Photobucket

Click Click Click

Previous Post
The Archives
The Bloggers

Credits

hit counter
Clicky Web Analytics

Photobucket

Photobucket

Tuesday, December 9, 2008
Aku Sedih Pulak Bila Adik Nak Sambung Belajar

pepagi lagi adik aku dah bangun. solat subuh pehtu terus shoot gi keja. dia ajak aku jemaah sekali tapi malangnya, kawan bulanan aku datang melawat. so, tak dapat la nak join.

aku perasan kan, dalam banyak banyak anak mak, adik aku yang sorang ni je jenis yang macam lain sikit. tak banyak kerenah. jimat. tak kedekut. dan paling penting, ringan tulang. tak penah langsung untuk jawab tidak kalau mak atau kami, kakak kakaknya mintak tolong.

lagi satu, semua tarikh lahir kami adik beradik, dia akan ingat. tiap kali harijadi sesapa, mesti akan ada kek yang dibeli oleh beliau. kenkadang, cam terharu pun ada gak kalau aku yang dah tua bangka ni ada orang belikan kek. paling aku bangga, walaupun dia ada kelulusan diploma mekanikal engineering tapi tak malu langsung nak keja sebagai cashier kat kedai roti. kenkadang, aku tanya jugak sama ada dia nak aku tolong tanyakan kengkawan kot nak try keja lain, tapi dia cakap, biarlah dia tolong bosnya dulu. sebab kedai roti bos dia tu pun baru ja bukak.

bebaru ni, adik dapat offer sambung lagi belajar ke Mukah, Serawak. sedih pulak aku rasa. lepas ni, kompem takde teman sebilik yang besh lagi. dah takde lagi orang yang nak tolong aku tutupkan lampu kalau aku tertedo dengan keadaan lampu terpasang. takde lagi orang yang nak tolong aku kemas bilik yang ntah berapa kali sepah walaupun lepas baru dikemas. paling sadis, takde sapa nak tengokkan aku kalau tetiba aku meroyan tetengah malam kat dalam bilik.

aih, tetiba rasa cam tak besh plak kalau adik dah gi sambung belajar nanti. padahal, masa memula adik cakap nak reject aritu, aku yang beria ia suruh dia sambung jugak. siap kasik ceramah free dalam kereta. aku siap cakap lagi, tak kisahlah jauh mana pun dia kena gi belajar tapi dia kena tahu, itu bukan untuk sesapa pun tapi untuk diri dia sendiri gak. kalau rasa tak nak pikir untuk diri dia sendiri, pikirlah untuk mak ngan abah.

tapi, serius aku sedih bila ingat yang dia akan gi belajar jauh tak lama lagi. korang rasa kalau buat permohonan pertukaran boleh tak ek?

Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 7:39 AM  

0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 

Beben

 

Beben, sebuah blog yang baik dan setia. Tak penah menyakiti aku tapi sentiasa rela untuk disakiti. Tidak berjantina dan tidak bernyawa. Sangat pendiam dan sangat memahami. Kalau rasa penulisan aku di sini kurang enak bagi kalian, bolehlah klik butang X belah kanan atas browser anda. Datang tak berjemput, pergi juga tak dihalau. oh yea, did i tell y'all that i hate stalkers? so, please back off. Mekasih.

 

If God wanted us to talk more than listen, He would have given us two mouths rather than two ears.

~Ken Blanchard ~

 

Best viewed with

Photobucket

Cepotet

Photobucket

 

Me, Myself & I

I am just a simple girl with a simple life. I love nobody except my Mak, Abah and my family. Simplicity is the new complex.

Photobucket


email untuk perkara yang penting je. kalau rasa tak penting, sila jangan email. pasti tidak akan dilayan. saya bukan artis mahupun superstar.

Bla.. Bla.. Bla..

Reminder