Photobucket

Click Click Click

Previous Post
The Archives
The Bloggers

Credits

hit counter
Clicky Web Analytics

Photobucket

Photobucket

Thursday, June 18, 2009
Masalah Menjadikan Hidup Ini Lebih Hidup

masa belia remaja dulu, ustazah aku selalu cakap, "Manusia tanpa masalah, ertinya, Allah tak kasih."

mungkin, masa dulu, aku yang naif ni, akur je dengan apa yang ustazah cakapkan tanpa memahami konteks maksud ayat yang cuba beliau sampaikan. dan mungkin juga, waktu tu, aku anggap apa yang ustazah cuba sampaikan tu agak remeh sebab masa tu aku masih belum mengenal dunia sebenar semacam yang aku lalui sekarang ni.

tapi, bila dah makin dewasa, semakin matang dan berusia, selepas melalui beberapa fasa dalam kehidupan, barulah aku mula memahami apa yang ustazah cuba sampaikan dulu. dan aku yakin, setiap apa yang berlaku, setiap masalah dan dugaan yang Allah berikan, pasti ada hikmahnya. Allah tak pernah kejam pada hamba hambaNya.
Firman Allah dalam ayat yang terakhir surah al-Baqarah:
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya."

Mungkin penah suatu ketika atau tiap kali dilanda masalah, aku mengeluh memikirkan dugaan dugaan yang datang tapi bila suatu ketika, aku terfikir - dengan adanya masalah akan menjadikan hidup ini lebih hidup.

Maksudnya?

Ok, selama ni mungkin kita terlalu asyik memikirkan tentang kisah masa depan yang indah sampai kita tak sedar, dalam perjalanan menempuh hari indah tu, kita akan terpaksa lalui beberapa kesulitan untuk kita mencapainya. Contoh, macam kita mendaki Gunung Kinabalu. ya, aku memang tak penah pun mendaki Gunung Kinabalu malah ke Sabah pun belum pernah. tapi, seperti yang diceritakan oleh para sahabat, sebelum sampai ke puncak, dugaan yang terpaksa ditempuhi, kalau kita tak kuat semangat, tak payah la berangan nak sampai ke puncak tapi bila dah berjaya sampai di atas sana nun, macam macam perasaan yang timbul dan memang takkan tergambar pun walau dalam photo.

macam tu jugak dengan kehidupan. bila semuanya kita perolehi dengan mudah, mungkinkah kita akan mengenal erti menghargai? atau, mungkinkah kita paham maksud berusaha?

Bercakap tentang menghargai, selama ini juga, mungkin secara sedar atau tidak, aku kurang menghargai insan insan yang ada di sekeliling aku. dan, ketika masalah itu datang lah, waktu itu juga baru kita dapat mengenal siapa kawan, siapa lawan.

Alhamdulillah. Selain mempunyai mak dan abah yang memahami, aku bersyukur kerna walaupun tak mempunyai sahabat yang baik dalam kuantiti yang ramai tapi kualiti sahabat yang aku miliki adalah sangat bernilai jauh lebih bagus dari semua harta benda yang aku miliki dalam dunia ni.

Pernah suatu ketika, aku dilanda masalah dan kesedihan yang teramat, tanpa berfikir panjang, aku sms sahabat bebeh bebehku. Jam masa tu pukul 2.08 pagi. Walaupun dalam keadaan mereka yang terpaksa bangun awal pagi untuk bekerja, dalam keadaan mamai, sms aku tetap dilayan dengan baik. Dipujuk dan diberi kata kata semangat yang melegakan. Walaupun mungkin ianya cuma sms, tapi, sokongan, dorongan tu yang aku amat hargai.

Bercakap tentang masalah kewangan, aku bukanlah jenis yang akan meminjam wang dari para sahabat walaupun dalam keadaan kesempitan seteruk mana sekalipun. Tapi, ada satu kejadian yang berlaku yang sangat menginsafkan aku. Aku tak pernah ceritakan tentang perkara ni pada sesiapa walaupun perkara ni dah berlaku bertahun tahun lepas dan terus menjadi ingatan buat aku sampai sekarang.

Sejak mula di company sekarang, aku mula menjalankan tanggungjawab aku sebagai anak dan kakak dengan memberi sedikit wang belanja pada mak dan adik adik. Dan, pada satu bulan tu, seperti biasa, aku akan berikan mak duit belanja macam selalu tapi mak sms aku bertanyakan sama ada aku ada wang lebih sebab mak perlukan wang untuk perkara perkara tertentu.

untuk menjawab sms mak, aku mengambil masa berjam jam untuk membalasnya dan tanpa rasa bersalah dan berfikir panjang, terus menjawab walaupun dengan ayat yang sopan dengan menolak permintaan mak dengan memberi alasan yang aku pun tak cukup belanja untuk bulan tersebut sedangkan pada waktu tu, gaji yang aku dapat agak lumayan memandangkan OT dan elaun lain yang aku terima pada bulan tersebut agak tinggi.

Kejamkan aku? Mak, maafkan Angah..

tapi, Allah itu Maha Adil. walaupun aku tak menerima balasan serta merta, nak dijadikan cerita, beberapa bulan kemudian, aku pulak yang menghadapi masalah kesempitan wang sampaikan aku terpaksa meminta pertolongan dari mak. malu nak minta melalui phone call, aku sms kat mak. tak sampai seminit, mak terus reply sms aku. dan, betul kata orang, seorang mak, hatinya adalah sangat suci. walaupun mak tak memiliki kekayaan yang melimpah ruah, walaupun mak hanyalah seorang surirumah sepenuh masa, mak tetap menjawab, "boleh, nanti mak bank in kan"

betapa hibanya hati aku masa tu, Allah je yang tahu. sebak, sedih, terharu, sayu dan macam macam lagi aku yang aku rasa. masa tu, yang aku fikirkan, bukan masalah kewangan yang aku alami tapi dosa yang aku tanggung sebab tak menolong mak dulu. Aku adalah lupa diri. Aku angkuh. Oleh kerna itu jugak, Allah telah memberi balasannya. Syukur Alhamdulillah sebab Allah tunjukkan kat aku di dunia lagi supaya aku sedar betapa bongkaknya aku dulu. Astaghfirullah al-Azim.

baru baru ini, aku berbual dengan mak tentang macam macam perkara. semua aku ceritakan pada mak. tentang kerja, tentang kehidupan aku yang sekarang dan tentang masalah masalah yang tak henti datang.

Antara pesanan mak;
Jangan mengeluh dengan setiap ujian yang Allah beri. Sentiasa memohon dariNya sebab Allah je yang tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.

Tempat mengadu paling agung ialah Allah dan waktu yang paling bagus untuk mengadu ialah ketika berdoa setiap kali selepas solat. Jangan jadi hamba yang ego dan sombong untuk meminta pertolongan dari Allah.

Anggaplah setiap masalah yang datang tu sebagai ujian hidup. Sama macam ujian dalam dewan peperiksaan. Untuk melayakkan kita ke level seterusnya, kita kena lah lulus ujian peperiksaan dulu. Sama jugak dengan ujian hidup. Bila kita lulus ujian yang ini, itu bermakna kematangan kita juga akan naik satu level. Setiap masalah itu akan lebih mematangkan untuk menempuh hidup yang akan datang. InsyaAllah..

Masih tak jelas? Cuba renungkan dan fikirkan sendiri. Kalau tanpa semua masalah yang penah kita alami dulu, sekarang atau pada masa lampau, adakah kita akan berada di tahap yang kita berdiri sekarang? Renungkan renungkan..




Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 12:27 AM  

4 Comments:
Post a Comment
<< Home
 

Beben

 

Beben, sebuah blog yang baik dan setia. Tak penah menyakiti aku tapi sentiasa rela untuk disakiti. Tidak berjantina dan tidak bernyawa. Sangat pendiam dan sangat memahami. Kalau rasa penulisan aku di sini kurang enak bagi kalian, bolehlah klik butang X belah kanan atas browser anda. Datang tak berjemput, pergi juga tak dihalau. oh yea, did i tell y'all that i hate stalkers? so, please back off. Mekasih.

 

If God wanted us to talk more than listen, He would have given us two mouths rather than two ears.

~Ken Blanchard ~

 

Best viewed with

Photobucket

Cepotet

Photobucket

 

Me, Myself & I

I am just a simple girl with a simple life. I love nobody except my Mak, Abah and my family. Simplicity is the new complex.

Photobucket


email untuk perkara yang penting je. kalau rasa tak penting, sila jangan email. pasti tidak akan dilayan. saya bukan artis mahupun superstar.

Bla.. Bla.. Bla..

Reminder