along cakap aku dah semakin gemok. acik pun cakap muka aku makin mem'bengkak'. syuhada kata aku memang dah kena diet semula. dan aku pun semakin risau bila dagu aku dah mula berlapis. huhuhu.. scary movie ok.
ha, ko cuba kira. tu baru adik beradik aku yang cakap. kengkawan kat opis aku plak, entah berapa ramai dah yang tegur. siap nak jadi pakar pemakanan aku plak tetiap hari. memang la bagus dapat kengkawan camni kan?
tapi, masalahnya, bila aku tanak makan, jenuh pulak derang ni dok membebel bebel kat tepi telinga aku. konon takut aku gastrik la, migrain la, perut masuk angin lah. memacam lagi penyakit watsoever yang derang sebutkan tapi aku malas nak ingat sebab aku malas nak amik kisah.
paling besh, Jumaat lepas, aku cuma brekpes air susu kocak. pehtu, waktu lunch, aku bedal sepotong buah betik. disebabkan itu, tak pepasal aku kena bebel secara percuma dengan orang orang kesayangan aku kat opis nun. aduhai. ni dah ape ke hal nye pulak kan. kejap suruh diet tapi bila tak nampak aku pegang makanan, dah kecoh kecoh cam aku dah nak mati esok. aku pun kompius. derang ni nak suruh aku diet ke tak ni?
ok, katakan engkau risau aku tak makan nasi kat opis. tapi korang takde pun tanya aku makan nasi tak kat rumah nanti? yes, saya makan nasi malam tu pada pukul 6 petang bersama acik. korang takde tanya pulak kot aku ada ke tak duit nak makan? walaupun la korang tak penah nampak aku sengkek gila sampai tahap tak mampu nak beli makanan tapi for the sake of asking, tanya je la kan. kot la aku saje tanak makan sebab nak bajet duit ke apa. tapi tak. tetap la bebel bebel bebel bebel. sampai nak pecah gegendang telinga aku. haih.
eh, tapi aku bukan marah pun. aku tau korang concern. aku suka orang concern kat aku tapi aku tak suka orang bebel kat aku. lenkali, instead of nak bebel bebel sebab aku tanak makan, baik korang belikan je aku makanan yang lazat lazat kasik aku makan. kalau setakat bebel kosong, buat abis air liur je. bukan perut aku yang kenyang tapi telinga aku yang bernanah.
ok, sekian terima kasih.
psstt.. sebenarnyakan, beberapa minit sebelum aku menaip kat blog beben ni, aku baru je lepas melantak sepinggan nasik bersama sambal belacan disertakan dengan kicap dan telur dadar. fuh, meletops! haks.
Beben, sebuah blog yang baik dan setia. Tak penah menyakiti aku tapi sentiasa rela untuk disakiti. Tidak berjantina dan tidak bernyawa. Sangat pendiam dan sangat memahami. Kalau rasa penulisan aku di sini kurang enak bagi kalian, bolehlah klik butang
X belah kanan atas browser anda.
Datang tak
berjemput, pergi juga tak dihalau. oh yea, did i tell y'all that i
hate
stalkers? so, please back off. Mekasih.
If God wanted us to
talk more than listen, He would have given us two mouths rather than two
ears.
~Ken
Blanchard ~
Best viewed
with
Cepotet
Me, Myself & I
I am just a simple girl with a simple life. I love nobody except my Mak, Abah and my family.
Simplicity is the new complex.
email untuk perkara
yang penting
je. kalau rasa tak penting, sila jangan
email. pasti tidak akan dilayan.
saya bukan artis mahupun
superstar.