Photobucket

Click Click Click

Previous Post
The Archives
The Bloggers

Credits

hit counter
Clicky Web Analytics

Photobucket

Photobucket

Tuesday, April 28, 2009
Remuk Dan Berkecamuk

fikiran berkecamuk. hati remuk berkecai. dari tadi tak abis abis ulang tayang dengar lagu Camelia nyanyian Irwansyah. apa kena mengena lagu ni dengan hati yang berkecai ni pun tak pasti tapi perasaan adalah sangat melankolik sekarang ni.

rasa semacam nak lari balik ke kampung je. nak nangis pepuas kat riba mak. rindu banyak kat mak, abah, along dan adik adik. kalau ada Doraemon kan best. boleh pinjam mesin masa untuk balik ke zaman kekanak. tak payah nak pening kepala nak pikir tentang semua perkara orang dewasa. sangat tak suka!

kalau ada mesin masa, nak sangat balik ke zaman sekolah rendah. sangat seronok sebab macam tak perlu nak pikir tentang masa depan sangat. dapat belagak bagus sebab jadi pelajar kesayangan cikgu. buat salah pun tak kena marah teruk teruk. dan, kalau dapat balik ke zaman sekolah menengah, saya mesti insaf tak nak ponteng sekolah dan tedo bawah jambatan lombong lagi. hish, jahat betul pencipta kartun Doraemon tu. saja buat semua orang macam saya berangan yang bebukan. aih, apa cakap merepek ni? Astaghfirullah’azim..

mymusic

Kau wanita terhebat
Yang pernah singgah di hatiku
Kau wanita yang tegar
mymusic Aku mohon lupakanlah aku

Sudahlah jangan menangis lagi
Kurasa cukup sampai disini
Mungkin di suatu saat nanti mymusic
Kau temui cinta yang sejati

mymusic

ok sudah.. sudah. jangan menangis lagi. kalau asyik menangis je, semua benda pun tak menjadi.

untuk abang Bai, selamat hari tua okay. saya sangat sayangkan abang semacam abang kandung saya sendiri. saya suka bila abang marah saya sebut aku. nampak semacam perangai seorang bapak memarahi anak. erk? nanti kalau abang tukar department, mesti saya akan sedih sebab takkan ada orang yang akan tolong jawab call di henpon saya di kala saya merajuk.

kalau ada network cases, mesti saya kena buat muka sedih mintak tolong pada Yogi abang Hasnor. dan, mesti takkan ada orang akan belanja saya kopi o panas lagi. sob.. sob..

pasal rahsia kita tu, hmm.. ok, tak boleh tulis sini sebab nanti Ieka baca. nanti kita akan kongsi lagi sama sama yea.

Ya Allah, kekalkanlah hidup abangku dengan catatan kegembiraan, kebahagian dan kelapangan, supaya beliau dapat rasakan dalam detik hidup ini kenikmatan yang ada padanya. Tetapkanlah imannya, kesihatan tubuh badannya juga kesenangan harta benda, sesungguhnya Engkau Maha berkuasa keatas sesuatu dilangit dan dibumi. Amin.

cakaran sampingan
hati ibu adalah sangat sensitif apabila perkara yang melibatkan anak anak. sedalam mana pun anaknya cuba mensorokkan kesedihan, hati ibu tetap dapat membacanya. mak, i love you. tersangat cinta dengan mak. tiada galang gantinya. nak balik kampung. *kesat air mata yang bergenang*


ini gelas untuk tadah air mata saya.
gambar tak bermotif.
tak payah letak pun takpe.
sekian.


Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 11:10 PM  

4 Comments:
Post a Comment
<< Home
 

Beben

 

Beben, sebuah blog yang baik dan setia. Tak penah menyakiti aku tapi sentiasa rela untuk disakiti. Tidak berjantina dan tidak bernyawa. Sangat pendiam dan sangat memahami. Kalau rasa penulisan aku di sini kurang enak bagi kalian, bolehlah klik butang X belah kanan atas browser anda. Datang tak berjemput, pergi juga tak dihalau. oh yea, did i tell y'all that i hate stalkers? so, please back off. Mekasih.

 

If God wanted us to talk more than listen, He would have given us two mouths rather than two ears.

~Ken Blanchard ~

 

Best viewed with

Photobucket

Cepotet

Photobucket

 

Me, Myself & I

I am just a simple girl with a simple life. I love nobody except my Mak, Abah and my family. Simplicity is the new complex.

Photobucket


email untuk perkara yang penting je. kalau rasa tak penting, sila jangan email. pasti tidak akan dilayan. saya bukan artis mahupun superstar.

Bla.. Bla.. Bla..

Reminder