Banyak cerita yang tertunggak. Sekarang ni, susah sikit aku nak update sebab PC kat rumah aku sedang sakit tenat. Penat dah aku cuba godek sana sini, pun masih sama. Ini pun, aku update kat opis.
Aku baru balik dari suatu tempat sebenarnya. Belum habis penat ke Krabi, Thailand aritu, aku berjalan lagi. Sabtu dan Ahad lepas, aku dan bebeh bebehku ke Johor Bharu kerna salah seorang bebehku bertunang. Tahniah bebeh!
Balik dari Johor Bharu, aku ke Sekinchan, Kuala Selangor pulak join teambuilding opis. Agak penat tapi sangat menyeronokkan. Dapat belajar suasana kampung yang sangat menarik. Bakar bahulu, kutip Siput Remis di tepi laut, bermandi selut sambil mentanam pokok bakau and memacam lagi.
On the way back tadi, banyak jugak tempat yang kami singgah. Salah satunya ialah membuat Rawatan Bekam Lintah. Rawatan ni takde paksaan pun tapi ikut pada sesiapa yang nak merasa.
Dan aku pilih untuk letakkan lintah kat muka. Kekonon nak licinkan muka and buang darah kotor. Hikhik..
Lintah yang kurus..
menjadi gemuk kerna menghisap darah kotorku. Huhuhu.. Pesanan penaja: Sila abaikan muka gembira tu. Dapat merasa lintah kat muka pun nak senyum. Over kan? Hikhikhik. Ya, aku tau aku dah makin gelap. Sunburn lah!
Hasilnya..
Inilah darah anak dara. Hikhik. Banyak lagi cerita sebenarnya tapi cukuplah tengok gambar ni dulu yea. Nanti ku update lagi. InsyaAllah..
|
wohohohoho!!