zura and cik su dah balik taman tun.
trip kali ni sama seperti percutian yang lepas lepas. mungkin sesetengah orang akan anggap ini hanyalah percutian yang biasa tapi peduli apa aku dengan semua orang tu. bagi aku, percutian bersama bebeh sentiasa besh. tak penah tak besh. aku sayangkan bebehku semua. sungguh!
sekian kisah holiday singkat saya. apapun yang berlaku sepanjang holiday bebaru ni, sedikit sebanyak telah menenangkan jiwa aku. walaupun aku punya banyak kisah duka lara yang belum pulih, tapi aku tetap bahagia ngan sahabat aku sekalian. aku bangga sebab aku tak menipu diri aku sendiri. kalau aku bahagia, memang aku akan kelihatan bahagia. begitu jugak dengan tiap cakaran aku. tapi, kalau tetiba ada cakaran yang ala ala melankolik tu, maknanya memang aku tengah berduka lara la namanya tu. aku takkan pretend untuk jadik sebaliknya. never!
maaf, tiada gambar dalam percutian kali ni kerna semua gambar ada pada kamera izah. aku blom beli kamera baru. masih dalam pengiraan sama ada nak beli atau tidak. hikhik. lagipun, watpe publishkan gambar kami bebanyak dalam ni. hanya kami je yang tahu aksi buruk lantak dan tak perlu nak lontarkan semua aksi aksi cumel kami dalam ni. kang ramai plak jatuh cinta. har har har.. *perasan*
insyaAllah, next trip, kami akan ke Terengganu plak. moga, tahun 2008 ni hanya akan dipenuhi dengan percutian yang indah indah sahaja.
March - Langkawi wif Family May - Melaka wif officemate and Terengganu wif bebeh July -Bandung wif bebeh (insyaAllah eh korang..)
sekarang semua boleh masuk tedo kerna aku pun sudah mau masuk tedo. selamat malam.
selingan : tadik tengok AJL. tengok kat umah je with acik. pagi tadik, kak wan call. dia offer aku tiket VIP untuk AJL. dia suruh aku ajak partner. tapi, aku malas. memikirkan nak kena jalan ala ala gadis ayu kat red carpet tu dan mengenangkan nak kena cari baju ala ala glamor semata mata untuk AJL, memang kirim salam je la kan. jadik, aku telah menolak perlawaan kak wan itu dengan baik. lenkali, kalau sapa sapa suka nak gi tempat tempat camtu, bitau aku awal awal eh. kalau ada tiket terjun camtu, leh la aku pass kat korang. huhuhuhu..
masa tengok AJL tadik, aku tetiba rasa syahdu bila lagu Faizal Tahir orang lain yang nyanyikan. lagu Mahakarya Cinta tu adalah salah satu lagu yang Mr F kasik kat aku masa akhir akhir hubungan kami. dan walaupun aku takde la minat sangat kat Faizal Tahir tu, tapi aku rasa cam tak adil gak la orang nak hukum dia sampai camtu. punyalah ramai lagi artis hampeh kat Malaysia ni, nape nak hentam dia sampai camtu sekali? cam la derang tak penah wat salah. www.sungguhtakpaham.com.my.
ok, stop! kang aku komen lelebih kang, aku plak yang kena banned. hakhakhak.
aku mau tedo.
dulu, tiap malam, sebelum tedo, Mr F selalu sebut ayat ni before letak phone..
sweet dream, sleep tight. dun let the bed bug bite you, only me can bite you. oh, i miss him!
Beben, sebuah blog yang baik dan setia. Tak penah menyakiti aku tapi sentiasa rela untuk disakiti. Tidak berjantina dan tidak bernyawa. Sangat pendiam dan sangat memahami. Kalau rasa penulisan aku di sini kurang enak bagi kalian, bolehlah klik butang
X belah kanan atas browser anda.
Datang tak
berjemput, pergi juga tak dihalau. oh yea, did i tell y'all that i
hate
stalkers? so, please back off. Mekasih.
If God wanted us to
talk more than listen, He would have given us two mouths rather than two
ears.
~Ken
Blanchard ~
Best viewed
with
Cepotet
Me, Myself & I
I am just a simple girl with a simple life. I love nobody except my Mak, Abah and my family.
Simplicity is the new complex.
email untuk perkara
yang penting
je. kalau rasa tak penting, sila jangan
email. pasti tidak akan dilayan.
saya bukan artis mahupun
superstar.
erniiiiii!!!
mane gambo percutian? isk isk.. apo ni percutian tanpa gambo ke?
wahliaoooo nak mai terengganu ke?
buleh ler jumpe farah :D