Photobucket

Click Click Click

Previous Post
The Archives
The Bloggers

Credits

hit counter
Clicky Web Analytics

Photobucket

Photobucket

Sunday, September 13, 2009
Surat Amaran Dari Tuan Rumah


Beb,

Lama dah aku nak cakap benda ni. Selama ni aku pendam je dulu sebab aku blom ada masa lapang yang terluang nak luahkan semuanya kat sini. Tapi, kali ni aku bebetul dah tak tahan. Lu bebetul buat gua naik hangin tau tak!

Beb,

Untuk makluman kau, sejak dari dulu lagi aku tak penah takut dengan kau. Langsung tak pernah. Nak kata kita bermusuh, takde lah pulak kan? Tapi, takdelah jugak aku rasa macam nak berbaik dengan kau. So, aku harap apa aku cakap ni, kau tak kecik hati lah kan.

Beb,

Kejadian pertama yang buat aku naik angin ngan kau adalah masa kau abiskan semua makanan aku padahal aku punyalah mengidam nak makan makanan tu. Pandai plak tu, yang sedap je kau bantai. Yang tak sedap, kau tinggalkan je kat situ. Hampeh. Tapi aku sabar lagi. Malas aku nak panjang panjangkan cerita, aku redha je walaupun aku kebulur tahap gaban aritu. Mungkin sebab kau tak pernah puasa jadi kau tak paham apa erti kebulur kan?

Tapi, kejadian semalam bebetul buat aku tak boleh blah. Memang panas btol hati aku. Kalau letak air kat hati aku ni, mungkin boleh mendidih agaknya. Disebabkan kau, separuh botol perfume kesayangan aku abis. Semuanya semata mata nak halau kau supaya jangan ganggu aku. Aku sangkakan, aku sembur kau dengan Ridsect tapi rupanya aku ter capai botol perfume Ferragamo aku. Semua kau punya pasal. Siapa suruh kau kacau aku tengah malam waktu aku sedap lena tedo? Kau memang jahat!

Beb,

Aku nak tahu, apsal kau jaki sangat ngan aku? Sejak management apartment aku buat fogging semburan asap nyamuk kelmarin, sejak tu lah kau dah pandai melawat umah aku. Yang diorang sembur asap tu nak halau nyamuk bukan nak halau kau tapi yang kau terasa kenapa? Ko bermaustatin lah bebaik kat tempat kau behirbenasi selama ni. Janganlah datang rumah aku suka suki.

Err.. atau kau nak balas dendam sebab aku penah operate sedara mara moyang kau masa kelas Biologi kat sekolah dulu ke? Itu untuk pembelajaran beb. Kau tak boleh nak salahkan aku. Aku takde niat langsung nak membunuh. Tapi, maklumlah, aku bukan ada kemahiran tangan seorang doktor. Akibatnya, aku tersalah operate dan menyebabkan kematian sedara kau. Tapi, itu kan belajar namanya. Aih..

Beb,

Ramai kengkawan aku yang takutkan kau akan kejar kau dengan batang penyapu. Lepas tu, silap silap kau kena penyek sesedap rasa. Aku penah ke buat kat ko camtu? Tak penah kan? Biasanya, kalau aku nampak kau, aku selamba yaya je akan kejar kau, tangkap kau dan buangkan kau kat luar window. So, kau renung renungkanlah. Patut ke kau mengganggu aku lagi?

Pulanglah beb ke pangkuan asal kau. Tempat lipas bukan di sini. Bukan di rumah aku. Raya nak dekat dah ni. Aku pun mungkin akan pulang ke kampung. Kau pun, pulanglah berhari raya. Pulanglah..

Hei Lipas,
kau ingat ensem dok atas sofa pink camtu?
Nyah kau dari rumahku!!!



Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 11:05 AM  

5 Comments:
Post a Comment
<< Home
 

Beben

 

Beben, sebuah blog yang baik dan setia. Tak penah menyakiti aku tapi sentiasa rela untuk disakiti. Tidak berjantina dan tidak bernyawa. Sangat pendiam dan sangat memahami. Kalau rasa penulisan aku di sini kurang enak bagi kalian, bolehlah klik butang X belah kanan atas browser anda. Datang tak berjemput, pergi juga tak dihalau. oh yea, did i tell y'all that i hate stalkers? so, please back off. Mekasih.

 

If God wanted us to talk more than listen, He would have given us two mouths rather than two ears.

~Ken Blanchard ~

 

Best viewed with

Photobucket

Cepotet

Photobucket

 

Me, Myself & I

I am just a simple girl with a simple life. I love nobody except my Mak, Abah and my family. Simplicity is the new complex.

Photobucket


email untuk perkara yang penting je. kalau rasa tak penting, sila jangan email. pasti tidak akan dilayan. saya bukan artis mahupun superstar.

Bla.. Bla.. Bla..

Reminder