sekarang jam kat pc aku ni dah pukul 12.32am waktu Malaysia. waktu negara lain aku tatau. aku kan bodo slow skit hal hal yang berkaitan penomboran ni kecuali duit.
dan sekarang jugak, sambil aku menaip entry ni, aku sedang makan ayam goreng kunyit. apa? ayam goreng kunyit? iya.. iya dong. aku sedang meratah ayam goreng kunyit pada pukul 12.32 pagi waktu Malaysia. gila ka apa? macam takdak hari esok je kan?
ni semua salah orang tu. elok aku dah berus gigi kasi bersih, cuci muka, pakai eye stress gel ape segala. dah siap landing baik punya atas katil. aku call beliau. tanya kat mana apa suma. tetiba dia boleh cakap, "i ingat nak makan burger dulu sebelum sampai umah".
wut? burger? haaa.. hambik kau. kepala otak aku ni pun satu. dengar je pasal makanan, laju la dia dok mengingat apa lagi makanan yang belum di makan kat kitchen nun. sekarang, kan dah menyesal. gemok tau tak, gemok. tapi, kalau aku tak makan, sape yang nak makan pun kan? membazir tu bukan ke amalan syaitan. isk, tanak aku kawan ngan syaitan. (ayat penyedap hati sebab dah menyesal makan ayam goreng tetengah malam) kekekekeke.
eh, oklah. ayam goreng kunyit pun dah abis. aku pun nak gi berus gigi semula. rugi je ubat gigi sensodyne aku. cis!
psstt.. aku sangat tak suka makan ayam melainkan ayam goreng kunyit. ayam adalah menu yang membosankan terutamanya untuk orang yang penah duduk hostel cam aku.
Beben, sebuah blog yang baik dan setia. Tak penah menyakiti aku tapi sentiasa rela untuk disakiti. Tidak berjantina dan tidak bernyawa. Sangat pendiam dan sangat memahami. Kalau rasa penulisan aku di sini kurang enak bagi kalian, bolehlah klik butang
X belah kanan atas browser anda.
Datang tak
berjemput, pergi juga tak dihalau. oh yea, did i tell y'all that i
hate
stalkers? so, please back off. Mekasih.
If God wanted us to
talk more than listen, He would have given us two mouths rather than two
ears.
~Ken
Blanchard ~
Best viewed
with
Cepotet
Me, Myself & I
I am just a simple girl with a simple life. I love nobody except my Mak, Abah and my family.
Simplicity is the new complex.
email untuk perkara
yang penting
je. kalau rasa tak penting, sila jangan
email. pasti tidak akan dilayan.
saya bukan artis mahupun
superstar.
i baca ur entry ni pukul 12.50am waktu mesia n tetiba rasa nak gi dapur jap goreng ayam...kehkehkehh