Aktiviti Berjalan menyusuri sawah padi sambil berphoto-mania. Pertandingan mengasingkan beras. Pertandingan memancing ikan di tepi parit.
Oh ya,untuk pertandingan memancing, I won the 1st place untuk kategori wanita anak gadis walaupun ikannya kecik cenonet, Ikan Lundu. Hadiahnya adalah RM30. Yeay! Eh, Ikan Lundu tu ape ek? Siyes tak tau. Huhuhu..
Banyak cerita yang tertunggak. Sekarang ni, susah sikit aku nak update sebab PC kat rumah aku sedang sakit tenat. Penat dah aku cuba godek sana sini, pun masih sama. Ini pun, aku update kat opis.
Aku baru balik dari suatu tempat sebenarnya. Belum habis penat ke Krabi, Thailand aritu, aku berjalan lagi. Sabtu dan Ahad lepas, aku dan bebeh bebehku ke Johor Bharu kerna salah seorang bebehku bertunang. Tahniah bebeh!
Balik dari Johor Bharu, aku ke Sekinchan, Kuala Selangor pulak join teambuilding opis. Agak penat tapi sangat menyeronokkan. Dapat belajar suasana kampung yang sangat menarik. Bakar bahulu, kutip Siput Remis di tepi laut, bermandi selut sambil mentanam pokok bakau and memacam lagi.
On the way back tadi, banyak jugak tempat yang kami singgah. Salah satunya ialah membuat Rawatan Bekam Lintah. Rawatan ni takde paksaan pun tapi ikut pada sesiapa yang nak merasa.
Dan aku pilih untuk letakkan lintah kat muka. Kekonon nak licinkan muka and buang darah kotor. Hikhik..
Lintah yang kurus..
menjadi gemuk kerna menghisap darah kotorku. Huhuhu..
Pesanan penaja: Sila abaikan muka gembira tu. Dapat merasa lintah kat muka pun nak senyum. Over kan? Hikhikhik. Ya, aku tau aku dah makin gelap. Sunburn lah!
Hasilnya..
Inilah darah anak dara. Hikhik.
Banyak lagi cerita sebenarnya tapi cukuplah tengok gambar ni dulu yea. Nanti ku update lagi. InsyaAllah..
Sambil dok membelek belek passport tadi, baru aku terperasan sesuatu..
Last year, I was away to Bandung on 5th July - 8th July 2008 with my bebeh. Coincidently, my trip to Krabi with my opismate bebaru ni juga adalah pada tarikh dan bulan yang sama. Cuma tahun je yang berbeza. Memang tak plan langsung. Teruja kejap aku. Hiks.
Cakap pasal percutian ni kan, kalau diberi pilihan antara Bandung dan Krabi, nah, without think twice, of course I will definitely choose Bandung.
Reason why? Hmm.. will update later. It's already 3.03am now. Assignment aku pun dah almost suku nak siap. Aku nak tedo and rehat kejap. Hari ni masuk keja kul 8 pagi. Takut ngantuk plak kat opis. Huhuhu..
Alhamdulillah, saya masih sihat seperti biasa. Masih bernafas, masih mampu bekerja dan masih menjalani kehidupan sebagai anak dara yang normal dan cumel. Perasan sekali sekala takpe kan? Huhuhuhu..
Setelah dicampur tolak darab bahagi, 11 hari lamanya saya pergi membawa diri meninggalkan opis. 4 hari saya menerbangkan diri bersama Air Asia ke Krabi Island bersama rakan opismate ku yang da'bomb dan baki 7 hari lagi adalah hari di mana saya membawa hati kerana dipinggirkan masyarakat.
Belum sahih pun sama ada kitaorang ni positif atau tidak daripada H1N1, tapi, layanan yang kitaorang terima dari sesetengah manusia, seumpama kitaorang ni adalah pembawa HIV. Apepun, aku bersyukur sangat. Mungkin ini adalah pengajaran yang Allah SWT nak tunjukkan kat kitaorang. Kalau kami dilayan sebegini, camne la pulak dengan pesakit pesakit kronik yang lain.
Sepanjang tempoh kuarantin, banyak yang aku belajar dan banyak pengajaran yang dapat aku perolehi sepanjang tempoh 7 hari tersebut. Masa tu, baru terbuka mata dan minda dan baru la aku kenal siapa kawan, siapa lawan. And, of course, orang yang sentiasa menjadi tulang belakang di waktu susah senang aku, mestilah ahli keluarga sendiri. Terima kasih mak, abah and adik adik.
Aih, syahdu plak bila bukak bab ni. Oklah, kita terus to shoot to the point je la ek. Takyah nak merapu meraban apa dah. Aku tak penat mentaip dan korang pun tak penat membaca. Ye tak? Hikhik.
Hmm.. tetiba plak aku rasa cam malas nak mentaip. Lenkali je aku cite kisah 11 hari daku membawa diri. Uceh! Sebagai tanda tak nak menghampakan kalian, tengoklah sebahagian daripada gambar yang sempat aku snap sepanjang di Krabi Island, Thailand dalam trip yang lepas.
Enjoy the picca!
7 July 2009
One day boat trips to Southern Thailand
Viking Cave The place where bird's nest are collected for soup.
Pi Leh Lagoon The most beautiful enclosed lagoon.
Lohsamah Bay Colorful coral in clear, calm shallow water.
Hin Klarng Open sea snorkelling. The most beautiful coral and fishes.
Maya Bay A wonderful paradise to relax and enjoy the remarkable scenery from 'The Beach" movie.
Subhanallah. Betapa indahnya kejadian Allah SWT.
Krabi ni memang gila banyak pulau. Sampai tak ingat dah nama pulau dan gambarnya. Nasib baik aku masih simpan pamphlet Krabi yang aku ambik kat hotel haritu. Heheheh.
Selain daripada Phi Phi Island yang glemer itu, ada jugak Chicken Island, Bamboo Island, Monkey Beach, Pi Leh Lagoon and memacam lagi. Dan, pada yang tak tahu, kat sini jugaklah penggambaraan filem Titanic berlangsung. Kalau korang nak tau more info tentang Krabi, boleh mintak la klik ke sini atau sinun.
Untuk makluman kalian, photos above were taken using my N95's camera as I forgot to bring my camera charger out to Krabi. Tapi, kira ok lah kan. Not bad huh? Huhuhu..
Some Things Are Better Left Unsaid by Hall & Oates
I feel like I could run away Looking at a darker day Oh I'm pulling the shades away from my eyes It's true the moody manners come and go And it's better that you never know
Some things are better left unsaid Some strings are better left undone Some hearts are better left unbroken Some lives are better left untouched Some lies are better off believed Some words are better left unspoken
My ideas seem to frighten you Are you really that afraid to move Oh I guess that it's your right to reason I'm still dealing with a force that's so strong The force is stringing us along
i am still under self-quarantine mode. tapi, syukur Alhamdulillah. walaupun dah melepasi 48 jam selepas kepulangan aku dari Krabi, kesihatan aku masih stabil dan tidak menunjukkan tanda tanda yang tidak memuaskan. tapi, masalah sakit mata aku masih tak sembuh sembuh.
oh ya, nak aku tekankan kat sini, self-quarantine ni maksudnya, aku dan para rerakan bukannya disuspected H1N1 atau disahkan positif ke ape plak. korang jangan pikir bebukan plak yea. actually, demi mengelakkan perkara yang tak diingini, makanya, management aku mengambil langkah berjaga jaga dengan memaksa menyuruh kami untuk bercuti tambahan secara sendiri selama 2 hari sebagai self-quarantine sebelum memulakan kerja.
bagus jugak buat cam gini coz bagi aku, ianya merupakan antara langkah bijak yang telah diambil oleh pihak management. cumanya, aku jadi sangat marah bila orang lain sebuk jadi kepochi sana sini pehtu treat kami semua ni semacam kami adalah pembawa penyakit HIV positif. kadang kadang, penyakit mentaliti masyarakat kita ni sebenarnya yang lagi berbahaya di antara semua penyakit penyakit lain.
inilah yang dikatakan menangis sampai kuar air mata darah. huhuhu. tapi, ni bukanlah sebab aku nangis plak wei. ni sakit namanya. gambar ni di-snap on last Saturday, 4th July 09.
sekarang ni, Alhamdulillah, mata kiri aku dah pulih sepenuhnya cuma mata belah kanan pulak ada sikit masalah. japgi, aku gi klinik jap nak check. risau jugak aku ngan mata aku ni. mata pun bukannya boleh dijual beli. sementara tengah elok ni, jaga la bebaik ye tak.
sejak doktor cakap tangan aku ada kuman masa aku pegang mata aku sampai jadi gitu, makanya, dua barangan wajib yang aku perlu ada buat dengan aku sepanjang masa haruslah, Eye Lotion Optrex dan Dettol Instant Hand Sanitizer. Selamat, mudah dan menyenangkan - ini ialah iklan tak berbayar.
aih, aku cam dah ilang sabar plak ngan pc ni. dah kena sampuk penyakit apa pun aku tak tau la. tetiba plak wat perangai. nak loading untuk setiap satu page tu, Subhannallah, sangat menguji keimaan dan ketaqwaan btol. dah tu plak, abis semua file aku ilang secara magik tak dapat dikesan. gambar yang aku snap kat Krabi pun, after transfer ke pc, banyak yang missing. only Allah knows how badly do I need a new processor. aih..
Setelah berholiday selama 4 hari 3 malam di Krabi Island, my friends and I arrived back in Malaysia yesterday evening. We landed safely at LCCT Airport, around 2.45pm and we were ten minutes ahead of schedule. Syukurlah semuanya selamat.
And guess what? Sepatutnya, all of us akan start bekerja semula today, 9th July 2008. Unfortunately, due to H1N1 yang melanda dunia sekarang ni, as a precaution, all of us have to be self-quarantine for two days as per request by managamenet. Yang tak bestnya, self-quarantine selama dua hari ni akan ditolak from our own Annual Leave. Hampeh btol.
Setelah dicampur, tolak, darab, bahagi dengan hari cuti mingguan aku dan juga self-quarantine leave ni, aku akan sambung bercuti sehingga Monday next week dan akan mula bekerja pada hari Selasa minggu hadapan. Omak aiii, never ever in my working life cuti sampai seminggu direct terus. Adoiii, stress plak rasanya cuti lelama gini. Daripada tak sakit, boleh jatuh sakit jadinya kalau dah bosan cuti lama camni. Huhuhu..
Apepun, lega rasanya bila dah selamat sampai ke tanah air sendiri. Betul kata orang, hujan emas di negera orang, hujan batu di negara sendiri, lebih baik negara sendiri. Tapi, trip kali ini tetap merupakan antara pengalaman menarik yang dapat aku perolehi. I really had a great time together with all of my friends. Uceh, ayat stok karangan UPSR btol. Skema abis. Hahahaha.
Opsss, takleh gelak lelebih. I am still under self-quarantine. Huhuhuhu.
Kena brenti kejap and will update later. PC aku ni wat hal plak. Lemau semacam je. See ya!
first day kat sini, azabnya, tatau nak cakap. rasa cam kat bandar mati. tapi, after few days, best la plak. massage, snorkelling, water rafting and orang orangan kat sini, boleh dikatakan ok jugak lah.
err.. korang rasa tahu tak aku katne sekarang? cuba teka. mana lah tahu kot ada hadiah pada tekaan yang tepat ke kan? mungkin je tau. huhuhu..
opss.. another 14 mins left. internet sini mahal lah. adios!
i am currently away - out from Malaysia. i will be back on 7th July 2009. insyaAllah. tapi,sumpah tempat ni tak besh. not happening at all. mati. bosan. bluweeek!
Saya sedang sakit mata. Mata saya sedang sakit. Saya sakit kerana mata saya sakit. Err.. apa bezanya ayat ayat tu eh? Huhuhu..
Kesimpulannya, mata saya adalah sakit. I got eye infection. Thanks to Ieta kerna berjaya memaksa dan mentemankan saya ke klinik semalam.
Doktor yang merawat aku tu sangat bagus I tell you. Siap lukis gambarajah lagi untuk tunjukkan kat aku camne infection tu boleh berlaku. Tapi, masa dia merawat tu, pegang sana, cucuk sini, tarik sana, tarik sini, aduhai.. azab!
Oh, walaupun dalam keadaan sakit mata ini, saya masih bekerja. Memang doktor kasik MC but kerana workload yang banyak ini, jangan mimpilah kalau nak MC. Sian je kat staff lain kang kena wat keja aku yang bertimbun tu.
Beben, sebuah blog yang baik dan setia. Tak penah menyakiti aku tapi sentiasa rela untuk disakiti. Tidak berjantina dan tidak bernyawa. Sangat pendiam dan sangat memahami. Kalau rasa penulisan aku di sini kurang enak bagi kalian, bolehlah klik butang
X belah kanan atas browser anda.
Datang tak
berjemput, pergi juga tak dihalau. oh yea, did i tell y'all that i
hate
stalkers? so, please back off. Mekasih.
If God wanted us to
talk more than listen, He would have given us two mouths rather than two
ears.
~Ken
Blanchard ~
Best viewed
with
Cepotet
Me, Myself & I
I am just a simple girl with a simple life. I love nobody except my Mak, Abah and my family.
Simplicity is the new complex.
email untuk perkara
yang penting
je. kalau rasa tak penting, sila jangan
email. pasti tidak akan dilayan.
saya bukan artis mahupun
superstar.