aku sakit sakit di sana sini. ni kompem sebab aku gi massage aritu.
3 hari lepas, department opis aku upah tukang urut dari Spa Bali mana ntah datang ke opis untuk massage secara percuma kepada semua staff. aku pun, apa lagik, haruslah tak lepaskan peluang. masa memula aku tengok kengkawan aku kena urut, wuu.. cam takut je. krak sana.. krak sini. tapi, bila aku buat, phew, sedap gila.
tapi, lepas sehari aku berurut tu, terus sakit sakit badan aku wei. rasa macam baru lepas kena rotan. nak galas handbag pun sakit. nak usung beg laptop pun seksa. haaa, bayangkan. adeh, bila la nak baik sengal segala ni ek?
eh, korang perasan tak? tiap kali kita nak menulis, apa yang kita plan nak tulis tu kenkadang mesti jadi cite lain. contohnya, macam aku. aku takde pun plan nak tulis pasal kisah massage tu tapi tetiba kuar plak cite pasal massage. ke korang takde jadi camtu?
oh, ok, sebenarnya, aku nak cite pasal ni. aritu kan, aku bosan. kak wan ajak dinner kat umah beliau. makan nasik bersama ikan terubuk masak assam pedas. puh, yummy abis.
sementara nak nunggu kak wan memasak tu, aku dok la layan cite Mean Girl. aku aku tak tolong pun. kak wan tak kasik. rimas katanya kalau aku pun dok nyebuk kat dapur. bagus la pun. aku memang malas pun masa tu. hahahaha.
memula aku nengok cite Mean Girl ni cam bosan je, so aku pun main la game kat henpon. PSP aku entah ke mana ntah aku letak. so, henpon pun jadilah. tapi, tengah aku syok main, tetiba abang Bai dok main missed call kat henpon aku. bila aku call balik, beliau tanak angkat.
kalau korang, marah tak? ok, aku takde la marah sangat sebab aku tau tujuan derang ni sebab nak dengar caller tunes dalam henpon tu. tapi, aku tetap balas dendam. aku send aku sms kat Idora, Ieta, Hasnor, Azmer, Ananda, Amee, Addie, Rizal, Adeline, Jack ngan Winnie.
aku tulis - abang Bai suruh call. urgent!
dan, sejam lepas tu, abang Bai call aku balik,
oooo.. tet kenakan abang ek? jaga esok ko datang opis. (sambil gegelak)
muahahahaha. akhirnya, aku berjaya. lepas aku send sms tu kan, semua orang yang dapat sms aku tu pakat call abang Bai. dia pun terpinga pinga sebab nape ramai orang call beliau.
esoknya, bila aku sampai opis, abang Bai cite kat aku.
memula. Ieta call.
abang kenapa? kenapa apa? abang suruh saya call kenapa? bila masa pulak? siapa cakap? cepotet send sms kata abang suruh call. ahahahaha. setan budak tu.
pehtu, Idora.
yea abang, kenapa yea? kenapa ape yea? abang pesan kat cepotet suruh saya call. kenapa yea? ahahahha. awak pun dapat sms tu? dia saja nak kenakan abang la kot.
kemudian Hasnor call. Hasnor lagi kelakar. beliau call abang Bai tapi tak dapat pehtu beliau call aku. aku gegelak dah masa tu tanya nape. dia tanya balik kenapa abang Bai suruh dia call. aku cakap la tatau. pehtu, lepas dah beliau cakap ngan abang Bai, beliau send aku sms kata nak remove TS22 aku. muahahahahahaha.
*TS22 - tagging dalam profile sistem yang membolehkan pengguna untuk menghantar sms.
oh, memang kelakar jugak la masa abang Bai cita tu. sakit perut aku gelak. haaa.. tu la. sapa suh memain ngan aku lagi. ekkekekeke. sib baik abang Bai ni sporting. dan mujur jugak aku adalah antara adik kesayangan busuk masyam derang. ceyy.. perasan.
alah, aku ni pun sebab call ngan sms free yang buat aku bleh nak memain cam gini. kalau kena bayar, kirim salam je la. hikhik.
dan..
tadi aku bosan teramat, aku buat plak kat yonna. aku send sms kat awin, chika, cemut, nemo ngan hummy. tapi, tak berapa menjadik plak. boleh semua pakat sms aku plak tanya apsal. tapi, tetap besh jugak. gelabah yonna dibuatnya. miahahahaha.
Beben, sebuah blog yang baik dan setia. Tak penah menyakiti aku tapi sentiasa rela untuk disakiti. Tidak berjantina dan tidak bernyawa. Sangat pendiam dan sangat memahami. Kalau rasa penulisan aku di sini kurang enak bagi kalian, bolehlah klik butang
X belah kanan atas browser anda.
Datang tak
berjemput, pergi juga tak dihalau. oh yea, did i tell y'all that i
hate
stalkers? so, please back off. Mekasih.
If God wanted us to
talk more than listen, He would have given us two mouths rather than two
ears.
~Ken
Blanchard ~
Best viewed
with
Cepotet
Me, Myself & I
I am just a simple girl with a simple life. I love nobody except my Mak, Abah and my family.
Simplicity is the new complex.
email untuk perkara
yang penting
je. kalau rasa tak penting, sila jangan
email. pasti tidak akan dilayan.
saya bukan artis mahupun
superstar.
best jugak tektik kenakan orang macam ni ya... hehe...