Photobucket

Click Click Click

Previous Post
The Archives
The Bloggers

Credits

hit counter
Clicky Web Analytics

Photobucket

Photobucket

Sunday, November 23, 2008
Layan Tag Di Hari Ahad Yang Bosan

bosan lah hari Ahad ni. nak suruh tedo, aku dah banyak tedo semalam. nak suruh aku kuar, gaji lom masuk lagi.

jom layan tag lah. aku tatau tajuk tag ni tapi aku telah di tagged oleh Nad ngan Sis Mya.

Name: kena letak nama sebenar ke ek? panggil je Cepotet.

Sisters: 4 orang. 1 kakak 4 adik

Brothers: 4 orang jugak. takde abang, semua adik.

Shoe size: kenkadang 8, kenkadang 9, kenkadang 10, kenkadang 11, kenkadang 12, kenkadang 13. entah mana yang bukan kenkadang pun tatau. ngeee..

Height: 154cm. aku pendek je lah.

Where do you live: Damansara.

Have you ever been on a plane: Pernah. Memula kan, macam jakun woo aku. Sib baik Izah bebeh duduk sebelah. Dah macam seorang kakak je Izah melayan dan mententeramkan aku. Hiks.

Swam in the ocean: Aku takut mandi laut sebenarnya tapi aku suka main kat tepi pantai. Tapi ala ala berenang manja tu ada la. Masa gi Pulau Redang dengan bebeh bebehku dulu.

Fallen asleep at school: Kekekekeke. Mustahil la tak penah. Aku kan Ratu Tedo. Masa sekolah SMKASAS dulu, tersengguk sengguk dalam kelas tu perkara biasa. Kalau tanak kasik ngantuk, aku akan nengok gelagat orang lain plak tersengguk sengguk. Kompem ilang ngantuk sebab gelihati. Itu pasal lah aku tak masuk apa yang cikgu ajar kat depan. Hikhik.

Broken someone’s heart: Penah. Do u believe in karma? Wut you give, u get back. Huhuhu..

Fell off your chair: Hmm.. macam tak penah je. A'ah, tak penah.

Sat by the phone all night waiting for someone to call: Penah. Sampai termimpi mimpi. Ah, itu suatu ketika dulu lah.

Saved e-mails: Penah. Siap aku ada folder khas email dari beliau.

What is your room like: Tengoklah gambarajah yang disediakan.

bulan lepas


bulan ni


What’s right beside you:
Lihat gambarajah di bawah.


What is the last thing you ate: Kerepek pisang. Ada orang berkenan kat adik aku pehtu dia belanja kerepek pisang. Ada gak orang mengorat belanja kerepek pisang ek?

Chicken pox: Penah. Standard 3. Mula Along kena. Pehtu Adi kena. Pehtu aku plak kena jangkit. Sian woo mak. Jenuh nak jaga kitaorang yang sakit ni pehtu nak jaga lagi adik adik aku yang kecik kecik tu. Lastnya kitaorang berkampung kat umah Opah je. Tokwan la sebuk ke sana sini naik beskal gi carik daun semambu ngan air kelapa. Oh, aku beruntung ada mak abah and opah dan tok wan yang besh. Alhamdulillah. Eh, aku ada parut tau satu kat muka. Cis.

Sore throat: Penah.

Stitches: Kalau operate gigi bongsu pehtu kena jahit tu dikira jugak tak? Ha, tu penah sekali. Pehtu sekali masa kejadian hari cuti buruh sedunia sekali. Oh, sedih.

Broken nose: Tak penah.

Do you Believe in love at first sight: Entah. Tak penah alami. Uceh.

Like picnics: Sooooooookaaaaaaaaaa sangat.

The last person you danced with: Acik. Dok paksa paksa aku nyanyi lagu Cinta Hello Kitty dari awal sampai akhir. Sambil nari nari plak tu. Pehtu, sambung lak main Ola Oli. Korang tau? Ola Oli, diberi nama, saudari saudari, cikkebom, cikkebom.

Last made you smile: Acik jugak. Dia hangin bila aku dok tanya soklan tag ni kat beliau. Acik cakap, "tu semua tentang angah apsal plak acik yang kena jawab?" Hahahaha.

You last yelled at: Kat diri sendiri. Aku memang suka jerit kat atas katil kalau tengah kebosanan. Mental ek? Kikiki.

Today did you…to someone you like: Ni ape soklan tak abis ni? Kalau exam, dah dapat markah bonus dah.

Kissed anyone: Alah, selalu. Mak aku of course. Adik bradik pompuan aku. Kenkadang, kat shopping mall, kuar reramai pun aku kiss derang. So wut?

Get sick: Of course lah!

Talk to an ex: Oh, ada. Tapi lama dah takde cakap. Semalam beliau sms saya beritahu beliau dapat anak sedara baru yang ke-9. Aku baca sms tersebut and delete.

Miss someone: Hmm.. ada la sisa sisa rindu tu lagi.

Who do you really hate: Oh, of course penyebuk, kaki bodek, lalat, cacing kerawit, cacing tanah yang suka masuk blog ni pehtu printkan segala apa yang ada dalam ni pehtu gi spread rumours bebukan pehtu rosakkan family orang. Oh, aku tau korang dok datang baca lagi kan? kan? kan? Hahahaha.

Do you like your hand-writing: Kenkadang aku rasa suka. Kenkadang aku rasa menyampah. Apakah?

Are your toe nails painted: Nak mampus? Kot rasa nak makan sup penampar ngan mak, boleh la..

Whose bed other than yours would you rather sleep in: Entah. Kalau aku ngantuk, aku belasah je tedo memana. Tapi, kena la bersih. Kalau dah cam sarang *tut*, tak nak la.

What color shirt are you wearing now: White.

Are you a friendly person: Dah kenal ye kot. Kalau lom kenal, jangan harap. I'm not an approachable person i tell you.

Do you have any pets: Ada. Ular, Itik, Beruang, Monyet. Semut. Tengok la gambarajah kat bawah ni.

diri sendiri tak terbela mana leh bela pets.
sian derang nanti. hiks.


Do you sleep with the TV on: Kenkadang. Suatu masa dulu la. Sekarang aku dah tau betapa tak bagusnya membazir, jadik tak buat dah. Korang ingat senang ka nak carik duit bayar bil api?

What are you doing right now: Dok buat tag ni la. Tak sabar tunggu bila nak abis. Aih, panjang btol.

Can you handle the truth: Aku prefer orang bitau terus terang atau tanya dedepan dari cakap belakang. Kalau nak mengata kat belakang, pehtu aku tau dari mulut orang lain, mampus la ko situ. Ko mintak maaf pun aku lom tentu maafkan ko. So, janganlah carik pasal sama aku. Bagi aku, senang je. Ko nak tau, ko datang terus tanya. Ko tak puas ati, ko datang terus cakap. Menipu seseorang bagi aku sama semacam ko anggap orang tu bodoh. Tak tau apa apa. Dan aku bukan orang bodoh ko nak tipu. Oh, did i tell u that my ex always said that I am a smart person? Eh? Tetiba. Hiks.

Are you closer to your mother or father: Mak ngan Abah. Love them soooooooo much!

Do you eat healthy: Hahahaha. Tak.

Do you still have pictures of you & your ex: Ada. Saja simpan. Nak tengok collection banyak mana aku ada. Ptuiihhh! Kalau break secara baik dan dia pun takde kaco idup aku lepas tu, aku simpanlah. Kalau break secara kejam pehtu ada cita citi buruk pasal aku, bukan aku bawak gi bomoh gambo derang, tapi aku akan bakar sekali siap dengan semua hadiah pemberian derang. Puas ati!

If you’re having a bad day, who are you most likely to go to: Masuk bilik. Nangis sensorang atas katil. Kalau adik bradik aku perasan, derang mesti datang pujuk. Kalau tak, aku meroyan la situ. Biasanya, Acik yang rajin pujuk aku.

Are you loud or quiet most of the time: Depends. Kenal dulu baru tau kot. Susah nak explain.

Are you confident: Tengok keadaan gak.

5 things I was doing 10 years ago: Umur 15 tahun. Dok pulun study nak PMR. Stay up memalam kat depan bilik sakit (kat situ yang ada lampu pun) pehtu curi curi makan Maggi. Ngadap muka warden sebab rosakkan public phone hostel (ingat tak Jat?). Masuk sukan rejam lembing wakil sekolah untuk Majlis Sukan Sekolah Antara Daerah (MSSD) tapi kalah. Hiks.

5 things I would do if i were a billionaire: Settlekan hutang. Kasik kat mak, abah and adik beradik. Belanja kengkawan. Beli segala keperluan yang aku nak. Bukak kedai kek.

5 of my bad habits: Kuat nangis. Kuat gelak. Kuat makan. Kuat Tedo. Kuat berbelanja.

5 places I’ve lived/living: Parit Buntar. Taiping. Bota. Taman Tun Dr Ismail. Damansara.

5 things I feel grateful: Aku adalah aku. Ada mak dan abah. Ada adik dan kakak. Ada pekerjaan. Ada sahabat susah senang.

5 people I would like to tag: takde sape. sebab aku tau tag ni dah lama dan ramai blogger dah buat.


Fuh. siap jugak akhirnya. Buat tag ni je, terus ilang bosan. Malas plak yang datang. Tag yang lain tu, nanti aku buat ek?

Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 6:00 PM  

2 Comments:
Post a Comment
<< Home
 

Beben

 

Beben, sebuah blog yang baik dan setia. Tak penah menyakiti aku tapi sentiasa rela untuk disakiti. Tidak berjantina dan tidak bernyawa. Sangat pendiam dan sangat memahami. Kalau rasa penulisan aku di sini kurang enak bagi kalian, bolehlah klik butang X belah kanan atas browser anda. Datang tak berjemput, pergi juga tak dihalau. oh yea, did i tell y'all that i hate stalkers? so, please back off. Mekasih.

 

If God wanted us to talk more than listen, He would have given us two mouths rather than two ears.

~Ken Blanchard ~

 

Best viewed with

Photobucket

Cepotet

Photobucket

 

Me, Myself & I

I am just a simple girl with a simple life. I love nobody except my Mak, Abah and my family. Simplicity is the new complex.

Photobucket


email untuk perkara yang penting je. kalau rasa tak penting, sila jangan email. pasti tidak akan dilayan. saya bukan artis mahupun superstar.

Bla.. Bla.. Bla..

Reminder