1st of all, thanks to
Hannan coz menganjurkan pertandingan ni. siyes, it was really fun! fantastic!
korang nak tau rules untuk game ni tak? sila klik
SINI.camne aku leh menang?
ekceli, masa Hann buat entry tentang pertandingan ni, semangat tu berkobar kobar gak la. nak plak, dapat hadiah perfume. ofkos la lagik aku suka kan. aku kan peminat perfume yang abadi. huhuhu.
tapi, the day before yesterday (3/1/08), masa aku jenguk ke blog Hann, kira kira kena ada lebih kurang 156 visitor lagik sebelum cecah 10,000 visitor. aku cam putus asa gak. plus aku malas nak berharap walaupun dalam hati dah rasa cam boleh menang. cewahh!
(sib baik menang. kalau kalah, siyes aku tak type cam gini). ahahahaha!
nak dijadikan cerita, masa aku bangun tedo tengahari semalam, aku nampak visitor dah mencecah lebih kurang dalam 9,926 camtu. lebih kurang la.. so, semangat tu pun dah kembali membara. lagipun, aku dah niat untuk tahun ni, kalau boleh, aku nak cuba semua benda yang ada tanpa ragu ragu. nak grab apa aja peluang yang ada. tapi, masih berdasarkan batas batasnye la kan.
lepas lepak kejap, aku update entry tentang BBQ party wif my ex-osmet, then aku gi mandi. dah bersiap, before nak tutup PC, sekali lagi aku check Hann nye blog. toing.. another 50 more to go. masa tu, terpikir gak. sempat ke tak aku sampai opis untuk jadik visitor ke 10,000 ni? tapi, aku tetap kena gi keje gak kan. so, aku bedal je la..
sampai opis, aku stuck kat luar coz parking penuh. masuk opis pun dah lewat 10 min. sampai je dalam opis, kelam kabut bukak laptop. nak jadik cita, masa tu gak la staff menderu deru dok kerumun aku. adoii la.. cam takde exec lain la derang nak carik. so, terpaksa la layan kejap. dah layan staff tu, aku terus lupa pasal pertandingan ni. siap aku leh gi lepak kejap kat luar opis ngan Ali. memang totally lupa terus.
after that, baru aku masuk balik ke dalam opis, then aku terpandang laptop sheila. terus aku gi masuk balik kat blog Hann. check, aku adalah visitor ke 9,996 rasanya. then, aku bukak laptop aku plak, kuar la
10,000 Visitors. tataraaaaaaa!
terus print screen, letak dalam blog. then, baru aku perasan yang Hann suruh emailkan kat dia. kebetulan, memang nasib aku agaknya, email opis aku memang selalu open je, terus guna email opis untuk send print screen tu ke email Hann.
tapi, masa Hann nak umumkan pemenang tu, hati dah tak keruan sebenarnya. nak plak, sume pakat tanya kenapa aku excited sangat. memang saspen gak la. cam nak tunggu result SPM pun ada. uuiii.. sangat saspen tapi besh!
and sebagai hadiah, Hann dah suruh pilih any perfume from any brand from Lacoste to Hugo Boss only. tapi, aku dah tak brape ingat bau bauan yang enak enak tu. so, ni je la senarai perfume yang memang aku idamkan
(berdasarkan turutan di mana paling atas adalah yang paling diidamkan). Kalau salah satunya berpatutan, amik je from the list. kalau tak berpatutan
(since Hann pun still a student), dan lagipun, ini adalah permainan suka suka, aku serahkan untuk Hann pilih je which EDT yang dia rasa besh.
check it out..
- Guess Gold
- Guess Silver
- JLO Live
- Gucci Rush
- Escada S
- Bvlgari Notte
aih, cukup la tu. melebih lebih kang, terus tak dapat lak adiah tu. tul tak Hann?
*sengih*ok, stop sampai sini dulu. aku dah ngantuk. esok kena keja. pomis, ada masa nanti, aku akan apdet tentang pompuan gila from neraka tu and
to farah, later i buat tag tu yea?
*kenyit*
babe... u kene send gambar ni kat email i la...