fasa satu dah selesai. Alhamdulillah. aku tatau nak kata ni fasa ke-berapa sebenarnya sebab aku tatau perkara ni akan ada berapa fasa.
lepas abis meeting tadi, aku dibenarkan pulang. well, macam biasa, aku akan sentiasa dapat release awal dari selalu kalau derang tengok keadaan aku yang tetiba macam nak meroyan ni. terima kasih bos.
aku terharu. dengan keprihatinan bos yang selama ini aku anggap macam tak penah appreciate kehadiran aku. aku selalu rasa macam aku takde nilai kat mata bos padahal, bos la yang selalu selamatkan aku tak kira camne keadaan sekali pun. dan aku terharu dengan support dari pihak tertentu. siyes terharu. even masa menaip ni pun airmata aku bergenang sebab terlalu terharu. hey, aku serius tau terharu walaupun ayat aku macam kelakar.
apapun, aku bebetul nak ucapkan terima kasih kat mak, abah, along dan adik adik serta bebeh bebeh tersayang yang sanggup bersusah payah idup dengan aku selama ni. yang selalu cuba memahami perasaan aku. yang selalu melayan kerenah aku, kesengalan aku, moody aku yang tak tentu pasal pehtu nangis sampai tak ingat dunia. yang selalu kasik aku sokongan moral dan kata kata semangat. yang selalu bagi kata kata perangsang walaupun aku tak terangsang dan yang penting, korang selalu ada waktu susah dan senang aku.
aku tau ramai cakap aku ignorance. sebab kenkadang bila time orang bercakap ngan aku, aku akan diam je. jarang bagi respons melainkan iya atau hmm.. tapi, aku ingat setiap kata kata yang mereka cakap.
tak payah sentuh pasal pesanan mak ngan abah sebab aku tau, apa yang mak abah buat untuk kami adik beradik, semuanya sebab mak abah nak yang terbaik untuk kami. tapi, bila masuk bab sahabat, aku tau aku takkan jumpa sahabat yang seakrab dan sesetia bebeh bebeh aku sekarang.
aku ingat lagi hari di mana aku dilanda episod duka hari tu. izah bebeh yang tengah lunch dengan seseorang pun seboleh mungkin cuba mencari masa untuk menemani aku. suraya bebeh ngan zura bebeh yang penat baru balik keja pun sanggup join untuk tenangkan aku. dan, mala bebeh yang tengah keja pun sanggup curi keluar untuk memberi sokongan kat aku. again, aku nak cakap, memang aku terharu.
antara kata kata bebeh yang aku selalu ingat.
izah bebeh - mungkin kami takkan ada selalu dengan kau tapi percayalah kami akan sebolehnya adakan masa untuk kau tiap kali ko ada masalah.
mala bebeh - aku bukan marah kalau ko nak rasa sedih atau ko nak menangis. tapi, sebagai kawan, aku tau ko layak untuk dapat kebahagiaan ko. aku sedih kalau ko selalu sedih macam ni.
suraya bebeh - bebeh, kalau kamu ada masalah atau kalau kamu nak apa apa atau nak kita temankan kamu, call je kita. kita tak kisah bila bila pun. kalau kita free, kita mesti ada untuk kamu.
zura bebeh - kau ok? kalau tak ok, beritahu k? aku nak tau cerita kau. rindu sangat nak lepak sekali.
aleen bebeh - u ni memang spoil brat tapi u comel sangat tau.
nana bebeh - jangan sedih selalu nanti hati tak tenang. kadang kadang, apa yang kita sedihkan hari ni akan buat kita lebih matang kemudian hari.
aku nak korang tau, aku sayang korang sangat sangat. serius ni. sayang yang takde nilainya. infiniti.
aih, nanti kalau korang semua dah kawin, mesti kita dah tak boleh nak lepak macam sekarang lagi kan? memasing mesti busy dengan new life memasing. dengan suami, dengan anak anak. tapi, aku tak kisah. aku happy kalau diorang happy. sebab, derang lah antara orang orang yang selalu happykan aku.
cuma satu pesanan aku, kalau semua pun dah kawin tahun depan, nanti time aku kawin, korang semua mesti datang. tak kisah la tahun bila tapi tunggu ja sampai aku bertemu jodoh. and janji korang kena angkut sekali anak beranak korang sama ok? oh, aku macam dah melalut pulak.
tapi, percayalah, apa yang aku taip kat atas tu semua betul belaka. aku sayang korang forever and ever.
Beben, sebuah blog yang baik dan setia. Tak penah menyakiti aku tapi sentiasa rela untuk disakiti. Tidak berjantina dan tidak bernyawa. Sangat pendiam dan sangat memahami. Kalau rasa penulisan aku di sini kurang enak bagi kalian, bolehlah klik butang
X belah kanan atas browser anda.
Datang tak
berjemput, pergi juga tak dihalau. oh yea, did i tell y'all that i
hate
stalkers? so, please back off. Mekasih.
If God wanted us to
talk more than listen, He would have given us two mouths rather than two
ears.
~Ken
Blanchard ~
Best viewed
with
Cepotet
Me, Myself & I
I am just a simple girl with a simple life. I love nobody except my Mak, Abah and my family.
Simplicity is the new complex.
email untuk perkara
yang penting
je. kalau rasa tak penting, sila jangan
email. pasti tidak akan dilayan.
saya bukan artis mahupun
superstar.