Photobucket

Click Click Click

Previous Post
The Archives
The Bloggers

Credits

hit counter
Clicky Web Analytics

Photobucket

Photobucket

Saturday, August 22, 2009
Hikmah Sebuah Ramadhan

Dua minggu yang lepas..


Hari Rabu, masuk kerja tengahari dengan Adik Zura. Waktu meal, keluar ke pasar malam konon nak pergi cari makanan padahal mana ada pasar malam bukak pukul 4 petang. Lastnya, pergi jual muka sendiri ja. Huhuhuhu..

Eh, tak.. tak.. bukan jual muka sebab kalau jual muka pun tak laku jugak tapi kerana berjaya buat muka yang kesian, dapatlah jugak membeli sorang seketul kebab yang rasanya bolehtahanjelah. Oih, tak baik. Itu rezeki. Jangan complaint banyak. Syukur dapat makan dan tak kebuluran. Alhamdulillah.

Lepas beli kebab, singgah gerai Mek (aku je pepandai panggil kedai Mek sebab owner dia adalah pompuan cumel dari Kelate tapi masakan dia fuyooo punyalah pedas). Kat gerai Mek, aku beli nasi putih dengan ikan masin goreng campur cili potong. Yes, aku memang suka makan ni je. Takyah banyak soal. Kalau beli perfume memang kena beli yang mahal tapi kalau beli nasi, lauk biarlah sederhana. Uceh! Sape amik aku jadi bini memang senang kan? Muahahahahaha.

Abis membeli, balik opis, makan sampai kenyang. Tapi..
Sejam kemudian - Lapar lagilah..
Sejam setengah kemudian - Laparnya..
Tiga jam kemudian - Aduh, laparnya..
Tak sesudah aku dok mengadu lapar padahal dah makan banyak pun sebelum tu. Aku pun pelik kenapa aku sangat kuat makan pada dua minggu yang lepas. Tapi, hari tu masa aku call Syuhada kat Serawak, beliau pun sama keadaan dengan aku rupanya. Sebab kuat makan punya pasal, sampai sanggup bergaduh dengan kawan sebab kawannya control tak kasik beliau makan. Lagi kronik dari aku rupanya. Hahaha.

Bila dah tak tahan dengan perkataan lapar yang asyik keluar dari mulut aku, Ravinder tetiba bersuara, "Apa kata you cuba sebut Astaghafirullah'azim tiap kali you teringat pasal makanan."

Aku? Huhuhuhu. Terkedu.


Hari ini..

Bangun sahur pukul 4.20am. Terima kasih mak sebab kejutkan Angah walaupun terpaksa call sampai 13 kali. Isk.. isk.. kalau aku dapat anak perangai camni, harus aku simbah ngan air sejuk dari kecik. Hikhik.

Masuk opis, tengok member tengah brekpes nasi lemak sambal sotong. Nampak sedap tapi masih mampu menahan nafsu. Dugaan hari pertama puasa, adatlah..

Waktu lunch plak, nampak member beli Milo Ais bungkus. Fullamak.. memang menggoda dan menggoncang iman. Tapi, syukur, masih jugak kuat dan berjaya menahan nafsu.

Alhamdulillah, sampai ke saat ini, aku masih belum merasa lapar atau dahaga. Yes, walaupun puasa bukanlah hanya dengan menahan lapar dan dahaga tapi mungkin inilah hikmahnya di sebalik kuat makan aku pada 2 minggu lepas. Moga puasa hari pertama aku ni bertahan hingga sampai waktunya dan begitu juga pada hari hari seterusnya. InsyaAllah.

Moga Ramadhan kali ini membawa satu perubahan dan anjakan paradigma buat kita semua. May this Ramadan bring us the utmost in peace and prosperity. May the light that we celebrate at Ramadan show us the way and lead us together on the path of peace and social harmony. Amin.

Salam Ramadhan Al Mubarak
(image courtesy from here)


Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 5:18 PM  

3 Comments:
Post a Comment
<< Home
 

Beben

 

Beben, sebuah blog yang baik dan setia. Tak penah menyakiti aku tapi sentiasa rela untuk disakiti. Tidak berjantina dan tidak bernyawa. Sangat pendiam dan sangat memahami. Kalau rasa penulisan aku di sini kurang enak bagi kalian, bolehlah klik butang X belah kanan atas browser anda. Datang tak berjemput, pergi juga tak dihalau. oh yea, did i tell y'all that i hate stalkers? so, please back off. Mekasih.

 

If God wanted us to talk more than listen, He would have given us two mouths rather than two ears.

~Ken Blanchard ~

 

Best viewed with

Photobucket

Cepotet

Photobucket

 

Me, Myself & I

I am just a simple girl with a simple life. I love nobody except my Mak, Abah and my family. Simplicity is the new complex.

Photobucket


email untuk perkara yang penting je. kalau rasa tak penting, sila jangan email. pasti tidak akan dilayan. saya bukan artis mahupun superstar.

Bla.. Bla.. Bla..

Reminder