Photobucket

Click Click Click

Previous Post
The Archives
The Bloggers

Credits

hit counter
Clicky Web Analytics

Photobucket

Photobucket

Monday, February 2, 2009
Khas Buat Adik, Erni Suhaila Hasni

adik..

masa kecik dulu, adik la yang selalu kena rotan ngan abah sebab malas pakai suar. pehtu, adik selalu gi curik buah limau kat tokong cina. bila abah dapat tau, teruk adik kena rotan. masa mengaji, kita dua orang suka duduk kat belakang lepas tu sebuk kalerkan kuku dengan pensil warna luna. lepas tu, kena rotan lagi ngan abah. kekekek. ingat tak?

dulu, masa kat tadika, adik la anak mak yang paling berani. selambe yaya je melawan cikgu. kalau rasa mengantuk, adik selambe jugak tedo kat sekolah. kalau cikgu marah, adik selambe yaya jugak blah balik rumah. kekekeke.

pehtu, ingat tak dulu adik suka curik coklat along? bila semua orang pelik kenapa adik suka duduk kat bilik belakang, baru la adik bagitau yang adik gi makan coklat along. sampai mengamuk along jadinya. adik.. adik..

masa sekolah rendah, time balik sekolah, kita selalu tunggu bas untuk balik sama sama. kawan angah jadi kakak angkat adik. kawan kawan adik plak segan ngan angah. semua kata angah nampak garang sebab masa tu angah pengawas sekolah. tapi, lepas masuk sekolah menengah, kita macam dah tak berapa rapat kan? maybe sebab angah sekolah asrama kot. tapi, bila dah duduk jauh, sesekali balik, baru rasa rindu. cuma masa tu kecik lagi. rasa sayang tu ada dalam hati je dan memasing tatau nak suarakan rasa sayang tu.

lepas tu, bila dah makin besar, angah pun dah jadi sedikit pendiam tapi angah senang mengamuk kalau tau ada orang kacau adik bradik angah. ingat tak hari yang angah ngamuk sebab ada orang buat adik? teruk mak pujuk angah masa tu. pehtu, ingat tak masa adik datang kat bilik angah pehtu mengadu kat angah pasal kes cinta tiga segi? angah ingat lagi camne adik menangis sebab sedih sangat masa tu. ingat tak apa angah pesan? apa yang berlaku, pasti ada hikmahnya. dan, sekarang, dah nampak kan?

ingat tak masa memula adik datang kl? masa tu, angah tengah menyewa kat rumah taman tun. blom ada keta sendiri. gi keja pun naik motor je. pinjam dari kakak mala. adik kat gombak, angah kat damansara. masa tu, kita jumpa pun kenkadang je. bila ada event special, kita sewa kereta reramai ngan abang faisal pehtu kita gi jenjalan. angah akan amik adik kat klinik lepas balik keja.

ingat tak masa malam raya? kita gi jenjalan kat masjid jamek reramai sampai pagi. pehtu ingat tak kita balik taiping reramai naik keta volvo abah. kita singgah gi amik Tina dulu kat Tg Malim. seronok kan?

lepas ad datang kl, kita semua pun pindah duduk sekali. senang berkumpul adik beradik. mula mula, kita duduk sebilik. selalu share cerita macam macam. angah sayang sangat kat adik. tiap kali angah sakit, adik yang akan temankan angah ke klinik. adik yang akan cakap banyak banyak ngan doktor. adik yang akan tanya macam macam kat doktor.

masa angah tersiksa satu ketika dulu, adik yang jaga angah. sampaikan adik sendiri pun nangis tengok keadaan angah masa tu. adik yang susah payah bawak angah gi klinik dan pastikan angah makan ubat ikut waktu. ingat tak tahun lepas kita gi SJMC sama sama? kesian adik kena tunggu lama masa tu. terima kasih dik. terharu sangat.

kalau kita gi shopping sesama, adik lah satu satunya adik beradik yang memahami angah. tahu apa kehendak dan apa yang sesuai dengan angah. tiap kali kalau salesgirl atau salesman follow angah untuk menjual barang, adik yang akan jadi penyelamat. thanks adik.

dalam selama kita duduk sesama, penah sekali angah marah adik kan? angah penah tampar adik dalam lif. kuat plak tu. mesti sakit kan? maaf adik. angah dah geram sangat. tapi, lepas tu rasa macam menyesal. adik merajuk. terus balik perak. ingat lagi tak? kali last kita gado, masa bulan puasa hari tu. sampai abah pun tanya kita. pehtu, malam tu, bila adik mintak maaf, angah terkejut dan tanya, "ko mimpi ke ape?". kekekek. kelakar kan?

petang tadi, masa angah conference reramai ngan mak, adik and Syuhada, angah rasa seronok sangat. ilang rasa bosan bila dapat dengar adik gelak. adik kan ratu gelak dalam keluarga kita. kenkadang, cerita tak besh pun jadi kelakar dengan gelak adik.

adik..

doa angah, untuk tahun 2009 ni, akan membawa seribu satu kerahmatan buat diri adik dan keluarga kita. moga apa yang adik impikan jadi kenyataan. maafkan angah kalau tak jadi kakak yang terbaik selama ni tapi, angah janji akan terus mencuba untuk menjadi kakak yang terbaik untuk semua adik adik angah. angah akan sentiasa ada untuk susah senang adik. belajar rajin rajin dan buktikan pada semua yang adik boleh jadi yang terbaik. jadilah anak yang taat kat mak and abah. kalau mak abah marah, jangan masam muka. ingat tau. jangan nakal nakal. kalau ada jodoh, cecepat kawin. dalam family kita, jangan kisah tentang langkah bendul. ok?

tak kisah lah apa pun orang nak cakap tentang keluarga kita. pedulikan apa yang orang anggap tentang kita. lantaklah apa sakit hati orang kat kita. angah nak adik tau, angah sayang sangat dengan adik. angah beruntung sangat dapat adik sebagai adik kandung angah. there is no better person I could have asked for, to be my sister, to grow up with me, and teach me everyday on how to be a better person and to love more. i love u so much.


Happy Birthday yang ke 23 buat adikku, Erni Suhaila.


Photobucket

dicakar oleh cepotet @ 12:20 AM  

3 Comments:
Post a Comment
<< Home
 

Beben

 

Beben, sebuah blog yang baik dan setia. Tak penah menyakiti aku tapi sentiasa rela untuk disakiti. Tidak berjantina dan tidak bernyawa. Sangat pendiam dan sangat memahami. Kalau rasa penulisan aku di sini kurang enak bagi kalian, bolehlah klik butang X belah kanan atas browser anda. Datang tak berjemput, pergi juga tak dihalau. oh yea, did i tell y'all that i hate stalkers? so, please back off. Mekasih.

 

If God wanted us to talk more than listen, He would have given us two mouths rather than two ears.

~Ken Blanchard ~

 

Best viewed with

Photobucket

Cepotet

Photobucket

 

Me, Myself & I

I am just a simple girl with a simple life. I love nobody except my Mak, Abah and my family. Simplicity is the new complex.

Photobucket


email untuk perkara yang penting je. kalau rasa tak penting, sila jangan email. pasti tidak akan dilayan. saya bukan artis mahupun superstar.

Bla.. Bla.. Bla..

Reminder