Lokasi: Rumah Ibubapa Zura di Senawang, Negeri Sembilan Tarikh: 24 Mei 2009 Masa: Antara pukul 1pm - 3pm
Zura Bebeh's DaySila sorrykan saya sebab banyak gambar agak blur dan kurang pencahayaan. Ni kes salah setting kamera la ni. Baru belajar katakan. Cewaahhh.. Pehtu plak, bateri kamera telah kehabisan semasa separuh jalan asyik masyuk men-snap picca. Gambar ni sume pun campur aduk yang diambil ngan kamera dan jugak from henpon.
More great photos snapped by Izzie @ Izzah bebeh. I wish sangat kalau my kamera boleh guna batery Enegizer. Confirm akan ada battery spare dalam handbag untuk ke sana sini. Huhuhu..
Puan Zura bersama bakal puan puan 2009, Mala, Izzah and Nana. Ikut turutan nampak? Hiks. Masa kitaorang sampai, pengantin tengah makan beradap. Takde malu segan terus gi peluk cium rindu dendam ucap tahniah apa bagai kat Zura bebeh. Bebeh sume, aku rasa kan, sedara mara Nik yang ada kat situ pun mesti tahan sabar je ngan kita. Nak feel makan lauk pengantin pun susah. Hahaha. Opss..
Next, acara memotong kek. Banyak pic candid je. Syok oh, pelbagai memek muka ada kat pengantin tapi tetap beautiful and graceful.
seterusnya.. bersanding time dan disertai sessi melenguhkan mulut dengan senyuman. hahahaha.
Aku tau masa ni pengantin dah super duper penat. Tengok adik yang tukang kipas tu pun. Dia pun penat dah. Gile ramai orang nak snap picca. Naik juling mata pandang kamera sana sini dengan flash ape bagai. Lenkali dah tau dah. Bakal pengantin, please take note. Rasa nak jimat, takyah upah photographer. Tunggu je orang snap pic bebanyak. Free plak tu. Hahahaha.
Sabar ye pengantin. Sekali seumur hidup je. Ceh, pepoyo je aku nasihatkan pengantin. Hiks.
The Hantaran credit to mala bebeh and cik su bebeh. pic hasil cilok from facebook mala. cik su yang snap masa nikah aritu. ngeee.. Bilik Pengantin Simple and nice. Sejuk plak tu. ngeh ngeh ngeh.. Ok, cukuplah tu kan. Aku dah kecapetan nak memilih pic yang menjadi dan menarik. Kalau nak lagi, cuba check kat facebook or tunggu Izzah bebeh upload plak yea.
Yang tak dapat hadir - Aleen bebeh and Suraya bebeh. Memasing bz dengan tugas. Aleen kepenatan sebab workload yang banyak tahap dewa dewi kat opis beliau sampai balik lewat pagi hari sebelumnya. Suraya dah fly.fm fly away ke Bandung, Indonesia. Ada presentation untuk conference for her Master. Beliau wakil UM rasanya. Err.. tatau le kalau salah tapi gi dengan incik lecturer. Btol la tu kot. Thehehehe.
Kejumpaan - Bobol and husband, Mancit. Sorry Bol, sempat jumpa kejap je kan? Kita jumpa lagi June nanti k. Hiks.
Pertanyaan ringkas - Yam and Ajai, apsal aku tak jumpe korang? June ni muncul tak?
Congrats to Zura bebeh. Wishing you a fabulous and blessed married life and may you have a lifetime of happiness with Nik. Cupcup.
|
erni bila plak nak jadi puan erni suhana?
tuh dah tgk membuat pilihan MAS or AirAsia dah..hihihihi