aku memang sangat bz lately ni. balik keja pun dah kepenatan tahap gaban. sudahnya, memang takde la chance nak mengapdet si beben ni. aih..
apa kata korang layan je la picca masa hari kedua di Bali ni eh.
hari kedua kitaorang di Bali adalah hari melawat kawasan sekitar. kawasan sekitar perginya. hiks.
sebelum memulakan perjalanan, perut harus di-isi dulu. kalau tak, mau meroyan memasing jadinya. hiks.
kat hotel aku duduk ni, brekpes dia leh pilih nak makan ape. takde buffet ape segala. hotel murah katakan. tapi, alhamdulillah. kenyang je rasa. ko nak buffet ape segala macam la ko nak makan banyak sangat ye tak? brekpes biasanya tak makan banyak sangat kan. ewah, aku ke yang mentaip ni? kekekekke.
dah nama pun hari melawat kawasan sekitar, maka tempat pertama yang kitaorang tuju adalah ke Tanah Lot Temple. Tempat ini berada di Desa Beraban, 13 km arah barat dari Tabanan. untuk korang yang tatau, Bali sangat terkenal dengan agama Hindu. kira lebih kurang 90% penduduk situ adalah beragama Hindu. ni apa yang Mas Made bagitau aku. Mas Made tu adalah supir yang bawak kitaorang ke sana sini. ensem dan baik. serta cool sangat. tapi dah kawin. err.. perlu ke mentioned? hiks.
kitaorang jakun oh tengok kelawar. ekekkeke. apsal Nida je yang asyik jadik model dalam semua picca ni? ngeee..
aku suka ayat tu. dia tulis, kalau anda bukan orang sembarangan, janganlah buang sampah sembarangan. pesanan aku plak, kalau kau bukan orang sembarangan, jangan la nak mengutuk orang sembarangan. ada paham? opsss..
ni semua ada gambar masa kat Tanah Lot.
aku suka pic kat Tanah Lot ni. semuanya happening sangat.
oh, saya pasti rindukan trip sebegini lagi.
lepas melawat Tanah Lot, kitaorang gerak ke Kintamani. jauh jugak perjalanannya. takde highway ye anak anak. 3 jam baru sampai tempat kejadian. memang siap tertedo tedo semua orang dalam keta. tapi, pemandangan sepanjang jalan best. lalu sawah padi apa segala. syok je rasa. ala ala perkampungan skit. biasalah, aku ni kan suka ala ala kampung gitu. sedar asal usul katanya.
yeay, sudah sampai! ini adalah Kintamani. setengah orang kat situ cakap, gunung berapi tu idup lagi. setengahnya cakap tak. dah la derang kat sana tak brape nak paham bahasa kita. nak spekong english pun, derang tak brape fasih. entah mana satu aku nak percaya pun tatau. belasah je la kan. tapi, pemandangan dia sangatlah cantik. sejuk plak tu.
kitaorang jugak sempat menjamu selera masa kat Kintamani ni. makanan ala ala buffet. murah je. sorang Rp50,000 sahaja. kira ok la tu kan.
selesai mengenyangkan perut, kitaorang dibawa ke pusat kraftangan ape ke nama ntah tempat ni. still kat kawasan Kintamani jugak. tapi, barang yang dijual adalah mahal berbanding dengan yang ada di Pasar Ubud dan Sukamati.
so, kitaorang sekadar pusing pusing dan snap picca sana sini je la. nak cukupkan syarat katanya kan. kekekekeke.
dari Kintamani, kitaorang gerak ke Pasar Ubud. haaa.. kalau nak membeli belah ke ape ke, sinilah tempatnya. kat sini, kitaorang dah dipesan awal awal lagi oleh Mas Made. kalau dia letak harga Rp100,000 ko jangan tawar kata nak Rp50,000. ko terus turunkan ke Rp20,000. haaa.. gitu la konsep tawar menawarnya.
tapi, memang murah tau. sehelai dress boleh dapat dalam harga lebih kurang RM15 gitu je. tapi, tengoklah cara ko menawar pun. aku ni, tak pandai menawar sangat tapi kalau dah ada Iera ngan Kak Wan, kompem boleh kawtim punya. aku setakat buat muka kesian tu, boleh la lepas sekali dua. paling syok bila aku sebut, "tolong bu.. please..murah la sikit ibu". kompem dapat murah. ayat mau power ok. ekekekeke.
selesai membeli belah dan menghabiskan wang berjuta juta kat Pasar Ubud, memasing perut dah lapar semula. kitaorang pun gerak untuk dinner di Jinbara.
kat pintu masuk, kitaorang disambut ala ala penuh kebudayaan gitu. siap letak bunga kat tinge memasing. auwww, ayu rasanya. hiks.
kitaorang pun gerak untuk dinner di Jinbara. sebenarnya, kat Jinbara ni, boleh makan kat tepi pantai sambil tengok sunset. sangat lah lawa. malangnya, timing kitaorang tak btol. sampai sana, ujan baru mula nak turun. tengoklah Nida ngan Misha ni. sempat gak posing kejap kat sini. bagus.. bagus. model yang sanggup bekerjasama katanya. hiks.
sudahnya, makan kat dalam je la. tapi, tetap meriah.
abis makan makan apa segala, dalam pukul 10 malam, dah sampai hotel semula. patutnya, dengan supir ni, sampai kul 9 malam je tapi ada kejadian skit yang buatkan kitaorang terpaksa lajak sampai pukul 10 malam. sib baik Mas Made ni baik. aih, cita tak besh tu aku cita kemudian ok?
wuuuuuuu.. banyaknya picca dalam entry ni ek? oklah. stop sampai sini je la kan. esok kalau rajin, aku update hari ketiga aku di Bali dan hari kepulangan kitaorang ke Malaysia plak eh. err.. rasa cam banyak je cite kat bali ni kan. padahal takde la lama sangat aku kat sana.
ok, pehni aku akan wat entry pasal besday aku aritu. oh, banyaknya cerita nak dicakar. weeeehuuuu!
Beben, sebuah blog yang baik dan setia. Tak penah menyakiti aku tapi sentiasa rela untuk disakiti. Tidak berjantina dan tidak bernyawa. Sangat pendiam dan sangat memahami. Kalau rasa penulisan aku di sini kurang enak bagi kalian, bolehlah klik butang
X belah kanan atas browser anda.
Datang tak
berjemput, pergi juga tak dihalau. oh yea, did i tell y'all that i
hate
stalkers? so, please back off. Mekasih.
If God wanted us to
talk more than listen, He would have given us two mouths rather than two
ears.
~Ken
Blanchard ~
Best viewed
with
Cepotet
Me, Myself & I
I am just a simple girl with a simple life. I love nobody except my Mak, Abah and my family.
Simplicity is the new complex.
email untuk perkara
yang penting
je. kalau rasa tak penting, sila jangan
email. pasti tidak akan dilayan.
saya bukan artis mahupun
superstar.
rumah ko area bukit cheras ye??
tggu aku kat western mlm ni :p