bebaru ni, seorang rakan lama menghubungi aku. dah lama sangat tak dengar berita dari beliau. agak terkejut jugak. kenapa setelah sekian lama baru sekarang nak telefon? lepas mendirikan rumahtangga, terus sunyi sepi. rupanya, beliau mengalami masalah yang agak kritikal. mungkin panggilan itu dibuat kerana beliau memerlukan sepasang telinga untuk mendengar keluh kesahnya. kasihan beliau. beliau baru sahaja berpisah dengan bekas suaminya. dan lebih kasihan bila hak penjagaan anak menjadi isu antara beliau dan suami.
eh, kenapa pihak lelaki kena berebut dengan para isteri tentang hak anak ni yea? bagi aku, selagi keadaan si isteri masih waras dan tidak mendatangkan kemudaratan pada si anak, apa la salahnya kalau si suami beralah. tak pikir ke betapa teruknya si isteri mengandungkan anak tu selama 9 bulan? kendong ke sana ke mari. tak cukup dengan tu, masa nak bersalin plak, lagi lah seksa. tu pun tak boleh nak consider ke? kalau setakat alasan takut rindu sebab tak boleh nak jumpa anak selalu, huh, boleh blah.
jangan cepat kesian
angah, henpon acik ni rosak lah. sms takde masuk.
alahai, ye ke? nah, amik henpon angah ni try sms kat henpon acik. tengok boleh ke tak.
kahkahkahkah. angah.. angah. acik memain je la. sebenarnya henpon acik tak rosak tapi memang takde orang hantar sms pun.
kau memang penjahat. bunguks. aku benci sama kau!
pengajaran: jangan cepat kesian dengan orang nanti diri sendiri yang rugi. aku benci sama kau acik. jangan tegur sampai esok pagi kecuali temankan angah ke pasar. tapi, tetap sayang acik macam selalu. mekasih.
mood berterabur
mood aku sejak akhir akhir ni sangat berterabur. kejap aku akan sedih, kejap aku akan gembira dan kejap aku akan rasa nak marah.
bila sedih tu, biasalah, kompem air mata akan keluar punya. tapi semua ni aku dah berjaya atasi sikit demi sikit. ye la kan, dah besar ni, kena la belajar kurangkan nangis. esok lusa bila dah kawin, kalau ada masalah sikit, takkan nak nangis je kat umah mentua. err.. saya tanak la menetap umah mak mertua plak kalau dah kawin nanti. opsss..
tapi pelik. bila tengah sedih, terselit jugak sikit rasa gembira. rasa ala ala bunga bunga di hati. err.. macam rama rama terbang di taman tu. riang ria je. hiks. ayat gatal sungguh.
rasa nak marah? hmm.. takde la marah apa. cuma tak suka orang busy body. semua benda pun nak amik tahu. paling menyampah bila semua benda nak ditunjuk pandai. tak perlu nak membebel kalau benda dah nak jadik. bak kata omputih, what past is past. if a problem can be solve, no need to worry about it. but if a problem cannot be solved, what is the use of worrying? argh, saje je la ko suka nak kepochi. besh agaknya kot kan? huhuhu.
pelat budak kecik
masa aku bukak blog chika tadi, anak buahku, Danial pun sebuk nak tengok jugak. tetiba beliau cakap,
ngah, men caca awan. men caca awan. - Danial cakap
err.. ape tu Danial? men caca awan tu ape? - aku blur sebab tak paham
ultraman lawan raksasa la tu - acik menyampuk.
terus gelak kitaorang satu umah. sebab, memang chika ada letak pasal ultraman lapan ringgit beliau dalam latest entry tu. cumanya, susah betul nak paham apa Danial cakap. construct ayatnya tak betul.
antara ayat ayat yang menggelikan hati.
Ju kai Nil - Baju pakai Nil. patutnya, Nil pakai baju.
camne nak ajar tu ek? any idea? oh, umur beliau adalah almost 2 years.
eh, dah kenapakah dengan badan aku ni? gatal kaki tangan abis segala. dah merah sana sini aku menggaru. nak kata tak mandi, baru petang tadi aku mandi lepas balik keja. isk, tedo lagi bagus. tunggu orang tu call, takde pun. nyampah!
Beben, sebuah blog yang baik dan setia. Tak penah menyakiti aku tapi sentiasa rela untuk disakiti. Tidak berjantina dan tidak bernyawa. Sangat pendiam dan sangat memahami. Kalau rasa penulisan aku di sini kurang enak bagi kalian, bolehlah klik butang
X belah kanan atas browser anda.
Datang tak
berjemput, pergi juga tak dihalau. oh yea, did i tell y'all that i
hate
stalkers? so, please back off. Mekasih.
If God wanted us to
talk more than listen, He would have given us two mouths rather than two
ears.
~Ken
Blanchard ~
Best viewed
with
Cepotet
Me, Myself & I
I am just a simple girl with a simple life. I love nobody except my Mak, Abah and my family.
Simplicity is the new complex.
email untuk perkara
yang penting
je. kalau rasa tak penting, sila jangan
email. pasti tidak akan dilayan.
saya bukan artis mahupun
superstar.
ahahahaha!
kiut btol~