adik beradik aku kelakar semuanya. perangai derang je dah buatkan aku rasa takyah lagi nak tengok Cerita Lawak Astro. tak percaya? tak percaya sudah.
Adik #4
bangun tedo je tadi, aku tengok ada note ni kat depan monitor komputer.
hahahaha. takut? macamlah aku nak marah dia. selagi tak jahanam komputer ni, aku memang no-hal punyalah.
Adik #9
kelmarin, adik adik aku sebuk nak gi main game kat One Utama sana. aku masa tu belum balik dari keja. jadinya, terpaksalah derang pergi sendiri dengan menaiki motosikal tanpa lesen.
perjalanan pergi, beres. takde roadblock dan tak berlaku perkara yang tak diingini. malangnya, perjalanan balik, ada polis tunggu kat hujung jalan. mujurlah adik adik aku cepat perasan. cuma kelakarnya, Adik #9 aku boleh cakap;
kak, kan adik cakap jangan bawak motor laju laju, adik takut la. kak tak dengar ke? polis dah hon tu, brenti la.
eh, diamlah. sebab adik bising la polis datang kejar kita. baik adik diam.
kekekeke. boleh ko suruh kak Da brentikan motor ek sebab polis dah hon. oh, aku lupa. budak budak memang innocent sikit kan? tunggu la ko dah abis SPM sok, aku nak tengok lak ko camne. hiks.
Adik #5
"mak, Da nak kawin. mak tolonglah carikan calon. kawan Da pun dah nak dapat anak sorang," adik #5 aku cakap.
"boleh. ada ja anak makcik Peah (bukan nama sebenar) kat belakang umah yang abah sewakan tu tengah carik menantu," mak pun mula la aturkan jodoh. kononnya.
"uish, takmo la kalau si Atan (bukan nama sebenar) tu. gigi dia tak bersih. kalau boleh, biarlah yang hensem atau sedap mata memandang sikit," adik #5 aku balas.
"amboi, kalau hensem tu kenapa? boleh hidup senang ke?" mak tanya balik.
"bukanlah. tapi, Da boleh confirm kalau Da kawin dengan orang tak ensem macam tu, Da takkan ada zuriat. nanti Da tak lalu," adik #5 menjawab.
Beben, sebuah blog yang baik dan setia. Tak penah menyakiti aku tapi sentiasa rela untuk disakiti. Tidak berjantina dan tidak bernyawa. Sangat pendiam dan sangat memahami. Kalau rasa penulisan aku di sini kurang enak bagi kalian, bolehlah klik butang
X belah kanan atas browser anda.
Datang tak
berjemput, pergi juga tak dihalau. oh yea, did i tell y'all that i
hate
stalkers? so, please back off. Mekasih.
If God wanted us to
talk more than listen, He would have given us two mouths rather than two
ears.
~Ken
Blanchard ~
Best viewed
with
Cepotet
Me, Myself & I
I am just a simple girl with a simple life. I love nobody except my Mak, Abah and my family.
Simplicity is the new complex.
email untuk perkara
yang penting
je. kalau rasa tak penting, sila jangan
email. pasti tidak akan dilayan.
saya bukan artis mahupun
superstar.
haha. sweet y adik no.4 tu~ siap tinggal note lagik