tiap kali kami adik beradik bitau mak tentang keinginan nak berumahtangga, mak mesti akan senyum je pehtu mak akan kasik pesanan yang sungguh makan dalam bagi kami adik beradik. lebih kurang camni la mak cakap;
ada 2 perkara asas yang perlu anak anak mak buat sebelum boleh berkahwin. mak cakap ni bukan sebab mak tanak anak anak mak kawin awal tapi sebab mak kenal semua anak anak mak.
korang nak tau ape dia 2 perkara asas yang kami perlu bersedia sebelum berkahwin:-
bangun awal pagi - bab ni, aku aku memang respek mak sebab sanggup bangun seawal 4.30 pagi semata mata nak bersiap untuk masakkan breakfast untuk abah and kami adik beradik. kalau nak masak nasi goreng, mak kan masak dulu nasi pehtu baru buat nasi goreng. dan, memang kami adik beradik memang la jenis liat bangun pagi especially aku. jangan tak tau, aku penah kena simbah ngan air ais sebab mak tak larat nak kejutkan aku bangun tedo gi sekolah. hehehehe. bab ni, aku memang fail lagi setakat ni tapi mungkin aku akan cari suami yang suka bangun lewat jugak kot. boleh? kekekeke.
rajin memasak - haaa, bab ni aku suka. mak memang rajin memasak. semua jenis resipi mak tau buat. dari jenis segala jenis cookies, kuih muih dan masakan harian. aku pun takde la rajin tapi aku rasa aku suka memasak. tambah plak bila orang yang makan masakan kita tu akan cakap yang masakan kita sedap. uish, lagi la kembang kempis idung dibuatnya. walaupun masakan aku takde la marvelous mana tapi kira bab ni aku dah lulus jugak la. hiks.
dan, aku rasa aku dah boleh kawin tau. hari ni aku cuti tapi aku bangun awal. pukul 8.30 pagi tu kira awal la kan daripada aku selalu bangun pukul 10.30 pagi tu. betul tak?
ok, satu, aku dah dikira bangun. kemudian, aku rajin memasak.
brekpes pagi, aku goreng jemput jemput udang atau setengah orang panggil, cucur udang .
tengahari, aku masakkan spagheti bolognese. sila abaikan cendawan yang gemok itu. acik tersalah potong tadi. tapi, sedap! bakal suami, sila take note kebolehan saya ini tau.
dan, malamnya plak, aku buat agar agar milo campur susu. pun sedap jugak. dulik ape orang kata angkat bakul sendiri. kalau bukan aku nak puji, siapa lagi ye tak? lagipun, along ngan acik sendiri cakap sedap. hiks.
i-chimera, errr.. tak la. ahahaha. tapi, at least sekali sekala kalau bakal suami teringin, i leh masakkan. huhuhu. :D
cemut, takpe, slow slow belajar yang. yang penting ada kemahuan. trust me, untuk orang yang kita sayang, kompem kita akan sanggup buat apa saja. uceh. :p
Beben, sebuah blog yang baik dan setia. Tak penah menyakiti aku tapi sentiasa rela untuk disakiti. Tidak berjantina dan tidak bernyawa. Sangat pendiam dan sangat memahami. Kalau rasa penulisan aku di sini kurang enak bagi kalian, bolehlah klik butang
X belah kanan atas browser anda.
Datang tak
berjemput, pergi juga tak dihalau. oh yea, did i tell y'all that i
hate
stalkers? so, please back off. Mekasih.
If God wanted us to
talk more than listen, He would have given us two mouths rather than two
ears.
~Ken
Blanchard ~
Best viewed
with
Cepotet
Me, Myself & I
I am just a simple girl with a simple life. I love nobody except my Mak, Abah and my family.
Simplicity is the new complex.
email untuk perkara
yang penting
je. kalau rasa tak penting, sila jangan
email. pasti tidak akan dilayan.
saya bukan artis mahupun
superstar.
errr.. tetiap hari nak kena makan spagetti ke erni... ha.. satu lagi, menu utk dinner mana??