arini, 1st day aku kat tempat baru. err.. opis baru i mean. bukan company baru yea adik adik. aku still sayang and berminat untuk bekerja ngan company kuning aku neh. huhuhu.
bekerja kat SS2 ni, takde beza sangat pun. sebelum ni pun memang aku dah penah keja kat SS2, jadik kebanyakan staff yang ada di SS2, semua aku dah kenal kecuali ada beberapa orang staff baru yang memang bebetul menguji kesabaran aku dan juga beberapa orang executive yang lain. memang bebetul teruji tau!
aku kalau boleh, bukan nak salahkan mereka pun. aku pun tahu, mereka tu staff baru. jadik, banyak benda yang nak kena catch up. aku dulu pun penah jadik staff baru. semua orang pun penah jadik staff baru. tapi sebelum mereka diletakkan ke floor, staff ni sume akan masuk training dulu selama sebulan dan diajar tentang semua product yang berkaitan serta diajar menggunakan sistem supaya mereka tahu nak gunakannya. yang bagusnya, mereka tetap dibayar gaji penuh walaupun mereka hanya datang untuk training semata mata.
TAPI, aku tatau la apa yang mereka belajar masa training tersebut. sama ada mereka main main dalam kelas atau trainer yang tak pandai nak mengajar. satu apa pun mereka tak tahu. bukan sekadar tak tahu tentang product malah nak guna sistem pun mereka tak tahu. sungguh menguji kesabaran btol. huwaaaaa.. kalau camni la tiap hari, memang gugur la rambut aku nampaknya.
ya Allah, terima kasih kerna kurniakan aku kesabaran yang tinggi untuk hari ini. moga kesabaran itu akan lebih meninggi dan terus membukit untuk hari hari yang mendatang. Amin.
mungkin dalam minggu depan, aku kena wat training semula untuk budak budak baru ni. adoi laaaa.. kena siapkan paperwork lagi, kena set time lagi. kena carik back up lagi. sungguh kesiannya kat aku ni kan. ni baru 50 orang staff. minggu depan, masuk lagi 75 orang. kompem aku akan mati cepat kalau camni. huhuhu..
MINGGU YANG BZ
lepas ni, mungkin aku akan jarang mengapdet blog. minggu ni, aku agak bz ngan kerja ditambah plak ngan keadaan opis yang masih tunggang langgang. kalau dulu, SS2 adalah tempat untuk bermalas malasan, tapi sekarang jangan harap la. banyak btol tugas yang menanti. lepas satu, dua. lepas dua, tiga. lepas tiga, lima belas. memang tak penah abish.
esok, aku cuti. tapi, pepagi lagi aku dah kena gi UiTM Shah Alam. nak uruskan pembayaran yuran untuk semester ni. aku nyaris nyaris terlupa tentang tarikh pendaftaran aritu. sib baik la Liza call ingatkan aku. isk, apa la nak jadik ngan aku ni. perkara penting camni pun bleh lupa. tak bagus btol!
petangnya pulak, ade meeting ngan bos serta beberapa exec lain kat HQ. nak discuss tentang agihan tugas untuk tahun 2008. lepas meeting, kena gi Digital Mall kejap. ade benda penting yang perlu dibeli. dan malamnya, kalau takde apa apa aral, aku nak gi jumpa izah jap. insyaAllah.. *kenyit mata kat Izah*
hari rabu keesokannya, ada lunch dengan bebudak engineer from SOC dept kat TGI Friday, Subang Parade. aku pun tak pasti apa tujuan lunch tu dibuat. tapi, memang aku akui yang hubungan kami (merujuk kepada semua exec) dan juga bebudak engineer ni agak tegang sejak akhir akhir ni. maybe sebab komplen komplen yang kami berikan kat bos derang kot. nasib la kan.. sape suh wat keje memain. yang kena hentam, bukan derang. kitaorang gak. rasakan!
lepas lunch tu nanti, kena bergegas gi opis lak. aku kena keja petang sampai kul 12 malam. dan pastinya keadaan akan jadi lebih bz sebab aku kena kerja seekor diri aritu. uuiii.. sangat tak besh!
hari khamis, takde apa apa perkara penting yang perlu dibuat. lagipun, hari tu adalah public holiday. aku kena keja petang jugak. from 3pm to 12am. lepas tu, aku akan terus memandu pulang ke Taiping coz aku cuti selama 5 hari sampai hari selasa minggu depannya. so, hepi holiday to me. jangan jeles! *kenyit mata*
SHOPPING
beberapa ari lepas, aku ada terima satu email. dari seseorang yang kekononnya SUKA BACA BLOG AKU. silent reader la kononnya. dia tanya, kenapa aku suka bershopping. dia pelik sebab tiap bulan, aku mesti akan ade barang baru yang dibawak, dipakai atau diguna. mana dia tau eh? pelik.. pelik..
yeap! memang tiap bulan aku wajib belikan something utk diri aku sendiri. at least, kalau tak beli barangan mahal mahal pun, sehelai t-shirt pun dah memadai. atau sebuah novel. tu pun dah cukup. tapi, itu bukan shopping namanya. itu adalah hadiah penghargaan. sape lagi yang nak menghargai diri kita kalau bukan kita sendiri. tol tak?
aku pepenat keja. balik lewat malam pehtu kena marah ngan kastemer, tensen ngan staff lagi, stress ngan manager plak lagi. tak sian ke? jadik, cukup bulan, aku kena la hadiahkan something untuk diri aku. bila dah hadiahkan something, baru la semangat nak kerja tu akan ada. alah, kalau duit tu simpan berketul ketul pun, bukan boleh bawak mati. setakat duit ringgit tu, apa la sangat. bukan boleh beli kebahagiaan pun. kan beben kan?
lagipun, sementara tengah single ni la masa untuk aku nak merasa semua tu. kalau dah kawin nanti, kena pikir tanggungjawab lain pulak. bila dah ada anak anak, lagi la banyak perbelanjaannya. harus aku akan berkorban untuk anak anak plak nanti. masa tu, mana boleh nak boros boros atau shopping tak tentu pasal. kena pikir tentang insuran pendidikan anak anak, tentang insurans kesihatan mereka, tentang keluarga, nak kena beli baju anak anak plak lagi. uiii.. banyak tau kena berkorban. tak salah la kalau aku nak merasa semuanya sekarang kan?
yang penting, aku tak lupa tanggungjawab aku untuk mak, abah dan adik adik. dan yang paling utama, aku shopping guna duit hinggit aku. aku tak mintak kat orang. so, takde masalah kan? kalau rasa ade tak puas ati, sila email. mekasih.
ok. aku dah puas bebel. aku malas nak mencakar lagi. aku dah mengantuk. nak masuk tedo dah.
tu diaaa.. boss besar dah naik angin dahhh. dgr tu semua rakyat jelata.. belajar2 rajin2... nanti besar2 x susahkan orang tua! HEHEHE.. ala.. dlm bak dlm citer lama2 dulu tu.. " kecik2 x nak mampos.. besar2.. susahkan mak bapak " :P
hannan, ciss.. bukan bos besar la. kalau bos besar, kompem i gi serang semua trainer yang ada. camne derang mengajar pun i tak tau. sangat menguji jiwa raga tau! *urut dada sendiri suruh bersabar*
Beben, sebuah blog yang baik dan setia. Tak penah menyakiti aku tapi sentiasa rela untuk disakiti. Tidak berjantina dan tidak bernyawa. Sangat pendiam dan sangat memahami. Kalau rasa penulisan aku di sini kurang enak bagi kalian, bolehlah klik butang
X belah kanan atas browser anda.
Datang tak
berjemput, pergi juga tak dihalau. oh yea, did i tell y'all that i
hate
stalkers? so, please back off. Mekasih.
If God wanted us to
talk more than listen, He would have given us two mouths rather than two
ears.
~Ken
Blanchard ~
Best viewed
with
Cepotet
Me, Myself & I
I am just a simple girl with a simple life. I love nobody except my Mak, Abah and my family.
Simplicity is the new complex.
email untuk perkara
yang penting
je. kalau rasa tak penting, sila jangan
email. pasti tidak akan dilayan.
saya bukan artis mahupun
superstar.
tu diaaa.. boss besar dah naik angin dahhh.
dgr tu semua rakyat jelata..
belajar2 rajin2... nanti besar2 x susahkan orang tua! HEHEHE..
ala.. dlm bak dlm citer lama2 dulu tu.. " kecik2 x nak mampos.. besar2.. susahkan mak bapak " :P