aku sebuk sekarang. sebuk main kuiz kat facebook. hahahaha. macam la ada orang peduli ye tak?
eh aku ade nak update satu benda. opss, bukan benda tapi perkara.
sebenarnya kan, aku adalah penakut kucing yang tegar. korang paham tak maksud aku? ok, penakut kucing yang tegar ni ialah, tiap kali kalau nampak kucing, aku akan lari atau jalan jauh jauh macam aku nampak anjing. pehtu, kalau ade orang cuba nak paksa paksa aku supaya cuba nak belai kucing tu atau saje nak suruh aku try pegang ke ape, memang aku akan jerit sekuat hati. pasal kucing, ko jangan nak buat pasal dengan aku. aku bukan benci kucing tapi aku takut kucing. ada paham? tapi, aku rasa dalam family aku, memang semua pun tak boleh dekat dengan kucing. sebab asthma. tapi, entahlah. dah lama tak kena asthma, jadi aku pun malas nak komen lelebih.
dulu, masa duduk menyewa dengan bebeh bebeh semua, tak kira masa kat umah Seksyen 17, PJ mahupun kat umah TTDi, memang bebeh bebeh ade jugak bela kucing tapi aku buat bodo je la. takut tu tetap ada tapi buat biasa. macho kena jaga jugak tau babe. hahahaha. tapi bebeh aku pun paham. derang takde la penah paksa aku suruh pegang ke, belai ke atau suh mandikan kucing kucing tu. tapi, dalam banyak banyak kucing, aku cam dah suka jugak kat kucing putih nama memey. eh, entah la. aku lupa dah nama dia. rasanya betul la kot memey. ye ke bebeh? correct me if i'm wrong babe. comei gila si memey ni. dah la bulu warna putih. aku kan suka warna putih. lagi la aku suka. tapi, baru nak start berbaik, memey tetiba ilang tanpa jejak. tau tau ja, orang bitau jumpa memey mati kena langgar. sedih jugak kan?
tapi sekarang, korang jangan main main ok. aku dah berani belai belai kucing tau. siap berani suapkan makanan lagi kat mulut kucing tanpa rasa takut. kelmarin, masa kat rumah Ogy, siap aku ribakan kucing Parsi beliau sambil belai belai manja. haaa.. jangan tak tau. kerana cinta, manusia boleh jadi apa saja. hahahaha. poyo tak? mana taknya, kalau dah tiap hari ko borak, mesti ada cita pasal kucing, tak banyak sikit, mesti la terdetik rasa nak mencuba tu kan? eh, macam poyo jugak part ni. ok, abaikan. nanti lagi banyak aku melalut.
aku nak sambung main game Red Alert plak. dah berzaman aku tinggal game ni, ada orang tu buat aku ketagih plak. tapi takpe, aku suka. hiks.
saya pulak geli nak mampus kalau dgn cicak... samapi bila-bila lah... tak de maknanya nak borak sampai jatuh2 cinta kat menatang hodoh tu.. heheh.. sebab tu saya suka kucing. sebab kucing suka membanteras cicak.. haha
Hahahaha. Bagus2. aku bangga ngan ko erni. ko berjaya jugak lawan phobia kau tu.
Adik aku yg bongsu pon dulu takut ngan kucing. pehtu kitorg train dia hari2 pegang kucing. lama2 ok.
bukan apa, penah satu hari tu kitorg pegi makan kat luar, tetiba ada sekor kucing ni datang n lompat atas riba dia. mau tak melalak satu restoran tu. hehehhee.
ala, lagi pon masa tu umur dia 3 ker 4 tahun tah. logik la budak kecik kan.
Beben, sebuah blog yang baik dan setia. Tak penah menyakiti aku tapi sentiasa rela untuk disakiti. Tidak berjantina dan tidak bernyawa. Sangat pendiam dan sangat memahami. Kalau rasa penulisan aku di sini kurang enak bagi kalian, bolehlah klik butang
X belah kanan atas browser anda.
Datang tak
berjemput, pergi juga tak dihalau. oh yea, did i tell y'all that i
hate
stalkers? so, please back off. Mekasih.
If God wanted us to
talk more than listen, He would have given us two mouths rather than two
ears.
~Ken
Blanchard ~
Best viewed
with
Cepotet
Me, Myself & I
I am just a simple girl with a simple life. I love nobody except my Mak, Abah and my family.
Simplicity is the new complex.
email untuk perkara
yang penting
je. kalau rasa tak penting, sila jangan
email. pasti tidak akan dilayan.
saya bukan artis mahupun
superstar.
saya pulak geli nak mampus kalau dgn cicak... samapi bila-bila lah... tak de maknanya nak borak sampai jatuh2 cinta kat menatang hodoh tu.. heheh.. sebab tu saya suka kucing. sebab kucing suka membanteras cicak.. haha