Photobucket

Click Click Click

Previous Post
The Archives
The Bloggers

Credits

hit counter
Clicky Web Analytics

Photobucket

Photobucket

Saturday, January 5, 2008
Cinta Dalam Hati

Nyanyian :
Ungu
Tajuk : Cinta Dalam Hati

mungkin ini memang jalan takdirku
mengagumi tanpa di cintai
tak mengapa bagiku asal kau pun bahagia
dengan hidupmu, dengan hidupmu

telah lama kupendam perasaan itu
menunggu hatimu menyambut diriku
tak mengapa bagiku cintaimu pun adalah
bahagia untukku, bahagia untukku

reff*
ku ingin kau tahu diriku di sini menanti dirimu
meski ku tunggu hingga ujung waktuku
dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya
dan ijinkan aku memeluk dirimu kali ini saja
tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya
dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejab saja

repeat reff*


uiii.. layan sungguh lagu ni. ada sesapa nak dengaq? klik kat SINI.


hmm..

pertamanya, aku nak mintak maaf. aku tau ramai tertunggu tunggu cita pasal Perempuan Gila tu kan? tadi, memang aku dah type separuh, tapi aku padam balik. aku mintak maaf sesangat. aku malas nak cakar pasal mereka mereka itu dah. takde kena mengena ngan idup aku pun sekarang ni. apa nak jadik, lantak mereka la. jadik, harap kalian paham la yea? kalau aku rasa tergerak hati nak apdet pasal cita tu, maybe suatu hari nanti aku apdet. tapi tatau la bila kan. insyaAllah k?

kedua, mood aku tak baik sangat arini. sebab utama aku moody, aku sendiri pun tatau. maybe sebab esok last day aku kena keje kat HQ kot. isnin nanti, aku dah kena gi SS2. nak plak, banyak sangat hal yang jadik arini buat aku jadik nyampah. dan paling tak besh sekali bila rasa nak nangis tapi air mata takmo kuar. haaa.. kan parah camtu?

ketiga, aku nak pesan. kalau korang rasa kengkawan korang yang rapat adalah kawan yang baik. takyah la percaya! time derang susah, memang la derang akan carik korang. tapi, time derang senang, kalau ko nak mintak tolong, kompem ko cam pemintak sedekah jadiknya. camtu la aku rasa. walhal, aku bukan mintak tolong apa sangat pun. pehtu, kalau setakat perkara kecik nak merajuk sampai berhari hari pehtu sampai tanak tego, kawan hape namanye tu? so, mulai dari arini, kalau takde yang melibatkan hidup mati, tak hingin aku nak carik mereka mereka itu lagi. enuff is enuff.

ok, cukup je la cita merapu untuk hari ni. aku ade hutang kat farah yang aku perlu selesaikan. kalo tak bayar, kang naik plak bunganya. beben, mari kita bayar hutang ini.

tajuk tag kali ni ialah..


What's in your bag?

tapi.. errr.. aku ade masalah sikit sebenarnya. sekarang ni, aku adalah seorang insan hina kerna kameraku dah lama dihumban ke dalam tong sampah. dah takleh pakai. kamera aku tu pi gatai gatai minum air masa wet & wild party yang lepas. sekarang dah rosak. jahanam. lingkup. mati!

oh, sungguh hina rasanya idup tanpa kamera. takde sesapa nak wat pertandingan dan hadiahnya adalah kamera ke? kalau ada, inpom la yea. hikhik. tapi, demi menyiapkan tag dari farah, terpaksa la aku mintak belas ihsan acik untuk meminjam kamera kekasihnya. wat muka tak malu la kejap. hakhakhak. terharu tak farah? terharu tak? *sengih jelir lidah*


ni la beg yang aku dok pakai sekarang. gi memana pun, aku akan usung beg ni. aku jarang pakai handbag. lagipun, aku selalu pakai sneakers je kalau ke memana. gi keja pun aku pakai jeans je. opis aku memang benarkan staff pakai kasual. janji kemas.

beg ni aku beli masa sale aritu kat Padini. murah je pun. dari RM99 aku dapat RM59. ok la kan. aku suka beg ni. banyak poket. besh!


ni adalah barangan yang ada dalam beg aku. kaler gold tu, planner starbucks. buku kaler itam tu, atok yang kasik. dalam tu ade ayat seribu dinar ngan ayat kursi. memang aku akan bawak ke memana pun. pehtu ada pen pink yang kecik, iPod wat ilang bosan, PSP wat peneman kesangapan, pen drive imation yang hampir rosak serta henpon lama yang opis kasik setahun setengah yang lepas (aku memang tak penah beli henpon sendiri setakat ni). dan yang kaler putih cam keychain tu, acik kasik. itu adalah alarm keselamatan. bila tarik je kunci dia kat bawah tu, alarm tu akan berbunyik dengan kuat. kot kot aku kena kidnap ke, mana la tau kan.. beringat sebelum kena.


yang ni plak, barangan solek yang aku usung sekali dalam beg tu. ade bedak bebi johnson's, lotion rose from mark & spencer, Escada miniature perfume, sebatang lipstik, hair band and sepit rambut. eye-drop contact lens, aku lupa nak snap sekali. tu je la pun. kalau bawak bebanyak, blom tentu aku guna pun. huhuhu..


MAAF,
GAMBAR SEGALA KAD TERPAKSA DIBUANG DEMI KESELAMATAN
*peace*

oh ya, aku lupa snap pic wallet aku. tapi, takpelah kan. selain dari duit hinggit, ni je la kad kad yang bermaustatin dalam wallet aku. aku takde simpan gambar gambar sesapa pun dalam wallet tu. wajah orang orang yang aku sayang, aku simpan dalam hati je. bleh?

aku suka gak simpan resit resit pembelian sebenarnya. tapi, kebetulan masa aku nak snap pic ni, semua resit tu dah dibuang semalam. so, takde la masuk dalam pic ni. kat sini, korang leh nampak ade mykad, driving license, bankcard, uitm matric card yang lama (baru punye ilang), AAM rescue card, Citibank Credit Card (satu satunya credit card yang aku ada), ING card yang opis kasik, dental card yang opis kasik gak ngan name card opis. last sekali, duit syiling $1 yang lama pemberian mak. aku jarang simpan syiling dalam wallet. wat berat je!

eh, abis dah? sikit plak rasanya. tapi tu je la yang ada dalam beg aku yang aku dok usung tetiap ari. lelain, yileekk!

dan, sekarang, dengan penuh penghormatan, secara rasminya, aku serahkan hutang TAG ni pada 5 orang di bawah. selamat melangsaikan utang. *peace*

nota tambahan : kalau ade blogger lelaki yang rajin nak buat, sila la buat sekali yea. aku tak pilih blogger lelaki sebab lelaki jarang bawak beg. *kenyit*



Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 10:33 PM  

10 Comments:
  • At January 6, 2008 at 3:23 AM, Anonymous Hannan said…

    babe.. x tido lagi ekk
    memandangkan u x tido lagi.. biar I penuhkan ruang yang kosong ni.. :P

    erm, skarang ni... susah nak cari kawan yang betul2 kawan. Kalau ade yang betul2 kawan pon... maybe special case la kot. hehehe.. dah masuk zaman everyone for themselves dah. X peduli sgt pasal orang lain. So, kesimpulan skarang.. kene la kite self sufficient :)
    nak wat camner la kan... dah adat resam idup... bak kata budak2 darjah 1 anggur.." pandai makan , pandai la berak.. tangan kan ade kiri kanan"..:P
    no need to be so sad occay dear?
    cheer up.
    and have a wonderful day tomorrow kat ur new work place..
    mane la tau kot2 ade mamat hensem ke kat sana.. ade i ker.. hahahah...
    nite2 babe.. jgn tido lambat sgt.

     
  • At January 6, 2008 at 3:29 AM, Anonymous cepotet said…

    hannan,
    hmm.. u nanti jadik doktor ape yea? boleh jadik pakar motivasi ni. hikhik. but, i totally agreed with u. sekarang ni, memang kena pentingkan diri sendiri je. and my family for sure. kawan tu, silap silap leh jadik lawan. so, biar je la.

    mamat ensem kat opis baru? hmm.. takdenye. lelaki gatal yang suka sms ade la. wat meluat je! hakhak.

    thanks Hann. appreaciate ur advice. *wink*

     
  • At January 6, 2008 at 8:22 AM, Anonymous eL said…

    alamak!

    /me larikkk!

    :P

     
  • At January 6, 2008 at 9:41 AM, Anonymous farah.diana said…

    SOny PSP? sangat best ok! erni, buat la pertandingan dapat hadiah PSP. nanti farah buat pertandingan dapat camera. hakhakhak.. owh anyway, planner starbucks tu sgt lawa. boleh beli eks? nak suruh my bro beli la camnih

     
  • At January 6, 2008 at 1:45 PM, Anonymous cepotet said…

    lindosh,
    haaa.. nak lari ke mana tu? /me kejar lindosh.

    nnt bebila free, buat eh?

    flinty.farah,
    besh ke? boleh la.. i bukan antu game pun farah. i dapat masa lucky draw family day kat opis 2 tahun lepas. i dah tengok kat website sony pasal kamera tu. sangat la menggugat jiwa. besh!

    planner starbucks tu takleh beli. u kena kumpul sticker sebanyak 18 keping. try tanye ur bro. sebab last date untuk redeem is on 15th Jan. agak mahal la.. coz satu air yang paling murah, cost u rm10. times by 18 sticker. rugi gak kot. tapi, kalau suka, ok.

     
  • At January 6, 2008 at 1:54 PM, Anonymous shashazura said…

    lagu ungu tu mmg bes !
    :D
    wah
    barang2 dlm beg die
    i kdg2 malas gle nk bwk beg
    hahah

     
  • At January 6, 2008 at 2:02 PM, Anonymous cepotet said…

    chacha,
    yeap, sangat besh kan!

    ahaha, barangan dalam beg yang melenguhkan bahu. huhuhu. u tak bawak beg? abis barang barang bawak camne?

     
  • At January 6, 2008 at 5:41 PM, Anonymous farah.diana said…

    owh. begitu la plak eks. susah gak nak dapatkan sticker2 tu.. i bukannyer duduk kl, confirm la jarang pg starbucks. abg i plak kalau dia pegi pun, dia mana layan nak kumpul2 sticker ni.. uhuk.. xper lah. xde rezeki.. hehe

     
  • At January 7, 2008 at 7:50 PM, Anonymous :: Cikgu Wiween :: said…

    utk pengetahuan cik erni a.k.a Angah.Gincu kita sama.maybe kaler jek lain kot.Go revlon go! hehe & perfume kite juga sama.escada.cuma bezanya aku punya dah tinggal skit & aku telah berpaling tadah memakai Gucci Envy Me.heheheh ;p

     
  • At January 8, 2008 at 12:48 AM, Anonymous cepotet said…

    flinty.farah,
    a'a, susah gak la nak dapatkan. kalau dulu, i ramai member keje starbuck. leh la nak cilok gak. tapi skrg sume dah brenti. takpe, tunggu next year punya k.

    -wiween-,
    sama eh? hikhik. aku nye nama apa ntah. jarang pakai pun. malas.
    perfume tu miniature je. yang besar dah abish. dulu ade orang kasik. ntah mana gi dah orang tu skrg. huhuhu.

     
Post a Comment
<< Home
 

Beben

 

Beben, sebuah blog yang baik dan setia. Tak penah menyakiti aku tapi sentiasa rela untuk disakiti. Tidak berjantina dan tidak bernyawa. Sangat pendiam dan sangat memahami. Kalau rasa penulisan aku di sini kurang enak bagi kalian, bolehlah klik butang X belah kanan atas browser anda. Datang tak berjemput, pergi juga tak dihalau. oh yea, did i tell y'all that i hate stalkers? so, please back off. Mekasih.

 

If God wanted us to talk more than listen, He would have given us two mouths rather than two ears.

~Ken Blanchard ~

 

Best viewed with

Photobucket

Cepotet

Photobucket

 

Me, Myself & I

I am just a simple girl with a simple life. I love nobody except my Mak, Abah and my family. Simplicity is the new complex.

Photobucket


email untuk perkara yang penting je. kalau rasa tak penting, sila jangan email. pasti tidak akan dilayan. saya bukan artis mahupun superstar.

Bla.. Bla.. Bla..

Reminder