fikiran berkecamuk. hati remuk berkecai. dari tadi tak abis abis ulang tayang dengar lagu Camelia nyanyian Irwansyah. apa kena mengena lagu ni dengan hati yang berkecai ni pun tak pasti tapi perasaan adalah sangat melankolik sekarang ni.
rasa semacam nak lari balik ke kampung je. nak nangis pepuas kat riba mak. rindu banyak kat mak, abah, along dan adik adik. kalau ada Doraemon kan best. boleh pinjam mesin masa untuk balik ke zaman kekanak. tak payah nak pening kepala nak pikir tentang semua perkara orang dewasa. sangat tak suka!
kalau ada mesin masa, nak sangat balik ke zaman sekolah rendah. sangat seronok sebab macam tak perlu nak pikir tentang masa depan sangat. dapat belagak bagus sebab jadi pelajar kesayangan cikgu. buat salah pun tak kena marah teruk teruk. dan, kalau dapat balik ke zaman sekolah menengah, saya mesti insaf tak nak ponteng sekolah dan tedo bawah jambatan lombong lagi. hish, jahat betul pencipta kartun Doraemon tu. saja buat semua orang macam saya berangan yang bebukan. aih, apa cakap merepek ni? Astaghfirullah’azim..
Kau wanita terhebat Yang pernah singgah di hatiku Kau wanita yang tegar Aku mohon lupakanlah aku
Sudahlah jangan menangis lagi Kurasa cukup sampai disini Mungkin di suatu saat nanti Kau temui cinta yang sejati
ok sudah.. sudah. jangan menangis lagi. kalau asyik menangis je, semua benda pun tak menjadi.
untuk abang Bai, selamat hari tua okay. saya sangat sayangkan abang semacam abang kandung saya sendiri. saya suka bila abang marah saya sebut aku. nampak semacam perangai seorang bapak memarahi anak. erk? nanti kalau abang tukar department, mesti saya akan sedih sebab takkan ada orang yang akan tolong jawab call di henpon saya di kala saya merajuk.
kalau ada network cases, mesti saya kena buat muka sedih mintak tolong pada Yogi abang Hasnor. dan, mesti takkan ada orang akan belanja saya kopi o panas lagi. sob.. sob..
pasal rahsia kita tu, hmm.. ok, tak boleh tulis sini sebab nanti Ieka baca. nanti kita akan kongsi lagi sama sama yea.
Ya Allah, kekalkanlah hidup abangku dengan catatan kegembiraan, kebahagian dan kelapangan, supaya beliau dapat rasakan dalam detik hidup ini kenikmatan yang ada padanya. Tetapkanlah imannya, kesihatan tubuh badannya juga kesenangan harta benda, sesungguhnya Engkau Maha berkuasa keatas sesuatu dilangit dan dibumi. Amin.
cakaran sampingan hati ibu adalah sangat sensitif apabila perkara yang melibatkan anak anak. sedalam mana pun anaknya cuba mensorokkan kesedihan, hati ibu tetap dapat membacanya. mak, i love you. tersangat cinta dengan mak. tiada galang gantinya. nak balik kampung. *kesat air mata yang bergenang*
ini gelas untuk tadah air mata saya. gambar tak bermotif. tak payah letak pun takpe. sekian.
kalau bunuh orang tu tak berdosa, dah ramai agaknya manusia yang mati kena bunuh dengan aku agaknya sekarang ni.
Wahai Tuhanku, bahwasanya aku berlindung dengan Engkau dari kelemahan, kemalasan, ketakutan, kekikiran, kegundahan dan dari azab kubur. Limpahkanlah aku dengan kesabaran dan kukuhkanlah ketakwaan kepadaMu. Amin.
penah tak satu ketika bila korang dah buat satu keputusan yang besar, tetiba satu hari korang rasa cam, "eh, betul ke tindakan yang aku buat ni?"
atau, penah tak korang menyesal dengan keputusan yang korang pilih tu? dan penah tak korang rasa kosong sangat walaupun korang sedang dikelilingi oleh ramai kawan kawan. penah tak?
aih, tetiba rasa nak nangis. mak, i need you..
I walk a lonely road The only one that I have ever known Don't know where it goes But it's home to me and I walk alone
I walk this empty street On the Boulevard of Broken Dreams Where the city sleeps and I'm the only one and I walk alone..
kau durjana. kau memang keji. kau sangat hina. kau adalah sangat jahat.
sangat tidak berperikemanusiaan!
salah tak kalau aku tulis camtu bila korang dah tengok video kat atas ni? salah tak? haiwan pun tahu erti kasih sayang sesama mereka inikan kita manusia yang ada akal pikiran.
sedih kan? can u imagine kalau adik or anak anak kita kena camni. tajuk video ni - Maid Yang Kurang Ajar.
maybe ada yang penah tengok dah kot video ni. i received this thru email. siapa pengirimnya, entah. aku tak kenal. huhuhu. anyway, thank you for sharing.
semalam, lepas balik keja, singgah kejap beli buah betik sepotong. elok nak masuk kereta, terserempak kawan lama. borak ala kadar je sebab lama tak jumpa. tak tau nak borak apa. segan pun ada. tapi dia tegur,
kenapa muka nampak macam orang sakit? tak sihat ke? - kawan eh, takde la. sihat, Alhamdulillah. maybe kurang tidur kot lately ni. muka pun jadi kurang berseri. hikhik.- aku
tu je la aku jawab. sebab, aku memang dalam keadaan yang sihat. Alhamdulillah.
tadi pagi, lepas bangun tedo, aku sebuk dok pikir nak buat apa sepanjang hari ni. cuti hari weekend ni, bosan sikit nak keluar merayau. shopping kompleks dan kawasan sekitar confirm sesak. rimas lah.
tengah sebuk mengemas bilik, adik aku tegur;
angah sakit ke? muka nampak macam orang sakit. - adik err.. sakit? takde lah. muka je kot. padahal sihat dan cergas ni. - aku
apsal semua orang pikir aku sakit eh? aku takde pun rasa aku sedang sakit. cuma sakit hati sebab Saturday next week kena keja petang je la. nak tukar, macam tipis je harapan. oh, ya la. aku bukan sakit. tapi demam AF kot. huhuhu..
poyo je la sape yang konon konon tak tengok AF tu. kalau tak tengok, camne leh tau nama setiap pelajar? opss.. sape makan cili, dia la rasa sambal kan? puiii!
aku bebetul takde semangat nak kerja minggu ni. dari semalam lagi, bangun pagi ja, jenuh aku dok motivate diri aku supaya gi keja cam biasa. lepas mandi pun, sempat lagi aku menempek balik atas katil. sudahnya, lambat aku sampai ke opis.
jangan tanya kenapa aku takde semangat sebab aku sendiri pun tak sure kenapa aku hilang semangat nak keja ni apa suma. ke aku dah bosan eh? err.. takde ke orang nak kawin ngan aku pehtu suh aku dok umah je takyah keja? ade tak? sayang i love u.. hehehehe.
aih.. mana la nak carik balik semangat yang hilang ni? aku sorang ke rasa camni atau orang lain pun sama eh? aih..
aku sebuk sekarang. sebuk main kuiz kat facebook. hahahaha. macam la ada orang peduli ye tak?
eh aku ade nak update satu benda. opss, bukan benda tapi perkara.
sebenarnya kan, aku adalah penakut kucing yang tegar. korang paham tak maksud aku? ok, penakut kucing yang tegar ni ialah, tiap kali kalau nampak kucing, aku akan lari atau jalan jauh jauh macam aku nampak anjing. pehtu, kalau ade orang cuba nak paksa paksa aku supaya cuba nak belai kucing tu atau saje nak suruh aku try pegang ke ape, memang aku akan jerit sekuat hati. pasal kucing, ko jangan nak buat pasal dengan aku. aku bukan benci kucing tapi aku takut kucing. ada paham? tapi, aku rasa dalam family aku, memang semua pun tak boleh dekat dengan kucing. sebab asthma. tapi, entahlah. dah lama tak kena asthma, jadi aku pun malas nak komen lelebih.
dulu, masa duduk menyewa dengan bebeh bebeh semua, tak kira masa kat umah Seksyen 17, PJ mahupun kat umah TTDi, memang bebeh bebeh ade jugak bela kucing tapi aku buat bodo je la. takut tu tetap ada tapi buat biasa. macho kena jaga jugak tau babe. hahahaha. tapi bebeh aku pun paham. derang takde la penah paksa aku suruh pegang ke, belai ke atau suh mandikan kucing kucing tu. tapi, dalam banyak banyak kucing, aku cam dah suka jugak kat kucing putih nama memey. eh, entah la. aku lupa dah nama dia. rasanya betul la kot memey. ye ke bebeh? correct me if i'm wrong babe. comei gila si memey ni. dah la bulu warna putih. aku kan suka warna putih. lagi la aku suka. tapi, baru nak start berbaik, memey tetiba ilang tanpa jejak. tau tau ja, orang bitau jumpa memey mati kena langgar. sedih jugak kan?
tapi sekarang, korang jangan main main ok. aku dah berani belai belai kucing tau. siap berani suapkan makanan lagi kat mulut kucing tanpa rasa takut. kelmarin, masa kat rumah Ogy, siap aku ribakan kucing Parsi beliau sambil belai belai manja. haaa.. jangan tak tau. kerana cinta, manusia boleh jadi apa saja. hahahaha. poyo tak? mana taknya, kalau dah tiap hari ko borak, mesti ada cita pasal kucing, tak banyak sikit, mesti la terdetik rasa nak mencuba tu kan? eh, macam poyo jugak part ni. ok, abaikan. nanti lagi banyak aku melalut.
aku nak sambung main game Red Alert plak. dah berzaman aku tinggal game ni, ada orang tu buat aku ketagih plak. tapi takpe, aku suka. hiks.
sekarang jam kat pc aku ni dah pukul 12.32am waktu Malaysia. waktu negara lain aku tatau. aku kan bodo slow skit hal hal yang berkaitan penomboran ni kecuali duit.
dan sekarang jugak, sambil aku menaip entry ni, aku sedang makan ayam goreng kunyit. apa? ayam goreng kunyit? iya.. iya dong. aku sedang meratah ayam goreng kunyit pada pukul 12.32 pagi waktu Malaysia. gila ka apa? macam takdak hari esok je kan?
ni semua salah orang tu. elok aku dah berus gigi kasi bersih, cuci muka, pakai eye stress gel ape segala. dah siap landing baik punya atas katil. aku call beliau. tanya kat mana apa suma. tetiba dia boleh cakap, "i ingat nak makan burger dulu sebelum sampai umah".
wut? burger? haaa.. hambik kau. kepala otak aku ni pun satu. dengar je pasal makanan, laju la dia dok mengingat apa lagi makanan yang belum di makan kat kitchen nun. sekarang, kan dah menyesal. gemok tau tak, gemok. tapi, kalau aku tak makan, sape yang nak makan pun kan? membazir tu bukan ke amalan syaitan. isk, tanak aku kawan ngan syaitan. (ayat penyedap hati sebab dah menyesal makan ayam goreng tetengah malam) kekekekeke.
eh, oklah. ayam goreng kunyit pun dah abis. aku pun nak gi berus gigi semula. rugi je ubat gigi sensodyne aku. cis!
psstt.. aku sangat tak suka makan ayam melainkan ayam goreng kunyit. ayam adalah menu yang membosankan terutamanya untuk orang yang penah duduk hostel cam aku.
semalam adalah hari yang penat. penat bergurau senda dengan ikan Ika yang suka melakonkan watak ala ala Sarimah sebagai pengacara dalam Diari AF 7. penat membuli si pemenang Ipod coklat iaitu, Zura kerana berjaya memenangi pertandingan Treasure Hunt dan penat mengadap bos kerana .... (isi sendiri).
dan kerana penat, aku telah tidur selama 12 jam semalam. bayangkan, 12 jam. isk.. anak sapa lah ini? rugi betul rasanya. macam macam boleh buat tau. nasib baik sekarang tengah bendera jepun. kalau tak, harus kena bebel dengan mak. sorry izah bebeh sebab tak sempat nak ketemu semalam. nanti kita arrange lain yea?
demi semua yang aku jalani bersamamu ku ingin kau jadi milikku ku ingin kau disampingku tanpa dirimu ku hanya manusia tanpa cinta dan hanya dirimu yang bisa membawa surga dalam hatiku
ku ingin engkau menjadi milikku aku akan mencintaimu menjagamu selama hidupku dan aku kan berjanji hanya kaulah yang kusayangi ku akan setia disini menemani...
sentuhanmu bagaikan tangan sang dewi cinta yang berhiaskan bunga asmara dan membuatku tak kuasa
ku ingin engkau menjadi milikku aku akan mencintaimu menjagamu selama hidupku dan aku kan berjanji hanya kaulah yang kusayangi ku akan setia disini menemani..
di setiap arung gerak tersimpan di hati kecilku bahwa dirimu terindah untukku
ku ingin engkau menjadi milikku aku akan mencintaimu menjagamu selama hidupku dan aku kan berjanji hanya kaulah yang kusayangi ku akan setia disini menemani..
selama ku masih bisa bertahan selama ku masih bisa bernafas selama tuhan masih mengizinkan ku ingin selalu menjagamu
selama ku masih bisa bertahan selama ku masih bisa bernafas
inilah hasilnya. blog akan terbiar berhari hari tanda update. tapi bukan sebab malas semata mata. cuma aku dah mula rasa malas bercampur bosan. aku bosan bila setiap cakaran dan pentulisan aku jadi bahan untuk orang mencari setiap kelemahan diri aku. dari cakaran compang camping ni jugak, orang akan mula menilai diri aku. hebat bukan? dengan sebuah penulisan yang tak seberapa ni pun orang dah boleh menilai diri kita. heh, sebelum nak cerminkan diri orang lain, baiklah cerminkan diri sendiri dulu. kan beben kan?
sejak akhir akhir ni, aku selalu kepenatan. minggu lepas, 32 jam aku tak tedo. insomia kah aku? aih, tak mungkin. hmm..
Beben, sebuah blog yang baik dan setia. Tak penah menyakiti aku tapi sentiasa rela untuk disakiti. Tidak berjantina dan tidak bernyawa. Sangat pendiam dan sangat memahami. Kalau rasa penulisan aku di sini kurang enak bagi kalian, bolehlah klik butang
X belah kanan atas browser anda.
Datang tak
berjemput, pergi juga tak dihalau. oh yea, did i tell y'all that i
hate
stalkers? so, please back off. Mekasih.
If God wanted us to
talk more than listen, He would have given us two mouths rather than two
ears.
~Ken
Blanchard ~
Best viewed
with
Cepotet
Me, Myself & I
I am just a simple girl with a simple life. I love nobody except my Mak, Abah and my family.
Simplicity is the new complex.
email untuk perkara
yang penting
je. kalau rasa tak penting, sila jangan
email. pasti tidak akan dilayan.
saya bukan artis mahupun
superstar.