disebabkan gambar masa ke Kuantan semalam aku tak sempat nak transfer ke pendrive kerana kelewatan bangun pagi (macam biasalah kan, aku mana penah awal kalau bangun pagi), dan disebabkan hari ni mood aku sedikit baik kerna tetap jugak nak mengapdet blog, makanya, aku sambung cita masa kat Bali aritu ok.
kekeke.. cita Bali tak abis abis ek. apa nak buat. di samping kebizian yang terlampau dan dicampur dengan kemalasan mengapdet tahap mega, inilah hasilnya. huhuhu.
lepas dah melepak kat Mc Donald, hujan pun dah agak agak reda skit, memasing pun mula la nak panjangkan langkah semula.
tapi kali ni kitaorang berpecah. ada yang balik ke hotel, ada yang gi sambung shopping. aku, kiki, kak aby and nenot plak, naik teksi untuk sambung bershopping kat Legian. ekceli, boleh je kalau nak jalan kaki dari depan pantai Kuta tu nak ke Legian. dekat je pun sebenarnya tapi disebabkan hujan yang ala ala manja tu, terpaksa la kitaorang naik teksi. kalau jalan kang, mau kuyup plak kan.
tak sampai sejam pun aku jalan jalan kat Legian tu, aku terus bitau kat Kiki and kak Aby yang aku nak chow. since takde benda pun aku nak beli, baik aku gi buat benda lain plak. lagipun, shopping kat Bali tak sebest macam shopping kat Bandung. ni pendapat aku la kan. tatau la kalau orang lain lagi suka shopping kat Bali instead of Bandung. huhuhu.
makanya, from Legian, aku jalan la seseko sensorang diri ke Hard Rock Cafe di Jalan Pantai Kuta. shopping serba sedikit kat sinun pehtu aku chow balik ke hotel. plan asal nak gi spa bersama rerakan yang lain tapi terserempak plak ngan kak pamm and kak gee. makanya, terkandas plak aku kat saloon ni. belai rambut katanya.
nieda yang comot. hiks.
pehtu, pakat la kitaorang beramai ramai bermaustatin kat saloon ni. lepas dah melepak kat saloon, kitaorang dibawa oleh kawan iera, gi makan bakso sedap kat mana ntah nama tempatnya.
balik from makan bakso, kitaorang kaum gadis sewa motor plak untuk sambung jalan jalan melawat kawasan sekitar. wah, kawasan sekitar perginya. dan kaum jejaka plak, gi spa untuk mengurut badan.
hasil bermaustatin di saloon. gila kentang wat rambut kaler ni. u rock babe!
belah malam, berkumpul reramai di lobby hotel. kononnya nak gi dinner tapi sudahnya, tak jumpa kedai makanan yang halal. jadinya, kitaorang lepak nengok tarian daripada si incik puan ini. err.. incik puan? hiks.
lepak sampai pukul 3am, then balik ke hotel untuk bersiap ke airport. flight kitaorang pukul 6 pagi.
aih, penat dah nak cerita. nengok je la gambo ni eh. aksi aksi kepenatan selepas seharian berjalan ke sana sini tanpa pemakanan yang lengkap. agaknya, kalau sebulan aku dok Bali, mau kurus sekeping aku jadinya. muehehehe.
kesian tak tengok keadaan kitaorang? kesian tak? kekekeke.
selamat tinggal Bali. insyaAllah, ada rezeki, saya akan sampai lagi. Malaysia, saya pulang.. (poyo tak? hahaha)
sebenarnya kan, aku rasa, entry aku ke Bali semuanya macam tak best. mungkin sebab kurang rencah dan perasa. buat entry pun ala kadar je. photo pun aku pilih secara random je. belasah je la kan? hikhik.
tapi kan, satu je aku nak bagitau, trip ke Bali memang best sebenarnya. cuma kalau pergi time tak hujan, mesti berganda ganda bestnya. hehehehe.
cakaran cebisan hepi belated besday untuk abah tersayang and hepi besday untuk sahabat tersayang, Farah Diba. moga panjang umur, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa dirahmati Allah. Amin.
Beben, sebuah blog yang baik dan setia. Tak penah menyakiti aku tapi sentiasa rela untuk disakiti. Tidak berjantina dan tidak bernyawa. Sangat pendiam dan sangat memahami. Kalau rasa penulisan aku di sini kurang enak bagi kalian, bolehlah klik butang
X belah kanan atas browser anda.
Datang tak
berjemput, pergi juga tak dihalau. oh yea, did i tell y'all that i
hate
stalkers? so, please back off. Mekasih.
If God wanted us to
talk more than listen, He would have given us two mouths rather than two
ears.
~Ken
Blanchard ~
Best viewed
with
Cepotet
Me, Myself & I
I am just a simple girl with a simple life. I love nobody except my Mak, Abah and my family.
Simplicity is the new complex.
email untuk perkara
yang penting
je. kalau rasa tak penting, sila jangan
email. pasti tidak akan dilayan.
saya bukan artis mahupun
superstar.
puiyoo....last nite overnite tuh...takut telajaks flight ape..??eheheh...sioknye..bila la gue mau sampei...waduuhh..!!!